Halaman

Isnin, 17 November 2014

Kerana Terpaksa??

Minggu Orientasi Pelajar(MSK) sahaja selesai..sudah tentu kelab-kelab dan persatuan akan menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat mahasiswa/i baru untuk menyertai persatuan atau kelab mereka. Namun UD telah mendapat maklumat dari beberapa pelajar baru bahawa sebuah pertubuhan yang baru berdaftar dan sedang meningkat naik di UPSI menggunakan cara paksaan.






 Kelab Al-Mursyidin atau lebih dikenali sebagai Al-Mursyidin Club (AMC) merupakan kelab baru sahaja berdaftar dan menggunakan nama serta logo Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah.


Pekara ini telah memeranjatkan ramai pihak terutama mahasiswa/i baru Diploma Ambilan November 2014/15 yang melaporkan bahawa mereka dipaksa untuk menyertai AMC. Ahli-ahli daripada AMC masuk ke bilik adik-adik junior memberikan penanda buku dan 'welcoming notes' yang tertera logo Mahasiswa Pendidik disitu dan memaksa adik-adik ini menyertai AMC. Kata junior tersebut, mereka takkan beredar selagi tidak mengisi borang pendaftaran AMC. Tanpa berfikir panjang dan tidak diberi kesempatan dan peluang untuk berfikir mereka terus mengisi borang tersebut. Adakah AMC ingin merekrut kumpulan PRO M??

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...