Halaman

Isnin, 30 April 2012

AMAN KAMPUS UPSI; SEMOGA BERJUMPA LAGI!!!

Salam ASPIRASI Mahasiswa.

SELAMAT JALAN SAHABAT AMAN KAMPUS!!!

Wajah-wajah ceria peserta / mahasiswa Aman Kampus UPSI. TAHNIAH!!!

Sehari telah berlalu, namun bahang kemeriahan AMAN KAMPUS masih terasa. Terpandang banner, tersenyum gembira. Perkenalan menguatkan bersaudara antara perserta mahupun mahasiswa UPSI, tidak lupa juga kepada yang menyindir. Ini membuktikan Jelajah Aman Kampus di UPSI telah memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga UPSI. 

SISWA CERGAS
Bermula seawal jam 7.45 pagi, sudah ada yang menanti untuk bersenamrobik. Peserta Aman Kampus datang dari KHAR dan berkumpul di court Kolej Zaba bersama penghuni-penghuni Kampus Sultan Azlan Shah. 
Fuiiyoo~ Selamat Pagi Malaysia!!!

Wajah ceria mahasiswi UPSI..senyum...=)

~Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamu~

SUKANEKA
Pagi yang sangat ceria. Mahasiswa UPSI dan peserta Aman Kampus memang sporting. Pagi-pagi lagi dah rasa tenang dan aman. Memang tak ingat la ada BERSIH time ni. Pelbagai acara sukaneka dan permainan yang dijalankan pada pagi 29 April 2012.

Warriors...are u ready?!!

Semakin jauh semakin sayang, sambutlah sayangku..hihi

Bola Tampar

Bola Jaring

Futsal

MAJLIS PENUTUP

Selepas acara riadah, Majlis Penutup Jelajah Aman Kampus diteruskan di dewan Kolej Za'ba. Antara VIP yang hadir ACP (Kehormat) Dato Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar; TNC HEP & ALUMNI UPSI, Dr Zahuri; Pengetua Kolej Za'ba, Dr. Aziz Shah; Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, En Raizol wakil Pengetua Kolej Aminuddin Baki dan semua yang hadir menjayakan Majlis Penutup Jelajah Aman Kampus Fasa 2. Sekalung penghargaan kepada semua atas komitmen yang diberikan..



ACP (Kehormat) Dato Paduka Dr Junaidi Abu Baakar 
TNC HEP & ALUMNI UPSI





Majlis penutup yang mendapat sambutan yang amat meriah dari semua para hadirin yang hadir. Sedih menghitung masa kerana akan berakhirnya Jelajah Aman Kampus di UPSI. Kepada semua peserta Aman Kampus, segala pengalaman yang baik bawalah bersama pulang dan mana yang kurang, UPSIdaily selaku wakil memohon sejuta kemaafan.

Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan

--------------------UPSIdaily------------------
Mahasiswa UPSI hebat!!!

 
VS

Auku sudah dipinda? Nasihat kepada semua, pandailah membawa diri. Mahasiswa berkualiti ASPIRASI universiti.

TAHNIAH SEMUA BARISAN SEKRETARIAT AMAN KAMPUS!!!

Mari bersama kami kekalkan keamanan Kampus

Like Page Aman Kampus [KLIK]

Ahad, 29 April 2012

AMAN KAMPUS UPSI; HARI PERTAMA DILUAR JANGKA

Salam ASPIRASI Mahasiswa.
SELAMAT DATANG SAHABAT AMAN KAMPUS!!!

 

Aman Kampus anjuran alumni ASPIRASI telah tiba di UPSI bagi menamatkan Jelajah Aman Kampus Fasa 2 bermula 28hb - 29hb April 2012. Kehadiran Delegasi Aman kampus disambut dengan meriahnya oleh ASPIRASI Mahasiswa UPSI iaitu sebanyak 15 biji kereta dan 10 biji motorsikal mengiringi konvoi bermula dari tol Tg Malim. Aman Kampus menjelajah Tg Malim dari mendekati masyarakatnya dan juga mahasiswa di kolej kediaman. Hari pertama Aman Kampus di UPSI mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana gelombang keAMANan KAMPUS telah sampai ke UPSI jua akhirnya.


Tol Tg Malim, Delegasi Aman Kampus menuju UPSI

SISWA PRIHATIN
Setibanya di Tg Malim pada pukul 2.30 petang, destinasi Aman Kampus yang pertama ialah menuju ke Kg Cabang Lima untuk menjalankan Siswa Prihatin. Tanpa penat, semangat yang ikhlas dengan matlamat yang satu, objektif murni yang hendak dicapai harus diutamakan.

Makcik Kalsum bt Abdullah (berbaju putih) berusia 90 tahun, ibu tunggal yang tinggal berseorangan masih sihat tubuh badan tetapi mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. 

Makcik Salmah membela 5 orang cucu dan 3 dari mereka masih bersekolah. Ibu kepada cucu-cucunya telah melarikan diri meninggalkan suami dan anak-anak. Dengan pendapatan yang kecil untuk menampung anak yang ramai disamping membela ibu yang telah uzur.


Uncle Ah San tinggal bersendirian bersama 2 ekor anjing belaannya. Beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga dan tinggal di sebuah pondok usang tanpa bekalan elektrik. Kehadiran Aman Kampus membawa sinar dirinya dihargai dan diingati. Tidak terpinggir, mahasiswa mendekati..mahasiswa menjiwai.

INFO SISWA
Selepas melawat 3 buah rumah di Kg Cabang Lima, Aman Kampus meneruskan pengisian berikutnya; Info Siswa yang dijalankan disekitar Pekan Tg Malim. Tujuan Info Siswa ini ialah untuk mendekati masyarakat dan sebagai agen untuk menjalankan soal selidik tentang masalah yang dihadapi, cadangan untuk menjadikan Malaysia lebih maju disamping beramah mesra dengan pengunjung.

Peserta Aman Kampus berkumpul untuk taklimat ringkas

Soal selidik dijalankan termasuk meraka yang bertugas

SISWA TAQWA
Selepas solat maghrib, Aman Kampus mengadakan bacaan yassin di Surau Al Falah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Bt Md Juferi. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. [KLIK]

PENTAS ANAK MUDA
PTPTN : DIPLOMASI vs DEMONSTRASI

Barisan ahli panel yang hebat dan moderator terkenal RTM1 saudara Shamsul Salleh

Mahasiswa  UPSI yang sama memeriahkan Pentas Anak Muda.

AMARAN!!! Yuyu Luna...fikiran tu kene kehadapan sikit. Jangan asyik makan gula-gula.

Petikan untuk renungan...

Terima kasih kepada tetamu jemputan Dr. Sayed Sofian bin Sayed Salim, pengetua Kolej Aminuddin Baki, Saudara Shahar, Presiden Alumni ASPIRASI, Felo KZ, barisan YDP kolej dan tetamu-tetamu yang hadir. Program Pentas Anak Muda yang berlangsung di Dewan KZ berakhir jam 11.15 malam. Mendapat respon yang positif dan soalan yang diajukan memang terbaik untuk dibincangkan bersama. Peserta Aman Kampus pulang ke KHAR untuk menginap disana.

-------------------UPSIdaily-------------------
Program AMAN KAMPUS ini lagi berfaedah dari join BERSIH. Anda nilailah sendiri. 

MAHASISWA BERSATU MEMARTABADKAN GELARAN MAHASISWA SEDANGKAN SEGELINTIR SEWENANGNYA MENCEMARKAN

Khamis, 26 April 2012

TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI. TIDAK LAYAK BERADA DI PENTAS REALITI

Salam Perjuangan landaskan Kebenaran...

"Aku...Maafkan kamu...Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu...Yang Aku maafkan kamu..Tolong teruskan hidup jangan sebut nama ku..."



Memetik kata / status sahabat UPSI

"Ada sorg ni, cari pasal kat FB aku, Aku ajak berbincang dgn dia, dia suruh aku debat dgn Org lain...hehe.. seorang lg kelahiran pengecut..keh3~buat apa takut klu stand betul. dah2 la. klu takut nk jmpa gtaw. srius org ajak bincg bkn bdebat.. takut ckp takut, xyah nk bg kat org lain.." 

UPSIdaily petik status ni untuk nasihat kepada wakil LMP. Semoga "nasihat" ini dapatlah membantu...peringatan? Ingatn? -Tiada sebarang ulasan-

Off cite atas. Induksi sahaja kepada semua...

PENTAS ANAK MUDA AMAN KAMPUS 
PTPTN : Diplomasi vs Demonstrasi


Penampilan Khas moderator saudara Mohd Syamsul Salleh, BICARA KAMPUS RTM1 


-------#################-------#################----------

Kenyataan awal telah dikeluarkan oleh wakil ahli panel, saudara Muhamad Azli Md Ali.
Monday 2:34 pm

Menurut sumber yang diperolehi, sebelum surat dikeluarkan secara rasmi, pihak sekretariat Aman Kampus telah beberapa kali menghubungi wakil LMP, saudara Fauzi Mando. Dukacitanya, sebarang panggilan dan sms tidak menerima sebarang respon. Hari dan waktu yang sama makluman ini disampaikan kepada saudara Azli dan Fauzi.



Apakah program jumaat hingga sabtu itu? Ada surat rasmi? "So xperlu diulas pnjng", rasanya pasti ramai dapat agak program apa. "Tp secara keseluruhannya Sy berpendapat program ini memg program Politik luar"- Tiada sebarang ulasan-

Sebagai MPP, patut mendengar tuntutan mahasiswa UPSI terutamanya dengan menerima undangan untuk Pentas Anak Muda. Bukankah ini satu medan perbincangan ilmiah dan manfaat ilmu untuk dikongsikan kepada semua. Melalui status yang dinaikan oleh saudara Azli berkaitan makluman ini, ramai mahasiswa mengharapkan yang terbaik dari dua wakil gerakan mahasiswa di UPSI. Bukankah ini peluang, masa, saat dan ketikanya? Lari, takut atau?? -Tiada sebarang ulasan-



Hinaan gelaran Pro-Mahasewel, ...kepada yang terasa sahaja, kerana tindakan yang ditunjukkan oleh segelintir golongan ini tidak menggambarkan mahasiswa keseluruhannya. Marah kita bila menerima gelaran, bagaimana ada diantara kita mengeluarkan pelbagai lontaran gelaran yang tidak manis untuk dituturkan. ITU TIDAK SALAH. "Sy sendiri merasa kecewa kerana itu keluar dr mulut seorng bakal Guru...." mention to @AdamAdli. - Tiada sebarang ulasan-

Jiwa membangkang tidak akan pernah mengenali apa itu ASPIRASI, kerana tiada yang baik lagi di mata sana walau baik ASPIRASI lakukan. Tolong teruskan hidup jangan sebut nama ku...

Siapa yang berPOLITIK sebenarnya? ASPIRASI juga yang dituduh berpolitik.


-------------------UPSIdaily------------------
Kepada yang masih belum mengetahui apakah itu AMAN KAMPUS, rajinlah mencari info, pengisian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program. Jangan mudah percaya dan membuat spekulasi awal. Orang yang menolak politik adalah orang yang paling kuat bermain dengan politik. Kenyataan tolak adalah kerana politik itu tidak sehaluan dengannya. Politik tak kotor tetapi pemain yang berda di dalamnya yang mencemarkan poltik. Mahasiswa ambil peduli.

Mahasiswa Pro-M sukar untuk menerima sesuatu yang baik. Program AMAN KAMPUS untuk semua, tolak tepi beza fahaman ideologi dan politik kerana manfaat pengisian itu yang lebih utama

AKHIRNYA...AMAN KAMPUS TIBA DI UPSI

Salam keAMANan Teras PERPADUAN...

WE LOVE

Berita gembira buat semua!!! Delegasi AMAN KAMPUS akan tiba di UPSI hujung minggu ini. Makluman kepada semua warga UPSI, Delegasi AMAN KAMPUS akan berkampung di UPSI selama 2 hari 1 malam bermula 28hb - 29hb APRIL 2012. Sahabat AMAN KAMPUS ini akan menginap di Kolej Harun Aminurrahid. Dijangkakan seramai 110 sahabat dari pelbagai IPTA termasul urusetia akan bersama-sama Mahasiswa UPSI menjayakan 3 program utama ;

1) Siswa Prihatin
Gambar hiasan fakta kebenaran

2) Info Siswa
Gambar hiasan fakta kebenaran

3) Pentas Anak Muda
Gambar hiasan fakta kebenaran

AMAN KAMPUS Fasa 2 ini akan melabuhkan tirainya di UPSI. Jika sejarah tercetusnya Program AMAN KAMPUS bermula kerana aktivis pelajar datangnya dari UPSI maka UPSI telah diberi penghormatan sebagai destinasi IPTA terakhir. Mencipta 1 kenangan dan imej yang baik bahawasanya masih ramai lagi mahasiswa UPSI mahukan yang terbaik demi masa depan mereka. Apa yang berlaku, sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada mahasiswa UPSI.

Mahasiswa cintakan keamanan!!!


Semoga objektif bagi keseluruhannya tercapai setelah Delegasi AMAN KAMPUS berjaya membawa suara-suara keamanan di kampus, membawa nama baik mahasiswa di mata masyarakat dan khusus demi nama baik UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Setelah pelbagai insiden, kontroversi, peristiwa dan segalanya yang berlaku...apepun, ianya tetap kekal dalam lipatan sejarah UPSI dan seluruh warganya. Mengambil ikhtibar dan pedoman, semoga mahasiswa yang masih menuntut di UPSI bersama-sama menjaga nama baik universiti tercinta ini.

TENTATIF PROGRAM
28hb April 2012
Bermula jam 2.00 Petang
- Siswa Prihatin di perkampungan sekitar Ketoyong, Tg Malim.
- Info Siswa di sekitar Pekan Tg Malim.
- Bacaan Yassin untuk Allahyarhamah Fatimah Mina bt Md Juferi di Surau Al-Falah
- Pentas Anak Muda di Dewan Za'ba

29hb April 2012
Seawal jam 7.30 pagi
- Senamrobik #padangKAB
- Sukaneka #padangKAB
- Majlis Penutup di Dewan Kolej Za'ba

Objektif program dan info rasmi berkaitan AMAN KAMPUS[KLIK SINI]

WE LOVE

-------------------UPSIdaily--------------------
Sebarang info/maklumat dan pertanyaan bolehlah dikemukan di PAGE UPSI daily. Marilah kita sama-sama menjayakan Program AMAN KAMPUS UPSI. Kehadiran semua warga UPSI bersama adalah amat dialu-alukan. 1 keluarga besar di bawah nama AMAN KAMPUS. Pengalaman baru, sahabar baru pasti akan membawa sesuatu yang baru dan berguna kepada kita semua. UPSIdaily yakin, pasti program-program murni seperti ini dapat dijalankan berterusan oleh mahasiswa UPSI. 

P/S : Pergerakan mahasiswa dari KHAR, KUO dan sekitarnya akan menggunakan BAS AMAN KAMPUS.

MARI BERSAMA-SAMA AMAN KAMPUS...
KEKALKAN KEAMANAN KURANGKAN KETEGANGAN 
MAHASISWA VARSITI HARAPAN UNIVERSITI

Ahad, 15 April 2012

PESANAN UNTUK ADINDA YUYU LUNA

Salam Idealis Siswa...

Apabila kebebasan bersuara sudah diberikan, tiada yang bagus hendak dipamerkan, kesyukuran jauh sekali, apa lagi untuk berterima kasih. Sesungguhnya, engkau tidak mewakili mahasiswa2 lain yang jauh lebih bijak untuk berfikir dan sayangkan negara. Tidak kisahlah apa saja gelaran yang diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa yang taat setia sokong kepada kerajaan sedia ada kerana apa yang ada pada hari ini datangnya juga dari kerajaan yang telah berjaya mentadbir Malaysia dengan amannya. 

GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA

Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim

INIKAH ICON SRIKANDI ADAM ADLI YANG DIBANGGAKAN PERJUANGANNYA? INIKAH BAKAL GURU YANG AKAN MENURUNKAN ILMUNYA KEPADA GENERASI ASET NEGARA? 

UPSIdaily sudah agak, cuti mid-sem pasti akan ada cerita. Kalau dah bercakap, main ikut suka. Tak ilmiah langsung. Sebagai seorang mahasiswa yang berakademik, high level thingking, bukan ini caranya. Berkempen? menghasut? memburukkan? lalala.... Ternyata, apa yang disampaikan hanya berdasarkan maklumat dan fahaman, yang boleh diibaratkan sekadar permukaan air di kolam. Sedangkan banyak lagi yang Yuyu Luna Maya tidak tahu. Inilah doktrin yang disembunyikan oleh pihak parti politik pembangkang. Walau salah, langgar je. Seperti mentornya, kalau cakap bumi ada dua pun orang akan percaya. Hebat membina persepsi dan mempengaruhi. 

1. Baktisiswa : Selagi ia mendatangkan manfaat kepada mahasiswa, tak salah untuk kita ikut. Mahasiswa, perlu berbakti kepada masyarakat. Manfaat peluang yang ada. Bagaimana pula BAKTISISWA yang LMP adakan di SG BESAR? Agenda Politik! Tak lulus paper kalau tak ikut, mcm mana pula kem2 KO? wajib tu.Salah pensyarah juga. "sedih2 sebab kene pakso"

2. "ASPIRASI atau Penyokong Kerajaan Barisan National..." So yuyu nak cakap yang LMP tu Penyokong Pakatan Rakyat la yer? OK.

3. Memperjuangkan kebajikan rakyat, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,1 Malaysia. Bukannyer sokong yang memperjudikan masa depan rakyat macam PR. Perkara dan janji2 yang tidak pasti. Kalau tidak hebat Malaysia, tak kanlah PR nak menakluki Malaysia. Tahniah kerajaan Malaysia.

4. Fakta ke pelajar UPSI tidak dapat posting disebabkan kekalahan UPSI pada PRK lepas? Kalau iye, salah siapa? Bagaimana pula isu posting pada tahun 2005 berjaya diselesaikan? IGNORE je la...

5. "Dari bagi RM100 ke budak sekolah.., kalau bagi yuran free kan mudah." EH! bukan dah free ke yuran? main hembus jer. Budak sekolah pun tahu berterima kasih. Macam-macam manfaat diterima. Yuyu bukan budak sekolah pun nak amik tahu.

6. Yuyu beli buku haluan kiri, UPSIdaily beli buku haluan kanan kiri.,baru adil. Lagi 1, ada kerajaan nak kisah ko beli buku apa.? Tapi sangat menghargai TERIMA KASIH itu.Ok la. Salah kerajaan bagi baucerbuku. Tanggungjawab diri sendirilah untuk manfaatkan apa yang diberi. Yuyu ni, samalah macam salahkan mak bapak yang paksa anak dok asrama..kalau dah tak nak belajar, bukan salah anak. Xfaham la dengan Yuyu Luna Maya ni.

7. PTPTPN dihapuskan...pendidikan percuma. OK. Yuran asrama dan pengajian percuma. Wang sara hidup, gaji pensyarah dan etc Yuyu Luna Maya nak tanggung? UPSIdaily tak sampai hati nak susahkan keluarga. Ada PTPTN pun masih lagi tak cukup, tapi paling kurang dapat membantu dan meringankan.

8. 9. 10. 11. 12. ........ Dengar la sendiri. 


Isu PTPTN,..Malas nak ulas..semua nak percuma. Hantaran Yuyu Luna Maya pun percuma, hak untuk berkhawin. Nak percuma dapatkan 1st class degree la sayang. Harapan ibu bapa itu yang utama.

#######################
Memetik kata-kata Naib Yang Dipertua MPP UPSI.

Azli Md Ali

"... Apabila kita terlalu Pro kepada Mahasiswa, akibatnya kita rasa diri kita je yang betul. Urusan universiti semua salah...pegawai salah, staff salah, pak guard saman pun salah padahal dia yang salah. Sampai begitu sekali pendirian mereka. Sampaikan apa yang mereka buat, semua mereka kata mereka betul. Semua mahasiswa betul. hebat Pro-mahasiswa.. BETUL~! Kene rasional, Ada masanya pihak lain juga betul, apa yang tidak betul, sebagai mahasiswa kita betulkan. Itulah ASPIRASI. Kita tidak terlalu taksub kepada golongan kita semata-mata. Mahasiswa adalah golongan yang mendapat pendidikan tertinggi dalam negara, orang yang ada akal, orang yang menyampaikan, bijak. Kita sayangkan universiti, kita nakkan keamanan..."


--------------------UPSIdaily----------------------
Yuyu Luna Maya suka tengok senario...patut la. Takde apa manfaat pun ceramah yang disampaikan. Semua orang dah tahu banyak perkara dan fakta yang dapat membidas kata-kata Yuyu Luna Maya. Ni lah mahasiswa yang malas membaca dan menilai. Cakap tidak serupa bikin. Tahniah Yuyu Luna Maya...


Perjuangan Retorik Senjata Politik

Jumaat, 6 April 2012

SOKONG..! HIDUP! HIDUP! MAHASISWA!!!

Salam Perpaduan Mahasiswa UPSI.

Kepada mahasiswa UPSI, UPSIdaily nak bawa semua kuar kejap dari UPSI. Perkongsian dari sahabat mahasiswa kita di UUM.

KU AMIRUL KU SEMAN


UPSIdaily kongsikan artikel yang agak menarik untuk dibaca, bertajuk Mahasiswa Perlu Bangkit oleh saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman, TYDP MPPUUM yang telah diterbitkan di akhbar Berita Harian pada 5 April yang lalu. Selamat membaca.


Klik gambar untuk besarkan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa isu terbesar menyelubungi dada akhbar. Isu penyakit masyarakat yang kian menghakis niali-nilai kemanusiaan. Justeru selaku pemegang amanah dari dana yang disumbangkan oleh ahli masyarakat, maka pentingnya mahasiswa bertindak membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan beberapa barah masyarakat yang andai tidak dibendung bakal mengheret kepada kematian nilai timur dalam masyarakat.

Fakta lima dari sepuluh lelaki adalah homoseksual adalah sesuatu yang mengejutkan. Lebih menambahkan kerisauan adalah golongan lelaki ini adalah terdiri dari warga korporat, professional serta kolar putih. Isu homoseksual bukanlah sesuatu isu yang baru. Walhal is wujud sejak zaman Nabi Allah Luth. Ditambah pula pelbagai kecaman serta amaran yang diberikan oleh Allah didalam kitab Allah Al –Quran untuk menyedarkan manusia. Dengan menjadikan surah Al-Araf Ayat 80 dan 81 yang membawa maksud ‘ Dan Nabi Luth (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kami?’ ‘ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas’.

Namun begitu di manakah silapnya sehinggakan fenomena ini melanda dunia kini umumnya dan negara kita khususnya? Ia sesuatu isu yang besar kerana ia berkait rapat dengan agenda menyelamatkan umat manusia dari lari dari fitrah manusia diciptakan. Fenomena homoseksual ini dikatakan berpunca dari zaman persekolahan baik disekolah harian biasa hinggalah ke sekolah berasrama penuh. Timbulnya persoalan disini adakah dasar pelajaran negara tidak komprehensif? Adakah tidak cukup suntikkan, pendedahan, pemujukan nilai agama serta akhlak dari buku teks? Adakah keupayaan pelajar kini hanya dikira berdasarkan peperiksaan yang menghasilkan para penghafal, penghadam, pakar mengingati tetapi bukan penjiwai nilai ilmu.

Kesedaran mengenai penyakit ini adalah penting. Justeru kesedaran itu hadir hasil daripada penerapan roh ilmu dalam diri pelajar. Malah yang lebih mengejutkan fenomena homoseksual ini berlarutan ke peringkat universiti. Sekali lagi menunjukkan pengamal budaya songsang ini bukanlah seorang yang jahil tetapi seorang yang bijak pandai dan seorang yang boleh dikatakan intelektual. Barangkali masyarakat terlepas pandang, bahawa golongan lelaki yang homoseksual ini akhirnya menjadi penggerak kepada pembangunan masyarakat dan negara. barangkali juga masyarakat mesti akur institusi kekeluargaan masyarakat adalah goyah yang memangkin penularan barah ini. Penderaan seksual oleh seseorang yang dipercayai menyebabkan simangsa terus hidup dalam trauma yang membinasakan dirinya. Tiada mana-mana agama yang menghalalkan perkahwinan atau hubungan sejenis. Maka ia tiada bersangkut paut dengan slogan hak asasi yang dicanang oleh sesebuah pihak. Impaknya amat besar. Implikasinya serius sehingga mampu membunuh institusi kekeluargaan dan mengundang kepada keruntuhan moral dan tamadum memusnahkan kekuatan moral masyarakat. Tuntasnya, fenomena ini perlu dibendung dan ditentang. Ini bukan sahaja berkaitan dengan jenayah atau moral tetapi ia berkaitan dengan kemaslahatan umat.

Selain isu homoseksual, isu jati diri masyarakat orang muda menjadi satu perbincangan. Bagaimana ancaman media barat dalam meruntuhkan jati diri masyarakat muda khususnya. Bagaiman kelahiran slogan dunia tanpa sempadan mendekatkan usia kematian tamadun timur? Dengan menjadikan kenyataan Tan Sri Samsuri Arshad sebagai rujukan, masyarakat kini terdedah kepada konflik identiti. Konflik identiti ini diparahkan lagi kelemahan nilai agama dalam diri. Jati diri adalah benteng terakhir untuk melindungi seseorang dari melakukan sesuatu yang tidak rasional. Makakelemahan jati diri bukan sahaja berkait rapat dengan agama akhlak tetapi cara masyarakat berfikir. Oleh itu ia perlu dipasak dengan nilai agama yang tinggi. Atas alasan liberalism, membuka minda sebuka-bukanya akhirnya menjurus kepada runtuhnya jati diri. Sesuatu yang tidak menjadi resam masyarakat diangkat menjadi gaya hidup masyarakat yang baru. Liberalisme mungkin satu ancaman malah mungkin juga satu peluang. Namun sebagai sebuah masyarakat yang ditanamkan kepercayaan agama seharusnya berfikir sesuatu dari sudut agama. Kerana itu rukun rakyat Malaysia yang ditekankan adalah kepercayaan kepada Tuhan. Islam sendiri agama yang sesuai sepanjang zaman, sesuai didalam urusan pentadbiran, politik serta muamalat.

Justeru persoalan di sini bagaimana mahasiswa sedia untuk berhadapan dengan ancaman serta peluang liberalisme untuk terus hidup seperti ikan di laut masin yang isinya tetap tawar?  Mahasiswa perlu bangkit. Perlu bangkit dalam memperkukuhkan jati diri masyarakat. Persoalan jati diri bukanlah sesuatu yang sesuai untuk dijadikan bahan politik yang galak sejak akhir-akhir ini. Kiblat mahasiswa seharusnya diletakkan bagaimana memperkukuhkan jati diri sejak dari bangku sekolah hingga ke alam pekerjaan.Mahasiswa sememangnya alah dan alergi akan rasuah, isu salah guna kuasa tetapi isu integriti dalam diri mahasiswa perlu dititik beratkan.Pengamal rasuah berpunca daripada runtuhnya nilai jati diri dan harus diingatkan masalah serta isu integriti juga merupakan virus kerana kurang vaksin jati diri. Integriti minda serta mengamalkan kejujuran serta keikhlasan dalam berfikir merupakan cara terbaik untuk melatih diri supaya terus mempunyai jati diri.

Menanam benih jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa dua puluh empat jam tetapi ia perlu dilakukan sejak dari bertatih lagi. Andai di peringkat pengajian mengamalkan ketidak telusan baik dari segi penyelewengan kuasa serta manipulasi dokumentasi misalnya maka tidak hairanlah sesuatu hari nanti pemimpin yang dilantik akan meneruskan budaya penyelewengan. Akhirnya ia akan mengikis terus jati diri masyarakat.

Tuntasnya mahasiswa perlu bangkit dan sedar bahawa sesungguhnya merekalah pemimpin pada hari ini. Budaya cakap kosong bukan budaya mahasiswa Malaysia. Budaya meneliti isu dari soal emosi bukanlah budaya mahasiswa Malaysia. Sebaliknya budaya mengkaji, membaca, menganalisa dan bersuara menggunakan saluran yang betul serta berhikmah dan berhemah adalah pra syarat menunjukkan mahasiswa itu matang dan bersedia untuk mengetuai masyarakat. Andai mahasiswa beremosi, bermegah di dalam alam maya, berpencak tanpa ilmu pencak, berhujah tanpa ilmu, maka malanglah masyarakat melaburkan sejumlah wang keringat untuk melahirkan pemimpin mereka. Justeru, mahasiswa perlu bangkit!

Ku Amirul Faiz Ku Seman
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia


Sumber : CC MAHASISWA UTARA


      Gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara

P/S: Bacalah...

BIASISWA PTPTN, MIMPI JADI REALITI, HAKIKAT YANG DINAFI

Salam cuti semester bakal bermula...salam semua...

Ada sedikit assgment nak bagi ni. Nanti balik, harap mahasiswa UPSI dapat lakukan sedikit research. Tidak perlu jilid, bukan tesis pun. Cukup sekadar anda sendiri yang menilainya.


Tertarik dengan isu pendidikan percuma...pemansuhan PTPTN yang sedang hangat digembar-gemburkan dan dijanjikan oleh parti politik pembangkang kemudian disambut baik segelintir agen mahasiswa terutama di UPSI. Golongan mahasiswa sepatutnya lebih celik dan realistik. Berpijak di bumi yang nyata, jangan terus bermimpi dibuai janji-janji kosong. Demi kepentingan meraih undi, golongan mahasiswa terutamanya terus menjadi mangsa. Janji ini memang manis jangan nanti kita sendiri yang menangis. Kenapa pulak? fikir-fikirlah sendiri...  

??? Betul la tu...

Sejauh mana relevannya sekiranya PTPTN dimansuhkan, pendidikan percuma diberikan. Info sikit nak share kepada semua, klik ----> HAKIKAT YANG DINAFI 

Menjadi mahasiswa UPSI sepatutnya anda berbangga. Ada sebahagian menerima biasiswa tajaan KPM, itu rezeki mereka..bagi yang menggunakan pinjaman PTPTN masih ada peluang untuk menjadikannya ia biasiswa. Capai target 1st class Degree. Sudah memang tujuan kita untuk belajar, maka belajarlah. Bidang pendidkan, pasti itu tidak mustahil. Lihat, berapa ramai mahasiswa terutamanya di UPSI masih mampu memperoleh 1st class Degree. Apapun, semua terletak dibahu kita. Ini merupakan satu pelaburan.

patutlah hangat 

Adilkah apabila pendidikan diberikan percuma, tapi terdapat segelintir mahasiswa yang tidak minat belajar. Menghabiskan duit rakyat demi menanggung orang yang tidak bertanggungjawab ni? FAILED! Sudahla masuk bergantung kepada quota, diberi betis mahu peha. share info lagi, klik -----> MIMPI JADI REALITI


--------------------UPSIdaily------------------------

Bagi UPSIdaily, tidak patutlah hendak dimansuhkan sepenuhnya. Selain tawaran biasiswa bagi yang dapat 1st degree, mungkin pihak PTPTN boleh menggunakan konsep seperti MARA. Bayaran diskaun mengikut pencapaian akademik pelajar. Apa yang paling UPSIdaily tidak setuju, menggunakan Mahasiswa dan mengajak untuk melakukan perhimpunan demonstrasi. Suka UPSIdaily ulang-ulang pesanan untuk kita bersama., dapatkan 1st degree, belajar dan terus belajar.

p/s : BIASISWA PTPTN ----> layak kepada semua, anda menentukan segalanya. Tugas belajar, 1st class degree, termansuhlah PTPTN sebenarnya...khas kepada anda setelah perjuangan selama 4 tahun BELAJAR di UPSI.

serius klik-----> [SINI], [SANA]

KATA MAHASISWA TOLAK POLITIK LUAR 
BAGI GULA-GULA DAH SUKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...