Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

MASALAH BAS #UPSI SUDAH 10 TAHUN BERULANG

"Alahai UPSI sudah berpuluh tahun UPSI bertapak di Tanjong Malim tetapi masalah bas masih berulang". Begitulah ungkapan yang dihantar saudara Najib salah seorang senior kepada wartawan UPSIDaily berkaitan isu bas yang tiada penghujung sehingga kini. Najib merupakan seorang super senior dan telah bergraduat pada tahun 2007 lagi menyatakan dari sejak beliau menyambung pengajian di UPSI masalah bas adalah masalah yang paling utama sehinggalah beliau menamatkan pengajian.


Najib juga menyatakan "Alasan yang diberikan oleh pihak Universiti adalah kos pengangkutan yang dipungut daripada pihak mahasiswa adalah terlalu rendah sehingga tidak dapat menanggung kos pengangkutan, tetapi sampai sekarang isunya masih sama" ujar beliau. 

UPSIDaily menyangka isu bas ini hanya berlaku pada semester kali ini. tetapi jika dikira secara congak  saudara Najib menyatakan masalah bas ini sejak dari zaman beliau semester 1 di UPSI dan sekarang kita sudah sampai ke tahun 2012, sudah hampir 10 tahun masalah ini berlaku. 

Kalau di lihat secara rasional, masalah bas berulang dalam tempoh 10 tahun tetapi tidak dapat diselesaikan,  sebenarnya yang bermasalah bas atau siapa? Apakah pihak Universiti tidak mengambil jalan penyelesaian yang lebih serius dalam menangani isu ini.  MPP silih berganti dan sepatutnya sudah ada penambahbaikkan atas perjuangan MPP yang terdahulu, tetapi hasilnya tetap sama. 

Masalah bas yang setiap semester berulang ini seperti mengayuh basikal tiap-tiap hari dan terjatuh tiap-tiap hari juga, sungguh tidak logik pengayuh basikal sentiasa terjatuh pada setiap hari setelah berhari-hari dia mengayuh basikal. tidak mungkin tiada sebarang peningkatan terhadap kayuhannya itu. UPSIDaily menyarankan agar pihak Universiti menyelesaikan masalah ini bukan untuk satu semester sahaja tetapi untuk 10 tahun akan datang.-UPSIDaily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan