Minggu Haluan Siswa, Minggu Suai kenal, Minggu Tautan Mesra dan lain-lain lagi antara nama yang sering digunakan oleh pihak IPTA untuk menerima mahasiswa/i baru. UPSI juga tidak ketinggalan bagi sesi ini menempatkan lebih kurang 2000 orang mahasiswa/i baru di kampus Proton City.
Program Minggu Suai Kenal ini dilakukan setelah bakal-bakal calon menjalani peperiksaan ujian MedSi dan temuduga. Namun begitu, terdapat ura-ura yang sedang tersebar luas di UPSI bahawa ambilan kali ini bukan lagi dibawah unjuran KPM disebabkan pihak KPM menghentikan pengeluaran unjuran bermula tahun ini.
Sekiranya berita ini benar-benar berlaku maka kesan daripada pengambilan tahun ini ialah keluaran pemegang ijazah pendidikan tahun 2016 bukan lagi guru yang diperlukan oleh KPM dan mereka perlu mencari sekolah swasta untuk berkhidmat.
Tetapi khabar angin ini tidak dapat disahkan lagi oleh mana-mana pihak samada dari pihak UPSI atau pihak KPM. UPSIdaily akan cuba mendapatkan reaksi daripada pihak-pihak terbabit.
Setakat hari ini sukarelawan MSK telah mula mendaftar di kolej-kolej kediaman bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab menguruskan MSK. MSK ini biasanya dianjurkan selama 5 hari 4 malam ini akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi serta membuktikan keikhlasan setiap individu yang menyertainya.
MSK yang nampak seperti perkara mudah ini sebenarnya medan menonjolkan sifat kepimpinan, kelantangan, ketahanan fizikal, ketahanan emosi, kebolehan mendengar arahan dan pengukuhan nilai kesukarelaan dalam diri mahasiswa. Ramai pemimpin-pemimpin mahasiswa yang berkaliber di kampus bermula dengan program MSK.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang ditunjangi oleh Timbalan Naib Canselor Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar sudah mula bersiap sedia sejak 2 bulan lalu dalam menghadapi program ini. Pegawai-pegawai HEP sudah pun mula menyusun strategi dan persiapan dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam minggu tersebut.
-nantikan update terkini MSK-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan