Banyak feedback dari rakan-rakan blogger mengulas tentang isu Listen dan UPSIDaily hari ni pun nak mengulas sedikit kejadian yang berlaku pada bulan Disember 2012 ni. Peristiwa perang mulut ini berlaku dalam penganjuran sebuah forum di Universiti Utara Malaysia. Video 24 minit menunjukkan seorang siswi(saudari Bawani) melontarkan persoalan dan pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia Cik Sharifah Zohra Jabeen memotong hujah saudari Bawani dengan berkata Listen sebanyak 11 kali.
Sebenarnya Video yang dipertontonkan di youtube adalah semasa forum sudah pun habis, dan saudari Bawani berhujah setelah Q&A ditutup tetapi secara tiba-tiba dia keluar dan terus melontarkan persoalan. Jika ikut etika majlis forum biasanya setelah Q&A ditutup maka majlis akan ditamatkan jadi dalam situasi ini saudari Bawani telah melanggar etika dalam majlis forum tersebut dan tidak mengikut tertib. Sepatutnya Bawani melontarkan persoalan tersebut pada masa Q&A dibuka.
Tetapi apa yang dikesalkan Cik Sharifah Zohra Jabeen ini tidak bertindak secara profesional kerana memotong hujah dengan mengalihkan mikrofon dan seterusnya menjawab persoalan yang dilontarkan oleh saudari Bawani bukan berdasarkan fakta yang tepat, selain itu juga terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap mahasiswa tersebut.
Sepatutnya sebagai seorang pensyarah/presiden Suara Wanita 1 Malaysia berkelulusan IJAZAH perlulah lebih bersikap profesional memberi sedikit kelonggaran kepada saudari Bawani melontarkan persoalan dan cik Sharifah perlu memberikan jawapan yang bersandarkan fakta yang tepat tanpa mengherdik dan merendahkan martabat siswa.
UPSIDaily mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan beremosi dan masing-masing perlu belajar mengawal emosi. Dunia semakin mencabar pengukuran intelektual seseorang pada masa kini lebih melihat kepada siapa yang boleh menguasai fakta dan ilmu, kerana bercakap kosong tidak ubah seperti debat kedai kopi. UPSIDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan