Minggu Orientasi Pelajar(MSK) sahaja selesai..sudah tentu kelab-kelab dan persatuan akan menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat mahasiswa/i baru untuk menyertai persatuan atau kelab mereka. Namun UD telah mendapat maklumat dari beberapa pelajar baru bahawa sebuah pertubuhan yang baru berdaftar dan sedang meningkat naik di UPSI menggunakan cara paksaan.
Kelab Al-Mursyidin atau lebih dikenali sebagai Al-Mursyidin Club (AMC) merupakan kelab baru sahaja berdaftar dan menggunakan nama serta logo Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah.
Pekara ini telah memeranjatkan ramai pihak terutama mahasiswa/i baru Diploma Ambilan November 2014/15 yang melaporkan bahawa mereka dipaksa untuk menyertai AMC. Ahli-ahli daripada AMC masuk ke bilik adik-adik junior memberikan penanda buku dan 'welcoming notes' yang tertera logo Mahasiswa Pendidik disitu dan memaksa adik-adik ini menyertai AMC. Kata junior tersebut, mereka takkan beredar selagi tidak mengisi borang pendaftaran AMC. Tanpa berfikir panjang dan tidak diberi kesempatan dan peluang untuk berfikir mereka terus mengisi borang tersebut. Adakah AMC ingin merekrut kumpulan PRO M??
Isnin, 17 November 2014
Rabu, 24 September 2014
TNC HEPA SANGAT PRIHATIN DENGAN MASALAH DAN ISU KEBAJIKAN PELAJAR
Baru-baru ini, admin ada terbaca di UPSI Confessions mengenai jalan raya dilaluan KAB/KZ yang baru dibaiki baru-baru ini, rosak teruk. Bila hujan lebat, akan ada lopak air. Bila kereta lalu-lalang, jalan raya akan makin teruk. Perkara ini sangat bahaya bagi pelajar-pelajar yang membawa kenderaan dan terutamanya bas-bas KAB/KZ yang lalu disitu kerana laluan tersebut laluan yang menuruni bukit dan kemungkinan ada pelajar yang membawa kenderaan dalam had kelajuan yang tinggi.
Ini antara gambar-gambar yang admin dapati :
Ini antara gambar-gambar yang admin dapati :
MPP dari We Love UPSI iaitu Saudara Muhammad Firdaus bin Kamarudin (Exco Penginapan dan Perumahan) dan Saudara Muhammad Syahmi Aiman bin Sulaiman (Exco Sukan dan Rekreasi) telah pun mengemukakan perkara ini kepada TNC HEPA dan juga pihak universiti. Respons daripada Dato' juga positif dimana Dato' akan mengambil tindakan dan laluan tersebut akan dibaiki dengan segera. Dato' khuatir terhadap mahasiswa/i yang menggunakan laluan tersebut. Sementara laluan itu dibaiki, harap mahasiswa/i berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut atau menggunakan laluan alternatif.
Selasa, 2 September 2014
KEHADIRAN MAHASISWA/I BARU AMBILAN SEPTEMBER 2014/2015 MENAMBAHKAN LAGI KECERIAAN UPSI
Minggu ini merupakan pendaftaran untuk mahasiswa/i baru ambilan ijazah September di seluruh IPTA di Malaysia.. sudah tentu keadaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sibuk dengan pelbagai cerita dan ragam sepanjang hari pendaftaran.. kepada sekretariat Rakan Suai Kenal (RSK) kali ini, semoga terus berjaya menguruskan Minggu Suai Kenal Ambilan September... manakala kepada mahasiswa/i baru pula, teruskan menabur bakti di bumi Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.. jangan merosakkan imej dan juga nama baik UPSI yang tercinta ini.. jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan nama baik anda, keluarga, dan juga UPSI..ingatlah "Di Mana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung"..
*sekitar hari pendaftaran di kolej kediaman..(KAB, KHAR,KUO & KZ)
TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni, ACP(K) Prof. Madya Dato' Paduka Dr Junaidy juga sempat hadir beramah mesra dengan ibubapa dan mahasiswa/i
Khamis, 28 Ogos 2014
YDP CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
Kononnya pemilihan RSK tak adil, tapi muncul kelibat dia malam ni tanpa ada sebarang bantahan kepada pihak pentadbiran.. bukan main hebat lagi YDP menunjukkan seolah-olah hero kampung.. sebelum ni hebat membuat surat 'rasmi' fb kepada Dato Tnc Hepa... Tetapi tiada pulak tindakan diluar alam maya untuk nyatakan bantahan, malah hadir bersama malam ni. Persoalan adakah dia sengaja menimbulkan isu dan persepsi buruk terhadap pihak pentadbir terutama Dato Tnc Hepa...
P/s: memang jenis bermuka-muka...
P/s: memang jenis bermuka-muka...
Ahad, 24 Ogos 2014
TAHNIAH MAHASISWA/I UPSI YANG TELAH DITAULIAH SEBAGAI INSPEKTOR MUDA POLIS, LEFTENAN MUDA JPAM DAN LEFTENAN MUDA PALAPES
Sekalung tahniah dari kami warga Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada seluruh mahasiswa/i IPTA secara amnya dan secara khasnya adalah untuk mahasiswa/i Anak Kandung Suluh Budiman... Semoga sesi pentauliahan ini terus memberi semangat kepada pengawai-penagawi muda untuk terus berbakti di tanah air tercinta ini..
sedikit potret kenangan untuk tatapan umum..
sedikit potret kenangan untuk tatapan umum..
Pentauliahan Suksis UPSI sebagai Inspektor Muda Polis di UITM
Pentauliahan Leftenan Muda (PA) Jabatan Pertahanan Awam di UKM
Pentauliahan Leftenan Muda Palapes di UPSI
Khamis, 21 Ogos 2014
"YDP, more like to TALK, but no an ACTION"
Tak faham dengan YDP kita yang hebat ni, si Idris.. tak habis-habis mencari kesalahan pihak pentadbiran univesiti.. asyik nampak kesalahan orang jerrr... tetapi tanggungjawab dia sendiri tak laksanakan...banyak aduan pelajar dibuat, tapi langsung tiada tindakan yang diambil.. tahun lepas Pro M sibuk cari kesalahan MPP sidang lepas, kali ni apa macam?? apa kejayaan yang dibawa MPP sidang ini?? sidang lepas telah memperjuangkan isu mesin ATM di kafe kolej, khemah untuk tempat menunggu bas di Kampus Sultan Azlan Shah, jadual perkhidmatan bas yang efektif dan macam-macam lagi...Apa jasa YDP MPP sidang kali ini?? Sibuk suruh buat siasatan terhadap kewangan tabung amanah MPP sbb buat program untuk mahasiswa/i UPSi...jadi apa yg berlaku terhadap surat siasatan baru-baru ini?? kami nak tahu jugak..siap hantar surat tu kepada Dato' Seri Idris Jusoh untuk memburukkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris yang tercinta ini... sudah puas hati sendiri menuduh pihak tertentu salah guna kuasa?? cakap je lebih, kerja bila nak jalan??
dulu cakap bukan main lagi kencang tapi habuk pun tarak...
dulu cakap bukan main lagi kencang tapi habuk pun tarak...
Rabu, 27 November 2013
ANDA PERLU TAHU.. #PrkUPSI
Teruskan usaha seikhlas hati, semoga diberkati. Walau siapa pun dia, dengan lantang bersuara mengatakan mereka "buat"...walau boleh jadi atas usaha kerja orang lain. Demi nama baik mahasiswa dan kebajikannya, pilih yang terbaik. Bukan sekadar lantang di facebook tetapi di sebalik tadbir, hanya mereka yang tahu sahaja yang tahu apa yang berlaku. Senario demi senario...lakonan tanpa henti..sandiwara bermusim. Yang benar tetap benar dan jangan dinafikan kebenaran. Yang salah tetap salah, jangan diangkat yang salah menjadi benar.
Esok hari pembuangan undi, salam tahniah dan takziah kepada calon-calon MPP UPSI 2013/2014
Ikhlas dari Team UPSIdaily... Peace Yooo~~
Langgan:
Catatan (Atom)