Tanjong Malim, 29 September - Isu kediaman pelajar diploma yang bermain sebelum ini mendapat perhatian MPP We Love UPSI dan dengan kecekapan mereka isu ini dapat diselesaikan dengan cara diplomasi. Perjumpaan MPP bersama pihak pengurusan kolej dilakukan semalam jam 3 petang di kolej Harun Aminurrashid, perjumpaan tersebut diwakili MPP Syahmi, Fadlillah, Aini dan Nabilah.
Pertemuan MPP Bersama Pengurusan Kolej
Hasil pertemuan semalam pihak pengurusan kolej bersetuju untuk mengadakan dialog bersama pelajar-pelajar diploma dan pagi tadi jam 10 pagi diadakan dialog bersama pelajar diploma di kolej Harun Aminurrashid. Berikut adalah hasil dialog bersama pelajar :
- Pemaju (Mr Liew) bersetuju menurunkan deposit daripada RM 150 kepada RM 50.
- Sewa RM 660 untuk 6 bulan / 1 sem termasuk perkhidmatan wifi kecuali bil elektrik dan bil air.
- Pemaju menjamin kualiti keselamatan kerana pekhidmatan grill dan penggunaan swap kad matrik untuk masuk ke kolej.
- Perkhidmatan bas akan diperbanyakkan di Taman Bahtera.
- Rumah di Taman Bahtera akan dinaungi oleh Unit Kediaman Luar Kampus dan menjamin hal ehwal penghuni disana.
- Pihak pengurusan kolej hanya dapat menyediakan tempat untuk pelajar yang betul-betul layak dan aktif di kolej dan di Universiti.
- Turut mengisi kekosongan pelajar OKU dan pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
Gambar sekitar Dialog bersama pelajar diploma pagi tadi
Dalam pertemuan pagi tadi juga kaunter pendaftaran rumah dibuka dengan mengenakan bayaran deposit serendah RM 50 sahaja. Selain itu kaunter temuduga kolej juga turut dibuka dan hasil temuduga tersebut pelajar diploma seramai 7 orang lelaki dan 20 orang perempuan diberikan tempat berikutan menghadapi masalah kewangan. - UPSIDaily
so unfair! kami student degree sblm ni kene byr rm700 include streamyx. deposit plak rm150. ade sape2 nak perjuangkan?
BalasPadamkami student degree skrg kene byr rm700 termasuk streamyx & deposit rm150. unfair laa. budak diploma jgn la manje sgt. ade sape2 nk perjuangkan nasib kami x?
BalasPadambtl kan statement anda .. kmi bkn larh mnja .. tpi mjoriti dprd kmi xdpt ptptn .. n ptptn pon m'ckupi slpas tlak yuran itu ini .. tQ
BalasPadamdh rezeki budak diploma nk bt cmner..huhu
BalasPadam