Halaman

Rabu, 27 November 2013

ANDA PERLU TAHU.. #PrkUPSI




Teruskan usaha seikhlas hati, semoga diberkati. Walau siapa pun dia, dengan lantang bersuara mengatakan mereka "buat"...walau boleh jadi atas usaha kerja orang lain. Demi nama baik mahasiswa dan kebajikannya, pilih yang terbaik. Bukan sekadar lantang di facebook tetapi di sebalik tadbir, hanya mereka yang tahu sahaja yang tahu apa yang berlaku. Senario demi senario...lakonan tanpa henti..sandiwara bermusim. Yang benar tetap benar dan jangan dinafikan kebenaran. Yang salah tetap salah, jangan diangkat yang salah menjadi benar. 

Esok hari pembuangan undi, salam tahniah dan takziah kepada calon-calon MPP UPSI 2013/2014

Ikhlas dari Team UPSIdaily... Peace Yooo~~

Selasa, 26 November 2013

KENALI CALON KERUSI UMUM @WeLoveUPSI #UPSIok cc @DrJunaidy

Tak lihat maka tak kenal...
Tak kenal maka tak cinta...

Udara dingin tak pakai baju,
Bakarlah api dengan papan, 
Kalau ingin kenal denganku,
Bicaralah dengan sopan.

CALON UMUM 1


Kalaulah cepat menghafal,
Janganlah membaca buku,
Kalau memang hendak kenal,
Katakan saja tak usah malu.

CALON UMUM 2


Kalau cerdik cubalah teka,
Gulalah tebu manis rasanya,
Wahai adik cantik jelita,
Bolehkah abang tahu namanya?.

CALON UMUM 3


Hati gembira mari berdendang,
Iringi lagu dengan rebana,
Sudah lama daku memandang,
Mahu menyapa tak tahu namanya.

CALON UMUM 4


Ke bengkulu naiklah kapal,
Kapal besar bukan perahu,
Mau rasanya hendak kenal,
Katakan sahaja tak usah malu.

CALON UMUM 5


Sopan nampaknya bila beradab kita berkenalan... UPSIdaily teruja dengan keberanian yang tekad mereka bertanding bagi kerusi UMUM. Semoga ditabahkan hati dan dicekalkan tekad untuk terus maju dan bersama membawa amanah mahasiswa untuk diperjuangkan.

 Idea pantun dipetik dari yusfryanayusuf.blogspot.com


YANG MANA SATU NI? #PrkUPSI @DrJunaidy

Salam berPilihanRaya Kampus warga UPSI sekalian...


Sehari sudah selepas sesi penamaan calon semalam. 8 daripada 29 kerusi (MTB) telah dimenangi oleh pihak WeLoveUPSI. 15 calon akan merebut 5 Kerusi UMUM yang dipertandingkan. Malam tadi merupakan rapat umum pertama yang telah diadakan di Cafe Kolej Ungku Omar.

Suasana penamaan calon semalam

Kita lihat sikit 2 pic yang di upload oleh sahabat2 kita.. Warna warni melihat kemeriahan berkempen.

 

PRK UPSI kali adalah sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya... Apa yang menjadi kelainan itu adalah banyak kumpulan yang tampil menghantar calon-calon mereka. Mari kita lihat berapa penjuru pula pada sesi kali ini.

1. 
We Love UPSI
Page FB Rasmi : We Love UPSI
Twitter Rasmi : @WeLoveUPSI

2.  
Mahasiswa Pendidik

3. 
Rintis UPSI
Page FB Rasmi : Rintis UPSI

4. 
Ikatan Mahasiswa UPSI 


Ada hantar calon tak LMP dan SMILE ? UPSIdaily rasa mereka ni dah bergabung dengan yang di atas atau berlaku penjenamaan semula. 

5. 
Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
Twitter Rasmi : @lmpUpsi

6.  

Smile UPSI
Page FB Rasmi : "Smile" UPSI


28 November 2013 adalah hari penentu. Kita lihat hari-hari berbaki untuk berkempen ini apa yang akan berlaku. Khabarnya sudah ada laporan polis dibuat kerana isu sabotaj kereta calon dan ada calon yang diugut supaya menarik diri daripada bertanding. Tekanan demi tekanan bakal diterima oleh calon-calon. Apapun...UPSIdaily nak ucap..., Semoga Berjaya!

Selamat menjadi pemerhati yang jujur kepada diri sendiri

Boleh juga follow Twitter rasmi @UPSIdaily untuk melihat update terkini senario PilihanRaya Kampus universiti-universiti yang terlibat pada PRK kali ini.


Khamis, 14 November 2013

SATU UNDI MAHASISWA BERSAMAAN 4 BIJI GULA-GULA??



Gara-gara pilihanraya kampus bakal menjelang tidak lama lagi, macam-macam usaha untuk menarik perhatian mahasiswa UPSI sama ada pihak pro M atau pun pihak WLU.. Menaikkan banner-banner, mengedarkan flyer-flyer dan tidak lupa juga mengeluarkan isu-isu kebajikan pelajar di fb untuk menarikkan lagi perhatian mahasiswa.. 

Walaubagaimanapun, baru-baru ini pihak UD telah menerima satu kiriman bungkus dari pihak Pro M yang terkandung 4 biji gula-gula untuk hanya mendapat satu undian dari mahasiswa UPSI..



INGAT!! satu undi mahasiswa bukan dapat dibeli dengan hanya memberi 4 biji GULA-GULA sahaja.. UD yakin bahawa mahasiswa UPSI sangat bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan gula-gula itu untuk mengundi pro M..

# sedikit renungan: biar menang berMARUAH, jangan menang meRASUAH 

FITNAH DAN PRO-M BERPISAH TIADA ( SIRI 2)


Siri 2

Jatuhnya standard sebagai mahasiswa/i dan bakal guru melihat tindakan golongan pro mahasiswa dengan cara menfitnah tidak henti-henti. Sebelum ini mereka menuduh pihak penggerak We Love Upsi mengedar flyers tentang Pro-M(Tekan LINK ini). Terbaru, blog pihak Pro M telah menuduh dan menfitnah secara terang-terangan tanpa bukti yang kukuh terhadap TNC HEPA UPSI (lihat gambar tersebut). 


Dipetik dalam laman blog tersebut, TNC HEPA UPSI yang dikatakan telah mengarahkan pengetua kolej kediaman untuk membuang salah seorang bakal calon MP yang akan bertanding dalam pilihanraya kampus nanti. Persoalannya adakah pihak Pro-M mempunyai bukti yang kukuh seperti surat hitam putih terhadap mahasiswa tersebut?? Ingat fitnah itu lebih buruk dari membunuh!! Berikutan dengan fitnah yang dilemparkan kepada TNC HEPA UPSI, satu penjelasan telah dibuat di laman Facebook beliau.


Perbuatan terdesak ini telah menunjukkan betapa rendahnya pemikiran pro mahasiswa dan adakah itu cara bakal pemimpin yang akan kita pilih semasa pilihanraya kampus nanti?? Dengan menggunakan taktik kotor untuk terus membutakan hati mahasiswa/i UPSI?? Lebih jelas, mereka diibaratkan seperti membuka pekung di dada sendiri dan menunjukkan belang masing-masing. Koordinator Mahasiswa Pendidik, Abdel Hakim dikatakan telah mengesahkan kejadian tersebut namun tidak pula berkesempatan berjumpa dengan mahasiswa terbabit. Memang hebat cara pro mahasiswa membesar-besarkan cerita yang belum mempunyai bukti kukuh. Dapat mengesahkan kejadian tetapi apabila ditanya tentang bukti pandai pula menipu dengan alasan yang tidak bermunasabah. Tiada alasan lain ke? Atau sudah kehabisan idea untuk mereka cerita? Sekali lagi pihak UD mahukan bukti jika benar TNC HEPA UPSI telah melakukan seperti yang dikatakan di dalam UPSI KINI? Jika tiada yang mampu mengemukakan, tidak penat kah mereka-reka ? tidak takutkah akan dosa?. Sudah membaling batu, hendak disembunyikan tangan. Jika benar ingin menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan berwawasan, haruslah TULUS  dan IKHLAS dalam perjuangan dan bukanlah menjadi manusia yang suka memfitnah serta menggunakan taktik kotor sebagai propaganda terhadap semua mahasiswa/i.

tengok cara mereka menyebarkan fitnah tanpa bukti dan siasatan.. Semoga mereka sedar dengan fitnah mereka..


#sampai sekarang tiada bukti bahawa Dato TNC HEPA menyalahguna kuasa.. UD tgk ok je MMK KUO, KHAR, KAB dan KZ..



Selasa, 5 November 2013

FITNAH DAN PRO-M BERPISAH TIADA

Siri 1


Provokasi murahan pro mahasiswa untuk menjatuhkan We Love Upsi kembali lagi. Hal ini semakin manjadi-jadi dek kerana semboyan pilahanraya kampus semakin hampir. UD kali ini terpanggil untuk mendedahkan rancangan jahat mereka. Pihak UD menerima beberapa keping gambar layang dari seorang pembaca. UPSIdaily terasa macam nak tergelak pun ada. 





Sedarlah semua mahasiswa/i UPSI bahawa kita perlu berhati-hati dengan politik kotor yang cuba dibawa oleh Pro-M. Jangan butakan hati kita semua dek kerana mulut manis mereka dan cara mereka..  Jika salah memilih, maka ia akan menyusahkan seluruh mahasiswa/i di UPSI

SPM PENENTU JALAN KERJAYA?

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun kerana mereka semua akan menduduki SPM dengan seadanya, samada penuh dengan segala persiapan atau masuk dewan membawa tubuh yang lesu dan kosong, yang ingat hanya lawak jenaka guru dalam kelas. Peperiksaan yang berlangsung dari hari ini hingga ke pertengahan bulan Disember ini bakal menyaksikan pelbagai kerenah dan gelagat pelajar, yang penting jangan meniru.

Ibu bapa dirumah sudah tentu lebih cemas dan berdebar memikirkan anak-anak mereka, UPSIDaily ada sedikit petua, semasa anak anda sedang menjawab soalan peperiksaan ibu bapa cuba amalkan bacaan Yaasin dan diniatkan kepada si anak supaya anak mendapat ilham semasa menjawab. Sebagai contoh kertas peperiksaan pertama hari ini BM jam 8.30 pg hingga jam 11.00 pagi maka ibu bapa bacalah yaasin dalam tempoh tersebut. Semoga petua tersebut sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak anda.


Walaupun SPM dianggap sebagai penentu kerjaya tetapi  SPM bukanlah penentu kejayaan dalam hidup. Usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan dalam segala bidang yang diceburi.  All the best untuk semua yang menduduki SPM 2013.

HIJRAH ATAU MASIH DALAM KEJAHILAN

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca setia UPSIDaily. Alhamdulillah syukur atas nikmat tuhan hari ini merupakan permulaan tahun baru 1435H tetapi sudahkah kita membuat dosa pada permulaan tahun baru hijrah ini, jika belum, kekalkan diri dalam keadaan bersih. Azam muslimin muslimat sudah tentunya menjadikan tahun 1435H ini sebagai tahun yang penuh hikmah dan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Ingatlah Allah berfirman yg membawa maksud: 

Orang-orang yang beriman, berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (al-Taubah: 20) 

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang menang? Atau masih dalam kejahilan, sesungguhnya manusia yang masih memilih jalan kejahilan adalah orang yang sangat rugi lagi merugikan tetapi apa pun keputusan hidup, pilihan di tangan kita. 

Salam Maal Hijrah dari warga kerja UPSIDaily dan happy deepavali kepada semua penganut agama hindu.



Khamis, 11 April 2013

TOLAK TANGAN ASING? APA KAITAN DENGAN MALAYSIA?

Salam Keamanan, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia
 
Mereka amanah kita
 
Demi Negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Agama bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk Agama Bangsa dan Negara
 
 
UPSIdaily terpanggil untuk up entry pada hari ini. Melihat scenario yang berlaku, Pilihanraya yang semakin hampir, dilihat diluar sana pelbagai maklumat mampu mempengaruhi persepsi masyarakat. Apa yang hendak dikongsikan ialah semangat cintakan Negara. Mungkin kita sebagai rakyat biasa tidak tahu agenda terselindung yang dimainkan oleh parti politik demi mendapatkan kuasa. Apa yang berlaku tidak akan terjadi dengan tiba-tiba, Pasti ada perancangan yang telah lama diatur.

Budi mesti dibalas
 
 
Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik. Yang sukar diterjemahkan dengan penulisan. Cukuplah menjadi kesimpulan kepada pemerhati seperti kita yang telah lama hidup di Malaysia ini. Apa yang menjadi persoalan sekarang, benarkan ada agenda campur tangan asing? Malaysia merupakan Negara yang bebas demokrasi tetapi janganlah diperjudikan nasib Negara yang bebas ini untuk tunduk kepada telunjuk kuasa tangan asing.
 
Semangat cintakan Negara seakan sudah semakin luntur, begitu juga dengan pembudayaan nilai-nilai murni yang diterapkan sejak dari kecil lagi. Bila mana berpengaruhnya nilai kebencian, pemberontakan, dan lain-lain.
 
UPSIdaily menyarankan supaya mahasiswa semua mengambil sedikit masa untuk menjadi pemikir kepada situasi sekarang, kaitan dengan apa yang telah berlaku. Nikmat yang ada tidak akan kekal lama jika tidak dijaga, dihargai dan difahami.
 
FOR
#BetterNation
WE UNITE TO PROTECT OUR COUNTRY
 
 

Rabu, 20 Mac 2013

PM BENTANG LAPORAN PROGRAM #Transformasi, TERIMA KASIH @NajibRazak #Siswa4Peace

Salam 1 Malaysia,

Sebagai Mahasiswa yang belajar di Malaysia. Warganegara Malaysia. Yang bersama merasai nikmat sebagai warganegara. Besar rasa hati untuk berkongsi kepada semua tentang Laporan Program yang telah dijayakan dibawah kepimpinan  Perdana Menteri Malaysia. Laporan Program ini yang telah berjaya dilakukan, bukan perancangan akan datang. Ada beza disitu.
 
 

Sebelum melihat ringksan pembentangan Laporan Program Transformasi, tahukah rakan-rakan mengenai Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP)?
 
Sebagai rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa intekletual, menjadi tanggungjawab kita unutk mengambil tahu dan peduli akan dasar-dasar Kerajaan agar kita dapat bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan. Untuk pembacaan umum, sahabat-sahabat mahasiswa bolehlah rujuk di portal ETP dan GTP
 
Muat turun laporan penuh. DI SINI 
 
 
 
Ringkasan Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.
 
1. Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.
 
2. 438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012.
 
3. Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!
 
4. Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.
 
5. Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012
 
6. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013
 
7. Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012
 
8. Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.
 
9. Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M
 
10. Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100
 
11. Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia
 
12. RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.
 
13. Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam
 
14. Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun
 
15. Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan
 
16. Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia
 
17. Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan
 
18. Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5
 
19. Kadar Jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.
 
20. Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC
 
21. Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian
 
22. Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012
 
23. Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri
 
24. Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012
 
25. Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012
 
 26. Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009
 
 27. Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan
 
 28. Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan
 
 29. Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 billion
 
30. Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera
 
31. Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%
 
 32. PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012
 
 33. Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.
 
 34. Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan
 
 
Melihat laporan di atas mungkin kita malas nak baca. Tetapi ini lah fakta pencapaian yang telah dikecapi oleh Negara kita. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Kita mengadun corak bagaimana untuk mentadbir bumi bertuah ini, tidak akan sama sekali diserahkan kepada kuasa tangan asing.
 
Sahabat mahasiswa juga boleh melawat blog Mahasiswa Utara untuk laporan berkaitan. Tambahan boleh lihat pembentangan Laporan oleh YAB Dato' Seri Najib Razak di link YouTube dibawah.
 
 

 

Selasa, 19 Mac 2013

PROGRAM MPP JAGAAN HEP GAGAL?

Hye,

Status je la wahai MPP oi.
 
Buka minda buka mata, perjuangan menegakkan kebenaran demi kebajikan mahasiswa tetap yang paling utama. Yang salah tetap salah yang benar tetap benar.
 
Baru-baru ini, pihak MPP telah menjalankan 1 program, kalau dilihat ia membawa manfaat kepada mahasiswa. Tetapi apa yang menjadi kekesalan ialah sejauh mana keberkesanan program ini dan berlaku beberapa perkara yang menjadi pertikaian di dalam MPP itu sendiri.

Siri 1
Jumlah peserta yang hadir kurang lebih 30 orang.

Siri 2
Jumlah peserta yang hadir kurang lebih 10 orang.
 
SIRI 3? Coming soon.

 
Satu sesi bajet 80 peserta X  3 siri bersamaan 240 peserta. Peratusan yang sudah hadir 40/160 X100% bersamaa 25%. Kurang lebih. Berjaya atau gagal?
 
Menurut dari sumber yang diperolehi, kini pihak UPP tidak lagi bersama memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Bila mana keputusan tidak sehaluan dengan MPP. Mereka sepertinya menjadikan MPP sebagai perisai kepada segala keputusan yang mereka lakukan. Benarkah?
 
Berbalik kepada kisah program ini, untuk pengetahuan semua...(Mahasiswa berhak tahu), Pengarah Program bagi Kertas Kerja ini adalah dikalangan MT MPP yang diberi kepercayaan penuh oleh pihak UPP. Tanpa perlu prosedur yang betul, tanpa perlu kelulusan dari YDP, kertas kerja ini lulus serta merta atas dasar kuasa. Bajet keseluruhan yang disuntik adalah sebanyak RM13,000 + RM+++. (Rahsia). Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan banyak kertas kerja MPP yang lain tersangkut. Dalam kertas kerja tersebut ada dilampirkan item perbelanjaan dan bajet awal yang diperlukan. Yang menjadi pertikaian, bajet diberi tetapi masih menggunakan kemudahan fasiliti yang percuma. Sebagai contoh, RM700 untuk buat tag nama peserta, tetapi tag nama tersebut dibuat di pejabat UPP percuma sahaja. Ini belum masuk lagi isu pembaziran yang berlaku. Isu sejauh mana pihak UPP membantu mempromosikan program ini kepada mahasiswa.
 
Aliran masuk dan perbelanjaan dalam program ini diragui. Adakah duit yang ada diseleweng? Bila berbicara hanya fokus tentang kewangan, banyak helaian buku-buku yang boleh dibuka. Tetapi simpan saja kisah itu. Wang sumbangan untuk program-program selain program MPP tidak lulus?

Banyak isu yang timbul, bila mana segala yang hendak dilakukan telah dicatur.  Banyak kepincangan yang berlaku hendak dibongkar, sebagai yang mengetahui apa yang berlaku, rasanya mahasiswa berhak tahu. Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang menyalahgunakan kedudukan dan nama baik HEP.
 
Kita tidak mahu kepimpinan dalam MPP hanya mampu memerhati sahaja. Bersatulah wahai MPP demi kebajikan mahasiswa UPSI. Banyak yang boleh diperjuangan sebagai contoh, isu peruntukkan bas untuk kelab dan persatuan.

Mohon perhatian dan tindakan susulan :
1) MPP bersatu untuk menegakkan kebenaran jika benar berlaku penganiayaan. Kalau perlu Press Statement..buat sajalah. Jangan bermain teka-teki.
2) Mohon TNC HEP pantau apa yang telah berlaku di pihak bawahan.

Persoalan perlu ada jawapan.  Pertikaian perlu ada pencerahan. Tunggu dasar baru katanya? Tiada siapa yang tahu. Kritikan dan teguran untuk masa depan yang lebih bagus.
 
2 Perkara yang MAHASISWA wajib tahu


gambar hiasan 
 
MPP bukan BADAN KEBAJIKAN
WANG MPP untuk program MPP
 

Isnin, 4 Mac 2013

PERCATURAN HEBAT! TETAPI SEJAUH MANA?


HYE!
Ada perkara telah ditakdirkan tetapi ada perkara telah ada PERCATURAN. Mungkin kita tertanya-tanya apakah sebenarnya telah berlaku. Kebiasaan yang normal kini sudah jadi tidak normal, ada yang sepatutnya mesti berlaku, boleh berlaku tetapi telah dinafikan. Penafian perlu penjelasan.
 
 
 
nothing
 

 
ENDING!
 
The NEW game is BEGIN!!!

Khamis, 17 Januari 2013

Listen Bawani......... Listen Sharifah

Banyak feedback dari rakan-rakan blogger mengulas tentang isu Listen dan UPSIDaily hari ni pun nak mengulas sedikit kejadian yang berlaku pada bulan Disember 2012 ni. Peristiwa perang mulut ini berlaku dalam penganjuran sebuah forum di Universiti Utara Malaysia. Video 24 minit menunjukkan seorang siswi(saudari Bawani) melontarkan persoalan dan pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia Cik Sharifah Zohra Jabeen memotong hujah saudari Bawani dengan berkata Listen sebanyak 11 kali.

Sebenarnya Video yang dipertontonkan di youtube adalah semasa forum sudah pun habis, dan saudari Bawani berhujah setelah Q&A ditutup tetapi secara tiba-tiba dia keluar dan terus melontarkan persoalan. Jika ikut etika majlis forum biasanya setelah Q&A ditutup maka majlis akan ditamatkan jadi dalam situasi ini saudari Bawani telah melanggar etika dalam majlis forum tersebut dan tidak mengikut tertib. Sepatutnya Bawani melontarkan persoalan tersebut pada masa Q&A dibuka.

Tetapi apa yang dikesalkan Cik Sharifah Zohra Jabeen ini tidak bertindak secara profesional kerana memotong hujah dengan mengalihkan mikrofon dan seterusnya menjawab persoalan yang dilontarkan oleh saudari Bawani bukan berdasarkan fakta yang tepat, selain itu juga terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap mahasiswa tersebut.

Sepatutnya sebagai seorang pensyarah/presiden Suara Wanita 1 Malaysia berkelulusan IJAZAH perlulah lebih bersikap profesional memberi sedikit kelonggaran kepada saudari Bawani melontarkan persoalan dan  cik Sharifah perlu memberikan jawapan yang bersandarkan fakta yang tepat tanpa mengherdik dan merendahkan martabat siswa.

UPSIDaily mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan beremosi dan masing-masing perlu belajar mengawal emosi. Dunia semakin mencabar pengukuran intelektual seseorang pada masa kini lebih melihat kepada siapa yang boleh menguasai fakta dan ilmu, kerana bercakap kosong tidak ubah seperti debat kedai kopi. UPSIDaily

Rabu, 16 Januari 2013

DEFISIT RM 6 JUTA PUNCA UPSI MENAIKKAN YURAN

Isu kenaikan yuran kolej yang digusarkan oleh semua siswa/i UPSI sebenarnya berpunca daripada defisit yang ditanggung oleh pihak Universiti. Wartawan UPSIDaily mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan maklumat yang benar berkaitan isu ini dan semalam pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPSI membuat perjumpaan bersama ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti untuk berbincang.

Namun pertemuan ini sungguh mengejutkan semua MPP apabila pihak Bendahari UPSI mendedahkan defisit sebanyak 6 juta pada 2012 disebabkan kadar yuran yang tidak dinaikkan sejak UPSI mula ditubuhkan.  Penjelasan yang diberikan oleh pihak Bendahari adalah kos operasi yang semakin meningkat mengikut keperluan semasa. 

Kadar kenaikkan yuran adalah sebanyak RM 78.75 sen/semester dan jika dikira mengikut kadar kenaikan sehari adalah RM0.50 sen menjadikan yuran RM 504 naik menjadi RM 582.75. Kadar ini akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari nanti. Walaupun kenaikan tersebut nampak kecil tetapi besar harapan mahasiswa/i UPSI agar kadar yuran tidak dinaikkan. 

Pada pertemuan semalam pihak MPP UPSI mewakili suara siswa/i bertegas untuk mengekalkan kadar yuran dan memohon pihak bendahari UPSI mengkaji semula kenaikan yuran ini. -UPSIDaily



Khamis, 3 Januari 2013

TPM TURUN UPSI UMUM POSTING

UPSIDaily berharap semua siswa/i UPSI cakna dengan program ini, jom hadir beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan secara terus daripada Menteri Pelajaran berkenaan isu penempatan. 

5 JANUARI 2013(SABTU), JAM 7.30 MALAM
 DI PADANG UPSI KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH

REBAT TELEFON RM 200 SIAPA CEPAT DIA DAPAT

Semalam jemaah menteri telah mempersetujui bahawa tiada had harga maksimum bagi pemberian rebat RM 200 pembelian smartphone. Sebelum ini SKMM menetapkan hanya telefon yang harga RM500 kebawah sahaja yang layak menggunakan rebat, hal ini mendapat respon daripada Jemaah Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. 

Presiden jemaah YDP MPPK menyuarakan suara belia untuk tidak menetapkan telefon berharga RM 500 kebawah sebagai syarat penerimaan rebat dan memohon tiada konsep siapa cepat dia dapat dalam pemberian rebat. Hasilnya kerajaan bersetuju untuk membuka kepada semua jenis telefon dan tiada had harga maksimum tetapi masih menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.

Pendaftaran untuk mendapatkan rebat dibuka pada 1 januari 2013 lagi dan menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Walaupun tidak semua belia dapat menikmati kemudahan rebat ini pihak kerajaan sudi mendengar suara anak muda. Namun apa yang dikesalkan capaian laman sesawang untuk pendaftaran tersebut sangat lemah dan sukar dicapai oleh pengguna.

 UPSIDaily berharap supaya pemberian rebat komunikasi dinikmati semua belia tanpa menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Semua belia dinegara ini perlu diiktiraf dan menikmati kemudahan tanpa ada sebarang syarat kerana belia juga rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada Jemaah MPPK 


Rabu, 2 Januari 2013

"FINAL EXAM" Jadikan Kayu Ukur Atau Sekadar Lepas

Tanjong Malim, 2 Januari 2013- Tahun baru 2013 memulakan langkah dengan peperiksaan akhir bagi semua siswa/i di UPSI, perjuangan menjawab soalan bagi melepasi semester untuk bergelar graduan lulus cemerlang menjadi agenda utama setiap mahasiswa. Suasana peperiksaan di UPSI sama juga seperti di universiti yang lain, tetapi budaya mendapatkan ilmu itu mungkin tidak sama.

Apa yang membezakan siswa/i di UPSI dengan Universiti yang lain, di UPSI kebergantungan mahasiswa dengan bantuan tips peperiksaan daripada pensyarah itu masih sangat tinggi peratusannya.   Mungkin nampak seperti perkara remeh, tetapi budaya pemberian tips sebelum peperiksaan ini menjadikan siswa/i sebenarnya belajar hanya untuk lulus peperiksaan akhir dan bukan untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterima.

Hal ini memberikan kesan yang besar kepada graduan kerana hasil daripada mengambil peperiksaan hanya sekadar lepas tadi menyebabkan siswa/i sebenarnya tidak menguasai ilmu dengan lama, sebaliknya hanya memenuhkan ruang ingatan jangka pendek sahaja. 

Rentetan itu, ilmu-ilmu yang sepatutnya dibawa kedalam bilik darjah setelah bergelar guru hilang sebelum graduan bergelar guru dan impaknya kurang kemahiran kawalan kelas, kurang kemahiran komunikasi dengan pelajar, dan kurang bertenaga dalam menerima tugasan lain. 

Sudahnya pelajar yang disalahkan, ungkapan pelajar malas, pelajar degil, pelajar kurang hormat guru, dan pelajar bermasalah sering keluar dari mulut guru yang hanya mengambil peperiksaan sekadar lepas. Sungguh besar sebenarnya impak mindset peperiksaan akhir sekadar lepas. Jadi anda bagimana? Jadikan peperiksaan akhir sebagai kayu ukur kedalaman ilmu dalam diri, atau sekadar lepas peperiksaan akhir?

#warga UPSIDaily mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir kepada semua



Pencuri Kabel Telekom Dirakam


TANJONG MALIM, 1 JAN - Hari pertama tahun baru dicemari dgn tindakan tidak bermoral, 2 orang lelaki yg mencuri kabel milik Telekom Malaysia di belakang rumah sewa yg didiiami oleh pelajar UPSI yg terletak di Taman Universiti, sebentar tadi. 

Kejadian yg berlaku pada pukul 1.15 tghari tadi disedari pelajar UPSI yg sdg sibuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak berani berbuat apa-apa, kerana suspek bersenjatakan parang panjang, dan beberapa alatan lain yg digunakan untuk mencuri kabel.


Suspek didapati begitu pantas dan cekap dan hanya mengambil masa beberapa minit, sebelum berjaya melarikan beberapa meter kabel yg dipercayai untuk dijual. Suspek menaiki motor Yamaha Lagenda berwarna merah dan bernombor pendaftaran WRM 4132

Jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti ini, pihak UKLK berharap agar warga UKLK segera menghubungi balai polis Tg Malim di talian , 05 459 6222 <---- Sila save sekarang!! (^,^)

Jgn bertindak sendiri, bahaya mungkin menanti!!!.. -Sumber

Selasa, 1 Januari 2013

GANGSTER #KL112 BUAT KACAU DI UPSI

UPSIDaily amat terkejut dengan tulisan yang ditulis pada salah sebuah dinding pintu pagar UPSI. Perkataan yang ditulis adalah #KL112 yang bermaksud himpunan besar-besaran pada 12 Januari 2013 yang dianjurkan oleh pihak pembangkang. Mungkin anasir-anasir dalam kampus atau penduduk di luar kampus yang melakukannya. Jika hendak disiasat dengan teliti siapa pelakunya pihak UPSI boleh melihat di dalam rakaman CCTV.



Himpunan demi himpunan dilaksanakan oleh pihak pembangkang namun sebagai rakyat Malaysia UPSIDaily masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang hendak ditunjukkan oleh mereka. Kalau betul-betul mereka nak mencontohi negara Mesir sehingga kini selepas pembangkang menang pilihanraya pun Mesir masih bergolak. Tapi mungkin juga rakyat yang tidak waras akalnya untuk berfikir mengimpikan pergolakan dalam negara.

UPSIDaily menyeru kepada semua sahabat-sahabat di UPSI agar tidak terpengaruh dengan agenda politik dan membawanya ke dalam kampus sehinggakan sanggup melakukan vandelisme di Universiti tercinta ini. sama-sama kita sayangi universiti kita. -WeLoveUPSI

#sekiranya ada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan hal ini booleh menyalurkan maklumat tersebut di fb UPSI Daily







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...