Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

HEP UPSI BAKAL BERGOLAK? cc @DrJunaidy

Salam Tahun Baru kepada semua pembaca UPSIdaily,



Tahun Baru maka akan berlaku penstrukturan baru?

Di entry sebelum ini [KLIK SINI], UPSIdaily ada menceritakan perihal masalah bas di UPSI yang kononnya berpunca daripada seseorang inidividu yang berkuasa dan berpengaruh. Dalam entry tersebut, UPSIdaily ada menyentuh tentang usaha beliau untuk mengalihkan kuasa Pengetua Kolej dibawah kelolaan beliau dan tidak lagi terus kepada TNC HEPA.

Beberapa hari yang lepas, dari sumber informasi yang diterima, satu proposal akan dibentangkan untuk merealisasikan agar semua pengetua berada di bawah kuasa beliau dalam mensyuarat MPE universiti. Sama ada mesyuarat ini sudah berlangsung atau belum UPSIdaily tidak pasti memandangkan UPSIdaily sendiri mengambil masa berhari juga untuk mengeluarkan entry ini kerana memikirkan sejauh mana ia memberi impak kepada mana-mana pihak.

Ekoran daripada tindakan beliau ini, pastilah tidak mendapat persetujuan daripada Majlis Pengetua Kolej Kediaman dan Pengarah Pusat. Bantahan telah dibuat kepada TNC HEPA dan Dato VC dan setakat ini apakah peranan TNC HEPA dalam meleraikan konflik penstrukturan semula ini.

Apakah pentingnya perkara ini didedahkan? Berlaku penstrukturan besar dalam carta organisasi JHEPA? Mungkin masalah dalaman ini tidak secara langsung dengan hal mahasiswa UPSI tetapi ia berkaitan dengan kakitangan-kakitangan yang terlibat di UPSI. Mungkin ada pihak memandang serius hal ini dan mungkin juga ada yang tidak. Orang-orang yang bekerja dalam satu-satu organisasi pasti tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut.

Berbalik kepada isu tadi, apakah relevannya kita nak menentang penstrukturan semula? Beberapa persoalan yang bermain difikiran. 

  1. Dalam keadaan kesibukan TNC HEP pada ketika ini, beliau mengambil kesempatan supaya proposal ini diluluskan yang mana kononnya dapat meringankan beban tugas TNC HEPA? 
  1. Melihat dari pangkat DG5+ beliau dengan pengetua-pengetua, adakah sama? Dan misi untuk berada dibawah TNC HEPA yang berkuasa autonomi penuh dengan menjadikan pengetua-pengetua kolej sebagai tangga untuk dipijak sebelum beliau naik pangkat ke DG5+ seterusnya? 
  1. Proposal yang dibentangkan menerima bantahan dari pihak yang terlibat. Sekiranya proposal ini diluluskan adakah ia menjadi masalah besar jika semua pengetua kolej dan Pengarah Pusat akan sepakat letak jawatan serentak?

Siapakah individu yang sebenarnya mencadangkan penstrukturan semula ini? Dato VC? TNC HEPA? TImbalan Pendaftar? Apakah pengurusan dan permasalahan kolej benar-benar difahami oleh pihak atasan? Bagaimanakah nasib staf-staf di kolej terutama peranan pengurus asrama dan penolong pengurus asrama yang masih di takuk lama sedangkan telah berkhidmat hampir sepuluh tahun? UPSIdaily masih belum membongkar bagaimana ada staf pentadbiran yang telah mencapai gred seperti pensyarah berkelulusan PhD dalam jangkamasa yang singkat? Cukup sampai disini saja yang ingin UPSIdaily ceritakan. Rasanya tidak perlu untuk mengulas panjang lagi kerana pihak yang terlibat ini pasti tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam entry kali ini. Semoga semua pihak dapat terus menjalankan tugas seperti biasa dan mencapai yang terbaik untuk “Key Performance Indicator”. Sekian – UPSIdaily

Khamis, 27 Disember 2012

HENTIKAN PERMOHONAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE

Isu permohonan penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa melayu ini mendapat liputan meluas dalam negara kita, hal ini menyebabkan ramai umat Islam menjadi kurang selesa dengan permohonan tersebut. Jika dilihat permohonan dibuat oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) ini mahu nama Allah digunakan dalam Bible berbahasa melayu seperti sengaja mahu melanggar batasan. 

Perkara ini turut dibidas oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam(klik sini untuk lihat kenyataan penuh Presiden PPMM)

Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan.

Selain itu, Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS berpendirian, Bible bahasa Melayu harus menggantikan istilah "GOD" dengan tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan Maksud sebenar daripada teks asal. Namun begitu sampai bila bantahan PAS terhadap sekutunya ini boleh bertahan. 


Larangan ini perlu difahami oleh mereka yang belum menjadi seorang Muslim, bukan untuk menafikan hak sesiapa tetapi mahu menjaga akidah muslim Malaysia supaya tidak terpengaruh dan keliru. Buat DAP hentikan segala cubaan permohonan yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah. Ayuh mahasiswa/i UPSI sama-sama kita  bantah permohonan ini. ALLAHUAKBAR!!! 


-UPSIDaily


Jumaat, 14 Disember 2012

YDP UPSI @m_fadlie5543 DIAM UNTUK TAMPIL LEBIH BIJAK

Salam kemaafan, salam perpaduan, salam ukhuwah moga berkekalan...

[klik imej untuk besarkan]

Mohd Fadlillah bin Mukhatar
YDP Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI

Beberapa hari yang lepas, UPSI panas dengan kenyataan dan persoalan yang dikeluarkan oleh YDP berkaitan dengan isu pelajar sejarah. Pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau sehingga ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mewujudkan page untuk menarik sokongan mahasiswa tuntut YDP letak jawatan. Langkah yang bijak? Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. 13/12/2012, YDP kemudiannya tampil untuk memohon maaf secara terbuka di laman facebook setelah mengadakan perbincangan dengan pihak PERMAS. Semoga ini mampu menghentikan pelbagai spekulasi terhadap YDP dan mengurangkan dosa orang-orang yang masih berprasangka terhadap YDP.

Mohamad Firdaus Mohamed Jamil
YDP Persatuan Mahasiswa Sejarah, UPSI.

Dari pemerhatian UPSIdaily berdasarkan komen-komen yang diterima melalui status YDP, sebahagian besar mahasiswa UPSI masih mementingkan ukhuwah dan saling memaafkan. "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih". UPSIdaily menanti kemunculan YDP untuk mendapatkan penjelasan setelah beberapa hari YDP tidak tampilkan diri. Sebab untuk judge terlalu awal tanpa diberi peluang kepada empunya diri memberi penjelasan seakan tidak adil. Kini YDP telah berani tampil untuk memohon maaf. Itu lebih bagus berbanding mereka yang sombong untuk meminta maaf. Semoga hati rakan-rakan mahasiswa sejarah dan pihak-pihak yang terlibat mampu terubat dengan mohon maaf yang dikeluarkan oleh YDP. UPSIdaily ingin berkongsi kata-kata motivasi kepada pembaca semua. Fikir-fikirkanlah dan letak pada tempatnya.

"Dua perkara yang mesti kita ingat, kesalaha kita pada orang lain dan kebaikan orang lain kepada kita. Dua perkara yang mesti kita lupa, kesalahan orang lain kepada kita dan kebaikan kita terhadap orang lain.

Memohon maaf kepada Allah, Allah buka seluas-luas pintu kemaafan, InsyaAllah mendapat keampunan daripadaNya. Tetapi memohon maaf kepada sesama manusia, Allah tidak dapat bantu melainkan kemafaan dari sesama manusia. Jika kita permudahkan urusan orang lain, semoga Allah permudahkan urusan kita dikala kesulitan. 

Jika hendak diungkit, provokasi yang dilihat bahawasanya, YDP telah mengguris hati semua mahasiswa sejarah, pensyarah, dekan dan pihak-pihak yang dinyatakan oleh beliau. UPSIdaily faham, melibatkan imej kepada masyarakat luar. IMEJ...? Bagaimana pula dengan kisah Adam Adli yang dah mencemarkan  imej dan mengguris hati seluruh warga UPSI? Dan sudahkan Adam Adli memohon maaf kepada semua orang UMNO atas tidakan yang beliau lakukan? Ni bukan nak bawa sentimen politik, ini isu national. Jangan mudah nampak kesalahan orang walhal tanpa sedar kesalahan kita adalah jauh lebih besar. Saje nak bawa post dahulu untuk Anak Kandung Suluh Budiman baru yang belum tahu sejarah-sejarah yang pernah berlaku di UPSI. [KLIK SINI] . 

_Sekadar gambar hiasan_

Menjadi YDP adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang telah dipilih olehNya. Besar ujian yang diterima, besar hikmah dikemudian hari. Selagi anda mampu lakukan yang terbaik dengan niat yang ikhlas, ramai mahasiswa diluar sana meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan YDP. Kepada barisan pimpinan MPP yang lain, tegurlah kesalahan dengan sebaiknya dan jadilah antara kalian yang saling melengkapi. Sama ada penyokong, pembangkang atau pemerhati...masih tidak terlepas dengan tanggungjawab dan peranan.

Nasihat dari sahabat untuk sahabat2nya di UPSI, (y)


ALL THE BEST FOR OUR YDP & MPP UPSI

UPSIdaily dalam mood baik dan redha dengan kekalahan #HarimauMalaya. Rezeki kita, tapi bukan untuk piala kali ini. Selamanya.... #HarimauMalaya...

P/s : MP tunjukan cara bagaimana untuk menghormati ketua, menghormati orang lain dan yang paling penting cara tegur yang paling baik. Ermm, ada bau-bau tadi lewat malam MP dan wakil MPP nya kumpul di surau. Hiikksss..gurau..haha.. ;p

Rabu, 12 Disember 2012

TINDAKAN KARISMA MENGGUGAT MPP UPSI??

Salam Idealiswa Mahasiwa, 

UPSI digemparkan dengan isu berkaitan kebajikan mahasiswa. Hal ini rentetan daripada artikel yang dikeluarkan oleh UPSIKINI laman fitnah yang mendakwa kebajikan mahasiswa kolej KUO khususnya terabai dan mengakibatkan berlakunya KEBULURUN. Apakah definisi KEBULURAN? Pihak KARISMA UPSI telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan kontroversi tersebut. KLIK SINI . Pelbagai respon yang diterima samada yang negatif mahupun positif. Adat lah jika ada yang tidak berpuas hati. Kenyataan Presiden KARISMA UPSI yang dipetik dari status laman Facebook. 11/12/12

Herni binti Henry
Presiden KARISMA UPSI

"Assalammualaikum & Salam Sejahtera....


Alhamdulillah Allah SWT telah beri saya dan KARISMA sedikit kekuatan dlm "mengotakan kata" sebagaimana yg dijanjikan oleh KARISMA..


Syukur Alhamdulillah juga jika benar Tuan Syafiq MPP yang dihormati mahu menjalankan kerjasama dgn KARISMA selepas ini dan KARISMA sangat mengalu2kan kerjasama yg bersifat membawa manfaat kepada warga UPSI dari apa juga aspek p
on selagi ianya tidak mencemar tatasusila sebagai mahasiswa apatah lagi mahasiswa yg bakal menjadi pendidik kepada anak bangsa Malaysia selepas ini..Suka juga KARISMA mohon agar dijemput sekali kelab, persatuan atau kumpulan maya spt UPSIKINI & UPSI DAILY turut dilibatkan sama supaya tiada lagi FITNAH yg disuburkan di bumi UPSI..


Bagi makluman Tuan Syafiq MPP yg dihormati, KARISMA menolak Ideologi Kepartian PUS & UMNU....Kami menolak ideologi kepartian PUS & UMNU tetapi kami amat berbesar hati utk menyertai apa juga program dari PUS mahupun UMNU yg bersifat nasional dan bukannya bersifat "sembunyi2"...KARISMA juga menyokong mana2 MPP serta mahasiswa yg mahu menyokong PUS ataupun UMNU selagi ianya tidak membawa kemudaratan akademik khasnya dan AUKU khususnya..

Tak perlulah Tuan Syafiq MPP yg dihormati minta maaf atas ketidakhadiran tempoh hari..saya faham benar "Insyaallah" yg Tuan Syafiq MPP maksudkan dan saya redha jika benar apa yg saya dengar bahawa pada ketika itu "dengan izin Allah" Tuan Syafiq MPP yg dihormati telah menyertai kursus Pra-Perkhawinan ( jika benar berita ini baguslah..jika salah maaf lah )...mana mungkin saya salah tafsir kpd Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN YG TELAH BEKERJA KERAS SETANDING LIDAH DAH USAHA DALAM MENINGKATKAN KEBAJIKAN MAHASISWA UPSI malah malulah saya sebagai Presiden KARISMA jika saya MENIDAKKAN PELUH YANG MENITIS DARI KEPIMPINAN BERKESAN SAUDARA ITU...

Akhir kata..saranan dari Tuan MPP EXCO KEBAJIKAN yg dihormati supaya mana2 mahasiswa yg memerlukan bantuan bolehlah berhubung dgn KARISMA (utk minta KFC) adalah bagus sekali dan kami pandang tinggi supaya EXCO KEBAJIKAN MPP UPSI boleh berehat sebagaimana YDP MPP...Saya amat berbesar hati jika Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN boleh tunjukkan kpd kami (Warga UPSI) kejayaan "menjaga kebajikan mahasiswa upsi" yg telah dilaksanakan disepanjang Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN dilantik....jika YDP MPP tak berguna (spt mn yang didakwa di fb) takkan lah Tuan Syafiq EXCO KEBAJIKAN juga turut tidak berguna kan....Wallahualam.." 

Respon yang diterima, 

Mohammad Syafiq bin Abdul Majeed
Exco Kebajikan dan Perkhidmatan
MPP UPSI 2012/2013 

"Waalaikummusslam wbt. bagus, sy suka pandangan eni mengenai isu ini dan saya amat menyambut baik cadangan serta idea eni. memang menjadi keutamaan semua pimpinan utk menjaga kebajikan mahasiswa. InsyaAllah, sy akan menjemput karisma dan juga persatuan2 lain bagi membantu mahasiswa. sekian, terima kasih."

----------------------------------------------------------------
Dari pemerhatian UPSIdaily, masalah dalaman dan kerjasama antara MPP tidak dapat nak menangani masalah kebajikan mahasiswa dengan lebih efektif. Ini kerana ada dikalangan MPP yang lebih suka untuk mencari publisiti, mencari kesalahan dikalangan MPP, lebih berminat melakukan tugas di laman sosial, lebih gemar untuk menyuburkan sentimen kebencian, dan pelbagai lagi masalah. Jika ini benar-benar berlaku dan masih berpanjangan, sudah pasti ada dikalangan MPP yang tidak sebulu dan suklar untuk melaksanakan tugas dengan lancar. UPSIdaily tidak salahkan MPP 100% kerana pasti sakit yang dihadapi dalam MPP hanya ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sahaja yang tahu. Organisasi, hanya yang pernah berada di dalamnya sahaja yang tahu bagaiaman suasana apabila berorganisasi.

UPSIdaily mencadangkan supaya ditubuhkan satu badan khas iaitu Kesatuan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-Kolej Kediaman diwujudkan. Dengan adanya Kesatuan ini, hal ehwal kebajikan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif kerana JMK merupakan satu badan yang paling mendekati dan didekati oleh mahasiswa. Tidak mustahil suara Kesatuan ini mampu membawa perubahan drastik demi mahasiswa. UPSI. Walau bagaimanapun, UPSIdaily tidak menafikan peranan MPP tetapi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, Kesatuan ini secara langsung mampu membawa suara mahasiswa di UPSI terus kepada pihak yang bertanggungjawab. Peranan MPP masih besar dan tidak dinafikan masih berada di bawah pengaruh dan dibatasi dengan konflik. 

UPSIdaily nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengetua Kolej Kediaman, Majlis YDP Kolej Kediaman, Sidang Dewan Pendidik, KARISMA UPSI dan lain-lain organisasi yang sentiasa berusaha memperjuangkan hal-hal berkaitan mahasiswa sehingga ke hari ini.

MAHASISWA HEBAT SENTIASA RASIONAL DALAM TINDAKAN

Ahad, 9 Disember 2012

MASALAH BAS UPSI?! INI SEMUA SALAH DIA..??

  Salam kepada semua Mahasiswa UPSI.




Masalah utama bas UPSI berpunca dari ahli mesyuarat teknikal yang bertanggungjawab memutuskan berkaitan pemilihan bas.

1. Dikalangan ahli mesyuarat terlibat 5 orang pengetua kolej kediaman.
2. Walau bagaimanapun, 2 orang pengetua telah dinafikan hak secara halus dan secara tidak langsung.
3. Untuk mengelakkan penglibatan 2 orang pengetua ini, mesyuarat hanya akan dijalankan ketika 2 pengetua          
     kolej ini sedang bercuti.
4. Mesyuarat sudah berlangsung, surat hadir mesyurat baru sampai ke tangan 2 pengetua tersebut.
5. 2 orang pengetua yang tidak hadir di minta juga untuk men "signature" hasil perbincangan yang mereka tidak hadir itu- ada unsur paksaan disini
6. Nampaknya seperti ada perancangan awal untuk mengasingkan 2 orang pengetua tersebut dan menjadikan hasil mesyuarat dilaksanakan.

Untuk makluman semua, sakit yang dihadapi oleh mahasiswa UPSI berpunca dari individu yang mencari kepentingan dibahagian akar umbi. Ini telah memberi kesan secara langsung kepada masalah berkaitan bas.

Individu ini telah dikenalpasti tetapi masih samar lagi. Kemungkinan besar ada dikalangan ahli mesyuarat yang tidak senang dengan tindakan individu tersebut tetapi untuk menjaga kepentingan masing-masing, perlu cari langkah penyelesaian win-win situation. Kita nantikan pembongkaran selanjutnya untuk entry akan datang.

Dari perkhabaran yang diterima, individu ini akan memastikan hubungan kerja pengetua-pengetua kolej tidak lagi terus kepada TNC tetapi melalui beliau. Sekiranya ini berlaku, kawalan terhadap pelepasan aktiviti dan perbelanjaan kewangan kolej akan dikawal secara autoriti oleh beliau.

Persoalannya : 

1. Kenapa 2 orang pengetua ini hendak diasingkan walhal mereka adalah individu yang sentiasa menjadi
    rujukan oleh mahasiswa dan tahu masalah2 yang dihadapi oleh mahasiswa.
2. Siapakah DIA yang menjadi dalang kepada semua masalah yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa
    UPSI ini?
3. Apakah kepentingan peribadi yang DIA inginkan berbanding kepentingan untuk kesejahteraan mahasiswa
    UPSI.

UPSIdaily yakin dan percaya, pihak MPP telah lakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah bas. Tetapi kita kena akur masalah di akar umbi yang menjadi punca segala masalah. Jangan ditanya pada driver bas, MPP atau JMK..kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tetap terbatas autoritinya.

Dari pemerhatian UPSIdaily, masalah bas seakan sukar diselesaikan jika DIA (individu ini) mengawal segalanya. Bagaimana jika DIA mengawal penuh terhadap kuasa pengetua-pengetua kolej kelak?

Fikirkanlah...siapa yang mahu bertanggungjawab untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI? Anda ingin pendedahan dan pembongkaran atau rela mengikut telunjuk jari sepuluh?!

TUNGGU DAN LIHAT