Halaman

Rabu, 27 November 2013

ANDA PERLU TAHU.. #PrkUPSI




Teruskan usaha seikhlas hati, semoga diberkati. Walau siapa pun dia, dengan lantang bersuara mengatakan mereka "buat"...walau boleh jadi atas usaha kerja orang lain. Demi nama baik mahasiswa dan kebajikannya, pilih yang terbaik. Bukan sekadar lantang di facebook tetapi di sebalik tadbir, hanya mereka yang tahu sahaja yang tahu apa yang berlaku. Senario demi senario...lakonan tanpa henti..sandiwara bermusim. Yang benar tetap benar dan jangan dinafikan kebenaran. Yang salah tetap salah, jangan diangkat yang salah menjadi benar. 

Esok hari pembuangan undi, salam tahniah dan takziah kepada calon-calon MPP UPSI 2013/2014

Ikhlas dari Team UPSIdaily... Peace Yooo~~

Selasa, 26 November 2013

KENALI CALON KERUSI UMUM @WeLoveUPSI #UPSIok cc @DrJunaidy

Tak lihat maka tak kenal...
Tak kenal maka tak cinta...

Udara dingin tak pakai baju,
Bakarlah api dengan papan, 
Kalau ingin kenal denganku,
Bicaralah dengan sopan.

CALON UMUM 1


Kalaulah cepat menghafal,
Janganlah membaca buku,
Kalau memang hendak kenal,
Katakan saja tak usah malu.

CALON UMUM 2


Kalau cerdik cubalah teka,
Gulalah tebu manis rasanya,
Wahai adik cantik jelita,
Bolehkah abang tahu namanya?.

CALON UMUM 3


Hati gembira mari berdendang,
Iringi lagu dengan rebana,
Sudah lama daku memandang,
Mahu menyapa tak tahu namanya.

CALON UMUM 4


Ke bengkulu naiklah kapal,
Kapal besar bukan perahu,
Mau rasanya hendak kenal,
Katakan sahaja tak usah malu.

CALON UMUM 5


Sopan nampaknya bila beradab kita berkenalan... UPSIdaily teruja dengan keberanian yang tekad mereka bertanding bagi kerusi UMUM. Semoga ditabahkan hati dan dicekalkan tekad untuk terus maju dan bersama membawa amanah mahasiswa untuk diperjuangkan.

 Idea pantun dipetik dari yusfryanayusuf.blogspot.com


YANG MANA SATU NI? #PrkUPSI @DrJunaidy

Salam berPilihanRaya Kampus warga UPSI sekalian...


Sehari sudah selepas sesi penamaan calon semalam. 8 daripada 29 kerusi (MTB) telah dimenangi oleh pihak WeLoveUPSI. 15 calon akan merebut 5 Kerusi UMUM yang dipertandingkan. Malam tadi merupakan rapat umum pertama yang telah diadakan di Cafe Kolej Ungku Omar.

Suasana penamaan calon semalam

Kita lihat sikit 2 pic yang di upload oleh sahabat2 kita.. Warna warni melihat kemeriahan berkempen.

 

PRK UPSI kali adalah sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya... Apa yang menjadi kelainan itu adalah banyak kumpulan yang tampil menghantar calon-calon mereka. Mari kita lihat berapa penjuru pula pada sesi kali ini.

1. 
We Love UPSI
Page FB Rasmi : We Love UPSI
Twitter Rasmi : @WeLoveUPSI

2.  
Mahasiswa Pendidik

3. 
Rintis UPSI
Page FB Rasmi : Rintis UPSI

4. 
Ikatan Mahasiswa UPSI 


Ada hantar calon tak LMP dan SMILE ? UPSIdaily rasa mereka ni dah bergabung dengan yang di atas atau berlaku penjenamaan semula. 

5. 
Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
Twitter Rasmi : @lmpUpsi

6.  

Smile UPSI
Page FB Rasmi : "Smile" UPSI


28 November 2013 adalah hari penentu. Kita lihat hari-hari berbaki untuk berkempen ini apa yang akan berlaku. Khabarnya sudah ada laporan polis dibuat kerana isu sabotaj kereta calon dan ada calon yang diugut supaya menarik diri daripada bertanding. Tekanan demi tekanan bakal diterima oleh calon-calon. Apapun...UPSIdaily nak ucap..., Semoga Berjaya!

Selamat menjadi pemerhati yang jujur kepada diri sendiri

Boleh juga follow Twitter rasmi @UPSIdaily untuk melihat update terkini senario PilihanRaya Kampus universiti-universiti yang terlibat pada PRK kali ini.


Khamis, 14 November 2013

SATU UNDI MAHASISWA BERSAMAAN 4 BIJI GULA-GULA??



Gara-gara pilihanraya kampus bakal menjelang tidak lama lagi, macam-macam usaha untuk menarik perhatian mahasiswa UPSI sama ada pihak pro M atau pun pihak WLU.. Menaikkan banner-banner, mengedarkan flyer-flyer dan tidak lupa juga mengeluarkan isu-isu kebajikan pelajar di fb untuk menarikkan lagi perhatian mahasiswa.. 

Walaubagaimanapun, baru-baru ini pihak UD telah menerima satu kiriman bungkus dari pihak Pro M yang terkandung 4 biji gula-gula untuk hanya mendapat satu undian dari mahasiswa UPSI..



INGAT!! satu undi mahasiswa bukan dapat dibeli dengan hanya memberi 4 biji GULA-GULA sahaja.. UD yakin bahawa mahasiswa UPSI sangat bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan gula-gula itu untuk mengundi pro M..

# sedikit renungan: biar menang berMARUAH, jangan menang meRASUAH 

FITNAH DAN PRO-M BERPISAH TIADA ( SIRI 2)


Siri 2

Jatuhnya standard sebagai mahasiswa/i dan bakal guru melihat tindakan golongan pro mahasiswa dengan cara menfitnah tidak henti-henti. Sebelum ini mereka menuduh pihak penggerak We Love Upsi mengedar flyers tentang Pro-M(Tekan LINK ini). Terbaru, blog pihak Pro M telah menuduh dan menfitnah secara terang-terangan tanpa bukti yang kukuh terhadap TNC HEPA UPSI (lihat gambar tersebut). 


Dipetik dalam laman blog tersebut, TNC HEPA UPSI yang dikatakan telah mengarahkan pengetua kolej kediaman untuk membuang salah seorang bakal calon MP yang akan bertanding dalam pilihanraya kampus nanti. Persoalannya adakah pihak Pro-M mempunyai bukti yang kukuh seperti surat hitam putih terhadap mahasiswa tersebut?? Ingat fitnah itu lebih buruk dari membunuh!! Berikutan dengan fitnah yang dilemparkan kepada TNC HEPA UPSI, satu penjelasan telah dibuat di laman Facebook beliau.


Perbuatan terdesak ini telah menunjukkan betapa rendahnya pemikiran pro mahasiswa dan adakah itu cara bakal pemimpin yang akan kita pilih semasa pilihanraya kampus nanti?? Dengan menggunakan taktik kotor untuk terus membutakan hati mahasiswa/i UPSI?? Lebih jelas, mereka diibaratkan seperti membuka pekung di dada sendiri dan menunjukkan belang masing-masing. Koordinator Mahasiswa Pendidik, Abdel Hakim dikatakan telah mengesahkan kejadian tersebut namun tidak pula berkesempatan berjumpa dengan mahasiswa terbabit. Memang hebat cara pro mahasiswa membesar-besarkan cerita yang belum mempunyai bukti kukuh. Dapat mengesahkan kejadian tetapi apabila ditanya tentang bukti pandai pula menipu dengan alasan yang tidak bermunasabah. Tiada alasan lain ke? Atau sudah kehabisan idea untuk mereka cerita? Sekali lagi pihak UD mahukan bukti jika benar TNC HEPA UPSI telah melakukan seperti yang dikatakan di dalam UPSI KINI? Jika tiada yang mampu mengemukakan, tidak penat kah mereka-reka ? tidak takutkah akan dosa?. Sudah membaling batu, hendak disembunyikan tangan. Jika benar ingin menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan berwawasan, haruslah TULUS  dan IKHLAS dalam perjuangan dan bukanlah menjadi manusia yang suka memfitnah serta menggunakan taktik kotor sebagai propaganda terhadap semua mahasiswa/i.

tengok cara mereka menyebarkan fitnah tanpa bukti dan siasatan.. Semoga mereka sedar dengan fitnah mereka..


#sampai sekarang tiada bukti bahawa Dato TNC HEPA menyalahguna kuasa.. UD tgk ok je MMK KUO, KHAR, KAB dan KZ..



Selasa, 5 November 2013

FITNAH DAN PRO-M BERPISAH TIADA

Siri 1


Provokasi murahan pro mahasiswa untuk menjatuhkan We Love Upsi kembali lagi. Hal ini semakin manjadi-jadi dek kerana semboyan pilahanraya kampus semakin hampir. UD kali ini terpanggil untuk mendedahkan rancangan jahat mereka. Pihak UD menerima beberapa keping gambar layang dari seorang pembaca. UPSIdaily terasa macam nak tergelak pun ada. 





Sedarlah semua mahasiswa/i UPSI bahawa kita perlu berhati-hati dengan politik kotor yang cuba dibawa oleh Pro-M. Jangan butakan hati kita semua dek kerana mulut manis mereka dan cara mereka..  Jika salah memilih, maka ia akan menyusahkan seluruh mahasiswa/i di UPSI

SPM PENENTU JALAN KERJAYA?

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun kerana mereka semua akan menduduki SPM dengan seadanya, samada penuh dengan segala persiapan atau masuk dewan membawa tubuh yang lesu dan kosong, yang ingat hanya lawak jenaka guru dalam kelas. Peperiksaan yang berlangsung dari hari ini hingga ke pertengahan bulan Disember ini bakal menyaksikan pelbagai kerenah dan gelagat pelajar, yang penting jangan meniru.

Ibu bapa dirumah sudah tentu lebih cemas dan berdebar memikirkan anak-anak mereka, UPSIDaily ada sedikit petua, semasa anak anda sedang menjawab soalan peperiksaan ibu bapa cuba amalkan bacaan Yaasin dan diniatkan kepada si anak supaya anak mendapat ilham semasa menjawab. Sebagai contoh kertas peperiksaan pertama hari ini BM jam 8.30 pg hingga jam 11.00 pagi maka ibu bapa bacalah yaasin dalam tempoh tersebut. Semoga petua tersebut sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak anda.


Walaupun SPM dianggap sebagai penentu kerjaya tetapi  SPM bukanlah penentu kejayaan dalam hidup. Usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan dalam segala bidang yang diceburi.  All the best untuk semua yang menduduki SPM 2013.

HIJRAH ATAU MASIH DALAM KEJAHILAN

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca setia UPSIDaily. Alhamdulillah syukur atas nikmat tuhan hari ini merupakan permulaan tahun baru 1435H tetapi sudahkah kita membuat dosa pada permulaan tahun baru hijrah ini, jika belum, kekalkan diri dalam keadaan bersih. Azam muslimin muslimat sudah tentunya menjadikan tahun 1435H ini sebagai tahun yang penuh hikmah dan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Ingatlah Allah berfirman yg membawa maksud: 

Orang-orang yang beriman, berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (al-Taubah: 20) 

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang menang? Atau masih dalam kejahilan, sesungguhnya manusia yang masih memilih jalan kejahilan adalah orang yang sangat rugi lagi merugikan tetapi apa pun keputusan hidup, pilihan di tangan kita. 

Salam Maal Hijrah dari warga kerja UPSIDaily dan happy deepavali kepada semua penganut agama hindu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...