Halaman

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pelajar Tahun Akhir IPT Miliki Perodua Serendah RM299 Sebulan

Salam Perpaduan, Salam Kecemerlangan kepada semua...

        

Program What’s Up oleh PERODUA
1 .    Terbuka untuk pelajar tahun akhir (IPTA & IPTS)    
2 .    Model Viva & MyVi
3 .    Serendah RM299 sebulan
4 .    Tempoh: 10 Oktober 2012 -31 Mac 2013
5 .    Tiada bayaran pendahuluan
6 .    Kad pelajar + seorang penjamin
7 .    Perlindungan insurans RM20K secara percuma
8 .    Diskaun 50% untuk servis asas di pusat servis PERODUA

   Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.


Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. 

    


Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA. 
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.


Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerimaperlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di sampingdiskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.

Sumber : Berita Harian


Mahasiswa sekarang semakin beruntung kerana telah menikmati pelbagai kelebihan dan kemudahan. Gunakan segala manfaat yang dimiliki dengan sebaiknya kerana masih ramai yang belum bertuah seperti anda.  Walau bagaimanapun, PILIHAN DI TANGAN ANDA. - UPSIdaily 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...