Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

DEMONTRASI 'BATU NISAN' PRO-M DEPAN BANGUNAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

23 MAC 2012, Jumaat:- Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diserbu oleh sekumpulan mahasiswa dari Pro Mahasiswa untuk memprotes tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telah dibawa ke bulan september. Kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada tidak kurang 40 peserta telah membanjiri perkarangan parkir kereta bangunan KPT. Turut hadir dalam demonstrasi ini adalah mantan YDP MPMUM, saudara Muhamad Syahid Zaini, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) saudara Safwan Anang, Presiden Pro Mahasiswa Kebangsaan Saudara Taufiq Abdullah, Presiden KAMI saudara Haziq Abdullah dan beberapa nama yang gah memperjuangkan hak mahasiswa kononnya.
Kumpulan Pro Mahasiswa di perkarangan parkir bangunan KPT

Demonstrasi yang berlangsung selama empat puluh lima minit ini telah mendesak pihak KPT untuk diawalkan tarikh PRK diseluruh kampus di Malaysia. Mereka juga telah membawa dua lagi perkara dalam memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi. Mereka telah mendesak pihak KPT supaya demokrasi kampus dikembalikan kepada mahasiswa serta mereka menolak keras campur tangan politik luar dalam hal kampus. Terdapat perbincangan antara wakil KPT dengan Pro Mahasiswa serta SMM.
Perbincangan antara wakil KPT

Tindakan mantan YDP MPMUM Saudara Syahid menyerahkan batu nisan yang ditujukan kepada menteri pengajian tinggi simbolik kepada kematian demokrasi kampus telah mencemarkan nama baik varsiti. Tindakan beliau itu bukan merupakan budaya golongan intelek tambahan pula beliau masih lagi bergelar mahasiswa. Nama mahasiswa Malaysia semakin buruk akibat tindakan kurang bijak kumpulan kecil mahasiswa  ini.
Batu nisan yang diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi

Demonstrasi yang diadakan ini keseluruhannya berjalan dengan aman dengan kehadiran anggota polis yang mengawal keadaan. Kumpulan pelajar ini bersurai selepas sahaja penyerahan memorandum dan batu nisan selesai.

 sumber daripada : [KLIK SINI]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan