Halaman

Sabtu, 3 November 2012

Kad Komuter 1 Malaysia Beri Diskaun 50% Kepada Mahasiswa/i

Mohd Anwarrudin Bin Ismail
TANJUNG MALIM, 3 November - Mohd Anwaruddin Bin Ismail, Siswa UPSI hari ini memberi makluman bahawa Pihak Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan kad komuter 1Malaysia utk smua.. Cara utk memohon adalah seperti berikut..

1- Sediakan 1 salinan kad pengenalan
2- Pergi ke stesen KTMB Tg Malim
3- Rujuk kaunter/booth yg disediakan
4- Isi borang, serah salinan IC dan kemukan wang RM1..
5- Anda akan menerima kad komuter 1Malaysia anda.. (^,^ )

Potongan sebanyak 50% akan dinikmati apabila membeli tiket KOMUTER (utk destinasi tertentu, rujuk KTMB). Kad ini sah bermula 1 November 2012- 31 Oktober 2013 (1 tahun) - UPSIDaily

Jumaat, 2 November 2012

SISWA/I #UPSI TAK LAYAK DAPAT KAD DISKAUN 1 MALAYSIA

Siswa-siswi UPSI tidak layak mendapat KAD DISKAUN 1 MALAYSIA sekiranya sudah habis pengajian, Namun begitu sekiranya anda masih lagi dalam tempoh pengajian anda memang layak menerima Kad Diskaun tersebut tanpa was-was. 



Berikut adalah tarikh penyerahan dan majlis akan di sempurnakan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim:


Tarikh : 6 November 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Besar, Kampus Baru

sebelum hadir baca makluman di bawah

.

1) Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB. (Pengecualian kuliah untuk semua)
2) Majlis ini bertujuan bagi edaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia & Naib Canselor UPSI telah memberi kelulusan untuk penangguhan kuliah pada hari tersebut.
3) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan telah menyediakan makanan untuk 3500 pelajar.
4) Seterusnya, pada waktu petang terdapat booth-booth pameran agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.
5) Malam akan diadakan rakaman program Bicara Kampus (Live) melalui RTM, (Barisan kepimpinan UPSI Diwajibkan HADIR)

Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini perlu digunakan dengan berfaedah
-UPSIDaily

Khamis, 1 November 2012

IM4U TAWAR RM 10000.00 BUAT SEMUA SISWA/I

Hari ini UPSIDaily mendapat sebuah email yang agak menarik buat semua mahasiswa/i UPSI. sila baca penerangan di bawah


1Malaysia For Youth (1M4U) sedang menjalankan kempen kepada  seluruh universiti/kolej  awam dan swasta di Malaysia untuk melibatkan belia mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan yang memberi manafaat kepada komuniti. Kami ingin mendapatkan penyertaan daripada pelajar universiti dan kolej. Sehubungan itu, kami menjemput institusi tuan untuk mengambil bahagian dalam Program My Uni Rocks tersebut.

Secara ringkasnya, kami ingin mendapatkan idea-idea yang bernas daripada pelajar mengenai aktiviti sukarelawan yang boleh memberi manafaat kepada masyarakat. Ini termasuk projek sedia ada yang sedang dijalankan oleh pelajar atau projek yang dicetus oleh idea baru. Cadangan projek yang terpilih akan menerima hadiah berikut:

1.       10 pemenang utama akan menerima RM10,000 untuk menjalankan aktiviti sukarelawan mereka.
2.       3 pemenang utama (setelah dibuat undian daripada 10 pemenang berkenaan) akan ditaja
         mengikuti lawatan  belajar ke luar negeri untuk 5 orang (3 x 5) untuk mengambil bahagian 
          dan belajar mengenai aktiviti sukarelawan yang dijalankan di sana.
3.       3 pemenang utama yang memberi cadangan idea akan menerima setiap seorang sebuah ipad.
4.       3 pemenang ini juga akan memenangi tajaan karnival/konsert di university mereka.

Semua pelajar perlu ke facebook 1M4U di  apps.facebook.com/myunirocks dan serahkan cadangan melalui dokumen dalam bentuk word document yang disediakan sebelum atau pada 13 November 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai IM4U, En Moots di 0163935075

Mahasiswa/i UPSI jangan lepaskan peluang ini...BUKTIKAN UPSI JUGA HEBAT.....-UPSIDaily

Isnin, 29 Oktober 2012

Aman Kampus Nasional Beri Sumbangan Kepada Keluarga Samsul Bakhtiar


BATU PAHAT, 29 Oktober - Sekretariat Aman Kampus Nasional hari ini memberi sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban kos perubatan Samsul Bakhtiar yang terlibat kemalangan di Parit Raja 19 Oktober yang lalu.

Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil Aman Kampus Nasional, Effy Haridth Rozhan kepada ibu Samsul, Salmah Kassim.

Effy berkata ketika dihubungi UPSI Daily, "Samsul pernah terlibat membantu Aman Kampus ketika siri jelajah Aman Kampus Fasa 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ketika sihat dia membantu kita, jadi ketika dia sakit apa salahnya kita membantu dia. Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Aman Kampus semalam menghubungi saya bertanya khabar Samsul. Memandangkan saya berada di Batu Pahat, Shahar mengamanahkan saya untuk memberi sumbangan bagi pihak Aman Kampus"

Samsul baru sahaja sedar dari koma 2 hari yang lepas dan sekarang ini sedang dipantau oleh pihak Hospital Nora Ismail untuk melihat perkembangan selanjutnya. Menurut doktor yang merawatnya, Samsul mengalami pendarahan dalam otak yang kini semakin mengecil.

Ibu Samsul berkata, "saya mengucapkan terima kasih kepada Aman Kampus yang sudi membantu. Sama-sama kita doakan Samsul cepat sembuh."

Turut hadir pada petang tadi, sahabat baik Samsul, Mohammad Ikhwan Kamaruddin, Timbalan YDP MPP UTHM, Muhammad Nur Hakim Nordin dan Pengerusi Jabatan Kelab, Persatuan dan Sekretariat UTHM, Mohd Ikhwanul Shafiq B.Mohd Fudzi. Turut mengucapkan salam takziah, Muzammil Arif bagi pihak Majlis Belia Putrajaya. -UPSIDaily

Khamis, 25 Oktober 2012

Mahasiswa Puji Usaha Tingkat Kelajuan Kemudahan Internet


Pihak UPSI Daily mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak Universiti atas usaha menjaga kebajikan pelajar meningkatkan kemudahan jaringan internet jalur lebar ini. Dikesempatan ini juga pihak kami memohon pihak Universiti supaya melakukan penambahbaikkan jaringan kemudahan pengangkutan pula..

"Salam Aidil Adha dari sidang redaksi UPSI Daily"

Rabu, 24 Oktober 2012

Perutusan Khas Aidil Adha YDP dan Exco Akademik dan Kerjaya MPP 2012/2013



‎"Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL dikala itulah bermula sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN"

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam amnya, dan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) khasnya. Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa seribu keberkatan dan pengertian pengorbanan yang bermakna kepada kita semua. Kepada warga UPSI hati - hati pulang dan selamat sampai ke kampung halaman masing - masing.Insyaallah.


MOHD FADLILLAH BIN MUKHATAR
YDP MPP UPSI 2012/2013



Tika ini mungkin ada yang sudah sampai ke kampung halaman, dan ada pula yang sedang berkemas dan menanti masa untuk pulang. Namun ada juga yang masih berkira-kira untuk beraya di mana, memandangkan kampung halaman jauh di seberang laut. Tidak mengapa, pasti ada kegembiraan di sebalik kesedihan yang terpendam.

“Di kesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua
sahabat yang bakal menyambutnya nanti. Dalam hari-hari menjelang raya qurban ini, ingatlah pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan kita menjadi insan yang seadanya . Selepas solat terutamanya, doakanlah untuk kesejahteraan mereka, dimana sahaja mereka berada kini”

:: selamat bercuti, jaga keselamatan diri masing-masing dan gunakanlah masa yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu dan ayah :: :)

Muhammad Maghfur Ibrahim Akhibi
Exco Akademik & Kerjaya MPP 2012/2013

*Sidang redaksi UPSI Daily berbesar hati membuka slot untuk ucapan aidil adha daripada Mahasiswa UPSI. Sila email ucapan beserta gambar ke email kami upsidaily@gmail.com

Penuntut UPSI Terlibat Kemalangan Masih Tidak Sedarkan Diri

Samsul Bakhtiar Addenno, 23 Tahun
BATU PAHAT, 24 Oktober - Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat, Johor telah terlibat dalam satu kemalangan 19 Oktober yang lalu.

Mangsa, Samsul Bakhtiar Addenno, 23 berasal dari Johor merupakan pelajar tahun akhir Pengajian Malaysia, UPSI. Mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah telah dirempuh sebuah kereta Iswara yang tiba-tiba muncul dari simpang.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu turut disaksikan sendiri oleh muridnya yang mana motosikal mangsa betul-betul berada dihadapan motosikal muridnya ketika kejadian berlaku.

Sebelum kejadian, mangsa baru sahaja selesai makan bersama rakan praktikal di sekolah yang sama selepas menghadiri majlis Hari Kantin di sekolah

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala apabila topi keledar yang dipakainya tercabut ketika dirempuh. 

Samsul, telah dikejarkan ke klinik Parit Raja sebelum dibawa ke Hospital. Sehingga hari ini, mangsa masih belum sedarkan diri. Menurut makluman doktor, berlaku pendarahan di bahagian kepala dan kini beliau ditempatkan di Unit RawatanRapi (ICU), Hospital Nora Ismail Batu Pahat. 

Maklumat terkini yang diterima setakat petang tadi, mangsa telah selesai menjalani pembedahan menyambung urat pergelangan kaki dan sedang menunggu keputusan X-Ray kepala. Jika pendarahan di bahagian kepala semakin besar, beliau akan dipindahkan ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan lanjut. 

Samsul telah merancang untuk mengadakan jamuan perpisahan kelas-kelas yang beliau ajar sepanjang praktikal pada hari ahad 21 hb 10 2012 tetapi tidak kesampaian. 

Sidang redaksi UPSIdaily mendoakan semoga beliau cepat sedar dan kembali sihat seperti sediakala. 

Laman Facebook Samsul Bakhtiar, telah dikunjungi sahabat terdekat, rakan mahasiswa, warga sekolah dan anak muridnya yang mana semua memberi ucapan agar Samsul cepat sembuh. Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengambil segala butiran-butiran yang diperlukan. Semoga sahabat kita dilindungi dan cepat sembuh. Amin.-UPSIDaily 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...