Halaman

Rabu, 14 Mac 2012

JAYAKAN ABA K! LANGSI SAPE XSOKONG!

Hello Guests...UPSIans
Dulu cam ni


Rasa macam tak jalan..kerana masih tak ramai sokong ABA... Kerana kau lah ni #AmanKampus!!! Eerrkk!!!Hahahahaha.....

SEKARANG!!!
Biar semua Mahasiswa UPSI ada perasaan benci ini...Yeahh!!!


Apalah yang hendak diperjuangkan ni? Inilah matlamat sebenar LMP. Giat memecah belahkan dan memusingkan kepala Mahasiswa UPSI. Sudah jelas, inikah harapan memperjuangkan kebajikan dan sahsiah pelajar yang kita nak?? 


Menyeru kepada semua "Educated Person Be Stupid Like Them??"

Cam mana Konsep ABA ni TERWUJUD? 

Kempen ABA saling tak tumpah seperti Kempen ABU (Asal Bukan Umno) yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat. Bukan ini kerja Mahasiswa UPSI..sehingga ada yang mudah dipergunakan oleh Parti Politik luar. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) ini hanya tahu untuk mengapi-apikan, mencemarkan keharmonian dan perpaduan yang telah lama wujud di dalam kampus. Mahasiswa yang bijak menilai, jangan mudah terpedaya dengan segala dakyah-dakyah dan tomahan yang sering kali dilancarkan oleh golongan ini. Kalau nak teruskan perkara yang tidak berfaedah ini, boleh keluar dari UPSI. Jangan libatkan sebahagian besar mahasiswa yang jelek dengan kempen ntah paper. Banyak lagi program-program yang berfaedah dan diterima oleh akal anjuran samada Program Kolej dan Program Kampus.

Kenalkah anda dengan KOORDINATOR LMP UPSI ini?? Apa front LMP yang berada di kusi MPP dah buat untuk mahasiswa?? Ada yang dilucutkan jawatan kerana meniru dalam exam? Inikah contoh yang kita mahukan? Hanya membawa imej, akhirnya memburukkan nama MPP UPSI. Ni lah bahana kalau Mahasiswa UPSI tersalah memilih. Sekali buruk yang dipamerkan, memang bukan mudah untuk memenangi hati Mahasiswa yang sudah cukup tertipu dengan sandiwara yang dilakonkan. Hari mengenali LMP dulu....hahaha. Sikit jer ni...

----------UPSIdaily-----------

Hidup sebagai mahasiswa yang pandai untuk menilai. Nilailah sendiri mana yang lebih membawa kebaikan kepada mahasiswa UPSI dan masa depan mereka. "Janganlah memperjuangkan untuk kepentingan peribadi setelah disogok dengan wang ringgit, janji-janji manis yang telah ditaburkan dan walau salah pun anggap jer betul??" BETUL KER URA2 NI?? UPSIdaily malas je nak bandingan apa yang telah dilakukan oleh  Penggerak ASPIRASI berbanding puak-puak LMP ni... Bijaklah menjadi Mahasiswa. 

UPSIdaily...Mahasiswa Memerhati...Mahasiswa Menilai...

Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung ASPIRASI negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Ingat masa depan,
Pilih kawan-kawan,
Amalan yang baik,
Untuk orang cerdik.

Pesanan dari lagu adik Upin dan Ipin...=)

Nak kenal apa itu Pro Mahasiswa Malaysia?? Sikit jer ni.... LAYAN 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...