Halaman

Rabu, 24 September 2014

TNC HEPA SANGAT PRIHATIN DENGAN MASALAH DAN ISU KEBAJIKAN PELAJAR

Baru-baru ini, admin ada terbaca di UPSI Confessions mengenai jalan raya dilaluan KAB/KZ yang baru dibaiki baru-baru ini, rosak teruk. Bila hujan lebat, akan ada lopak air. Bila kereta lalu-lalang, jalan raya akan makin teruk. Perkara ini sangat bahaya bagi pelajar-pelajar yang membawa kenderaan dan terutamanya bas-bas KAB/KZ yang lalu disitu kerana laluan tersebut laluan yang menuruni bukit dan kemungkinan ada pelajar yang membawa kenderaan dalam had kelajuan yang tinggi.

Ini antara gambar-gambar yang admin dapati :





MPP dari We Love UPSI iaitu Saudara Muhammad Firdaus bin Kamarudin (Exco Penginapan dan Perumahan) dan Saudara Muhammad Syahmi Aiman bin Sulaiman (Exco Sukan dan Rekreasi) telah pun mengemukakan perkara ini kepada TNC HEPA dan juga pihak universiti. Respons daripada Dato' juga positif dimana Dato' akan mengambil tindakan dan laluan tersebut akan dibaiki dengan segera. Dato' khuatir terhadap mahasiswa/i yang menggunakan laluan tersebut. Sementara laluan itu dibaiki, harap mahasiswa/i berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut atau menggunakan laluan alternatif.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...