Salam keamanan...salam perpaduan... Seluruh warga UPSI.
Pesanan kepada semua warga Kolej Kediaman d UPSI..
KHAR, KAB, UKLK, KZ dan KUO
_SAYANG_BUMI_KITA_
31 MAC 2012
8.30 PM - 9.30 PM
Kepada semua warga bumi yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjayakan Earth Hour 2012. Sumbangan anda, walau kecil tetapi hakikatnya membawa makna yang amat bersar dan bernilai kepada bumi ini.
Apa itu Earth Hour?
Earth Hour merupakan satu kempen yang diadakan oleh WWF Australia bagi mengurangkan pemanasan iklim global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.
WWF apa pula tu?
Bukan yang gusti tu lah..itu WWE. WWF ni nama panjang dia, World Wide Fund for Nature. Kira satu agensi yang berkaitan dengan alam sekitar.
Apa yang anda perlu buat sewaktu Earth Hour?
Apa yang perlu anda buat adalah cukup mudah iaitu dengan menutup lampu ataupun mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu atau jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Walaupun hanya sejam (60 minit), namun kesannya sangat besar terhadap pemanasan iklim global.
sumber : SINI
Your are involved
Sekitar gambar terkenal Earth Hour 2009
Kuala Lumpur City Centre (Petronas KLCC), Malaysia yang sedia bergelap
Menara Eiffel di Paris
Burj Al Arabyang mengagumkan pun padamkan lampu
Sudahkah anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Padamkan lampu selama sejam dari jam 8.30 pm - 9.30 pm... 60 minit aje...
"Kita Tidak Mewarisi Bumi Tetapi Kita Hanya Meminjamnya Daripada Generasi Yang Akan Datang"...Earth Hour 31 March - Pesanan Penaja MAXIS
SOKONGAN SEMUA HARAPAN BERSAMA