Siri 2
Jatuhnya standard sebagai mahasiswa/i
dan bakal guru melihat tindakan golongan pro mahasiswa dengan cara menfitnah
tidak henti-henti. Sebelum ini mereka menuduh pihak penggerak We Love Upsi
mengedar flyers tentang Pro-M(Tekan LINK ini). Terbaru, blog pihak Pro M telah
menuduh dan menfitnah secara terang-terangan tanpa bukti yang kukuh terhadap
TNC HEPA UPSI (lihat gambar tersebut).
Dipetik dalam laman blog tersebut,
TNC HEPA UPSI yang dikatakan telah mengarahkan pengetua kolej kediaman untuk
membuang salah seorang bakal calon MP yang akan bertanding dalam pilihanraya
kampus nanti. Persoalannya adakah pihak Pro-M mempunyai bukti yang kukuh
seperti surat hitam putih terhadap mahasiswa tersebut?? Ingat fitnah itu lebih
buruk dari membunuh!! Berikutan dengan fitnah yang dilemparkan kepada TNC HEPA
UPSI, satu penjelasan telah dibuat di laman Facebook beliau.
Perbuatan terdesak ini telah menunjukkan
betapa rendahnya pemikiran pro mahasiswa dan adakah itu cara bakal pemimpin
yang akan kita pilih semasa pilihanraya kampus nanti?? Dengan menggunakan
taktik kotor untuk terus membutakan hati mahasiswa/i UPSI?? Lebih jelas, mereka
diibaratkan seperti membuka pekung di dada sendiri dan menunjukkan belang
masing-masing. Koordinator Mahasiswa Pendidik, Abdel Hakim dikatakan telah
mengesahkan kejadian tersebut namun tidak pula berkesempatan berjumpa dengan
mahasiswa terbabit. Memang hebat cara pro mahasiswa membesar-besarkan cerita
yang belum mempunyai bukti kukuh. Dapat mengesahkan kejadian tetapi apabila
ditanya tentang bukti pandai pula menipu dengan alasan yang tidak bermunasabah.
Tiada alasan lain ke? Atau sudah kehabisan idea untuk mereka cerita? Sekali
lagi pihak UD mahukan bukti jika benar TNC HEPA UPSI telah melakukan seperti
yang dikatakan di dalam UPSI KINI? Jika tiada yang mampu mengemukakan, tidak
penat kah mereka-reka ? tidak takutkah akan dosa?. Sudah membaling batu, hendak
disembunyikan tangan. Jika benar ingin menjadi seorang pemimpin yang dihormati
dan berwawasan, haruslah TULUS dan
IKHLAS dalam perjuangan dan bukanlah menjadi manusia yang suka memfitnah serta
menggunakan taktik kotor sebagai propaganda terhadap semua mahasiswa/i.
tengok cara mereka menyebarkan fitnah tanpa bukti dan siasatan.. Semoga mereka sedar dengan fitnah mereka..
#sampai sekarang tiada bukti bahawa Dato TNC HEPA menyalahguna kuasa.. UD tgk ok je MMK KUO, KHAR, KAB dan KZ..
#sampai sekarang tiada bukti bahawa Dato TNC HEPA menyalahguna kuasa.. UD tgk ok je MMK KUO, KHAR, KAB dan KZ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan