Halaman

Jumaat, 15 Jun 2012

ISRAK MIKRAJ BUKAN SEKADAR PERISTIWA


Alhamdulillah 27 Rejab 1433 Hijrah hanya tinggal lagi dua hari sahaja lagi, dan jika kita kira-kira hanya tinggal 34 hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Subhanallah Maha suci Allah cepat sungguh masa berlalu dan saya percaya semua warga UPSI sedang menanti-nantikan bulan Ramadhan.

Berbalik kepada tajuk post kita hari ini, Israk Mikraj Bukan Sekadar Peristiwa, apabila kita bercerita tentang Israk Mikraj sudah tentu kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S. A. W bersama Malaikat Jibril dan Mikail. Kisah perjalanan dalam Israk Mikraj ini terbahagi kepada DUA fasa yang perlu kita tahu iaitu :

  1. Israk - Perjalanan Nabi Muhammad S. A. W menaiki Binatang Buraq dari Masjidil Haram Mekah Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin.
  2. Mikraj -ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha langit ke TUJUH

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar.

Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. 

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.


Dalam peristiwa Israk Mikraj inilah Nabi Muhammad S.A.W telah bertemu dengan Allah S.W.T untuk menerima anugerah ibadah solat. Pada mulanya Allah memerintahkan umat Nabi Muhammad untuk melakukan solat sebanyak tetapi selepas 9 kali merayu(setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan juga nilainya 50 waktu juga. 


Solat atau sembahyang yang difardhukan itu adalah anugerah kepada kita semua, sama-sama lah kita menjaga solat kita agar dapat menjadi Muslim sejati


Khamis, 14 Jun 2012

MAHU JADI SUKARELAWAN? KINI PELUANG TERBUKA

Mahu jadi Sukarelawan, kini peluang terbuka luas untuk anda menjadi seorang sukarelawan di bawah Yayasan Sukarelawan yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian tinggi. Majlis Sukarelawan Universiti atau lebih dikenali dengan MASKUM bertanggungjawab menganjurkan bengkel Kesihatan dan Perubatan dan berikut adalah butirannya :

Tarikh : 3 hingga 5 Julai 2012( Selasa Hingga Khamis)
Tempat : UPM
Peserta : 10 orang sahaja
Perasmian pelancaran : YB Menteri Pengajian Tinggi

Program terbuka kepada semua pelajar dan sijil khas akan diberikan. Peluang ini memblehkan anda dipilih untuk menyertai program khidmat masyarakat antarabangsa. Cara siswa/i untuk mendaftarkan diri adalah SMS atau emailkan butiran seperti <Nama> <PROGRAM SUARELAWAN> <NO MATRIK> <NO.K.P> <NO. TEL> <KOLEJ> dan hantar ke 0174669822/muzamil@upsi.edu.my. Tarikh tutup esok 16 Jun 2012 Jumaat

sumber fb: Muzamil Mahil
 

SISWA/I UPSI BANGGA DENGAN KAMPUS BARU

Semasa mula-mula anda menjejakkan kaki ke UPSI pasti anda selalu dengar ungkapan senior-senior UPSI yang berbunyi begini :

 "nanti korang dapat la rasa belajar kat kampus baru, dulu masa mula-mula kami masuk senior pun cakap macam ni, tapi nampaknya kami tak dapat juga nak rasa kampus baru


Kini Kampus baru Kampus Sultan Azlan Shah sudah menjadi kenyataan dan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 16 Jun 2012 Jam 9.30 pagi di Padang Istiadat Kamus Sultan Azlan Shah sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan ke-84.

Tampuk pimpinan Universiti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan pimpinan  Majlis Perwakilan Pelajar silih berganti memperjuangkan pembangunan kampus baru UPSI, akhirnya kini siswa/i UPSI boleh berbangga dengan kampus baru yang terletak berdekatan dengan Proton City

Mari sama-sama kita ucapkan ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah.





Selasa, 12 Jun 2012

PENDIDIKAN PERCUMA: SEKADAR JANJI ATAU REALITI?

Baru-Baru ini Unisel dan KUIS yang berada di bawah kerajaan negeri Selangor digemparkan dengan pembekuan PTPTN kepada pelajarnya. Hal ini mengundang banyak reaksi terutama Menteri Besar Selangor dan seluruh pimpinan kerajaan negeri Selangor. Walaupun pembekuat PTPTN tersebut telah ditarik balik ianya dapat membuatkan mereka yang lantang bersuara untuk menyediakan pendidikan percuma di Malaysia gelabah seketika. 

Sebenarnya Kerajaan negeri Selangor mempunyai peluang yang terbaik untuk membuktikan bahawa apa yang dilontarkan dan didebatkan sebelum ini menjadi kenyataan di negeri Selangor. Sebagai mahasiswa sudah pasti sedang menunggu adakah PENDIDIKAN PERCUMA INI SEKADAR JANJI ATAU REALITI. 

Sayangnya kini mahasiswa lebih melihat bahawa PENDIDIKAN PERCUMA adalah RETORIK dan omong kosong semata-mata. Dek kerana kerajaan negeri Selangor tidak dapat menyediakan dana untuk siswa/i Unisel dan KUIS pihak pentadbiran Unisel dan KUIS membuat rayuan kepada pihak PTPTN dan kini PTPTN membatalkan pembekuan PTPTN tersebut.

Ternyata Rafizi Ramli yang berdebat dengan YB Khairy Jamaludin hanya berdebat kosong walaupun pada mulanya YB Khairy Jamaludin agak lari sedikit dari tajuk perdebatan tetapi cadangan menghapuskan 1% ujrah daripada YB KJ lebih relevan dan realistik untuk dilaksanakan, dan kini mungkin MB Selangor sedang mengurut dada  menarik nafas lega selepas pembekuan ini.