Halaman

Selasa, 3 Julai 2012

KAD DISKAUN : MAHASISWA/I TARIK NAFAS LEGA

Berita gembira ini bukan sahaja buat siswa/i di UPSI tetapi semua siswa/i diseluruh Malaysia hari ini berasa lega dengan pengumumam pelancaran Kad Diskaun leh YAB Timbalan Perdana Menteri. Kad diskaun yang telah diusulkan sejak tahun 2007 kini tahun 2012 berjaya juga dilaksanakan. terdapat lebih kurang 51 syarikat yang terlibat dengan diskaun bermula dari 50%-60%.  

Dengan adanya kad diskaun ini mengurangkan beban perbelanjaan mahasiswa/i diseluruh negara. Usul yang dibawa oleh MPP UTM saudara Wan Ahmad Hazman pada Majlis perundingan Pelajar kebangsaan bil 2/2011 disambut baik oleh kerajaan. 

sumber gambar : fb Wan Ahmad Hazman Jurucakap MPPK 

Walaupun pelaksanaan ini menunjukkan sedikit political mileage kepada kerajaan tetapi itu bukan soalnya. Soalnya ialah kebajikan siswa/i terjamin dan siswa/i dapat membezakan keberkesanan tuntutan secara  diplomasi berbanding demonstrasi jalanan. Sebagai seorang mahasiswa anda boleh memilih jalan diplomasi atau jalan demostrasi untuk menyampaikan pendapat dan usul kepada kerajaan.

Tetapi jika dilihat secara rapi tindakan menyuarakan pandangan menggunakan medium MPPK ini lebih berkesan berbanding demonstrasi yang dijalankan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab. Usul tidak akan berjaya jika dibawa dengan EMOSI usul perlu dibawa dengan Diplomasi. Sedangkan untuk menundukkan Firaun Allah minta Nabi Musa untuk bercakap dengan baik inikan pula kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Razak.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...