Halaman

Rabu, 24 September 2014

TNC HEPA SANGAT PRIHATIN DENGAN MASALAH DAN ISU KEBAJIKAN PELAJAR

Baru-baru ini, admin ada terbaca di UPSI Confessions mengenai jalan raya dilaluan KAB/KZ yang baru dibaiki baru-baru ini, rosak teruk. Bila hujan lebat, akan ada lopak air. Bila kereta lalu-lalang, jalan raya akan makin teruk. Perkara ini sangat bahaya bagi pelajar-pelajar yang membawa kenderaan dan terutamanya bas-bas KAB/KZ yang lalu disitu kerana laluan tersebut laluan yang menuruni bukit dan kemungkinan ada pelajar yang membawa kenderaan dalam had kelajuan yang tinggi.

Ini antara gambar-gambar yang admin dapati :





MPP dari We Love UPSI iaitu Saudara Muhammad Firdaus bin Kamarudin (Exco Penginapan dan Perumahan) dan Saudara Muhammad Syahmi Aiman bin Sulaiman (Exco Sukan dan Rekreasi) telah pun mengemukakan perkara ini kepada TNC HEPA dan juga pihak universiti. Respons daripada Dato' juga positif dimana Dato' akan mengambil tindakan dan laluan tersebut akan dibaiki dengan segera. Dato' khuatir terhadap mahasiswa/i yang menggunakan laluan tersebut. Sementara laluan itu dibaiki, harap mahasiswa/i berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut atau menggunakan laluan alternatif.



Selasa, 2 September 2014

KEHADIRAN MAHASISWA/I BARU AMBILAN SEPTEMBER 2014/2015 MENAMBAHKAN LAGI KECERIAAN UPSI



Minggu ini merupakan pendaftaran untuk mahasiswa/i baru ambilan ijazah September di seluruh IPTA di Malaysia.. sudah tentu keadaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sibuk dengan pelbagai cerita dan ragam sepanjang hari pendaftaran.. kepada sekretariat Rakan Suai Kenal (RSK) kali ini, semoga terus berjaya menguruskan Minggu Suai Kenal Ambilan September... manakala kepada mahasiswa/i baru pula, teruskan menabur bakti di bumi Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.. jangan merosakkan imej dan juga nama baik UPSI yang tercinta ini.. jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan nama baik anda, keluarga, dan juga UPSI..ingatlah "Di Mana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung"..




*sekitar hari pendaftaran di kolej kediaman..(KAB, KHAR,KUO & KZ)








TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni, ACP(K) Prof. Madya Dato' Paduka Dr Junaidy juga sempat hadir beramah mesra dengan ibubapa dan mahasiswa/i 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...