Halaman

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mahasiswa Keliru Disebarkan Khabar Angin Calon MT MPP 2012/2013


TANJUNG MALIM, 5 Oktober - Mahasiswa UPSI hari ini melahirkan rasa kesal apabila disebarkan dengan khabar angin bahawa calon YDP, NYDP dan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 telah dilantik sebelum MPP bersidang.

Berita khabar angin tentang calon YDP dikatakan dari We Love UPSI, Muhammad Fadlillah Mukhatar yang mendapat undi popular sebanyak 6077 manakala NYDP (Husnil Khatimah) dan Bendahari (M. Maghfur) dari Mahasiswa Pendidik (PRO M) membuatkan ramai tertanya-tanya adakah wujudnya tangan belakang untuk mencampuri urusan MPP sesi kali ini.

Pihak UPSI Daily sempat menghubungi salah seorang kakitangan JHEP, menurutnya "ini hanya spekulasi dan saya harap mahasiswa UPSI tidak mempercayai perkara ini. Kita akan umumkan secara rasmi dan jangan mudah percaya dengan berita khabar angin ini. Mahasiswa yang matang perlu mendapatkan info yang rasmi dan bukannya bersifat gosip dan spekulasi".


Dalam perkembangan yang sama, kenyataan dari wall Kami Sokong Mahasiswa Pendidik mendapat cemuhan dari mahasiswa UPSI, berikutan kenyataan yang disifatkan fitnah. KSMP mendakwa bahawa "3 sesi kepimpinan YDP MPPUPSI dilantik daripada calon mewakili suara fakulti". Melalui analisis yang dilakukan UPSI Daily mendapati kenyataan yang dikeluarkan KSMP mempunyai unsur fitnah kerana YDP sesi MPP yang lepas ialah saudara M. Afiq Fikri yang bertanding dibawah tiket UMUM.-UPSIDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan