Belum pun habis reda tentang isu kafe Kolej Ungku Omar yang sering kehabisan makanan dan tutup awal, kini siswa/i mula merungut pula tentang capaian internet tanpa wayar WIFI di KUO sangat mengecewakan. Kuliah yang sudah berlangsung sejak isnin lalu membuatkan siswa/i UPSI sekarang sudah mula dibebani dengan tugasan daripada para pensyarah.
Hal ini membangkitkan rasa tidak puas hati siswa/i kerana pembayaran yuran untuk WIFI telah dijelaskan sebelum mereka pulang ke kolej lagi. UPSIdaily sempat menghubungi seorang siswa bernama Shahrul penghuni kolej KUO dan beliau menyatakan " kami sekarang susah nak buat research internet sebab wifi kat KUO ni mengecewakan " ujarnya. " kami terpaksa duduk di kafe berjam-jam untuk mendapatkan line internet, tolong la pusat ICT UPSI selesaikan masalah ini secepat mungkin" ujarnya lagi.
UPSIdaily yang memantau capaian internet di kolej lain mendapati kolej selain KUO mempunyai capaian internet yang baik walaupun kadang-kadang sedikit perlahan tetapi masih boleh digunakan berbanding KUO.
Untuk pengetahuan para pembaca, KUO memang kolej baru tetapi pihak UPSI harus bersiap sedia lebih awal sebelum menerima kehadiran penghuni kerana siswa/i telah pun menjelaskan bayaran yuran internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan