Hari ini merupakan hari yang mendebarkan semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun kerana mereka semua akan menduduki SPM dengan seadanya, samada penuh dengan segala persiapan atau masuk dewan membawa tubuh yang lesu dan kosong, yang ingat hanya lawak jenaka guru dalam kelas. Peperiksaan yang berlangsung dari hari ini hingga ke pertengahan bulan Disember ini bakal menyaksikan pelbagai kerenah dan gelagat pelajar, yang penting jangan meniru.
Ibu bapa dirumah sudah tentu lebih cemas dan berdebar memikirkan anak-anak mereka, UPSIDaily ada sedikit petua, semasa anak anda sedang menjawab soalan peperiksaan ibu bapa cuba amalkan bacaan Yaasin dan diniatkan kepada si anak supaya anak mendapat ilham semasa menjawab. Sebagai contoh kertas peperiksaan pertama hari ini BM jam 8.30 pg hingga jam 11.00 pagi maka ibu bapa bacalah yaasin dalam tempoh tersebut. Semoga petua tersebut sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak anda.
Walaupun SPM dianggap sebagai penentu kerjaya tetapi SPM bukanlah penentu kejayaan dalam hidup. Usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan dalam segala bidang yang diceburi. All the best untuk semua yang menduduki SPM 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan