Halaman

Khamis, 31 Mei 2012

PESANAN SEBELUM KAKI MENJEJAK LANGKAH

Salam perpaduan kepada semua Mahasiswa UPSI...


Kita semua akan berjuang bersama bermula minggu hadapan. Semoga segala usaha sepanjang semester ini membuahkan hasil dan mendapat keputusan yang cemerlang. Pohonlah restu ibu dan ayah. Bersihkan hati, lapangkan fikiran. Mohon maaf pada rakan-rakan. Wahai pensyarah yang kami hormati,  halalkan segala ilmu yang diberi dan doakan kejayaan kami. Semoga ia bermanfaat untuk masa akan datang. Usaha Doa Tawakkal.


Perkongsian semoga ia bermanfaat kepada semua.



Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِالْمُقَرَّبِيْنَاَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًابِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” 

Doa selepas mengulangkaji



اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَحَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu."

Doa Pada Hari Peperiksaan: berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung...mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:



وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِيمِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan

:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِيوَيَسِّرْ لِي أَمْرِيوَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْلِسَانِييَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab



:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau



:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْشِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan



:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْمَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya. Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan akhir pada semester ini. Amin.

Petikan dari MAWAR


SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN... DAN TIDAK LUPA KEPADA PELAJAR SEMESTER 6, SELAMAT BERPRAKTIKUM


Ahad, 20 Mei 2012

[VIDEO]: MAHASISWA MELAYU MUDAH LUPA, TANPA SEJARAH SEMUA JADI SIA-SIA

Salam Perpaduan kepada semua...

#Mansuhkan PTPTN
#Mansuhkan AUKU


--------------UPSIdaily-------------

Tolak politik tapi hakikatnya semua berkait rapat. dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar agenda. 4 tahun hidup sebagai mahasiswa UPSI, sebagai silent majority, ditahap inilah pemikiran anda diuji.
Gadai harta benda untuk mencari ilmu, jangan gadai negara untuk kepentingan pihak tertentu. bersatulah semua dibawah payung Negaraku Malaysiaa. Pendidik, tanggungjawab anda mendidik anak bangasa amatlah murni tapi hakikatnya adalah berat. melahirkan generasi yang berguna, aset kepada negara. Berfikir jauh kehadapan secara syumul. Wahai guru dan bakal-bakal guru sekalian, jangan kerana salah kita seorang, rosak generasi akan datang. Salam perpaduan, salam keamanan diucapkan. 


"Untuk mencapai kemerdekaan itu tidak lah sukar jika dibandingkan untuk mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada. Kerana itu adalah yang paling sukar"

Sabtu, 19 Mei 2012

KITA BUKAN ORANG SENANG...SELAMAT MENGGALAS AMANAT

Salam Mahasiswa UPSI...

Tahniah Sahabat semua. Kenangan di UPSI, dilupa jangan. 

Demam menyiapkan segala tugasan dan tidak lama lagi kita semua bakal menduduki peperiksaan. Kepada semua mahasiswa UPSI, semoga dapat menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Kepahitan itu tidak lama kerana manis itu pasti akan tiba.

Mengimbau kembali saat-saat manis ketika kaki melangkah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah satu mimpi yang tidak dapat dinafi. Ada diantara kita masih berada di Tahun 1, Tahun 2 Tahun 3, dan akhirnya berada di tahun akhir pengajian iaitu Tahun 4. Matlamat semua sama iaitu belajar, membawa amanat keluarga dan akan mengubah nasib keluarga untuk menjadi lebih baik. UPSI baru sahaja melangsungkan Istiadat konvokesyen UPSI Kali ke-14, meraikan kejayaan graduasi-graduasi yang sudah tamat belajar. Ini merupakan satu impian buat semua, menjulang kejayaan demi masa hadapan.

Terima kasih UiTM

Mungkin ada diantara kita masih kurang jelas kenapa pentingnya ilmu itu. Dan mungkin ada dikalangan kita merasa sudah cukup selesa kerana title GURU akan menjadi milik kita. Walau bagaimanapun, jangan putus asa untuk terus menimba ilmu dan belajar terus belajar. 

MAHASISWA BERJASA ASPIRASI NEGARA.

Terima kasih UiTM

Tahniah diucapkan kepada Delegasi Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 UiTM atas usaha murni yang dijalankan demi menjamin masa depan dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada adik-adik yang sebenarnya masih berpeluang melanjutkan pelajaran.

Info lanjut #JDAB2012 klik HARAPAN ESOK


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Jumaat, 18 Mei 2012

MAHASISWA UPSI TOLAK LGBT

Salam Idealisma Mahasiswa...

UFB : Irshad Manji perlu dihalang...



Apakah yang anda semua faham tentang LGBT? Lesbian, gay, biseksual dan transgender. Kebebesan dalam hubungan tanpa batasan. Gejala ini semakin menular masuk ke Malaysia. Jika tiada orang yang berpengaruh memperjuangkannya dan membawa masuk, pasti gejala LGBT ini tidak diketahui umum. Dan golongan LBGT ini mahu hak kebebasan bersuara yang tidak sepatutnya disekat oleh Kerajaan. Mahukah kita sekiranya gejala LGBT ini dibenarkan di Malaysia?

                       
              Lesbian remaja Islam Malaysia?                Gay melayu Malaysia?

 
salah satu bentuk biseksual di Barat.

Sekadar gambar hiasan bukan mengaibkan tetapi mahu mahasiswa sedar akan seriusnya gejala ini. UPSIdaily yakin dan percaya masih ada di antara kita tidak tahu apakah sebenarnya LGBT.

Siapakah individu yang membawa LBGT ini? Cukup sudah AMBIGA dikaitkan dengan LGBT dan sekarang yang terbaru IRSHAD MANJI? Siapakah Irshad Manji ini?

Klik untuk besar


Irshad Manji, sahabat kepada Salman Rushdie, pendukung liberal & LGBT antarabangsa telah berada di Malaysia dan akan mengadakan program diskusi buku liberalnya di Monash University, Sunway Campus pada hari Jumaat 18/5/2012 pukul 1.00-2.00 ptg iaitu ketika umat Islam sdg solat Jumaat. Mohon pihak Kerajaan mengambil serius perkara ini.  - Telah dibatalkan- tetapi lihat bagaimana individu ini berjaya mendapat tempat untuk masuk ke Malaysia dan meyebarkan pemikiran melalui penulisan buku yang dihasilkan.



Twitter @IrshadManji

Tahniah kepada Mahasiswa UPSI yang hadir.

--------------------UPSIdaily-------------------
Malaysia tetap menerima pelbagai ancaman dari pihak dalam dan luar. Sejauh mana Malaysia dapat mengekalkan keamanan yang dimiliki ini? Jika kita asyik berbicara mengenai kehadiran orang luar ke Malaysia iaitu Irshad Manji. Bantahan demi bantahan diutarakan. Tetapi bagaimana dengan pendukung LGBT yang berada di Malaysia? kenapa masih ada yang menyokong? UPSIdaily melihat satu senario yang tidak stabil. Matlamat jelas tetapi kadang kala nampak melencong apabila matlamat telah menghalalkan cara.

TIADA MANA-MANA AGAMA PUN YANG MEMBENARKAN LGBT

Rabu, 16 Mei 2012

CIKGU....Celik Insan Kerana Guru Unggul "Selamat Hari CIKGU"

Salam Perpaduan...

SELAMAT HARI GURU




Jika hari ini....sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA...


Hari Guru menjelma lagi, tiap-tiap tahun pasti guru-guru diseluruh Malaysia menantikan hari penghargaan kepada mereka semua. Bila dikenang kembali zaman persekolahan kita sering memberikan penghargaan kepada semua guru yang mengajar kita sama ada dengan memberi ucapan atau hadiah dari sebesar-besar hadiah sehinggalah sekecil kecil hadiah.

Semua itu sungguh menggamit kenangan, pada hari guru inilah guru-guru yang paling garang akan jadi sporting, pada hari guru jugalah guru yang paling popular akan mendapat hadiah yang begitu banyak sampai tak muat meja guru dan tidak lupa guru yang selalu masam akan tersenyum lebar melihat gelagat dan ragam kita semua.

Lagu Tema Hari Guru 2012

Sedar atau tidak semua yang terjadi pada hari guru adalah pendidikan kepada kita dan anak-anak murid, di hari guru lah kita mula mengenal apa itu PENGHARGAAN kepada orang lain. mungkin tanpa hari guru kita kurang belajar bagaimana ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang berbakti pada kita, dan mungkin juga jika tiada hari guru tiadalah rasa sayang terhadap ilmu yang telah diberikan oleh guru.

Dalam realiti kehidupan kita kini, apa sahaja jawatan, pekerjaan dan perniagaan yang kita ceburi semuanya bermula dari ALIF BA TA, A, B, C, 1, 2, 3 yang datangnya dari seorang guru biasa sahaja. Dia tidak kaya, tidak juga  meminta mengharap balasan, guru juga tidak sombong dan dia juga sentiasa bersemangat dalam menjadi agen Transformasi minda kita semua. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" tema guru tahun 2012 bukan sekadar tema tetapi penuh dengan nilai tanggungjawab dan beban untuk dipikul oleh semua guru. 

Semoga HADIAH kenaikan pangkat bagi 8222 guru lepasan ijazah(DG 41-DG 44) dan kenaikan pangkat untuk 158 831 orang guru lepasan Diploma(DG 34) di gunakan dengan sebaik mungkin.

Pohon Palma Tegak Berdiri 
ditanam mari ditepi bangunan
Ilmu didunia terus dicari
jasa guru dilupa jangan

Selamat Hari Guru Semua sahabat........kepada semua bakal guru.

TERIMA KASIH CIKGU

Selasa, 15 Mei 2012

#HBN2012 : BELIA MAHASISWA BERSAMA DI PUTRAJAYA

Salam 1 Belia...salam 1 Malaysia...

HIMPUNAN JUTAAN BELIA SELURUH MALAYSIA

Minggu depan...Himpunan Jutaan Belia bukan sahaja bakal mendapat sambutan dari golongan belia malah dari semua peringkat umur, dalam dan luar negara.

Video Promo : #BHN2012 bukan sahaja dihadiri oleh belia

Tahun ini, sekali lagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menjayakan Himpunan Jutaan Belia buat kali kedua. Setelah mendapat impak yang amat berkesan, melihat sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lalu, kini Himpunan Jutaan Belia diteruskan lagi. Sebagai mahasiswa yang juga adalah dikalangan belia masa kini., pasti program seperti ini merupakan satu penghargaan kepada para belia. Himpunan Jutaan Belia ini merupakan satu inisiatif terbaik KBS sebagai satu platform program yang amat jelas membawa kebaikan kepada semua belia Malaysia melalui pengisian program-programnya sepanjang 5 hari.

PUTRAJAYA
23 - 27 Mei 2012
(Rabu - ahad)

Himpunan Jutaan Belia ini bakal membawa impak dan imej yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia seperti tahun sebelumnya.



#HariBelia2012 turut mendapat sokongan artis 

-------------------UPSIdaily--------------------
Sekadar Renungan
Mahasiswa adalah golongan yang sangat bertuah dan berintelektual. Golongan yang sangat beruntung jika dibandingkan dengan sebahagian besar sahabat kita yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA terutamanya. Adakah golongan Mahasiswa ini dipandang rendah oleh masyarakat luar? Apakah pandangan belia terhadap mahasiswa? Walau apapun yang berlaku, mahasiswa masih mampu untuk menunjukkan sokongan kepada program-program yang baik. Mari bersama menjayakan Himpunan Jutaan Belia..Belia bersatu Negara maju.

Maklumat lanjut sila [KLIK], segala info berkaitan program ada disini.

"...Hey Generasi Muda usah kau bersendiri..Kita punya satu hati...satu cita satu jiwa...."

Jom menuju ke Putrajaya

TAHNIAH KBS!!!
Selamat Hari Belia Negara

Jumaat, 11 Mei 2012

POSTING; BUKAN DONGENG. TAPI PASTI

Hari ini 11 Mei macam macam perasaan yang saya lihat dalam laman facebook alumni UPSI yang baru sahaja bergraduat dalam minggu ini. Belum pun puas meraikan kejayaan dalam  Istiadat Konvokesyen ada pula berita gembira untuk dikongsi bersama. Kalau semalam isu status BUJANG akan dihantar ke Sabah Sarawak hari ni adalah BERITA yang PASTI bagi mereka yang sudah lama menunggu posting.

Wah ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang suspen dan ada juga yang PASRAH. Posting yang sebelum ni menjadi isu hangat UPSI akhirnya kembali memberi sinar kepada semua Alumni.
23 MEI 2012 tarikh permulaan posting tahun 2012.

 
Saya juga turut merasa bahang kegembiraan Alumni semua. Seronoknya dapat posting.


 Kalau kawan-kawan nak tau hari ni yang dapat surat semua posting Sarawak dan Sabah. Jadi yang belum terima surat posting sudah tentu anda sedang PASRAH, Jangan risau yang belum dapat surat mestilah anda dapat posting dalam semenanjung.  

Ada juga ucapan tahniah daripada cikgu yang mengajar di Sarawak.


Apa-apa pun TAHNIAH dan SYABAS buat semua Alumni. Semoga bila sudah diterima jadi guru jangan pula lupa PTPTN masih lagi tetap hutang, dan hutang WAJIB dibayar.

SEBELUM NI LMP SEMBANG APA?

YUYU LUNA MAYA kata posting tiada sebab PRK kalah. Tahun ni PRK belum laksana tapi posting dah ADA so YUYU LUNA ko sembang apa sebelum ni? RETORIK la

Posting bukan lagi dongeng tapi Pasti.  Kawan-kawan dah ucap Terima Kasih pada  KPM? Kalau belum jom ucap sekarang.

Selamat Maju Jaya CIKGU


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...