Halaman

Jumaat, 7 September 2012

KETIADAAN BAS MENYUKARKAN SISWA/I BARU UPSI

Semalam program Minggu Suai kenal baru sahaja berakhir, hari ini sudah ada rungutan dari siswa/i baru tentang perkhidmatan di kampus baru. Wartawan UPSIdaily yang kebetulan ingin membuat liputan berkaitan kehidupan hari pertama siswa/i baru di UPSI terserempak dengan sekumpulan siswa/i yang sedang menuggu bas pada jam 10 pagi tadi. 

Suriani(bukan nama sebenar) memberitahu kepada wartawan UPSIdaily mereka ingin ke bandar dan ke kampus lama bagi mencari keperluan dan menguruskan hal-hal yang belum lagi diselesaikan dengan pentadbiran UPSI, sudah sejam menunggu bas namun tiada sebuah bas pun yang muncul untuk membawa mereka ke bandar. 

Kemudian datang lagi sekumpulan siswa/i baru yang ingin ke bandar atas tujuan yang sama. Tetapi kali ini ada diantara mereka yang ingin menyelesaikan urusan online PTPTN berikutan di KUO tiada lagi perkhidmatan internet wifi dan pusat cybercafe. Akhirnya kumpulan siswa/i tersebut terpaksa menyewa kereta sewa untuk ke ke bandar dan ke kampus lama. 

Wartawan UPSIdaily yang mendengar rungutan daripada siswa/i baru ini ingin menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelsaikan masalah siswa/i baru ini agar dapat memberi keselesaan kepada mereka. Setakat ini wartawan UPSIdaily belum mendapat respon dari mana-mana pihak berkenaan isu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan