Halaman

Isnin, 29 Oktober 2012

Aman Kampus Nasional Beri Sumbangan Kepada Keluarga Samsul Bakhtiar


BATU PAHAT, 29 Oktober - Sekretariat Aman Kampus Nasional hari ini memberi sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban kos perubatan Samsul Bakhtiar yang terlibat kemalangan di Parit Raja 19 Oktober yang lalu.

Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil Aman Kampus Nasional, Effy Haridth Rozhan kepada ibu Samsul, Salmah Kassim.

Effy berkata ketika dihubungi UPSI Daily, "Samsul pernah terlibat membantu Aman Kampus ketika siri jelajah Aman Kampus Fasa 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ketika sihat dia membantu kita, jadi ketika dia sakit apa salahnya kita membantu dia. Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Aman Kampus semalam menghubungi saya bertanya khabar Samsul. Memandangkan saya berada di Batu Pahat, Shahar mengamanahkan saya untuk memberi sumbangan bagi pihak Aman Kampus"

Samsul baru sahaja sedar dari koma 2 hari yang lepas dan sekarang ini sedang dipantau oleh pihak Hospital Nora Ismail untuk melihat perkembangan selanjutnya. Menurut doktor yang merawatnya, Samsul mengalami pendarahan dalam otak yang kini semakin mengecil.

Ibu Samsul berkata, "saya mengucapkan terima kasih kepada Aman Kampus yang sudi membantu. Sama-sama kita doakan Samsul cepat sembuh."

Turut hadir pada petang tadi, sahabat baik Samsul, Mohammad Ikhwan Kamaruddin, Timbalan YDP MPP UTHM, Muhammad Nur Hakim Nordin dan Pengerusi Jabatan Kelab, Persatuan dan Sekretariat UTHM, Mohd Ikhwanul Shafiq B.Mohd Fudzi. Turut mengucapkan salam takziah, Muzammil Arif bagi pihak Majlis Belia Putrajaya. -UPSIDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan