Halaman

Ahad, 15 Januari 2012

ISU BUANG KOLEJ BANYAK TANGGAPAN NEGATIF

Setiap semester para pelajar akan memohon untuk terus tinggal di kolej kediaman pada semester hadapan. Permohonan secara online, hantar borang ke pejabat dan pemilihan juga berdasarkan buku aktiviti pelajar. Dikecualikan kepada pelajar tahun pertama kerana mereka masih terikat dengan kontrak duduk di kolej selama setahun / 2 semester pengajian.

UPSIdaily melihat banyak pandangan dan andaian negatif mahasiswa terhadap pelajar-pelajar yang tidak berjaya untuk menginap di kolej kediaman. Apakah sebenarnya yang telah berlaku?

1. Kerana tudung labuh?

2. Kerana berpakaian muslimah?
3. Sebab pelajar-pelajar KARISMA nak dibawa masuk?

4. Sebab bukan 'orang kita'?

Mesej yang hendak disampaikan cuba menggambarkan bahawa pihak pentadbiran kolej memilih penempatan ini adalah kesan daripada politik kampus, fahaman ideologi yang dibawa oleh segelintir mahasiswa. Sejauh mana kebenarannya? 

Diskusi bersama Pengetua Kolej

Inisiatif yang telah diambil oleh JMK KAB dalam menyelesaikan isu pelajar yang tidak berjaya tinggal di kolej. Tahniah UPSIdaily ucapkan.

Wakil tampil memberi penjelasan

Pelajar UKLK adalah kumpulan pelajar yang mantap juga. 


UPSIdaily sokong program diskusi ini diadakan seperti yang dilakukan oleh JMK KAB. Ramai menyatakan penghuni kolejnya dibuang kerana mereka terdiri daripada Rakan Penggerak Ad-Din dan Rakan Surau. Segala permasalahan dapat diselesaikan dan tidak timbul spekulasi negatif terlalu awal tanpa kita tahu apakah sebenarnya yang berlaku. UPSIdaily difahamkan bahawa pemilihan pelajar yang layak duduk kolej berdasarkan keaktifan dan kebajikan pelajar. 


Jika dahulu Kolej Zaba terkenal kerana antara kolej yang paling ramai penghuninya dibuang termasuklah yang aktif dan rakan exco nya. Ia perkara biasa yang semua mahasiswa sedia maklum. Tetapi isu dua pelajar yang dibuang kononnya kerana pembikinan filem pendek 'KAU NIE' menjadi isu yang hangat diperkatakan. Harap tidak berlanjutan permasalahan ini.
                                              
Dari sumber yang diperolehi oleh UPSIdaily: 
GSTT 2097 orang, ISMP 773 orang dan ANTARABANGSA 15 orang

Bagaimana UPSI nak menempatkan pelajar-pelajar baru ini jika masih ramai yang ingin tinggal di kolej kediaman? Kerana itu kolej perlu memilih yang benar-benar layak. Isu ini tidak pernah timbul sehangat apa yang berlaku pada kali ini.

Sampai masa kita berkorban sebagaimana pengorbanan senior-senior kita terdahulu. Kini masa kita pula memberi ruang kepada adik-adik junior yang bakal melangkah masuk ke UPSI sebagai ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.

 ....................UPSIdaily................... 

P/S : Kita percaya kepada Qada' dan Qadar Allah, makan kita akan bersedia menerima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Kita hanya merancang dan perancangan Allah itu yang maha hebat. Mungkin ada sesuatu yang lebih hebat Allah janjikan kepada kita. Jadi apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Amin...

Harap sahabat mahasiswa semua bersikap lebih terbuka dan jauhi segala anggapan yang negatif dan akhirnya bimbang menimbulkan fitnah. Apapun, kita diberi ruang untuk bertanya dan merungkai segala permasalahan dengan cara dan medium yang betul.

Gunakan masa yang ada untuk menimba ilmu dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Lengkapkan dirimu supaya apabila keluar dari UPSI kamu sedia menerima pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran. Bagaimana hendak hadapi praktikal? Bagaimana jika anda dipostingkan dalam keadaan anda tidak terfikir ianya berlaku kepada anda?

Pepatah melayu : Jadilah benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi rimba


Jumaat, 13 Januari 2012

SEJARAH POLITIK KAMPUS UPSI

UPSIdaily tertarik dengan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Mahasiswa Utara dan Badar Suci. Artikel ini mendedahkan sejarah poltik kampus UPSI. Pasti ramai mahasiswa UPSI ingin mengetahui suasana dan perjalanan sebenar apakah yang telah berlaku di UPSI sejak tahun 2002. Sekadar perkongsian dan renungan bersama.

...................Al-Kisah..................


Tahun 2002

MPPUPSI  ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Amir Hamzah dan Ust Fauzi. Ustaz Fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. Ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di UPSI. USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
Bagi  menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP Beliau ialah saudara Shahruddin. Juga digelar Sharudin songkok tinggi. Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini UPSI dan pegawai HEP nya sememangnya menyebelahi pembangkang. Inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu. Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak-puak pas kerana di dalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.

Tahun 2003

Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan. Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI. Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro-pas. Gerakan pro-pas pula mendapat dana yang disalurkan oleh pertubuhan luar.
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat  14 kerusi dan  aspirasi mendapat 12. YDP MPPUPSI dipegang  oleh Ust Fauzi Bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, Fauzi Bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di UPSI.

Tahun 2004

Gerakan MPPUPSI lebih menyengat semasa zaman Dato' Dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain. Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro-pas. Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan HEP ketika itu. Sehingga sekarang pegawai tersebut masih lagi berada di UPSI.
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula gentar dengan movement aspirasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.

Pada tahun ini, MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul (dihantar mengajar ke Sarawak atau Sabah tak silap) dan NYDP Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di Batu Pahat. Najib membawa watak agama yang tinggi  sehingga membuktikan bahawa kumpulan Fauzi Bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan Islam. Kabinet MPP dikuasai oleh pihak aspirasi.

Tahun 2005

PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi. Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(Kolej Harun Aminurashid). Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat speaker corner oleh pihak universiti. Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan. Namun, di bawah pimpinan saudara Faizul, Najib bersama rakan rakannya, aspirasi menang buat kali kedua. Aspirasi mewujudkan sayap Sahabat Mahasiswa Universiti.

Tahun 2006

Akhir tahun 2005, jawatan TNC HEP Dato' Dollah tidak disambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum. Puak-puak pembangkang semakin aktif  dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.

Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh Mohd Faiz. Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2. Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro-pas di kampus.
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya. Semua ini adalah permainan Prof Aminah seorang Naib Canselor yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.

Tahun 2007 hingga sekarang

Peninggalan Prof Aminah sebenarnya yang menyebabkan UPSI tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. Prof Aminah gagal dalam mengawal gerakan pelajar UPSI. Prof Aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di UPSI sehingga sekarang. Bagi Prof Aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus. Akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari UPSI. Lahirlah mahasiswa UPSI yang kurang ajar. Sekiranya Prof Aminah bertindak dengan cekap bersama HEP, sudah pasti UPSI dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN dan PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.


-----------------------UPSIdaily-----------------------

Dari dulu lagi ideologi politik luar sudah dibawa masuk ke dalam kampus. Kesannya??? Apakah ramalan yang dapat dijangkakan untuk Pilihanraya Kampus UPSI akan datang? Setelah apa yang berlaku di UPSI baru-baru ini, ramai dapat menjangkakan suasana PRK akan datang pasti lebih hangat berbanding PRK lepas. 

Mendukung varsiti universiti dan mengutamakan kebajikan Mahasiswa adalah yang perlu didahulukan supaya UPSI akan lebih unggul dan gemilang di mata masyarakat umumnya. Diharap wakil-wakil calon yang bertanding dapat memberikan sumbangan yang sebaiknya setelah amanat terpikul di bahu masing-masing. Jangan terlalu membawa ideologi partisipasi tetapi menifesto yang dijanji tidak ditepati.

Mahasiswa UPSI sebagai BAKAL PENDIDIK khususnya harus melambangkan keperibadian, nilai dan etika yang baik supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat luar. 

-----------------------NILAI-----------------------
Terjumpa untuk penilaian...betul atau tidak, keputusan individu mahasiswa la untuk menentukan. Siapa akan buktikan kebenaran akan perkara ini? Sama-sama kita lihat dan hayati, kalau bukan sekarang kesannya, fikirkan untuk jangka masa panjang. Mahasiswa UPSI sangat beruntung dan bertuah. Syukurlah kerana anda ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.



MAHASISWA BIJAK MENILAI

sumber : SINI


ASPIRASI (PIMPINAN BITARA)!!!
SMILE!!!
MAHASISWA PENDIDIK!!!
LEGASI MAHASISWA PROGRESIF!!!
TAPIR!!!


................................................................................












Selasa, 10 Januari 2012

Baucar Buku 1 Malaysia KPT

Terima kasih diucapkan atas pemberian Baucar Buku 1 Malaysia. Tahniah kepada semua mahasiswa dan semoga dengan pemberian Baucar ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.




Tatacara Penggunaan Baucar Buku 1 Malaysia
  1. Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi.
  2. Bucar ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik. jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.
  3. Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini.
  4. Sekiranya amaun belian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
  5. Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.
  6. Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai.
  7. Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja.
  8. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh Kedai Buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.
.................................UPSdaily............................


Baucar Buku 1 Malaysia KPT

Perhatian kepada semua Mahasiswa UPSI, Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada yang layak mula diedarkan pada 10 Januari 2012. Semua pelajar yang layak boleh mendapatkan BB1M di pusat pengedaran seperti berikut : -


Perkara-perkara yang perlu dibuat semasa mengambil BB1M :-
  1. Membawa kad pengenalan semasa mengambil BB1M
  2. Memastikan anda mendapat 4 keping BB1M yang bernilai RM50 setiap satu
  3. Memastikan setiap BB1M mempunyai cop Universiti dibelakangnya
  4. Tidak boleh mewakilkan orang lain mengambil BB1M
  5. Mnegisi nama dan nombor kad pengenalan di baucar tersebut

Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman, Baucar Buku 1 Malaysia boleh dituntut di kolej kediaman masing-masing. Bagi mereka yang telah pulang mohon untuk mengambil baucar tersebut semasa pendaftaran kolej semester hadapan. Sebarang kehilangan baucar menjadi tanggungjawab pelajar dan tidak akan diganti.

Untuk maklumat lanjut, Mahasiswa boleh merujuk Portal Rasmi UPSI dan  Portal Rasmi KPT 












Isnin, 9 Januari 2012

901 : Detik-detik di UPSI kronologi perbicaraan Adam Adli

Ringkasan cerita di bumi Tanjung Malim

UPDATE bersama DISINI 

Perbicaraan kes Adam pada jam 3.00 petang akan diadakan di Pusat Global Aminuddin Baki.

UPDATE Jam 2.29 : Dato Pendaftar sampai di bilik perbicaraan, dikawal rapi 6-7 orang polis.

UPDATE Jam 3.10 : Semua panel telah sampai tetapi Adam Adli masih belum muncul.

UPDATE Jam 3.11 : Pihak polis melakukan sekatan 6 chekpoint, rodaan dan tinjauan.

UPDATE Jam 3.22 : Adam adli sampai di hadapan pintu timur dan pihak keeseamatan UPSI menjemput untuk  di bawa ke bilik perbicaraan. Adam Adli samapi dengan kereta Atos warna Gold QAB 7314

UPDATE Jam 3.30 : Adam Adli tiba di bilik perbicaraan dan masuk melalui pintu belakang berseorangan. Hadapan DRT keadaan terkawal dengan polis dan pegawai keselamatan yang bertugas.

UPDATE Jam 3.55 : Lima kumpulan Light Force (LSF), 7 anggota setiap kumpulan dan jaga setiap checkpoint.  Anggota daripada cawangan IPOH, TAPAH, TELUK INTAN dan TANJONG MALIM.

UPDATE Jam 4.00 : 2 penyokong Adam Adli baru tiba dihadapan bilik perbicaraan, ramai juga press yang hadir untuk mendapatkan liputan kes perbicaraan ini.

UPDATE Jam 4.02 : Pasukan Keselamatan UPM memakai baju biru kelabu mengambil posisi dihadapan Auditorium.

UPDATE Jam 4.16 : Adam Adli keluar dari bilik perbicaraan

UPDATE Jam 4.18 : Adam Adli kini berada di bilik khas. Di bilik perbicaraan, menunggu keputusan jatuhan kes kepadanya.

UPDATE Jam 4.26  : Pintu timur sesak dengan polis bertugas, mahasiswa-mahasiswa dan orang awam yang setia menanti untuk mengikuti perbicaraan kes. Polis masih berjaga-jaga dengan setiap kemungkinan berlaku.



UPDATE Jam 4.33 : Ahli panel perbicaraan dalam perbincangan menentukan keputusan yang akan dijatuhkan terhadap Adam Adli.

UPDATE jam 4.50 : Dengan ini, Panel Perbicaraan SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER.

UPDATE Jam 5.00 : Keadaan di Pintu Timur dikhabarkan sedang kecoh ketika ini.

UPDATE Jam 5.01 : Baru sebentar tadi Adam Adli membuat ucapan dihadapan penyokong-penyokong beliau dan mahasiswa yang ada dihadapan Pintu Timur.

-----Suasana sekitar UPSI 901-----






Sumber : Terima kasih kepada  fb Kami Sokong Pimpinan Bitara





3 SEMESTER : UPSI SEPI TANPA ADAM ADLI



Akhirnya, Panel Perbicaraan Tatatertib UPSI sebulat suara memutuskan bahawa Adam Adli digantung pengajian selama 3 semester. Hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau berdasarkan Akta 3 AUKU : 1) Menjatuhkan nama universiti 2) Mengganggu keamanan


#Pihak Berkuasa Tatatertib telah mensabitkan kesalahan pelajar di bawah KAEDAH 3 (a) (i) dan (ii), BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999

Kenyataan dipetik dari myStarOnline

Senarai nama panel yang terlibat dalam perbicaraan :
1) Naib Canselor
    Prof Dr. Zakaria Bin Kasa (Pengerusi)
2) Dato Pendaftar
    Dato Rusley Bin Taib ( Timb. Pengerusi)
3) Dekan FPTV
    Prof. Dr. Ramlee Bin Mustapha
4) Dekan FBK
    Prof. Dr. Hj. Nor Azmi Mostafa
5) Penyandang Kerusi Tun Ghafar Baba
    Dr Zainal Kling
6) Wakil Keselamatan 1
    En Zulkarnain En Mohd Arman
7) Wakil Keselamatan 2
    En Mohd Arman
8) En Ahmad Janatul Firdaus Bin Datuk Dzulkarnain
9) Che Farihan Che Man

-------------UPSIdaily------------


Keputusan yang telah dilakukan oleh panel tatatertib perbicaraan universiti setelah melakukan pertimbangan pasti ada kewajarannya. Banyak berpendapat bahawa Adam Adli akan dibuang universiti dan ada juga yang mendoakan semoga Adam Adli dibebaskan dari segala pertuduhan. 

Walau bagaimanapun, keputusan telah dibuat. Kita lihat dari pandangan positif, Adam Adli merupakan mahasiswa UPSI dan bakal dilahirkan sebagai seorang pendidik. Keputusan hari ini adalah gambaran pada masa hadapan. Semoga Adam adli mengambil ikhtibar daripada apa yang telah berlaku. Menerima segala pandangan, nasihat dan kecaman dengan positif dan berfikirlah. 



Kemenangan sebenar perjuangan MAHASISWA 

Kemungkinann  UPSI tidak mahu Anak Kandung Suluh Budiman ini hanyut tanpa masa depan walau pelbagai insiden yang beliau lakukan terhadap UPSI dan kesannya kepada mahasiswa UPSI yang lain.


..................Persoalan yang terlintas di UPSIdaily....................

Bagaimana dengan nama dan imej UPSI?Apakah yang akan dilakukan oleh Adam Adli selepas ini? Adakah penggantungan pengajian selama 3 semester ini memberi peluang dan ruang untuk aktif terhadap politik kerana AUKU tidak tertakluk kepadanya? Apakah kesan yang lebih besar lagi terhadap mahasiswa selepas ini? Adakah aktivis-aktivis pelajar akan terus bangkit dengan perjuangan mereka? Siapakah Adam Adli selepas 3 semester nanti?


P/S : Wahai sahabat Mahasiswa UPSI terutamanya, jadilah seseorang yang berfikiran matang, bijak menilai dan membuat keputusan, berfikiran jauh..jauh kehadapan terhadap kesan dan akibat. Pendidik pencorak masa hadapan.








   



Ahad, 8 Januari 2012

ISU SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH : PENGETUA TAMPIL BERI PENJELASAN


Tuan Syed Sofian Syed Salim
Pengetua Kolej Aminuddin Baki
Universiti Pendidikan Sultan Idris


"Asalamualaikum wbt. Kpd JMK, Felo dan juga warga kolej KAB. Di sini saya ingin bicara beberapa perkara berkaitan isu solat hajat dan qunut nazilah yang dirancang tanpa pengetahuan pengetua KAB dan KZ. Mungkin saya agak lewat memberi maklum balas hingga individu yang tak bersalah juga terlibat dalam menyebarkan fitnah berkaitan isu berkenaan. Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Walaupun program tersebut tidak melalui saya sbg pengetua KAB dan KZ namun saya tetap mengizinkan diadakan sbb saya tahu banyak manfaatnya. Malah saya mengalakkan lagi agar pelajar KAB turun beramai2 bagi memenuhi surau melalui YDP KAB dan begitu juga KZ. Cuma mungkin berlaku kekeliruan di sana atau kelupaan pd pihak Imam menyebab doa qunut nazillah tidak dibaca. Demi Allah, sesungguhnya Allah ya...ng menguasai dunia dan segala isinya bahawa saya dan pengetua2 yang ada di surau berkenaan tidak mengeluarkan satu perkataanpun atau arahan kepada imam bagi menghalang bacaan qunut nazillah walaupun kita tahu tujuan mereka mengadakan program berkenaan. Di sini juga saya secara individu yang disebut punca semua masalah tersebut akan menuntut di akhirat di atas segala fitnah yang dilakukan oleh individu berkenaan dan orng2 yang bersubahat membantu dalam penyebaran fitnah ini. Sekali lagi saya menyatakan dengan tegas Demi Allah, saya tidak menghalang solat hajat dan qunut nazillah serta aktiviti2 keagamaan lain di surau Al-Falah. Wslm."

UPSIkini laman fitnah???


Kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web upsikini dikatakan satu menyebaran fitnah yang cuba dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti pengetua kolej kediaman sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini.


Setiausaha Agung MPP UPSI 

Pengetua kolej dikatakan telah memberi arahan supaya solat hajat yang dirancang tidak dapat diteruskan? Seperti yang UPSIdaily sedia maklum...Solat Hajat yang dirancang tetap diteruskan dan pengetua yang disabitkan ini mengatakan beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan menghalang bacaan Qunut Nazilah dan ini satu fitnah yang cuba disebarkan.


Makluman yang diterima, berlaku percanggahan terhadap apa yang terjadi dengan mesej yang disampaikan oleh Kami Sokong Mahasiswa Pendidik ini. Solat Hajat yang dirancang tetap diteruskan tetapi ianya diimamkan oleh seorang ustaz felo kolej kediaman dan bukan imam luar yang telah dibawa masuk. Difahamkan bahawa Qunut Nazilah hanya terlupa dibaca oleh imam tersebut tetapi bukan arahan yang dikeluarkan oleh pengetua untuk membatalkannya. Ini yang menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan mereka yang telah merencana program tersebut. 


Persoalan... Apakah tujuan sebenar Solat Hajat dan Qunut Nazilah ini dijalankan? Kenapa mesti menjemput imam luar tanpa pengetahuan pihak pentadbiran kolej? Kenapa ia menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada Kami Sokong Mahasiswa Pendidik dan upsikini? Info...Sebarang aktiviti yang ingin dijalankan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan kolej / pengetua kerana ia merupakan satu prosedur. 

---------------------------------------------------------------------
Ketenteraman warga kolej kediaman menjadi tanggungjawab pengetua kolej kediaman. Hormatilah prosedur yang telah ditetapkan dan jauhi sebarang niat/agenda yang kurang jelas.

Nasihat UPSIdaily kepada sahabat-sahabat UPSI sekalian
1) Elak salah faham
2) Henti menyebarkan fitnah
3) Ketelusan dalam menjalankan sebarang kegiatan



MT MPP UPSI TEGAS PENYATAKAN PENDIRIAN



Muhammad Afiq Fikri
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI


As salam dan selamat sejahtera...

Saya sebagai YDPMPP setelah melihat apa yang berlaku pada 1.1.2012, membaca blog-blog mahasiswa dan masyarakat luar, artikel-artikel, akhbar arus perdana dan pembangkang.... secara rasionalnya tindakan yang dilakukan tempoh hari sangat memalukan, mendukacitakan dan memberi kesan yang buruk khususnya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Mahasiswa keluaran UPSI yang rata-rata insan yang bijak, terpelajar, mampu berfikir secara rasional, mentor kepada masyarakat sebagai seorang pendidik dan juga bakal pendidik anak bangsa. Bagi saya Mahasiswa yang berdemo tempoh hari perlu MEMOHON MAAF kepada pihak UPSI dan seluruh mahasiswa UPSI kerana secara tidak langsung telah memalukan Institusi Pendidikan Terulung Tanah Air.



Shahril Khasin
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
UPSI


Saya menyokong kuat kenyataan YDP MPP UPSI Muhammad Afiq Fikri meminta pihak yang membuat demonstrasi di UPSI pada 1 Januari 2012 untuk MEMOHON MAAF kepada pihak UPSI dan mahasiswa keseluruhannya kerana telah mencemarkan nama UPSI dan para bakal pendidik keluaran UPSI. Budaya ini tidak pernah wujud di Bumi Bersejarah Tanjong Malim bertuah. Usah lagi membawa budaya anda ke IBU KANDUNG kami!!! UPSI TIADA BUDAYA INI!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...