Isu kenaikan yuran kolej yang digusarkan oleh semua siswa/i UPSI sebenarnya berpunca daripada defisit yang ditanggung oleh pihak Universiti. Wartawan UPSIDaily mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan maklumat yang benar berkaitan isu ini dan semalam pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPSI membuat perjumpaan bersama ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti untuk berbincang.
Namun pertemuan ini sungguh mengejutkan semua MPP apabila pihak Bendahari UPSI mendedahkan defisit sebanyak 6 juta pada 2012 disebabkan kadar yuran yang tidak dinaikkan sejak UPSI mula ditubuhkan. Penjelasan yang diberikan oleh pihak Bendahari adalah kos operasi yang semakin meningkat mengikut keperluan semasa.
Kadar kenaikkan yuran adalah sebanyak RM 78.75 sen/semester dan jika dikira mengikut kadar kenaikan sehari adalah RM0.50 sen menjadikan yuran RM 504 naik menjadi RM 582.75. Kadar ini akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari nanti. Walaupun kenaikan tersebut nampak kecil tetapi besar harapan mahasiswa/i UPSI agar kadar yuran tidak dinaikkan.
Pada pertemuan semalam pihak MPP UPSI mewakili suara siswa/i bertegas untuk mengekalkan kadar yuran dan memohon pihak bendahari UPSI mengkaji semula kenaikan yuran ini. -UPSIDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan