TANJUNG MALIM, 8 Oktober - Bangunan E-Learning, UPSI sekali lagi mencetuskan kegemparan umum apabila seorang siswi telah diselamatkan daripada cubaan bunuh diri oleh empat orang pekerja 'cleaner', 5 Oktober (Jumaat) yang lalu.
Seorang siswi terkorban pada 21 April lalu kerana terjatuh di tingkat 5 bangunan E-Learning, UPSI |
Maklumat tersebut diterima daripada Ahmad Suhaimi Mohd Noor, seorang pensyarah UPSI di akaun Facebooknya "Berita terkini: 7 oktober 2012, aku mendapat maklumat daripada rosli bin dahalan staf ict, upsi yang mendengar cerita daripada seorang " cleaner" bahawa kejadian " hampir2 bunuh diri" telah berlaku pada hari jumaat 5 oktober 2012 jam 2 petang yang lepas."
"Seorang siswi telah membuat percubaan untuk membunuh diri di tingkat 5- tempat yang sama kes siswi yang terjun dan terkorban pada bulan april yang lalu. Siswi tersebut telah diselamatkan oleh 4 orang " cleaner" yang berjaya menarik tangan dan memeluk siswi tersebut" katanya.
Seorang siswi berkata kepada media UPSIDaily, "pensyarah saya memberi tahu kejadian yang sama (cubaan terjun) pernah berlaku selepas kematian seorang siswi bulan April yang lalu. Cubaan terjun tersebut digagalkan oleh rakan yang menyedari tindakan siswi tersebut".
"Selepas siswi itu sedar, dia berkata terdengar suara ghaib yang memanggilnya ke arah tingkap tersebut. saya berharap pihak UPSI dapat menganjurkan satu program solat hajat untuk menjauhkan perkara ini berlaku. Saya takut perkara tersebut berlaku lagi" ujar siswi yang tidak mahu namanya disiarkan.
Penuntut UPSI dinasihatkan supaya tidak berjalan seorang diri di bangunan tersebut dan memohon kepada Allah S.W.T agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. -UPSIDaily,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan