Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

HEP UPSI BAKAL BERGOLAK? cc @DrJunaidy

Salam Tahun Baru kepada semua pembaca UPSIdaily,



Tahun Baru maka akan berlaku penstrukturan baru?

Di entry sebelum ini [KLIK SINI], UPSIdaily ada menceritakan perihal masalah bas di UPSI yang kononnya berpunca daripada seseorang inidividu yang berkuasa dan berpengaruh. Dalam entry tersebut, UPSIdaily ada menyentuh tentang usaha beliau untuk mengalihkan kuasa Pengetua Kolej dibawah kelolaan beliau dan tidak lagi terus kepada TNC HEPA.

Beberapa hari yang lepas, dari sumber informasi yang diterima, satu proposal akan dibentangkan untuk merealisasikan agar semua pengetua berada di bawah kuasa beliau dalam mensyuarat MPE universiti. Sama ada mesyuarat ini sudah berlangsung atau belum UPSIdaily tidak pasti memandangkan UPSIdaily sendiri mengambil masa berhari juga untuk mengeluarkan entry ini kerana memikirkan sejauh mana ia memberi impak kepada mana-mana pihak.

Ekoran daripada tindakan beliau ini, pastilah tidak mendapat persetujuan daripada Majlis Pengetua Kolej Kediaman dan Pengarah Pusat. Bantahan telah dibuat kepada TNC HEPA dan Dato VC dan setakat ini apakah peranan TNC HEPA dalam meleraikan konflik penstrukturan semula ini.

Apakah pentingnya perkara ini didedahkan? Berlaku penstrukturan besar dalam carta organisasi JHEPA? Mungkin masalah dalaman ini tidak secara langsung dengan hal mahasiswa UPSI tetapi ia berkaitan dengan kakitangan-kakitangan yang terlibat di UPSI. Mungkin ada pihak memandang serius hal ini dan mungkin juga ada yang tidak. Orang-orang yang bekerja dalam satu-satu organisasi pasti tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut.

Berbalik kepada isu tadi, apakah relevannya kita nak menentang penstrukturan semula? Beberapa persoalan yang bermain difikiran. 

  1. Dalam keadaan kesibukan TNC HEP pada ketika ini, beliau mengambil kesempatan supaya proposal ini diluluskan yang mana kononnya dapat meringankan beban tugas TNC HEPA? 
  1. Melihat dari pangkat DG5+ beliau dengan pengetua-pengetua, adakah sama? Dan misi untuk berada dibawah TNC HEPA yang berkuasa autonomi penuh dengan menjadikan pengetua-pengetua kolej sebagai tangga untuk dipijak sebelum beliau naik pangkat ke DG5+ seterusnya? 
  1. Proposal yang dibentangkan menerima bantahan dari pihak yang terlibat. Sekiranya proposal ini diluluskan adakah ia menjadi masalah besar jika semua pengetua kolej dan Pengarah Pusat akan sepakat letak jawatan serentak?

Siapakah individu yang sebenarnya mencadangkan penstrukturan semula ini? Dato VC? TNC HEPA? TImbalan Pendaftar? Apakah pengurusan dan permasalahan kolej benar-benar difahami oleh pihak atasan? Bagaimanakah nasib staf-staf di kolej terutama peranan pengurus asrama dan penolong pengurus asrama yang masih di takuk lama sedangkan telah berkhidmat hampir sepuluh tahun? UPSIdaily masih belum membongkar bagaimana ada staf pentadbiran yang telah mencapai gred seperti pensyarah berkelulusan PhD dalam jangkamasa yang singkat? Cukup sampai disini saja yang ingin UPSIdaily ceritakan. Rasanya tidak perlu untuk mengulas panjang lagi kerana pihak yang terlibat ini pasti tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam entry kali ini. Semoga semua pihak dapat terus menjalankan tugas seperti biasa dan mencapai yang terbaik untuk “Key Performance Indicator”. Sekian – UPSIdaily

Khamis, 27 Disember 2012

HENTIKAN PERMOHONAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE

Isu permohonan penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa melayu ini mendapat liputan meluas dalam negara kita, hal ini menyebabkan ramai umat Islam menjadi kurang selesa dengan permohonan tersebut. Jika dilihat permohonan dibuat oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) ini mahu nama Allah digunakan dalam Bible berbahasa melayu seperti sengaja mahu melanggar batasan. 

Perkara ini turut dibidas oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam(klik sini untuk lihat kenyataan penuh Presiden PPMM)

Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan.

Selain itu, Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS berpendirian, Bible bahasa Melayu harus menggantikan istilah "GOD" dengan tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan Maksud sebenar daripada teks asal. Namun begitu sampai bila bantahan PAS terhadap sekutunya ini boleh bertahan. 


Larangan ini perlu difahami oleh mereka yang belum menjadi seorang Muslim, bukan untuk menafikan hak sesiapa tetapi mahu menjaga akidah muslim Malaysia supaya tidak terpengaruh dan keliru. Buat DAP hentikan segala cubaan permohonan yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah. Ayuh mahasiswa/i UPSI sama-sama kita  bantah permohonan ini. ALLAHUAKBAR!!! 


-UPSIDaily


Jumaat, 14 Disember 2012

YDP UPSI @m_fadlie5543 DIAM UNTUK TAMPIL LEBIH BIJAK

Salam kemaafan, salam perpaduan, salam ukhuwah moga berkekalan...

[klik imej untuk besarkan]

Mohd Fadlillah bin Mukhatar
YDP Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI

Beberapa hari yang lepas, UPSI panas dengan kenyataan dan persoalan yang dikeluarkan oleh YDP berkaitan dengan isu pelajar sejarah. Pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau sehingga ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mewujudkan page untuk menarik sokongan mahasiswa tuntut YDP letak jawatan. Langkah yang bijak? Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. 13/12/2012, YDP kemudiannya tampil untuk memohon maaf secara terbuka di laman facebook setelah mengadakan perbincangan dengan pihak PERMAS. Semoga ini mampu menghentikan pelbagai spekulasi terhadap YDP dan mengurangkan dosa orang-orang yang masih berprasangka terhadap YDP.

Mohamad Firdaus Mohamed Jamil
YDP Persatuan Mahasiswa Sejarah, UPSI.

Dari pemerhatian UPSIdaily berdasarkan komen-komen yang diterima melalui status YDP, sebahagian besar mahasiswa UPSI masih mementingkan ukhuwah dan saling memaafkan. "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih". UPSIdaily menanti kemunculan YDP untuk mendapatkan penjelasan setelah beberapa hari YDP tidak tampilkan diri. Sebab untuk judge terlalu awal tanpa diberi peluang kepada empunya diri memberi penjelasan seakan tidak adil. Kini YDP telah berani tampil untuk memohon maaf. Itu lebih bagus berbanding mereka yang sombong untuk meminta maaf. Semoga hati rakan-rakan mahasiswa sejarah dan pihak-pihak yang terlibat mampu terubat dengan mohon maaf yang dikeluarkan oleh YDP. UPSIdaily ingin berkongsi kata-kata motivasi kepada pembaca semua. Fikir-fikirkanlah dan letak pada tempatnya.

"Dua perkara yang mesti kita ingat, kesalaha kita pada orang lain dan kebaikan orang lain kepada kita. Dua perkara yang mesti kita lupa, kesalahan orang lain kepada kita dan kebaikan kita terhadap orang lain.

Memohon maaf kepada Allah, Allah buka seluas-luas pintu kemaafan, InsyaAllah mendapat keampunan daripadaNya. Tetapi memohon maaf kepada sesama manusia, Allah tidak dapat bantu melainkan kemafaan dari sesama manusia. Jika kita permudahkan urusan orang lain, semoga Allah permudahkan urusan kita dikala kesulitan. 

Jika hendak diungkit, provokasi yang dilihat bahawasanya, YDP telah mengguris hati semua mahasiswa sejarah, pensyarah, dekan dan pihak-pihak yang dinyatakan oleh beliau. UPSIdaily faham, melibatkan imej kepada masyarakat luar. IMEJ...? Bagaimana pula dengan kisah Adam Adli yang dah mencemarkan  imej dan mengguris hati seluruh warga UPSI? Dan sudahkan Adam Adli memohon maaf kepada semua orang UMNO atas tidakan yang beliau lakukan? Ni bukan nak bawa sentimen politik, ini isu national. Jangan mudah nampak kesalahan orang walhal tanpa sedar kesalahan kita adalah jauh lebih besar. Saje nak bawa post dahulu untuk Anak Kandung Suluh Budiman baru yang belum tahu sejarah-sejarah yang pernah berlaku di UPSI. [KLIK SINI] . 

_Sekadar gambar hiasan_

Menjadi YDP adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang telah dipilih olehNya. Besar ujian yang diterima, besar hikmah dikemudian hari. Selagi anda mampu lakukan yang terbaik dengan niat yang ikhlas, ramai mahasiswa diluar sana meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan YDP. Kepada barisan pimpinan MPP yang lain, tegurlah kesalahan dengan sebaiknya dan jadilah antara kalian yang saling melengkapi. Sama ada penyokong, pembangkang atau pemerhati...masih tidak terlepas dengan tanggungjawab dan peranan.

Nasihat dari sahabat untuk sahabat2nya di UPSI, (y)


ALL THE BEST FOR OUR YDP & MPP UPSI

UPSIdaily dalam mood baik dan redha dengan kekalahan #HarimauMalaya. Rezeki kita, tapi bukan untuk piala kali ini. Selamanya.... #HarimauMalaya...

P/s : MP tunjukan cara bagaimana untuk menghormati ketua, menghormati orang lain dan yang paling penting cara tegur yang paling baik. Ermm, ada bau-bau tadi lewat malam MP dan wakil MPP nya kumpul di surau. Hiikksss..gurau..haha.. ;p

Rabu, 12 Disember 2012

TINDAKAN KARISMA MENGGUGAT MPP UPSI??

Salam Idealiswa Mahasiwa, 

UPSI digemparkan dengan isu berkaitan kebajikan mahasiswa. Hal ini rentetan daripada artikel yang dikeluarkan oleh UPSIKINI laman fitnah yang mendakwa kebajikan mahasiswa kolej KUO khususnya terabai dan mengakibatkan berlakunya KEBULURUN. Apakah definisi KEBULURAN? Pihak KARISMA UPSI telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan kontroversi tersebut. KLIK SINI . Pelbagai respon yang diterima samada yang negatif mahupun positif. Adat lah jika ada yang tidak berpuas hati. Kenyataan Presiden KARISMA UPSI yang dipetik dari status laman Facebook. 11/12/12

Herni binti Henry
Presiden KARISMA UPSI

"Assalammualaikum & Salam Sejahtera....


Alhamdulillah Allah SWT telah beri saya dan KARISMA sedikit kekuatan dlm "mengotakan kata" sebagaimana yg dijanjikan oleh KARISMA..


Syukur Alhamdulillah juga jika benar Tuan Syafiq MPP yang dihormati mahu menjalankan kerjasama dgn KARISMA selepas ini dan KARISMA sangat mengalu2kan kerjasama yg bersifat membawa manfaat kepada warga UPSI dari apa juga aspek p
on selagi ianya tidak mencemar tatasusila sebagai mahasiswa apatah lagi mahasiswa yg bakal menjadi pendidik kepada anak bangsa Malaysia selepas ini..Suka juga KARISMA mohon agar dijemput sekali kelab, persatuan atau kumpulan maya spt UPSIKINI & UPSI DAILY turut dilibatkan sama supaya tiada lagi FITNAH yg disuburkan di bumi UPSI..


Bagi makluman Tuan Syafiq MPP yg dihormati, KARISMA menolak Ideologi Kepartian PUS & UMNU....Kami menolak ideologi kepartian PUS & UMNU tetapi kami amat berbesar hati utk menyertai apa juga program dari PUS mahupun UMNU yg bersifat nasional dan bukannya bersifat "sembunyi2"...KARISMA juga menyokong mana2 MPP serta mahasiswa yg mahu menyokong PUS ataupun UMNU selagi ianya tidak membawa kemudaratan akademik khasnya dan AUKU khususnya..

Tak perlulah Tuan Syafiq MPP yg dihormati minta maaf atas ketidakhadiran tempoh hari..saya faham benar "Insyaallah" yg Tuan Syafiq MPP maksudkan dan saya redha jika benar apa yg saya dengar bahawa pada ketika itu "dengan izin Allah" Tuan Syafiq MPP yg dihormati telah menyertai kursus Pra-Perkhawinan ( jika benar berita ini baguslah..jika salah maaf lah )...mana mungkin saya salah tafsir kpd Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN YG TELAH BEKERJA KERAS SETANDING LIDAH DAH USAHA DALAM MENINGKATKAN KEBAJIKAN MAHASISWA UPSI malah malulah saya sebagai Presiden KARISMA jika saya MENIDAKKAN PELUH YANG MENITIS DARI KEPIMPINAN BERKESAN SAUDARA ITU...

Akhir kata..saranan dari Tuan MPP EXCO KEBAJIKAN yg dihormati supaya mana2 mahasiswa yg memerlukan bantuan bolehlah berhubung dgn KARISMA (utk minta KFC) adalah bagus sekali dan kami pandang tinggi supaya EXCO KEBAJIKAN MPP UPSI boleh berehat sebagaimana YDP MPP...Saya amat berbesar hati jika Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN boleh tunjukkan kpd kami (Warga UPSI) kejayaan "menjaga kebajikan mahasiswa upsi" yg telah dilaksanakan disepanjang Tuan Syafiq MPP EXCO KEBAJIKAN dilantik....jika YDP MPP tak berguna (spt mn yang didakwa di fb) takkan lah Tuan Syafiq EXCO KEBAJIKAN juga turut tidak berguna kan....Wallahualam.." 

Respon yang diterima, 

Mohammad Syafiq bin Abdul Majeed
Exco Kebajikan dan Perkhidmatan
MPP UPSI 2012/2013 

"Waalaikummusslam wbt. bagus, sy suka pandangan eni mengenai isu ini dan saya amat menyambut baik cadangan serta idea eni. memang menjadi keutamaan semua pimpinan utk menjaga kebajikan mahasiswa. InsyaAllah, sy akan menjemput karisma dan juga persatuan2 lain bagi membantu mahasiswa. sekian, terima kasih."

----------------------------------------------------------------
Dari pemerhatian UPSIdaily, masalah dalaman dan kerjasama antara MPP tidak dapat nak menangani masalah kebajikan mahasiswa dengan lebih efektif. Ini kerana ada dikalangan MPP yang lebih suka untuk mencari publisiti, mencari kesalahan dikalangan MPP, lebih berminat melakukan tugas di laman sosial, lebih gemar untuk menyuburkan sentimen kebencian, dan pelbagai lagi masalah. Jika ini benar-benar berlaku dan masih berpanjangan, sudah pasti ada dikalangan MPP yang tidak sebulu dan suklar untuk melaksanakan tugas dengan lancar. UPSIdaily tidak salahkan MPP 100% kerana pasti sakit yang dihadapi dalam MPP hanya ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sahaja yang tahu. Organisasi, hanya yang pernah berada di dalamnya sahaja yang tahu bagaiaman suasana apabila berorganisasi.

UPSIdaily mencadangkan supaya ditubuhkan satu badan khas iaitu Kesatuan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-Kolej Kediaman diwujudkan. Dengan adanya Kesatuan ini, hal ehwal kebajikan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif kerana JMK merupakan satu badan yang paling mendekati dan didekati oleh mahasiswa. Tidak mustahil suara Kesatuan ini mampu membawa perubahan drastik demi mahasiswa. UPSI. Walau bagaimanapun, UPSIdaily tidak menafikan peranan MPP tetapi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, Kesatuan ini secara langsung mampu membawa suara mahasiswa di UPSI terus kepada pihak yang bertanggungjawab. Peranan MPP masih besar dan tidak dinafikan masih berada di bawah pengaruh dan dibatasi dengan konflik. 

UPSIdaily nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengetua Kolej Kediaman, Majlis YDP Kolej Kediaman, Sidang Dewan Pendidik, KARISMA UPSI dan lain-lain organisasi yang sentiasa berusaha memperjuangkan hal-hal berkaitan mahasiswa sehingga ke hari ini.

MAHASISWA HEBAT SENTIASA RASIONAL DALAM TINDAKAN

Ahad, 9 Disember 2012

MASALAH BAS UPSI?! INI SEMUA SALAH DIA..??

  Salam kepada semua Mahasiswa UPSI.




Masalah utama bas UPSI berpunca dari ahli mesyuarat teknikal yang bertanggungjawab memutuskan berkaitan pemilihan bas.

1. Dikalangan ahli mesyuarat terlibat 5 orang pengetua kolej kediaman.
2. Walau bagaimanapun, 2 orang pengetua telah dinafikan hak secara halus dan secara tidak langsung.
3. Untuk mengelakkan penglibatan 2 orang pengetua ini, mesyuarat hanya akan dijalankan ketika 2 pengetua          
     kolej ini sedang bercuti.
4. Mesyuarat sudah berlangsung, surat hadir mesyurat baru sampai ke tangan 2 pengetua tersebut.
5. 2 orang pengetua yang tidak hadir di minta juga untuk men "signature" hasil perbincangan yang mereka tidak hadir itu- ada unsur paksaan disini
6. Nampaknya seperti ada perancangan awal untuk mengasingkan 2 orang pengetua tersebut dan menjadikan hasil mesyuarat dilaksanakan.

Untuk makluman semua, sakit yang dihadapi oleh mahasiswa UPSI berpunca dari individu yang mencari kepentingan dibahagian akar umbi. Ini telah memberi kesan secara langsung kepada masalah berkaitan bas.

Individu ini telah dikenalpasti tetapi masih samar lagi. Kemungkinan besar ada dikalangan ahli mesyuarat yang tidak senang dengan tindakan individu tersebut tetapi untuk menjaga kepentingan masing-masing, perlu cari langkah penyelesaian win-win situation. Kita nantikan pembongkaran selanjutnya untuk entry akan datang.

Dari perkhabaran yang diterima, individu ini akan memastikan hubungan kerja pengetua-pengetua kolej tidak lagi terus kepada TNC tetapi melalui beliau. Sekiranya ini berlaku, kawalan terhadap pelepasan aktiviti dan perbelanjaan kewangan kolej akan dikawal secara autoriti oleh beliau.

Persoalannya : 

1. Kenapa 2 orang pengetua ini hendak diasingkan walhal mereka adalah individu yang sentiasa menjadi
    rujukan oleh mahasiswa dan tahu masalah2 yang dihadapi oleh mahasiswa.
2. Siapakah DIA yang menjadi dalang kepada semua masalah yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa
    UPSI ini?
3. Apakah kepentingan peribadi yang DIA inginkan berbanding kepentingan untuk kesejahteraan mahasiswa
    UPSI.

UPSIdaily yakin dan percaya, pihak MPP telah lakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah bas. Tetapi kita kena akur masalah di akar umbi yang menjadi punca segala masalah. Jangan ditanya pada driver bas, MPP atau JMK..kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tetap terbatas autoritinya.

Dari pemerhatian UPSIdaily, masalah bas seakan sukar diselesaikan jika DIA (individu ini) mengawal segalanya. Bagaimana jika DIA mengawal penuh terhadap kuasa pengetua-pengetua kolej kelak?

Fikirkanlah...siapa yang mahu bertanggungjawab untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI? Anda ingin pendedahan dan pembongkaran atau rela mengikut telunjuk jari sepuluh?!

TUNGGU DAN LIHAT

Selasa, 27 November 2012

YDP UPSI KUAT POLITIK! THANKS LMP YANG CONCERN.

Hye semua, Salam Mahasiswa. (STUDENT POWER!!!)

Apa cite ni? POLITIK! SEMUA SALAH UMNO!

(y)..hehehehe.

UPSIdaily rasa kelakar melihat ketidak matangan yang ditunjukkan oleh LMP UPSI ini. Macam sik ada isu matang yang boleh dibincangkan. Tapi takpe, memang level mereka suka main isu Bang Ang. Setelah apa yang mereka mimpikan menjadi kenyataan, kini mereka merasakan mimpi tersebut seperti mimpi ngeri. 

6 tuntutan Kebebasan Akademik oleh ProMahasiswa

[Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu telah dipinda bagi membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik.
Namun begitu, pindaan yang dikemukakan itu tidak membenarkan pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik daripada bertanding dalam pemilihan serta memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan/ organisasi pelajar di kampus.]

Dah daftar ahli parti politik tak kawan2? Jom la...kan dah boleh tu. LMP atau ProMahasiswa UPSI ini harus sedar diri, matang dalam berfikir, peka dengan perubahan ("Kita Mahukan Perubahan!!!"Ermm...) Nasihat ni, jangan degil tau.

AUKU telah dipinda atas desakan yang dilakukan oleh ProMahasiswa sendiri. Adakah dengan realiti mimpi indah ini mengundang bala besar kepada ProMahasiswa terutamanya di UPSI? Ye lah, kan dah terserlah dengan megahnya Mahasiswa kini bangkit menyokong kepimpinan pentadbiran kerajaan sekarang dan bersatu untuk  mengorak langkah demi masa depan. Kepada yang tidak sokong, "Ada aku kisah?" *Kaki dan tangan ke atas*

Kenapa perlu bulat muka YDP UPSI dengan bendera UMNO je? Salah ke? UPSIdaily tidak mahu buka cerita lama. Acaner kalian petakan je semua muka, kepala yang hadir sama dalam majlis tu. Tunjukan kepada dunia bahawasanya kini pemimpin mahasiswa sudah bijak untuk memilih kepimpinan yang mana mampu menjamin masa depan negara. UPSIdaily kadang-kadang malas nak layan cite2 x berapa nak cerdik yang dipetik oleh LMP ni, tapi ye lah, "Marah bukan kebencian...tapi tanda SAYANG!!!" Sayang LMP, nakal Eh! Secara rasionalnya, ini bukan isu yang perlu diperbesarkan pun. Hakikat ini yang diminta maka kena lah terima.

Mahasiswa yang menghadiri Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 di PWTC ini adalah antara mereka yang "terpilih". Terpulanglah kepada mereka ini untuk menerima, membuat andaian atau seumpamanya. Tiada sekatan untuk berfikir atau mengkritik. Yang bising-bising ni pergi ke tak? Dan kalau pergi, semasa sesi soal jawab bersama menteri, berapa soalan yang kalian tanya? Kalau rasa dipergunakan, anda je lah yang rasa begitu..sedangkan yang lain tak rasa seperti itu.

Tu lah! ada peluang xnak pergi! konon politik!

Kalau dulu ye lah, main bulat2 muka sebab degil ni tak dengar nasihat. Tu sebelum AUKU dipinda. Sekarang dah besarkan, macam2 minta..OK, bagi lah IZIN., jangan jeles dengan orang lain. Biarkan mereka nak buat seperti apa yang kita dah buat juga. Kalau kita mampu tunjukan yang terbaik dan kita tak pernah langsung buat, so ok lah nak bagi nasihat, teguran.. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah hasil usaha kuat ProMahasiswa. *TerimaKasih=)

"PROVOKASI DICETUSKAN DISEBABKAN SIFAT HASAD DENGKI"

Dah, malas nak taip panjang2..(panjang weyh). UPSIdaily dah la masih lagi dalam mood sedih sebab Malaysia tewas kepada Singapura dalam perlawanan bola. Tetapi tidak apa..tiada rezeki., adat bertanding ada menang dan kalah.


Selamanya...selamanya...selamanya Harimau Malaya...

Selamanya...selamanya...selamanya 
UMNO Malaysia...*gittueww.....;)


ENTRY INI BUKAN AJAK BERPOLITIK TETAPI NAK TUNJUK BAGAIMANA REFLEKSI BERLAKU APABILA KITA MELIHAT CERMIN, APABILA KITA ASYIK MENUNDING JARI KEPADA ORANG, APABILA KITA RASA KITALAH YANG BETUL SENTIASA, APABILA...APABILA...APABILA...

In conclusion...serius kelakar weyh!
[JANGAN MULAKAN!]
---------------------------------------------------------------------------------------

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 ini dihadiri oleh Kelab UMNO Luar Negara dan barisan mahasiswa IPT dalam negara. KULN terdiri daripada mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara. Pengisian sepanjang program ini sebenarnya membawa banyak kesan yang positif dan membuka luas pemikiran mahasiswa untuk berfikir dengan lebih rasional dan matang. Kepada yang pergi, mana yang baik itu ambil, yang tak baik itu tinggalkan dan mana yang perlu pertimbangan, fikir-fikirkanlah.

Walau apapun, diberi kebebasan berpolitik jadi mahasiswa mestilah dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

1) Jangan jadikan perbezaan ideologi sebagai platform untuk mewujudkan jurang keharmonian.
2) Apabila sudah berpolitik, jadilah mahasiswa yang jauh lebih bijak untuk berfikir.
3) Gunakan hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.
4) Belajar dan terus belajar itu yang paling utama

TAHNIAH PELAJAR UPSI ATAS SOKONGAN!!!

Salam persaudaraan, salam keamanan...

#PrayForGaza
#SaveGaza

Tahniah atas usaha murni.

(antara gambar sepanjang dua hari kempen)

Mahasiswa/i yang setia menjaga kaunter.

 Antara kain rentang yang ditandatangan.




 Penasihat KARISMA UPSI, Dr Mohd Zahuri bin Khairani juga turut turun padang.


 Sokongan daripada pelbagai pihak.





Dipetik dari BLOG KARISMA UPSI

Laporan lanjut KLIK SINI

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Dari Warga UPSIDaily

Assalamualaikum sahabat-sahabat UPSIDaily semoga sihat ceria disamping sahabat-sahabat seperjuangan.1 Muharam detik permulaan perjuangan kita bermula untuk berhijrah daripada seorang yang baik kepada umatyang lebih baik amal makruf nahi mungkar. Semoga semua pembaca UPSIDaily akan terus setia mendapatkan berita-berita terkini dan isu semasa sekitar kampus UPSI. 


Tidak Ketinggalan Saudara Fadlillah YDP MPP UPSI juga memwakili barisan MPP mengucapkan Salam Maal Hijrah Kepada semua Warga UPSI. Beliau berharap agar semua siswa/i UPSI memasang azam untuk mempertingkatkan diri dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan menjadikan ISLAM sebagai keutamaan dalam segala hal.

Salam Maal Hijrah1434 -UPSIDaily

Khamis, 8 November 2012

SISWA/I #UPSI CERIA DAPAT KADS1M

Selasa lepas berlangsungnya program penyerahan KADS1M di dewan besar UPSI dan program-program sampingan bersama Dato Seri Utama Rais Yatim Menteri Mentor UPSI. Ramai siswa/i UPSI tidak melepaskan peluang menghadiri majlis penyerahan tersebut untuk menerima Baucer buku dan Kad Diskaun. 

Kelebihan-kelebihan ini diberikan kepada siswa/i seluruh Malaysia bagi memberi semangat dan kemudahan kepada semua siswa/i agar dapat menimba ilmu dengan lebih tenang. Wartawan UPSIDaily berada di tempat kejadian dan mendapati semua siswa/i hadir dengan wajah yang ceria. 

UPSIDaily mendapatkan pandangan daripada seorang siswi bernama Suhana dan beliau menyatakan " saya gembira kerana kerajaan ambil berat dengan masalah student, InsyaAllah saya akan guna kelebihan ini secara bermanfaat" Ujarnya.

Wartawan UPSIDaily juga mendapati rakan-rakan di FB mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas kelebihan yang diberi kepada siswa/i

Selain Itu wartawan UPSIDaily juga menemui YDP MPP UPSI  SaudaraFadlillah bagi mendapatkan pandangan dan beliau memberi ucapan terima kasih kepada Dato Seri Utama Rais Yatim kerana sudi hadir bermesra bersama siswa/i dan memberikan KADS1M. Beliau juga berharap agar semua siswa/i menggunakan kelebihan tersebut secara berkhemah.


Disamping itu Fadlillah juga sempat membawa Dato Seri Utama Rais Yatim menaiki motosikal bersama rombongan 50 buah motosikal siswa/i UPSI mengelilingi kampus baru UPSI. Selain itu Dato Seri juga menyumbangkan 10 buah komputer dan 20 buah komputer riba kepada siswa/i.



Majlis semalam juga menobatkan Saudara Muzakkir Afiq Bin Musa sebagai pemenang anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (KHAS) Dato Seri Utama Rais Yatim.

Penyampaian oleh Dato Seri

UPSIDaily berharap pihak kerajaan meneruskan bantuan-bantuan kepada siswa/i agar dapat meringankan bebanan dalam mengharungi perjuangan ilmu. -UPSIDaily




Sabtu, 3 November 2012

Kad Komuter 1 Malaysia Beri Diskaun 50% Kepada Mahasiswa/i

Mohd Anwarrudin Bin Ismail
TANJUNG MALIM, 3 November - Mohd Anwaruddin Bin Ismail, Siswa UPSI hari ini memberi makluman bahawa Pihak Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan kad komuter 1Malaysia utk smua.. Cara utk memohon adalah seperti berikut..

1- Sediakan 1 salinan kad pengenalan
2- Pergi ke stesen KTMB Tg Malim
3- Rujuk kaunter/booth yg disediakan
4- Isi borang, serah salinan IC dan kemukan wang RM1..
5- Anda akan menerima kad komuter 1Malaysia anda.. (^,^ )

Potongan sebanyak 50% akan dinikmati apabila membeli tiket KOMUTER (utk destinasi tertentu, rujuk KTMB). Kad ini sah bermula 1 November 2012- 31 Oktober 2013 (1 tahun) - UPSIDaily

Jumaat, 2 November 2012

SISWA/I #UPSI TAK LAYAK DAPAT KAD DISKAUN 1 MALAYSIA

Siswa-siswi UPSI tidak layak mendapat KAD DISKAUN 1 MALAYSIA sekiranya sudah habis pengajian, Namun begitu sekiranya anda masih lagi dalam tempoh pengajian anda memang layak menerima Kad Diskaun tersebut tanpa was-was. 



Berikut adalah tarikh penyerahan dan majlis akan di sempurnakan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim:


Tarikh : 6 November 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Besar, Kampus Baru

sebelum hadir baca makluman di bawah

.

1) Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB. (Pengecualian kuliah untuk semua)
2) Majlis ini bertujuan bagi edaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia & Naib Canselor UPSI telah memberi kelulusan untuk penangguhan kuliah pada hari tersebut.
3) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan telah menyediakan makanan untuk 3500 pelajar.
4) Seterusnya, pada waktu petang terdapat booth-booth pameran agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.
5) Malam akan diadakan rakaman program Bicara Kampus (Live) melalui RTM, (Barisan kepimpinan UPSI Diwajibkan HADIR)

Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini perlu digunakan dengan berfaedah
-UPSIDaily

Khamis, 1 November 2012

IM4U TAWAR RM 10000.00 BUAT SEMUA SISWA/I

Hari ini UPSIDaily mendapat sebuah email yang agak menarik buat semua mahasiswa/i UPSI. sila baca penerangan di bawah


1Malaysia For Youth (1M4U) sedang menjalankan kempen kepada  seluruh universiti/kolej  awam dan swasta di Malaysia untuk melibatkan belia mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan yang memberi manafaat kepada komuniti. Kami ingin mendapatkan penyertaan daripada pelajar universiti dan kolej. Sehubungan itu, kami menjemput institusi tuan untuk mengambil bahagian dalam Program My Uni Rocks tersebut.

Secara ringkasnya, kami ingin mendapatkan idea-idea yang bernas daripada pelajar mengenai aktiviti sukarelawan yang boleh memberi manafaat kepada masyarakat. Ini termasuk projek sedia ada yang sedang dijalankan oleh pelajar atau projek yang dicetus oleh idea baru. Cadangan projek yang terpilih akan menerima hadiah berikut:

1.       10 pemenang utama akan menerima RM10,000 untuk menjalankan aktiviti sukarelawan mereka.
2.       3 pemenang utama (setelah dibuat undian daripada 10 pemenang berkenaan) akan ditaja
         mengikuti lawatan  belajar ke luar negeri untuk 5 orang (3 x 5) untuk mengambil bahagian 
          dan belajar mengenai aktiviti sukarelawan yang dijalankan di sana.
3.       3 pemenang utama yang memberi cadangan idea akan menerima setiap seorang sebuah ipad.
4.       3 pemenang ini juga akan memenangi tajaan karnival/konsert di university mereka.

Semua pelajar perlu ke facebook 1M4U di  apps.facebook.com/myunirocks dan serahkan cadangan melalui dokumen dalam bentuk word document yang disediakan sebelum atau pada 13 November 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai IM4U, En Moots di 0163935075

Mahasiswa/i UPSI jangan lepaskan peluang ini...BUKTIKAN UPSI JUGA HEBAT.....-UPSIDaily

Isnin, 29 Oktober 2012

Aman Kampus Nasional Beri Sumbangan Kepada Keluarga Samsul Bakhtiar


BATU PAHAT, 29 Oktober - Sekretariat Aman Kampus Nasional hari ini memberi sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban kos perubatan Samsul Bakhtiar yang terlibat kemalangan di Parit Raja 19 Oktober yang lalu.

Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil Aman Kampus Nasional, Effy Haridth Rozhan kepada ibu Samsul, Salmah Kassim.

Effy berkata ketika dihubungi UPSI Daily, "Samsul pernah terlibat membantu Aman Kampus ketika siri jelajah Aman Kampus Fasa 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ketika sihat dia membantu kita, jadi ketika dia sakit apa salahnya kita membantu dia. Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Aman Kampus semalam menghubungi saya bertanya khabar Samsul. Memandangkan saya berada di Batu Pahat, Shahar mengamanahkan saya untuk memberi sumbangan bagi pihak Aman Kampus"

Samsul baru sahaja sedar dari koma 2 hari yang lepas dan sekarang ini sedang dipantau oleh pihak Hospital Nora Ismail untuk melihat perkembangan selanjutnya. Menurut doktor yang merawatnya, Samsul mengalami pendarahan dalam otak yang kini semakin mengecil.

Ibu Samsul berkata, "saya mengucapkan terima kasih kepada Aman Kampus yang sudi membantu. Sama-sama kita doakan Samsul cepat sembuh."

Turut hadir pada petang tadi, sahabat baik Samsul, Mohammad Ikhwan Kamaruddin, Timbalan YDP MPP UTHM, Muhammad Nur Hakim Nordin dan Pengerusi Jabatan Kelab, Persatuan dan Sekretariat UTHM, Mohd Ikhwanul Shafiq B.Mohd Fudzi. Turut mengucapkan salam takziah, Muzammil Arif bagi pihak Majlis Belia Putrajaya. -UPSIDaily

Khamis, 25 Oktober 2012

Mahasiswa Puji Usaha Tingkat Kelajuan Kemudahan Internet


Pihak UPSI Daily mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak Universiti atas usaha menjaga kebajikan pelajar meningkatkan kemudahan jaringan internet jalur lebar ini. Dikesempatan ini juga pihak kami memohon pihak Universiti supaya melakukan penambahbaikkan jaringan kemudahan pengangkutan pula..

"Salam Aidil Adha dari sidang redaksi UPSI Daily"

Rabu, 24 Oktober 2012

Perutusan Khas Aidil Adha YDP dan Exco Akademik dan Kerjaya MPP 2012/2013



‎"Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL dikala itulah bermula sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN"

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam amnya, dan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) khasnya. Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa seribu keberkatan dan pengertian pengorbanan yang bermakna kepada kita semua. Kepada warga UPSI hati - hati pulang dan selamat sampai ke kampung halaman masing - masing.Insyaallah.


MOHD FADLILLAH BIN MUKHATAR
YDP MPP UPSI 2012/2013



Tika ini mungkin ada yang sudah sampai ke kampung halaman, dan ada pula yang sedang berkemas dan menanti masa untuk pulang. Namun ada juga yang masih berkira-kira untuk beraya di mana, memandangkan kampung halaman jauh di seberang laut. Tidak mengapa, pasti ada kegembiraan di sebalik kesedihan yang terpendam.

“Di kesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua
sahabat yang bakal menyambutnya nanti. Dalam hari-hari menjelang raya qurban ini, ingatlah pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan kita menjadi insan yang seadanya . Selepas solat terutamanya, doakanlah untuk kesejahteraan mereka, dimana sahaja mereka berada kini”

:: selamat bercuti, jaga keselamatan diri masing-masing dan gunakanlah masa yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu dan ayah :: :)

Muhammad Maghfur Ibrahim Akhibi
Exco Akademik & Kerjaya MPP 2012/2013

*Sidang redaksi UPSI Daily berbesar hati membuka slot untuk ucapan aidil adha daripada Mahasiswa UPSI. Sila email ucapan beserta gambar ke email kami upsidaily@gmail.com

Penuntut UPSI Terlibat Kemalangan Masih Tidak Sedarkan Diri

Samsul Bakhtiar Addenno, 23 Tahun
BATU PAHAT, 24 Oktober - Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat, Johor telah terlibat dalam satu kemalangan 19 Oktober yang lalu.

Mangsa, Samsul Bakhtiar Addenno, 23 berasal dari Johor merupakan pelajar tahun akhir Pengajian Malaysia, UPSI. Mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah telah dirempuh sebuah kereta Iswara yang tiba-tiba muncul dari simpang.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu turut disaksikan sendiri oleh muridnya yang mana motosikal mangsa betul-betul berada dihadapan motosikal muridnya ketika kejadian berlaku.

Sebelum kejadian, mangsa baru sahaja selesai makan bersama rakan praktikal di sekolah yang sama selepas menghadiri majlis Hari Kantin di sekolah

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala apabila topi keledar yang dipakainya tercabut ketika dirempuh. 

Samsul, telah dikejarkan ke klinik Parit Raja sebelum dibawa ke Hospital. Sehingga hari ini, mangsa masih belum sedarkan diri. Menurut makluman doktor, berlaku pendarahan di bahagian kepala dan kini beliau ditempatkan di Unit RawatanRapi (ICU), Hospital Nora Ismail Batu Pahat. 

Maklumat terkini yang diterima setakat petang tadi, mangsa telah selesai menjalani pembedahan menyambung urat pergelangan kaki dan sedang menunggu keputusan X-Ray kepala. Jika pendarahan di bahagian kepala semakin besar, beliau akan dipindahkan ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan lanjut. 

Samsul telah merancang untuk mengadakan jamuan perpisahan kelas-kelas yang beliau ajar sepanjang praktikal pada hari ahad 21 hb 10 2012 tetapi tidak kesampaian. 

Sidang redaksi UPSIdaily mendoakan semoga beliau cepat sedar dan kembali sihat seperti sediakala. 

Laman Facebook Samsul Bakhtiar, telah dikunjungi sahabat terdekat, rakan mahasiswa, warga sekolah dan anak muridnya yang mana semua memberi ucapan agar Samsul cepat sembuh. Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengambil segala butiran-butiran yang diperlukan. Semoga sahabat kita dilindungi dan cepat sembuh. Amin.-UPSIDaily 



Ahad, 21 Oktober 2012

TAHNIAH!!! @hafiz_ariffin JURUCAKAP YDP MPP KEBANGSAAN

Hafiz Ariffin mengekalkan kedudukan beliau sebagai YDP selepas menang bertanding di Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia di selatan tanah air dalam Pilihanraya kampus baru-baru ini. Ini merupakan kali kedua beliau menjadi YDP selepas mendapat mandat dan kepercayaan daripada seluruh warga UTHM. 

Hari ini dalam pertemuan pertama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) undian pemilihan Jurucakap MPPK memihak kepada Hafiz selaku Jurucakap MPPK yang baru menggantikan saudara Wan Ahmad Hazman daripada Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan rakan-rakan kepimpinan dari seluruh IPT khususnya Jemaah YDP IPTA. Selain itu beliau menyifatkan lantikan ini sebagai satu tanggungjawab yang amat besar dan beliau mengajak semua rakan-rakan YDP menggalan tanggungjawab ini bersama demi kesejahteraan seluruh mahasiswa dan negara tercinta. 

Antara lain dalam pertemuan tadi juga Hafiz  membentangkan cadangan tajuk bagi Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan akan datang iaitu " Rasionalisasi Perumahan Siswa" mengupas permasalahan yang dihadapi oleh seluruh mahasiswa berkenaan perumahan samada berkaitan kolej kediaman mahupun perumahan luar.

Seluruh wargakerja UPSIDaily mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan mengharapkan Hafiz dapat meneruskan legasi kecemerlangan mahasiswa dalam atau luar negara.-UPSIDaily

Khamis, 18 Oktober 2012

ISU BANNER KAIN : Modus Operandi Mirip Tindakan Mahasiswa Pendidik


TANJUNG MALIM, 18 Oktober - Mahasiswa Pendidik hari ini tampil membuat penafian yang mereka adalah dalang penyebaran satu banner melaga-lagakan kepimpinan dari We Love UPSI. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan melalui satu rakaman yang dimuatnaik ke laman Youtube.

Rakaman tersebut turut mengugut pihak UPSI Daily membuang artikel yang dikatakan telah memfitnah pihak Mahasiswa Pendidik. Pihak UPSI Daily ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak akan membuang artikel tersebut dan ingin mencabar pihak Mahasiswa Pendidik membuat tindakan selanjutnya.

Sebelum Mahasiswa Pendidik membuat tindakan susulan, mereka perlu membuktikan dahulu yang mereka langsung tidak terlibat dalam penyebaran banner tersebut.

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan penafian dalam satu video boleh membuktikan bahawa Mahasiswa Pendidik langsung tidak bersalah?

UPSI Daily menuduh Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab menyebarkan banner tersebut kerana modus operandi mereka berkempen pada PRK yang lalu dengan menggunakan kain putih dan spray.


Di sini kami lampirkan gambar bahawa Mahasiswa Pendidik sudah sinonim berkempen dan menyebarkan dakyah dengan menggunakan kain putih dan spray. Apa membuatkan kami menuduh pihak Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab atas penyebaran Banner tersebut ialah :
1) Mereka berkempen menggunakan Kain Putih dan Spray manakala We Love UPSI berkempen menggunakan Banner yang dicetak kilang. Pihak kami memohon mahasiswa berfikir sejenak pihak manakah yang mempunyai kaitan dengan penyebaran Banner (Kain Putih dan Spray)? 
2) Mereka musuh politik kampus kepada We Love UPSI. Banner tersebut dipaparkan untuk melaga-lagakan antara MPP We Love UPSI. Sekiranya MPP dari We Love UPSI bertelagah sesama sendiri maka pihak yang paling gembira dan bertepuk tangan ialah musuh politik We Love UPSI. 
3) Bentuk perkataan 'P' dan 'K' seperti gambar di atas mempunyai persamaan.
4) Jika mereka mahu membuat penafian, setiap orang yang menyokong Mahasiswa Pendidik perlu membuktikan alibi bahawa mereka semua tidak terlibat dan tidak berada di tempat kejadian.
Sebagai mahasiswa, wajarkah kita mempercayai kenyataan seorang hanya penafian tanpa membuktikan bahawa mereka benar-benar tidak terlibat. Perlu diingat bahawa, hanya musuh We Love UPSI sahaja suka jika perpecahan di dalam kem We Love UPSI berlaku -UPSIDaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...