Halaman

Sabtu, 29 September 2012

MPP SELESAI ISU KEDIAMAN PELAJAR DIPLOMA

Tanjong Malim, 29 September - Isu kediaman pelajar diploma yang bermain sebelum ini mendapat perhatian MPP We Love UPSI dan dengan kecekapan mereka isu ini dapat diselesaikan dengan cara diplomasi. Perjumpaan MPP bersama pihak pengurusan kolej dilakukan semalam jam 3 petang di kolej Harun Aminurrashid, perjumpaan tersebut diwakili MPP Syahmi, Fadlillah, Aini dan Nabilah. 


Pertemuan MPP Bersama Pengurusan Kolej

Hasil pertemuan semalam pihak pengurusan kolej bersetuju untuk mengadakan dialog bersama pelajar-pelajar diploma dan pagi tadi jam 10 pagi diadakan dialog bersama pelajar diploma di kolej Harun Aminurrashid. Berikut adalah hasil dialog bersama pelajar : 
  1. Pemaju (Mr Liew) bersetuju menurunkan deposit daripada RM 150  kepada RM 50.
  2. Sewa RM 660 untuk 6 bulan / 1 sem termasuk perkhidmatan wifi kecuali bil elektrik dan bil air.
  3. Pemaju menjamin kualiti keselamatan kerana pekhidmatan grill dan penggunaan swap kad matrik untuk masuk ke kolej.
  4. Perkhidmatan bas akan diperbanyakkan di Taman Bahtera.
  5. Rumah di Taman Bahtera akan dinaungi oleh Unit Kediaman Luar Kampus dan menjamin hal ehwal penghuni disana.
  6. Pihak pengurusan kolej hanya dapat menyediakan tempat untuk pelajar yang betul-betul layak dan aktif di kolej dan di Universiti.
  7. Turut mengisi kekosongan pelajar OKU dan pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

Gambar sekitar Dialog bersama pelajar diploma pagi tadi




Dalam pertemuan pagi tadi juga kaunter pendaftaran rumah dibuka dengan mengenakan bayaran deposit serendah RM 50 sahaja. Selain itu kaunter temuduga kolej juga turut dibuka dan hasil temuduga tersebut pelajar diploma seramai 7 orang lelaki dan 20 orang perempuan diberikan tempat berikutan menghadapi masalah kewangan. UPSIDaily










Jumaat, 28 September 2012

SYAHMI DENGAR KELUHAN PELAJAR DIPLOMA

Tanjong Malim, 28 September-Isu kediaman pelajar diploma bagi semester hadapan di Kolej Harun Aminurrashid sedang hangat  di bincangkan dalam laman sosial facebook. Majoriti pelajar diploma yang tidak dapat menetap di KHAR semester hadapan berasa  runsing dan bingung kerana mereka terpaksa mencari alternatif lain. 

MPP We love UPSI Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman yang merupakan pelajar diploma sudah pun mengambil maklum akan perkara ini, berikut ialah kenyataan beliau di facebook ;

Syahmi menyatakan akan mencari penyelesaian secepat mungkin, membuktikan beliau serang MPP yang bertanggungjawab mengambil tahu permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar diploma. Sebelum ini Pro M yang memperkecilkan MPP dari kursus diploma semasa kempen PRK menunjukkan Pro M tidak matang dalam menilai kredibiliti calon MPP We Love UPSI. UPSIDaily akan melaporkan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Syahmi dalam menyelesaikan isu ini. -UPSIDaily





MAHASISWA PENDIDIK TALAM DUA MUKA

Mahasiswa Pendidik talam dua muka itulah yang UPSIDaily dapat simpulkan, entah kenapa tiba-tiba MP cuba untuk meraih sokongan pelajar diploma UPSI, walhal mereka merendahkan-rendahkan pelajar diploma sewaktu kempen PRK. 


cuba lihat gambar page KSMP ni


UPSIDaily bukan hendak mempersoalkan kenyataan dari Syasya Razi dalam page KSMP, tetapi page KSMP ini tiba-tiba ambil kenyataan pelajar diploma. Sewaktu kempen bukan main lagi mempersoalkan kredibiliti calon-calon We Love UPSI kerana dalam kalangan calon We Love UPSI terdapat calon dari kursus DIPLOMA. MP menganggap pelajar diploma UPSI ini seperti tidak boleh memimpin. 

Berikut luahan hati Syahmi calon We Love UPSI dari kursus Diploma 


Syahmi yang berasa kecewa dengan tindakan Pro M/MP yang memperkecilkan pelajar DIPLOMA


Bukankah tindakan itu memperkecilkan pelajar diploma, kasihan mereka walaupun pelajar diploma tetapi mereka berjiwa besar sanggup masuk bertanding dalam PRK untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Cukuplah MP anda sudah terlajak kata semasa berkempen, tindakan anda tidak dapat diterima oleh mereka. -UPSIDaily





Khamis, 27 September 2012

AZIM DITIKAM ; TNC HEPA BERI PESANAN

Tanjong Malim, 27 September - Mantan YDP Kolej Amiuddin Baki, Saudara Azim yang mengalami kecederaan akibat ditikam selepas dirompak dalam perjalanan pulang ke kolej malam malam tadi menerima kunjungan daripada Y. Bhg. Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar bersama pegawai dari HEPA. 

Beliau yang membawa sumbangan dari pihak HEP turut berpesan dalam laman web sosial Facebook agar semua siswa/i UPSI lebih berhati-hati apabila berada diluar kawasan rumah dan bertemu dengan orang yang tidak dikenali.  

Kejadian jenayah yang menjadikan siswa/i UPSI sebagai mangsa ini bukan perkara baru, tahun-tahun sebelum ini pernah berlaku kejadian ragut di kawasan luar pagar GYM, dan kawasan lampu isyarat pintu timur. selain itu kejadian jenayah pecah rumah melibatkan pelajar UPSI sebagai mangsa juga sering berlaku.

Kejadian ini berlaku apabila siswa/i UPSI memberikan ruang dan peluang yang berpunca dari kecuaian diri sendiri. Bagi mengecilkan risiko jenayah, UPSIdaily menyarankan  agar semua siswa/i UPSI lebih berhati-hati  serta peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.-UPSIDaily

Rabu, 26 September 2012

TERKINI : Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus Sesi 2012/2013


TANJUNG MALIM, 26 September - Keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus 20 IPTA telah diperolehi. Keputusan adalah seperti berikut :

1. UPSI 24/29  'We Love UPSI' menang

2. UniMAP 31/31 ASPIRASI Mahasiswa menang

3. UTHM 25/27  ASPIRASI Mahasiswa menang

4. UniSZA 24/24  ASPIRASI Mahasiswa menang

5. UTeM 28/28  ASPIRASI Mahasiswa menang

6. UKM 10/28  Pro Mahasiswa menang

7. UPM 39/47  ASPIRASI Mahasiswa menang

8. UTM 48/54  ASPIRASI Mahasiswa menang

9. UUM 34/36  ASPIRASI Mahasiswa menang

10. UNIMAS 13/13  ASPIRASI Mahasiswa menang

11. UMS 36/38 ASPIRASI Mahasiswa menang

12.  UiTM 50/50 ASPIRASI Mahasiswa  menang

13. USIM 24/24 ASPIRASI Mahasiswa  menang

14. UMT 18/20  ASPIRASI Mahasiswa menang

15. UMP 22/24  ASPIRASI Mahasiswa menang

16. UMK 10/14  ASPIRASI Mahasiswa menang

17. UPNM 14/14  ASPIRASI Mahasiswa menang

18. UM 21/41 (2 re-elect)  ASPIRASI Mahasiswa menang

19. USM 37/44 (1 re-elect)  ASPIRASI Mahasiswa menang

20. UIAM (semua 31 re-elect)


Segala keputusan diperolehi setakat jam 11-26 PM, 26 September 2012 -UPSIDaily

Mantan YDP KAB Ditikam 3 Kali



TANJUNG MALIM, 25 September - Mantan YDP Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, Abdul Azim Nasri malam tadi telah ditikam tiga kali dikawasan jalan gelap dari behrang ke Proton City. 

Mangsa yang menunggang motorsikal bersendirian telah ditahan oleh individu yang tidak dikenali ingin meminta bantuan. Sebaik sahaja dia berhenti, dia terus ditikam sebanyak tiga kali dan duit sebanyak RM 20.00 telah dicuri.

Cerita selanjutnya admin perolehi dari FB SUARA MAHASISWA/I UPSI

Sebentar tadi admin sempat menziarah saudara kita di Hospital Slim River untuk mengetahui apa yang terjadi kpd Ust. Azim Mantan YDP JMK KAB.. 
kisahnya dia sedang menunggang motorsikal dari behrang..dan ada orang tahan dia untuk minta bantuan..dia pun berhenti.. 
lalu dia ditikam 3 kali di perut..penyangak itu hanya ambil RM 20.00..nasib baik laptop dia tidak diambil... 
apa yang dilakukan Azim sangat mulia..dia hendak membantu orang..tetapi malangnya orang pula menikamnya.. 
setelah ditikam..dia masih mampu menunggang motorsikal dan meminta bantuan dijambatan ke proton city..namun tidak ada yang mahu berhenti..mujul ada seorang hamba allah datang membantu dan membawanya ke klinik kesihatan tg malim.. 
kemudian dia mendapat rawatan susulan di hospital slim river..ketika admin sampai di sana Azim sedang dirawat (dijahit)..bapanya turut hadir. 
antara yang hadir td...pengetua KAB..mantan pengetua KAB..ustaz rosli..tuan sayed..Prof Shah..sahabat yang baru menang We Love UPSI dan beberapa orang penyokong Mahasiswa pendidik.. 
beginilah kita mahu.politik secara matang..bila ada keadaan perlukan bersatu kita tetap bersatu... 
sama-sama kita doakan Azim cepat sembuh dan doakan semoga penjenayah itu mendapat baasan setimpal dengan apa yang dibuat!! 
*cerita ini tidak 100% betul..tapi ini yang admin faham
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Abdul Azim.-UPSIDaily

"We Love UPSI" Pertahankan Ibu Kandung Suluh Budiman

TANJUNG MALIM, 25 September - Kumpulan mahasiswa "We Love UPSI" mencatat kemenangan dengan mendominasi 24 daripada 29 kerusi yang dipertandingkang pada Pilihan Raya Kampus di sini sebentar tadi.

Lima kerusi umum telah dipertandingkan hari ini dimana undi popular dimenangi oleh Muhamad Fadlillah Bin Mukhatar pelajar tahun 2, sebanyak 6077 undi. Tiga kerusi dimenangi oleh We Love UPSI manakala 2 dimenangi Pro-M.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Paduka Junaidy ketika ditemui Putrajaya Online melahirkan kesyukuran kerana pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian provokasi.

Prof Dato' Paduka Junaidy bersalaman calon
yang memenangi PRK UPSI. 
Beliau juga mengharapkan calon-calon yang menang ini akan bersatu dibawah nama We Love UPSI, serta memperjuangkan kebajikan mahasiswa tanpa membawa fahaman subversif".

Ketika ditanya perancangan Majlis Perwakilan pelajar sesi 2012/2013, beliau berkata "pihak HEP akan menghantar semua calon yang menang ini ke satu kursus kepimpinan khas. Selepas itu baru kabinet boleh dibentuk. Saya berharap, mereka (MPP) selepas ini dapat bekerja dan menunaikan segala manifesto yang telah dijanjikan sebelum ini".

Muhamad Fadlillah yang memenangi undian popular turut melahirkan rasa syukur.

M. Fadlillah (dua dari kiri) bersama rakan mereka melahirkan
rasa syukur.
"Syukur kepada Allah S.W.T. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang menyokong saya".

"Matlamat saya selepas ini ialah untuk berusaha menunaikan janji yang mana hari sabtu dan ahad ialah cuti umum bagi UPSI" ujarnya.

Sebanyak 198 kerusi daripada 20 IPTA telah dipertandingkan yang mana sebanyak 150 kerusi dilaporkan telah dimenangi ASPIRASI Mahasiswa sehingga lewat petang tadi.-PutrajayaOnline

Selasa, 25 September 2012

UPSIDaily Bakal Disaman, TNC UPSI Usah Cepat Melatah



TANJONG MALIM, 25 September - Salah seorang Timbalan Naib Canselor dilaporkan tidak berpuas hati di atas satu laporan dari UPSIdaily yang disiarkan pada 20 September yang lalu berhubung khabar angin yang mengatakan beliau seorang penyokong kuat PKR.

Walaupun dalam laporan tersebut admin tidak menyebut secara spesifik nama individu terbabit, hari ini kami  dimaklumkan seorang TNC yang dimaksudkan mahu mengenakan tindakan undang-undang jika artikel tersebut tidak dibuang daripada laman ini dan perkara ini dimaklumkan kepada kakitangan bawahannya.

Atas dasar tanggungjawab dan mengambil kira maklumat itu tidak dapat dipastikan kesahihannya serta bersifat khabar angin, kami memilih untuk tidak menyiarkan nama TNC tersebut bagi memberi ruang kepada beliau untuk membela diri.

TNC terbabit adalah Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem TNC Akademik & Antarabangsa, nasihat admin usah cepat  melatah dengan berita yang disiarkan kerana pihak admin menulis berdasarkan maklumat yang diterima daripada kakitangan UPSI sendiri. 

Selaku individu yang memegang jawatan sebagai TNC, Prof. Dr. Omar sepatutnya lebih matang dalam membuat keputusan untuk menafikan cerita yang tersebar di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar UPSI, beliau sewajarnya mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan khabar angin tersebut kepada kakitangan dan semua penuntut UPSI.

Namun setiap rakyat Malaysia dilindungi oleh undang-undang, jika Prof. Dr. Omar merasakan tindakan undang-undang merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini, kami di pihak UPSIdaily bersedia untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.

Dalam masa yang sama, kami turut ingin menasihati TNC HEP iaitu Prof. Dato Paduka Dr. Junaidy agar mengenakan tindakan undang-undang ke atas laman UPSIKINI yang kerap melemparkan cerita fitnah dan tanpa maklumat yang sahih.- UPSIDaily

2 Calon UMUM PRO-M Pernah Terlibat Demonstrasi BERSIH 3.0 & Penyokong Kuat 'PAS'?


TANJUNG MALIM, 25 September - Pihak UPSIDaily sebentar tadi telah menerima sekeping gambar  melalui email upsidaily@gmail.com mirip 2 orang Calon UMUM yang akan bertanding bagi kerusi UMUM Pilihan Raya Kampus 2012/2013 UPSI.  

Gambar tersebut menunjukkan sekumpulan mahasiswa dari UPSI mengibarkan bendera PAS telah menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. Kedua-dua calon yang gambarnya mirip Muhammad Maghfur Bin Ibrahim (Calon UMUM) dan Muhammad Shahrul Hazri B. Azizmi (Calon UMUM) menunjukkan bahawa calon-calon ini bukan sahaja membawa suara pelajar tetapi turut didakwa cubaan membawa suara politik luar ke dalam kampus.

Menurut sumber, salah seorang calon ini didakwa pernah terlibat dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang mana perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan huru-hara.

Dalam perkembangan yang sama, Maghfur dan Shahrul merupakan antara calon pilihan Pro-M UPSI untuk mendapat undi popular yang akan dijalankan pada hari esok. Ketika menyampaikan ucapan rapat umum sebentar tadi, kedua-dua calon ini dengan lantang akan memperjuangkan kebajikan pelajar UPSI dan membela nasib mahasiswa dengan menegakkan hak mereka.

Awal pagi ini, semua penuntut UPSI akan membuang undi bagi menyokong calon-calon untuk barisan kabinet MPP sesi 2012/2013. Dalam pada itu, TNC HEP, Datuk Paduka Junaidy melalui akaun twitternya @DrJunaidy mengumumkan bahawa pelajar UPSI yang mengundi pada ari esok akan diadakan cabutan bertuah. 3 ipad, 5 basikal mountain bike dan 20 hamper.-UPSIDaily

Isnin, 24 September 2012

VIDEO : Pengakuan Bekas Presiden PMI Keluar Pro-M

Khairul Nizam Bekas Presiden PMI UTM (PRO-M) keluar Pro-M  
TANJUNG MALIM, 23 September - UPSIDaily hari ini ingin berkongsi satu cerita yang mana Khairul Nizam yang dulu pernah memegang jawatan sebagai Presidrn PMI UTM (PRO-M) telah nekad keluar daripada perjuangan PRO-M dan menyertai ASPIRASI Mahasiswa UTM.

Menurut Khairul Nizam, beliau telah nekad keluar daripada perjuangan Pro-M kerana merasakan landasan perjuangannya bersama Pro-M adalah sia-sia. Menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh pro-M hanyalah sekadar berjanji berbagai-bagai manifesto tetapi tidak menunaikannya setelah dipilih menjadi MPP. Berbeza pula dengan PRO-M di UPSI, mereka langsung tidak menulis Manifesto di borang pencalonan mereka. -UPSIDaily

Saksikan video rakaman ini untuk iktibar kita bersama.. 




Malam pesta mahasiswa PRO-M ketika meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Kampus

PRO-M 'Puas' Berkempen di KAB & KZ Malam Tadi


TANJUNG MALIM, 24 September - Mahasiswa Pendidik sebelum ini diberitakan 'haram' masuk ke kolej kediaman Aminuddin Baki dan Za'ba berasa rasa seronok tak terhingga kerana mereka telah diberi hak sama rata untuk berkempen dan menyampaikan manifesto bersama kumpulan 'We Love UPSI' malam tadi.


Sebelum ini, Mahasiswa Pendidik 'merajuk' mendakwa disekat untuk masuk berkempen ke kolej kediaman KAB dan KZ. Atas keprihatinan pihak UPSIDaily terhadap puak-puak Pro-M ini, kami cuba mendapatkan maklumat atas tohmahan yang dilemparkan UPSIkini yang mengatakan Pro-M di'haramkan' masuk ke KAB dan KZ pagi semalam atas arahan pihak atasan.

Mengikut tradisi, semua calon yang hendak berkempen dan menyampaikan manifesto perlu dipantau dan diuruskan oleh pihak sekretariat pemilihan MPP dan pengurusan kolej kediaman. Semalam mereka telah menggugat kestabilan mahasiswa yang lain yang mana mereka cuba mewujudkan sentimen huru-hara dan cubaan berdemonstrasi untuk memburuk-burukkan imej Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Sewajarnya, kempen secara berkumpulan perlu diatur oleh pihak kolej supaya teratur dan tersusun serta tidak mengganggu ketenteraman pelajar lain. Tohmahan dan fitnah yang mengatakan mereka disekat adalah tidak benar apabila semalam mereka turut diberi peluang seluas-luasnya untuk berkempen di kolej KAB dan KZ yang didakwa menghalang mereka berkempen pagi semalam.

Pelajar digantung pengajian tiga semester, Adam Adli turut dibenarkan berada dalam kampus tetapi tidak dibenarkan berkempen. Menurut sumber seorang penyokong tegar Pro-M UPSI (nama dirahsiakan), 'saya kesal dan memohon maaf atas fitnah yang dikeluarkan oleh UPSIKini yang mendakwa Pro-M diharamkan berkempen di KAB & KZ pagi semalam. Terus terang saya katakan, pagi semalam kami sengaja tidak mahu meminta kebenaran kepada pihak Kolej'.

'Saya sedar apa yang kita lakukan semalam bukannya berkempen tetapi adalah satu cubaan untuk mewujudkan sentimen membenci HEP. Saya berterima kasih kepada pihak Kolej kerana membenarkan kami berkempen malam tadi dan Adam Adli juga dibenarkan masuk ke kolej tersebut. Maklumat yang saya terima, Adam berhak masuk kerana dia masih pelajar UPSI cuma tidak mendaftar. Arahan yang kami terima hanyalah tidak membenarkan Adam berkempen' katanya.

Pihak Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba diberitakan telah membuat hebahan kepada semua penghuni mereka untuk bersama-sama merasakan bahang pilihanraya kampus malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Pro-M telah menyerahkan memorandum bantahan enam orang calon mereka yang tiada manifesto kepada Naib Canselor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria B. Kasa pagi tadi. -UPSIDaily

Ahad, 23 September 2012

Al-Fatihah Atas Pemergian Ibu Calon Pro ASPIRASI Mahasiswa


Di Saat Si Anak sangat memerlukan sokongan dari ibu untuk meneruskan perjuangan, Si ibu telah pergi buat selamanya. Itulah nasib yang menimpa adik Nur Sabriena Redzelan telah kehilangan Ibu yang tercinta selepas makan bersama petang tadi.

Ibu calon yang datang dari Melaka ke UTM semata-mata untuk memberikan semangat dan perangsang kepada Nur Sabriena yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus UTM. Ibu Nur Sabriena telah diserang penyakit asthma selepas termakan makanan alah.

Admin berasa simpati atas apa yang berlaku ke atas adik Nur Sabriena Redzelan. Sama-sama kita doakan agar arwah ibu-nya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku harap adik Sabriena kuat dalam mengharungi dugaan yang menimpa. Adik Sabriena perlu lagi kuat untuk menempuh PRK UTM kali ni.

Bukan senang nak berhadapan dengan PRK tanpa sokongan orang tua kita. Admin sendiri dapat rasakan bagaimana sukarnya untuk berdepan masalah apabila tiada sokongan daripada kedua orang tua..

Al-Fatihah

PRO-M UPSI 'Megah' Demonstrasi Penerangan Berjaya


TANJUNG MALIM, 23 September - Pro-M, UPSI hari ini berasa megah dengan kejayaan mereka menyampaikan penerangan berhubung pembatalan enam orang calon mereka yang dibatalkan penyertaan  untuk bertanding Pilihan Raya Kampus UPSI 2012/2013.

Hari ini, sekitar 50 orang penyokong tegar Pro-M telah mengadakan demonstrasi di depan Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba bertujuan menyatakan bantahan dan memberikan penerangan kepada pelajar yang mendiami kolej tersebut.

Semalam, Pro-M telah bertekad akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Naib Canselor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria B. Kasa, namun penyerahan memorandum tersebut terpaksa ditunda memandangkan hari ini cuti hujung minggu.

Timbalan Naib Canselor, Dato Paduka Dr Junaidi ketika dihubungi berkata, "pembatalan 6 calon Pro-M disebabkan wujudnya bantahan daripada mahasiswa kepada jawatankuasa bantahan tertakluk di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) iaitu "Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH."

"Bantahan yang dibuat kepada Jawatankuasa Bantahan manakala proses rayuan dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan yang diwakili oleh kakitangan bebas dan kedua-dua jawatankuasa ini tidak dipengerusikan oleh saya (TNC HEP) seperti yang didakwa mereka" katanya.

Terdahulu, seramai 6 orang mahasiswa yang akan bertanding bagi pihak Pro-M telah dibatalkan penyertaan kerana mereka tidak menulis manifesto pada borang penamaan calon. Ekoran daripada kesilapan tersebut, pencalonan mereka dibatalkan, namun malangnya pihak HEP dituduh menyalahgunakan kuasa.

Mantan MPP UPSI Pro M, Fauzi Mando ketika berucap bersama penyokongnya berkata "Saya hendak jumpa tunang saya...tidak boleh..saya hendak pergi tandas pun tak boleh", rakaman ucapan tersebut turut disiarkan di blog Double-Y yang mana tindakan mereka mendapat kritikan dan cemuhan umum di laman youtube. -UPSIDaily


Cubaan Mahasiswa Pendidik Menipu Mahasiswa Dikesan


TANJUNG MALIM, 23 September - Mahasiswa Pendidik (Pro Mahasiswa Pembangkang) sekali lagi cuba mempengaruhi mahasiswa UPSI untuk terlibat dengan agenda licik mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Dato' Naib Canselor.

Memorandum bantahan terhadap pembatalan 6 orang calon mereka atas kecuaian tidak menulis 'Manifesto' dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad (Esok). Perjuangan mereka disifatkan tidak mempunyai wawasan dan perjuangan yang tetap kerana mereka cuba mencetuskan keadaan huru-hara di Universiti pada cuti hari minggu.

Jadual pergerakan yang disebarkan melalui Facebook milik mereka adalah seperti berikut:

Makluman Penting kepada seluruh mahasiswa/i UPSI, pagi esok Mahasiswa Pendidik akan penyerahan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya pemilihan MPP 2012/2013 untuk diserahkan kepada Dato' Naib Canselor. Insya Allah, esok pagi juga MP akan berkonvoi beramai ramai ke seluruh kolej kediaman sebelum menyerahkan memorandum tersebut. Kami mengalukan alukan seluruh Mahasiswa/i untuk bersama kami esok bagi. Pastikan anda memakai baju berwarna KUNING. 
Tentatif
8.00 pg : berkumpul di Bangunan E-Learning
8.30 pg : Konvoi ke KHAR
9.00 pg : Konvoi ke KUO
9.15 pg : konvoi ke KZ/KAB
9.30 pg : Konvoi ke bangunan canselori

#Lawan tetap lawan#
Teruskan bersama KSMP
Tindakan ini amat tidak rasional kerana memorandum tersebut akan diserahkan ketika pejabat pentadbiran Universiti tidak beroperasi kerana cuti umum. 

Perancangan mereka ini mendapat reaksi kurang senang oleh mahasiswa di universiti. Menurut pelajar UPSI. Che Mat (bukan nama sebenar), "Saya hairan kenapa memorandum itu hendak dihantar ketika cuti hujung minggu?. Ini bukan kali pertama mereka melakukan seperti ini, sebelum ini pun mereka ada menyertai perhimpunan pada tengah malam tahun baru untuk menyerahkan memorandum.Ketika itu pun bukan waktu pejabat".

"Apa yang mereka lakukan ini seperti program ad-hoc dan terdesak untuk meraih simpati mahasiswa supaya menyokong mereka. Mereka dibatalkan kerana calon-calon mereka tiada manifesto. Buat apa kita hendak memilih pemimpin yang tiada matlamat dan manifesto. Saya berharap mahasiswa membuat pilihan yang bijak supaya tidak memilih calon yang tiada matlamat dan hala tuju seperti Mahasiswa Pendidik" ujarnya lagi.

Penyerahan memorandum yang dijadualkan pada hari ahad (esok) dijangka akan gagal kerana esok ialah hari ahad yang mana pejabat pentadbiran universiti tutup. -UPSIDaily

Sabtu, 22 September 2012

#PRKampus : Enam Calon Pro-M UPSI Naif Peraturan MPP 2012



TANJONG MALIM, 22 September - Enam mahasiswa pro-M yang dibatalkan pencalonan mereka semalam bertindak membuat laporan polis berhubung pembatalan borang pencalonan mereka semalam dengan mendakwa wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP ke atas mereka.

Menurut laporan blog UPSIkini, selain wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak HEP. Kumpulan 'Pro-Aspirasi Mahasiswa' turut ketandusan calon kerana rata-rata daripada calonnya terdiri dari pelajar diploma.

Pihak UPSIdaily cuba mendapatkan pengesahan di atas dakwaan yang ditimbulkan oleh Mohd Shukri dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan lima calon pro-M yang lain kononnya tindakan membatalkan pencalonan mereka adalah salah dari sudut Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 merupakan satu hujah yang tidak tepat.

Hasil semakan peraturan pemilihan yang dibuat oleh pihak UPSIDaily, jelas tertera di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) yang mengatakan :


  • Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH.
Ini bermakna setiap calon yang ingin bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Tahun 2012 wajib mengisi setiap ruang termasuk ruangan manifesto. Perkara ini jelas berbeza dengan borang pencalonan untuk sesi 2011 yang mana dalam ruangan manifesto pihak pentadbiran UPSI tidak mewajibkan bahagian tersebut diisi dan diletakkan dengan perkataan (JIKA ADA).

Muhamad Zafri Bin Zabidin,
Calon Fakulti Pengurusandan Ekonomi
Seorang pelajar Muhammad Zafri Zabidin dari Fakulti Pengurusan Ekonomi berkata, "mereka pada awalnya tidak berniat untuk membuat bantahan ke atas calon Pro-M, sebaliknya bantahan dimulakan selepas mereka melihat calon Pro-M mula mengambil borang bantahan, dari sinilah kami bertindak-balas dengan mengemukakan bantahan ke atas calon-calon mereka yang tidak melengkapkan borang penamaan di ruangan manifesto."

"Mereka menuduh pihak HEP sengaja membatalkan pencalonan mereka dan wujud unsur penyelewengan, jika begitu bolehkah saya pula menuduh pihak HEP juga terlibat dalam membantu calon Pro-M iaitu Wan Nur Atiqah yang memenangi kerusi Fakulti Sains dan Matematik selepas calon kami gagal mengemukakan bantahan kerana pada waktu tersebut beliau berada dalam kelas?".

"Dengan bertindak membuat laporan polis tanpa meneliti perkara 18 peraturan pemilihan, menunjukkan kepada mahasiswa UPSI yang lain bahawa pelajar pro-M terlalu naif dari segi perundangan, kerana gagal membaca dan membezakan di antara borang penamaan tahun 2011 dan 2012". tambahnya lagi.

Kampus UPSI hari ini mula dihiasi dengan poster kempen daripada calon-calon Pro-M, manakala calon 'We Love UPSI' dikatakan dalam proses menaikkan poster-poster calon mereka petang ini.

Sesi Pemilihan Perwakilan Pelajar tahun 2012 menyaksikan 29 kerusi dipertandingan di UPSI yang mana 22 daripada jumlah tersebut telah dimenangi oleh pihak 'We Love UPSI' dan 1 dimenangi oleh calon Pro-M, baki 6 kerusi akan diketahui menjelang 25 September akan datang. -UPSIDaily

Mahasiswa Pertikai Calon Pro Pembangkang Bertanding Tanpa Manifesto

Barisan Kem 'We Love UPSI' menunjukkan isyarat 'bagus' sejurus keputusan
calon layak bertanding diumumkan

TANJUNG MALIM, 22 September - Kem 'We Love UPSI' hari ini telah memenangi 22 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada hari penamaan calon petang tadi. Pro Pembangkang pula mendapat 1 kerusi percuma di Fakulti Sains dan Matematik apabila salah seorang calon 'We Love UPSI' yang akan bertanding di Fakulti tersebut menarik diri disaat akhir.

Kem 'We Love UPSI' menafikan bahawa penarikan calon disaat-saat akhir berpunca daripada masalah dalaman dan menghormati keputusan calon tersebut. 

Kemenangan calon Pro Pembangkang, Wan Nur Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri di kerusi Fakulti Sains Matematik menimbulkan pertikaian kerana calon tersebut telah diiktiraf menang tanpa mengisi manifesto diruangan borang penamaan calon.

Wan Nur Atiqah, Calon Pro Pembangkang diiktiraf menang walaupun
tidak menulis manifesto di borang penamaan calon. [Klik untuk besarkan]

Menurut Fadhli Saad, jentera 'We Love UPSI', "sebelum ini 5 orang calon dari Pro Pembangkang telah dibatalkan pencalonan kerana tidak mengisi manifesto dan seorang lagi melakukan penipuan menulis tarikh tandatangan kelulusan dekan"

"Sewajarnya calon Wan Nur Atiqah dibatalkan penyertaan walaupun tiada bantahan daripada calon lawan. Nur Zakira Binti Awang dari kem 'We Love UPSI' tidak boleh membantah kerana pada ketika itu dia perlu menghadiri kuliah. Kami sedar kesilapan itu tetapi kita tidak punyai kuasa untuk membantah melainkan calon sahaja."

Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI harus mengambil serius perkara ini kerana telah memberi kemenangan kepada calon yang tidak mempunyai manifesto. Calon yang hendak bertanding perlu mempersiapkan diri dengan manifesto kerana manifesto ialah asas kepada perjuangan yang hendak ditegakkan. -UPSIDaily 

Jumaat, 21 September 2012

Mahasiswa Dakwa Diugut Hantar Borang Pencalonan. #PRKampus #WeLoveUPSI

TANJUNG MALIM, 21 September - Seorang mahasiswi daripada dua calon kem We Love UPSI yang dilaporkan tidak mahu bertanding didakwa mendapat ugutan hari ini telah tampil untuk menghantar borang penamaan calon bertempat di Bitara Siswa.

Bakal Calon Fakulti Sains Matematik,
Nur Zakira Binti Awang
Sebelum ini, UPSI Daily telah mendedahkan bahawa ada 2 orang pelajar dari 1 fakulti telah mengumumkan hasrat tidak mahu bertanding kerana didakwaan mendapat ugut dari pihak tertentu supaya tidak bertanding.

Ketika ditemubual UPSI Daily, Nur Zakira Binti Awang berkata, "saya hari ini tetap hadir untuk menyerahkan borang penamaan calon bagi Fakulti Sains Matematik. Saya mengumumkan tidak mahu bertanding kerana keluarga tidak membenarkan bukannya diugut. Ibu bapa saya fikir saya akan bertanding dan melibatkan diri dalam politik luar".

Sebenarnya, "mereka tidak faham bahawa saya bertanding ini bukan untuk parti politik tetapi untuk membela mahasiswa. Sebaik sahaja saya menjelaskan perkara sebenar, barulah ibu bapa saya faham dan merestui perjuangan saya. Saya bertanding ini mahu membela dan membawa usul kebajikan mahasiswa di Fakulti Sains Matematik" ujar Nur Zakira.

Ketika ditanya mengenai perkembangan rakannya yang turut mengumumkan tidak mahu bertanding, Nur Zakira menjawab "saya tidak tahu apa perkembangannya sekarang ini" kata Nur Zakira lagi.

Dalam pada itu, Media UPSI Daily turut bertemu dengan beberapa orang bakal calon dari 'We Love UPSI' untuk bertanya tujuan mereka bertanding.

Bakal Calon FSK, Ahmad Fadzli Bin Mohamad

Ahmad Fadzli Bin Mohamad, bakal calon Fakulti Sains Kemanusiaan dari Kem 'We Love UPSI' berkata, saya bertanding ini bukan kerana diri saya untuk mengejar kuasa, saya bertanding ini untuk memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa Fakulti Sains Kemanusiaan. Jika saya diberi tanggungjawab, insya'allah saya akan usaha yang terbaik.

Bakal Calon FB, Tee Hing Boon
Ter Hong Boon, bakal calon Fakulti Bahasa dari Kem "We Love UPSI" berkata, saya memilih bertanding dibawa nama We Love UPSI kerana ia membawa nama dan menerapkan nilai-nilai sejagat di kampus iaitu menyayangi UPSI. Saya lihat sekarang ini, mahasiswa di UPSI ini mengalami masalah dari sudut sistem jadual akademik. Masalah ini acap kali berlaku apabila tiba musim 'add/drop subjek'. Kini sudah tiba masanya untuk kita mencari pendekatan yang lebih konsistem supaya masalah ini dapat diatasi melalui perbincangan.

Bakal Calon Etnik India, Vasanthraj
Vasanthraj, bakal calon bagi Etnik India berkata, saya akan cuba sedaya upaya untuk membela dan memperjuangkan nasib mahasiswa India di UPSI ini. Saya pendatang baru dalam politik kampus, jadi saya perlu bertanya banyak pihak untuk mendapatkan input bagi mengorganisasi. Saya akan cuba bertanya dengan Praveen. Dia ialah mantan Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa pada penggal yang lalu. Dia pasti mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kampus UPSI (PRK) pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi. Kesemua calon, pencadang dan penyokong daripada proaksi Kem We Love UPSI dan Pro Mahasiswa Pembangkang telah hadir seawal jam 8 pagi untuk menghantarkan borang penamaan calon mereka.

Setakat ini, jumlah borang pencalonan yang dihantar pada hari ini masih dirahsiakan oleh pihak HEP. Teka-teki ini akan terjawab sebaik sahaja selesai proses bantahan, rayuan dan pengumuman calon yang layak bertanding pada jam 5.30 petang ini. -UPSIDaily

#PRKampus : Kem #WeLoveUPSI akan turun berkempen malam ini.

TANJUNG MALIM, 21 September - Calon yang bakal bertanding untuk Pilihanraya Kampus UPSI 2012/2013 akan diketahui pada jam 5.15 petang ini.

Pada sebelah pagi (8:30-11:00) akan dilangsungkan sesi penamaan calon bertempat di bilik seminar Aras 1 bangunan Bitarasiswa. Semua calon yang menyerahkan borang penamaan akan menjalani sesi bergambar di bilik mesyuarat MPP, Aras 1 Bangunan Bitara Siswa.
We Love UPSI atau Kami Sayang UPSI.

Calon yang layak bertanding akan diumumkan pada jam 12 tengah hari bertempat di Ruang Legar Bangunan Seminar Aras 1, Bangunan Bitara Siswa. Sejurus selepas sesi penamaan calon, sesi bantahan terhadap penamaan calon akan diadakan pada jam 2.45 hingga 3.45 petang bertempat di Bilik Seminar Aras 1 Bangunan Bitarasiswa.

Proses rayuan akan diadakan sekitar jam 4 hingga 5 petang di Bilik Seminar Bitara Siswa. Senarai lengkap calon-calon yang akan bertanding akan diketahui jam 5.15 petang apabila proses pengumuman akhir calon yang layak bertanding dilangsungkan.

Taklimat akhir bagi calon-calon yang akan bertanding akan diadakan pada jam 5.30 petang di bangunan yang sama.

Sejurus selesai proses penerangan, calon yang akan bertanding boleh berkempen sehingga tepat jam 12 tengah malam 24 September.

Pilihanraya kampus UPSI kali ini akan melibatkan pertarungan antara Kem We Love UPSI dan kem mahasiswa Pro Pembangkang yang terdiri daripada Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif.

Maklumat awal diterima daripada kem We Love UPSI, mereka akan bertanding disemua kerusi yang telah ditetapkan. Sehingga waktu ini, tiada maklumat diperolehi daripada kem Mahasiswa Pro Pembangkang.

Sidang redaksi UPSI Daily ingin mengucapkan selamat berkempen kepada semua mahasiswa yang akan mula berkempen pada malam esok. -UPSIDAILY

#ASPIRASIMahasiswa Menang 5 Universiti Awam.

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.

Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan.

UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). -mStar

Khamis, 20 September 2012

#PRKampus UIAM : PANAS!!!GANG PRO M KANTOI LAGI!!!! #ASPIRASIMahasiswa Tenang!!!

UPSIdaily dapat merasakan Pro M memang sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan untuk menang PRK kali ini. Berita panas ini diperoleh dari Universiti Islam Antarabangsa UIAM, begitu tidak bijaknya Pro M apabila mereka membuat surat layang kepada kepada Rektor UIAM. Lihat berita di bawah pihak UIAM sudah buat laporan Polis. 



Pihak yang terdesak ni siapa lagi kalau bukan Pro M. Mari kita lihat bagaimana bentuk surat layang yang mereka cetak:


Inilah politik Pro M yang katanya bersih, cukup-cukuplah menipu sebagai mahasiswa kita semua sudah tahu bahawa Pro M bertindak mengikut jejak langkah idola-idola anda diluar dan tidak perlu UPSIdaily terangkan siapa idola tersebut.

2 Calon #WeLoveUPSI Dakwa Diugut. #PRKampus


Tanjong Malim, 20 September - Tepat jam 5 petang tadi, tempoh pembelian borang calon Pilihan Raya Kampus UPSI telah tamat. Jumlah borang yang telah dijual tidak diketahui. 

Pada hari terakhir pembelian borang, kumpulan We Love UPSI telah dikejutkan dengan pengumuman 2 bakal calon mereka tidak mahu bertanding di peringkat fakulti. Kedua-dua calon itu dijangka akan bertanding di fakulti yang sama bagi merebut 2 kerusi yang dipertandingkan.

Media UPSI Daily sempat bertemu dengan 2 orang sahabat baik calon We Love UPSI untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut mereka berdua "calon itu mengumumkan hasrat tidak mahu bertanding malam tadi selepas mendapat panggilan telefon dari individu yang menggunakan 'Private Number'. Orang tersebut meracuni fikirannya agar tidak bertanding dibawah tiket We Love UPSI."

"Jika menang, calon itu perlu mengabaikan pelajaran dan keselamatannya akan terancam. Keluarga mereka turut mendapat panggilan yang sama supaya melarang anak mereka bertanding pada Pilihan Raya Kampus" ujar sahabat baik mangsa.

Dalam pada itu, kedua-dua calon bagi fakulti yang sama diramalkan akan menang telah mengikuti kesemua kursus yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh kursus, calon tersebut menyatakan hasrat ingin bertanding dan telah mendapat restu daripada keluarga.

Pihak jentera 'We Love UPSI' masih tidak dapat menghubungi mangsa ugutan tetapi yakin 2 calon tersebut akan bertanding kerana mereka telah membeli borang pada hari pertama. Jentera 'We Love UPSI' dikhabarkan akan berjumpa dengan keluarga calon tersebut untuk menerangkan situasi sebenar. Kedua-dua calon itu telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis. -UPSIDaily

PANAS!!! TNC UPSI Penyokong Kuat 'PKR'?


Panas!!!seorang TNC dari UPSI dikhabarkan pro kepada PKR. Cerita ini diperolehi daripada cakap-cakap bekas MPP yang lepas. Bukan itu sahaja, ramai kakitangan UPSI juga mengadukan hal yang sama kerana tidak selesa dengan ideologi yang dibawanya.

Prof 'O' dikhabarkan ada mengambil cuti untuk mengikuti siri ceramah Anwar Ibrahim. Dikenderaan miliknya juga terdapat bahan bacaan pro kepada parti pembangkang seperti Suara Keadilan dan Harakah.

Jika benar dakwaan ini, pihak UPSI DAILY merasakan Prof 'O' harus menumpukan kepada kerjaya politiknya sahaja. 

Jika dakwaan ini fitnah mohon Prof 'O' keluarkan kenyataan nafi dan membersihkan dirinya daripada dakwaan ini.

Seorang ahli akademik sepatutnya bebas daripada partisipasi politik. Dia juga dikatakan pernah mengeluarkan statement suka dengan penulisan UPSIKINI (blog Pro M) kerana sesuai dengan citarasanya.

Prof 'O' juga dikatakan lebih mesra dengan geng-geng Pro M..

Saksikan info yang diterima:







'Satu Persatu Akan Dibongkar'

PRO M GELAR TNC HEP "DATO DANDUT"

Agak tidak bertanggungjawab sebagai seorang mahasiswa menyerang peribadi seseorang dengan secara terang-terangan. Walaupun entri yang sudah berbulan-bulan tidak di update sejak May tetapi UPSIdaily berasa yakin bahawa Pro M masih belum membuat permohonan maaf terhadap Datuk Paduka Prof. Dr Junaidy Abu Bakar terhadap entri yang tidak bertanggungjawab tersebut.(KLIK SINI

UPSIdaily bukan hendak memenangkan TNC HEP UPSI tetapi tindakan Pro M ini dilihat seperti kebudak-budakan menyerang secara peribadi. Jika nak dibandingkan dengan idola-idola mereka dalam Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin PR jarang-jarang sekali menyerang peribadi pihak lawan. 

Tetapi apakan daya semua isu sudah diselesaikan oleh pihak HEP, mungkin tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan maka blogger tersebut mati akal dan tidak tahu hendak menulis isu lagi, atau Mat Senyum Kambing belum pandai menulis.

Perjuangan mahasiswa adalah untuk mahasiswa, berjuang tanpa rasa penat, berjuang tanpa rasa jemu, kebajikan yang hendak dicapai bukan untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang. Diantara pencapaian Aspirasi dalam peringkat nasional, Pemberian baucer buku RM200 dan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. Nampak remeh tetapi memberi kesan yang besar kepada kita. 


#PRKUPSI : 30 BORANG PENCALONAN SUDAH TERJUAL

Sehingga semalam hanya 30 borang pencalonan pilihanraya kampus sudah terjual dan hari ini merupakan hari ketiga penjualan borang pencalonan PRK. UPSIdaily yakin masih ramai lagi siswa/i UPSI yang masih berminat untuk bertanding dalam PRK kali ini. Mungkin mereka sedang menyusun strategi untuk mengelirukan lawan masing-masing. 

Sehingga semalam pihak Pro M(pro pembangkang) telah membeli sebanyak 24 borang dan selebihnya rakan-rakan dari pejuang-pejuang We Love UPSI. Pembelian borang masih boleh dilakukan hari ini di pejabat HEP. Sama-sama kita nantikan jumlah keseluruhan siswa/i yang membeli borang pencalonan.


Rabu, 19 September 2012

#PRKUPSI : PENGISYTIHARAN PRK, BAHANG KIAN TERASA.

SUMBER
SUMBER
UPSI sudah membubarkan MPP 2011 dan kini pihak Suruhanjaya Pemilihan MPP UPSI sesi 2012/2013 telah menaikkan notis pengisytiharan PRK beserta Jadual Pemilihan MPP 2012.

*UPSIdaily akan membuat liputan sepanjang PRK kali ini.

_We Love UPSI_

Selasa, 18 September 2012

BONGKAR PEMBOHONGAN PRO M

Pembohongan demi pembohongan mula terbongkar, Pro Mahasiswa Nasional yang ditunggangi PKR masih lagi mahu berselindung atas nama perjuangan kebajikan mahasiswa, berhimpun menuntut Bersih Kampus kelmarin di Ibu Kota, sudah terang lagi bersuluh perjuangan mereka bukan untuk mahasiswa tetapi memang untuk PKR. Kebersihan apa lagi yang dituntut Pro Mahasiswa sedangkan diri sendiri tidak bersih dari politik luar Cuba lihat gambar di bawah :


Sumber gambar dari Gerakkan 13

tidak cukup dengan gambar diatas mari kita lihat video di bawah 

Adam Adli memegang bendera PKR


tidak cukup bukti lagi?


Lihat juak AMK mendalangi PRO M berhimpun di hadapan KPT


Lihat inilah yang ingin disampaikan semasa himpunan di hadapan KPT 

Siapa dalang mereka semua sehingga mereka sanggup digantung semester, sanggup dibuang kolej dan penuntut Malaysia di Mesir diberhentikan daripada mendapat biasiswa Kerajaan Negeri(klik sini). 

Siapa yang untung? tepuk dada tanya selera. UPSIdaily hanya mahu melihat sahabat-sabahat di semua IPTA berjaya dengan cemerlang, tumpukan perhatian, berpolitiklah dengan penuh hemah jangan sampai memakan diri dan masa depan. Kampus akan lebih BERSIH JIKA TIADA PRO M/MP/LMP.

_We Love UPSI_

Sabtu, 15 September 2012

"INNOCENT OF MUSLIM" BANGKIT KEMARAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Filem pendek bertajuk Innocent of Muslim benar-benar membakar api kemarahan umat Islam seluruh dunia disebabkan jalan ceritanya terdapat unsur-unsur menghina Islam. Penerbit filem pendek yang didalangi Terry Jones dan Sam Bacile adalah berketerununan yahudi, jadi tidak hairanlah musuh Islam ini menerbitkan filem pendek sedemikian rupa. 

Yahudi tidak akan pernah senang dengan masyarakat muslim seluruh dunia selagi kita tidak mengikuti mereka seperti yang telah tertulis di dalam Alquran yang bermaksud :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


Filem tersebut dikatakan mendapat derma dari 100 orang yahudi berjumlah USD 5 juta dan melibatkan kurang 60 orang pelakon serta 45 orang krew. Penerbit yang keji itu berkata " Islam is a cancer, the movie is a political movie. it's not a religious movie"

Discover Muslim di UK membuat bantahan dengan mendedahkan siapa Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar dengan mengedarkan buku-buku tentang sirah Nabi junjungan kita bagi menangkis segala penghinaan yang dilemparkan terhadap Baginda.

        Sumber dari www.mananqayyim.com

Sebagai Muslim, jika tiada sebarang perasaan marah terhadap penghinaan ini maka anda perlu melihat semula dalam diri anda apakah anda benar-benar muslim sejati. UPSIdaily masih menunggu samada pimpinan siswa/i di UPSI akan membuat himpunan atau apa-apa bantahan berkenaan isu ini. 








PRO PEMBANGKANG BUAT LAWAK SAMPAI SISWA/I TERKELUAR KAHAK


Bila pula Pro M/MP/LMP sokong kerajaan???

Lawak sungguh gambar yang UPSIdaily ambil dari Gerakan 13, nak terkeluar kahak bila mellihatnya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...