Halaman

Jumaat, 7 September 2012

JMK BUKAN JUAL BAJU TAPI JUAL NAMA GANG PECAH PINTU

Gang pecah pintu MP dan LMP sudah mula mengorak langkah dalam menghadapi Pilihanraya Kampus. Malam tadi sekitar jam 10.00 hingga 11.30 malam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar dan JMK Kolej Zaaba yang berpihak kepada pro pembangkang menyalahguna kuasanya untuk menarik perhatian siswa/i baru dengan menjual baju berlabel MP dan LMP, bukan nak jual baju tetapi matlamat utama mereka menjual NAMA MP dan LMP





Apa itu MP dan apa itu LMP, walaupun UPSIdaily sudah menulis berkali-kali dalam entry yang lepas tetapi UPSIdaily yakin pasti ramai siswa/i UPSI yang masih lagi tidak mengenali mereka. MP atau Mahasiswa Pendidik yang memperjuangkan agenda politik luar dan gerakkan mereka lebih mirip kepada PAS dan kita boleh gelarkan mereka ini "PAS Kecik" di kampus.

Manakala LMP atau Legasi Mahasiswa Progresif yang baru sahaja wujud di UPSI pada tahun 2010 ini juga memperjuangkan agenda politik luar tetapi lebih mirip pada gerakkan PKR. LMP dan MP yang kini bergabung atas tiket Pro Mahasiswa cuba untuk menindoktrinasi mahasiswa/i UPSI agar membenci kepada pihak Universiti sekaligus membenci kerajaan. Sedangkan sebagai mahasiswa/i yang bijak kita mesti menjaga  nama baik Universiti kita kerana ini adalah tempat untuk kita menuntut ilmu bukan untuk berdemonstrasi dan sebagainya.

UPSIdaily mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan mereka dengan politik luar yang ekstrem dan ganas cuba lihat gambar di bawah :

Adam Adli Pelopor LMP dengan Bendera PKR

Himpunan menuntut Hapuskan PTPTN

himpunan dihadapan pintu pagar UPSI

Berbaring dijalanan atas perjuangan, kata LMP

Jom Kita Lihat Apa yang diperjuangkan oleh Puak-Puak MP dan LMP(Pro Mahasiswa)


Akibat berlaku biadab Adam Adli digantung 3 semester daripada meneruskan pengajian. Klik Sini

Buat Mahasiswa/i baru yang sudah terbeli baju label MP dan LMP ini lah sebenarnya yang anda beli. UPSIdaily ingin menasihati mahasiswa/i baru agar tidak terpengaruh dengan gerakkan seperti yang UPSIdaily telah terangkan di atas, kita sebagai mahasiswa memilih DIPLOMASI bukan DEMONSTRASI.


_We Love UPSI_





Tiada ulasan:

Catat Ulasan