Halaman

Rabu, 5 September 2012

UPDATE MSK : RASMINYA ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

Hari kedua MSK UPSI berjalan seperti yang telah dirancang, pada tahun ini UPSI membuat sedikit kelainan apabila memasukkan slot kerohanian bersama JAKIM bagi memberikan penerangan tentang masalah sosial yang sering berlaku di Universiti. Isu yang dibawa adalah LGBT dan pengisian Islam dalam perlembagaan Malaysia. Slot yang diadakan pada sbelah pagi tadi menarik perhatian mahasiswa/i baru untuk mengenal dan mengetahui apa yang dikatakan sebagai LGBT serta cabarannya terhadap Islam. Penerangan isu ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamad Syafiq Ketua penolong Pengarah JAKIM.




Pada sebelah petang pula masa yang ditungu-tunggu oleh semua warga RSK dan MSK iaitu Majlis Ikrar yang menjadi tanda rasminya 1607 orang mahasiswa/i baru menjadi Anak Kandung Suluh Budiman bagi sesi 2012/2013. Bacaan ikrar tadi berjalan lancar tanpa ada sebarang cacat cela, tahniah RSK yang mengelolakan majlis ikrar  kerana di dalam MSK, Majlis Ikrar adalah majlis penanda sama ada MSK berjaya atau tidak. Jika rosak Majlis Ikrar maka rosaklah segala perancangan MSK.



Hari kedua MSK telah pun berakhir malam tadi, ditutup dengan bicara tokoh Tan Sri Nordin Kardi bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Beliau memberi amanat yang jelas dan penuh dengan pengertian kecintaan terhadap Ilmu. Selain itu beliau juga tidak putus-putus memberikan pesanan dan nasihat menjadi mahasiswa/i yang bertanggungjawab dalam menjaga nama baik kampus. 


*Nantikan UPDATE MSK hari ketiga esok*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan