Halaman

Rabu, 2 Januari 2013

"FINAL EXAM" Jadikan Kayu Ukur Atau Sekadar Lepas

Tanjong Malim, 2 Januari 2013- Tahun baru 2013 memulakan langkah dengan peperiksaan akhir bagi semua siswa/i di UPSI, perjuangan menjawab soalan bagi melepasi semester untuk bergelar graduan lulus cemerlang menjadi agenda utama setiap mahasiswa. Suasana peperiksaan di UPSI sama juga seperti di universiti yang lain, tetapi budaya mendapatkan ilmu itu mungkin tidak sama.

Apa yang membezakan siswa/i di UPSI dengan Universiti yang lain, di UPSI kebergantungan mahasiswa dengan bantuan tips peperiksaan daripada pensyarah itu masih sangat tinggi peratusannya.   Mungkin nampak seperti perkara remeh, tetapi budaya pemberian tips sebelum peperiksaan ini menjadikan siswa/i sebenarnya belajar hanya untuk lulus peperiksaan akhir dan bukan untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterima.

Hal ini memberikan kesan yang besar kepada graduan kerana hasil daripada mengambil peperiksaan hanya sekadar lepas tadi menyebabkan siswa/i sebenarnya tidak menguasai ilmu dengan lama, sebaliknya hanya memenuhkan ruang ingatan jangka pendek sahaja. 

Rentetan itu, ilmu-ilmu yang sepatutnya dibawa kedalam bilik darjah setelah bergelar guru hilang sebelum graduan bergelar guru dan impaknya kurang kemahiran kawalan kelas, kurang kemahiran komunikasi dengan pelajar, dan kurang bertenaga dalam menerima tugasan lain. 

Sudahnya pelajar yang disalahkan, ungkapan pelajar malas, pelajar degil, pelajar kurang hormat guru, dan pelajar bermasalah sering keluar dari mulut guru yang hanya mengambil peperiksaan sekadar lepas. Sungguh besar sebenarnya impak mindset peperiksaan akhir sekadar lepas. Jadi anda bagimana? Jadikan peperiksaan akhir sebagai kayu ukur kedalaman ilmu dalam diri, atau sekadar lepas peperiksaan akhir?

#warga UPSIDaily mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir kepada semua



Tiada ulasan:

Catat Ulasan