Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

HEP UPSI BAKAL BERGOLAK? cc @DrJunaidy

Salam Tahun Baru kepada semua pembaca UPSIdaily,



Tahun Baru maka akan berlaku penstrukturan baru?

Di entry sebelum ini [KLIK SINI], UPSIdaily ada menceritakan perihal masalah bas di UPSI yang kononnya berpunca daripada seseorang inidividu yang berkuasa dan berpengaruh. Dalam entry tersebut, UPSIdaily ada menyentuh tentang usaha beliau untuk mengalihkan kuasa Pengetua Kolej dibawah kelolaan beliau dan tidak lagi terus kepada TNC HEPA.

Beberapa hari yang lepas, dari sumber informasi yang diterima, satu proposal akan dibentangkan untuk merealisasikan agar semua pengetua berada di bawah kuasa beliau dalam mensyuarat MPE universiti. Sama ada mesyuarat ini sudah berlangsung atau belum UPSIdaily tidak pasti memandangkan UPSIdaily sendiri mengambil masa berhari juga untuk mengeluarkan entry ini kerana memikirkan sejauh mana ia memberi impak kepada mana-mana pihak.

Ekoran daripada tindakan beliau ini, pastilah tidak mendapat persetujuan daripada Majlis Pengetua Kolej Kediaman dan Pengarah Pusat. Bantahan telah dibuat kepada TNC HEPA dan Dato VC dan setakat ini apakah peranan TNC HEPA dalam meleraikan konflik penstrukturan semula ini.

Apakah pentingnya perkara ini didedahkan? Berlaku penstrukturan besar dalam carta organisasi JHEPA? Mungkin masalah dalaman ini tidak secara langsung dengan hal mahasiswa UPSI tetapi ia berkaitan dengan kakitangan-kakitangan yang terlibat di UPSI. Mungkin ada pihak memandang serius hal ini dan mungkin juga ada yang tidak. Orang-orang yang bekerja dalam satu-satu organisasi pasti tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut.

Berbalik kepada isu tadi, apakah relevannya kita nak menentang penstrukturan semula? Beberapa persoalan yang bermain difikiran. 

  1. Dalam keadaan kesibukan TNC HEP pada ketika ini, beliau mengambil kesempatan supaya proposal ini diluluskan yang mana kononnya dapat meringankan beban tugas TNC HEPA? 
  1. Melihat dari pangkat DG5+ beliau dengan pengetua-pengetua, adakah sama? Dan misi untuk berada dibawah TNC HEPA yang berkuasa autonomi penuh dengan menjadikan pengetua-pengetua kolej sebagai tangga untuk dipijak sebelum beliau naik pangkat ke DG5+ seterusnya? 
  1. Proposal yang dibentangkan menerima bantahan dari pihak yang terlibat. Sekiranya proposal ini diluluskan adakah ia menjadi masalah besar jika semua pengetua kolej dan Pengarah Pusat akan sepakat letak jawatan serentak?

Siapakah individu yang sebenarnya mencadangkan penstrukturan semula ini? Dato VC? TNC HEPA? TImbalan Pendaftar? Apakah pengurusan dan permasalahan kolej benar-benar difahami oleh pihak atasan? Bagaimanakah nasib staf-staf di kolej terutama peranan pengurus asrama dan penolong pengurus asrama yang masih di takuk lama sedangkan telah berkhidmat hampir sepuluh tahun? UPSIdaily masih belum membongkar bagaimana ada staf pentadbiran yang telah mencapai gred seperti pensyarah berkelulusan PhD dalam jangkamasa yang singkat? Cukup sampai disini saja yang ingin UPSIdaily ceritakan. Rasanya tidak perlu untuk mengulas panjang lagi kerana pihak yang terlibat ini pasti tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam entry kali ini. Semoga semua pihak dapat terus menjalankan tugas seperti biasa dan mencapai yang terbaik untuk “Key Performance Indicator”. Sekian – UPSIdaily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rilek bro, semua lu cakap kurang tepat...ia berpunca drpd audit kolej kediaman. ...jgn tabur fitnah.... pasal staf kolej... diaorg kekal

redzuan tumin berkata...

Kita kena fahama bahawa Bible yang ada sekarang sudah dibatalkan kesuciannya oleh Allah sendiri kerana
banyak kandungannya sudah dipinda oleh tangan manusia bagi tujuan duniawi. Kitab Injil yang asal dalm bahasa kaum Bani Israel yang menjadi umat Nabi Isa ketika itu. Selain sudah dipinda isi kandungannya tidak terdapat lagi kitab yang asli. Jadi yang ada sekarang hanya terjemahan Bible sahaja yang tidak lagi boleh dikatakan kitab suci. Samalah juga bila kita kata terjemahan al-Quran adalah tak sama dengan al-Quran yang asliyang terpelihara kesuciannya. Jadi apa na dihebohkan sangat hal ini.Sila lawati blog: www.cahayamenerangikegelapan.blogspot.com. Mungkin ada jawapan yang jelas di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...