Isu permohonan penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa melayu ini mendapat liputan meluas dalam negara kita, hal ini menyebabkan ramai umat Islam menjadi kurang selesa dengan permohonan tersebut. Jika dilihat permohonan dibuat oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) ini mahu nama Allah digunakan dalam Bible berbahasa melayu seperti sengaja mahu melanggar batasan.
Perkara ini turut dibidas oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam(klik sini untuk lihat kenyataan penuh Presiden PPMM)
Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Selain itu, Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS berpendirian, Bible bahasa Melayu harus menggantikan istilah "GOD" dengan tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan Maksud sebenar daripada teks asal. Namun begitu sampai bila bantahan PAS terhadap sekutunya ini boleh bertahan.
Larangan ini perlu difahami oleh mereka yang belum menjadi seorang Muslim, bukan untuk menafikan hak sesiapa tetapi mahu menjaga akidah muslim Malaysia supaya tidak terpengaruh dan keliru. Buat DAP hentikan segala cubaan permohonan yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah. Ayuh mahasiswa/i UPSI sama-sama kita bantah permohonan ini. ALLAHUAKBAR!!!
-UPSIDaily
3 ulasan:
"tiada yang mengharamkan penggunaan nama AllAH dlm agama lain.soal kekeliruan kita pasrah jela..
tiada yang mangharamkan penggunaan nama ALLAH dlm agama lain. Soal kekeliruan kita pasrah je
Tetapi kenapa berlaku percanggahan pendapat sesama dalam parti yang memperjuangkan Islam, untuk situasi Malaysia yang rata-rata pemahaman dalam Islam belum mantap seperti di mesir dan negara Arab lebih baik tidak digunakan nama Allah dalam Bible berbahasa melayu.
Catat Ulasan