Halaman

Isnin, 24 September 2012

PRO-M 'Puas' Berkempen di KAB & KZ Malam Tadi


TANJUNG MALIM, 24 September - Mahasiswa Pendidik sebelum ini diberitakan 'haram' masuk ke kolej kediaman Aminuddin Baki dan Za'ba berasa rasa seronok tak terhingga kerana mereka telah diberi hak sama rata untuk berkempen dan menyampaikan manifesto bersama kumpulan 'We Love UPSI' malam tadi.


Sebelum ini, Mahasiswa Pendidik 'merajuk' mendakwa disekat untuk masuk berkempen ke kolej kediaman KAB dan KZ. Atas keprihatinan pihak UPSIDaily terhadap puak-puak Pro-M ini, kami cuba mendapatkan maklumat atas tohmahan yang dilemparkan UPSIkini yang mengatakan Pro-M di'haramkan' masuk ke KAB dan KZ pagi semalam atas arahan pihak atasan.

Mengikut tradisi, semua calon yang hendak berkempen dan menyampaikan manifesto perlu dipantau dan diuruskan oleh pihak sekretariat pemilihan MPP dan pengurusan kolej kediaman. Semalam mereka telah menggugat kestabilan mahasiswa yang lain yang mana mereka cuba mewujudkan sentimen huru-hara dan cubaan berdemonstrasi untuk memburuk-burukkan imej Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Sewajarnya, kempen secara berkumpulan perlu diatur oleh pihak kolej supaya teratur dan tersusun serta tidak mengganggu ketenteraman pelajar lain. Tohmahan dan fitnah yang mengatakan mereka disekat adalah tidak benar apabila semalam mereka turut diberi peluang seluas-luasnya untuk berkempen di kolej KAB dan KZ yang didakwa menghalang mereka berkempen pagi semalam.

Pelajar digantung pengajian tiga semester, Adam Adli turut dibenarkan berada dalam kampus tetapi tidak dibenarkan berkempen. Menurut sumber seorang penyokong tegar Pro-M UPSI (nama dirahsiakan), 'saya kesal dan memohon maaf atas fitnah yang dikeluarkan oleh UPSIKini yang mendakwa Pro-M diharamkan berkempen di KAB & KZ pagi semalam. Terus terang saya katakan, pagi semalam kami sengaja tidak mahu meminta kebenaran kepada pihak Kolej'.

'Saya sedar apa yang kita lakukan semalam bukannya berkempen tetapi adalah satu cubaan untuk mewujudkan sentimen membenci HEP. Saya berterima kasih kepada pihak Kolej kerana membenarkan kami berkempen malam tadi dan Adam Adli juga dibenarkan masuk ke kolej tersebut. Maklumat yang saya terima, Adam berhak masuk kerana dia masih pelajar UPSI cuma tidak mendaftar. Arahan yang kami terima hanyalah tidak membenarkan Adam berkempen' katanya.

Pihak Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba diberitakan telah membuat hebahan kepada semua penghuni mereka untuk bersama-sama merasakan bahang pilihanraya kampus malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Pro-M telah menyerahkan memorandum bantahan enam orang calon mereka yang tiada manifesto kepada Naib Canselor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria B. Kasa pagi tadi. -UPSIDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan