Halaman

Khamis, 5 April 2012

[ADAM sayang VS MP UPSI]SAMA??

Salam kenangan penuh kerinduan...haha

Tak habis lagi kisah Adam Adli ni...UPSIdaily ingatkan cuti semester madu yang diberikan, AA ni wat lah perkara yang berfaedah. Tapi mana bolehkan...dah nak PRU. Ramai nak gunakan perkhidmatan dia. Pasti semua dah tahu kan apa yang berlaku pada AA. Kesian sahabat kita ni.

cc pixa HE.b.c


Baca lanjut di [SINI]

Tapi sahabat semua jangan bimbang...kawan kita ni selamat dijaga POLIS. 
shared video sikit...tengok depan lappy je tau dah apa berlaku...

fokus pada minit 4:43 sampai.....sampai habislah.

Tu lah, bahana campur tangan. Kenapa sibuk-sibuk datang kat tempat orang. Ada orang suruh ker?? SIAPAKAH? Emm...kan dah kene ______. Tak pasal-pasal kene kutuk juga. Jagalah diri dan nama tu. Ingat pesanan brader tu..."kau..kau...g belajar lah..g belajar...sambung belajar....."cukup pesanan dari penaja.

Ni kisah Adam Adli UPSI. Orang marahkan bila kita ganggu tempat orang. Ingat lagi tak kisah MP UPSI meroyan? [SINI] Jangan sampai pisang berbuah dua kali... lain pokok, lain buahnya.

Iklankan soalan jap. JAWAB semua!!!

Setuju!! Kita dah hantar wakil untuk berbincang!

TAPI
NI
APA
???

Teruskan bersama KSMP 

Shuuu...diam2..(-Kami Semua Memang Penipu-)

sama serupa vs sama tapi tidak serupa

---------------------UPSIdaily------------------
Apabila hendak lakukan sesuatu, fikirlah kesan dan akibat. Jangan fikir orang suka apa yang kita lakukan. Kena pandang pelbagai sudut. Buat baik pun ada orang tidak suka. Apatah lagi kalau buat perangai macam ni.. Ni lah yang dinamakan SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Bukan budaya mahasiswa macam ni. Jangan buat kecoh, tak suka tak suka tak suka. Perwatakan dan imej yang baik (luaran)..kene baik jugalah perbuatan. 

p/s : Adam jaga diri ye...

"Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya"

Isnin, 2 April 2012

KAH!KAH!KAH! KISAH PRO-M BAHAN JENAKA UPENYER...JEMMM

Salam Perpaduan Sulamkan Ketelusan...

UPSIdaily nak kongsi sketsa sikit... Bukan nak perli okeyh..=p Orang melayu makan cili~ itu normal. Makan lebih...menangissss....

MAMU RAJA LAWAK di USM bersama AMAN KAMPUS

_JANGAN_JADI_MAHASISWA_TIDAK_MATANG_

----------------UPSIdaily---------------

Kepada junior-junior yang baru...belum tahu apa2.. nilailah sendiri apa yang sudah berlaku. Ingat tujuan berada di Universiti sebagai harapan keluarga. Apakah yang kita mahukan? Fikirlah masa depan mu. Jangan terikut dengan kerja yang sia-sia. Kerana "mereka" berlatar belakangkan pendidikan "failed". Itukah idola kita? Bebas berpolitik tapi jangan sampai memakan diri. Kerana manusia itu pandai bermuka-muka. Lain tersurat...lain juga lah yang tersirat.

SAYA BANGGA MENJADI MAHASISWA UPSI
ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

MP MEROYAN CARI PUBLISITI MURAHAN

Salam Perpaduan Sulamkan Ketelusan...

UPSIdaily semakin tidak faham dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh PRO-M UPSI.. Sempena malam penutup Hari Terbuka Kolej Za'ba... mereka menggelarkan DELEGASI Mahasiswa Pendidik. Provokasi kah ini? Huru HARAM jadinya...


_Laungan DEMO tanpa PERARAKAN_


Dimanakah JMK Sekretariat Keselamatan HTKZ'?? Betul ker individu ini juga adalah dikalangan mereka? Maka semua boleh ON? KRONIk!!!

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian...bilakah masa dorang ni wat kecoh?? Ketika ini di pentas utama sedang berlangsungnya gimik Perasmian Penutupan HTKZ'12 yang dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr Zakarian bin Kasa. Sangat tidak menghormati majlis yang dilangsungkan oleh Tuan Rumah. Memang perangai PRO-M ni suka wat kacau ke? Masuk rumah orang kemudian buat hal. Langsung tak hormat tetamu yang datang. Tak terfikir ker? Tidak ada rasa segan dengan pengunjung yang hadir selain daripada mahasiswa UPSI yang sememangnya dah jelek dengan perbuatan PRO-M ini.

Edaran risalah oleh PRO-M UPSI, bagi UPSIDaily ada tersirat yang ingin disampaikan. Artikel yang BAGUS

Jika dahulunya Adam Adli yang kononnya masuk "rumah UMNO.."kemudian turunkan bendera PM Malaysia..kini ditiru pula oleh golongan Pas Kecik PRO-M UPSI?? Memang modus operandi sama dan dirancang yer? hebat u olzz~ 

Menentang penganjuran malam penutup yang mana pengisiannya dihadiri oleh artis jemputan Najwa Latif dan AXL's. Sangat mudah merosakkan majlis dari merealisasikannya.. setelah susah payah barisan Sekretariat HTKZ 2012 bertungkus lumus, bersengkang mata...tetapi di malam penutupnya, ini yang terjadi. Ada wakil yang datang berbincang dengan pentadbiran KZ sebelumnya?


Hiburan malam penutup, gambaran negatif kepada bakal pendidik. Bagaimana pula perangai/tingkah laku yang ditunjukkan oleh segelintir PRO-M UPSI? Adakah ia tidak membunuh kepercayaan dan imej buruk oleh masyarakat luar terhadap bakal2 guru UPSI nanti? Berdemo!Menentang! Dikalangan PRO-M UPSI wat salah..just tutup mata tanda sokongan.......

Di depan Pintu Masuk Utama UPSI

-----------------UPSIDaily-----------------
Kepada PRO-M UPSI Mahasiswa Pendidik...wat la program sendiri, kemudian sampaikan objektif TU kepada semua Mahasiswa UPSI. Mana tahu t ada sambutan ker... Mungkin tidak salah, tapi cara tadi itu yang salah. Belajarlah untuk menghormati. Nilai dan fikir dahulu apa pandangan orang, bukan buat sesuka hati kemudian bangga dengan apa yang telah dilakukan. UPSIDaily...ada yang boleh bersetuju dengan MP tapi banyak yang xsetuju juga. Jangan mempergunakan...cukup mesej ni disini... Mahasiswa memerhati dan menilai. AWAS!!!

Penghargaan dari Pengetua Kolej KZ

TAHNIAH KZ!!! 

PERHATIAN PENGHUNI KAB KZ!!!

PERHATIAN!!! Gangguan bekalan elektrik sementara...


SALAM,
WARGA KAB dan KZ....Maklumat Penting...Esok tak da elektrik....

Kepada Pengguna Yang DiHormati,

NOTIS PEMBERHENTIAN 1 GANGGUAN SEMENTARA BEKALAN ELEKTRIK

Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik di
KAWASAN PE JEJAMBAT ASRAMA UPSI , PE ASRAMA UPSI , PE ASRAMA
UPSI 1 , PE ASRAMA UPSI 2 & PE TAMAN SELESA

Akan diberhentikan 1 diganggu sementara pada 02/04/2012 dari 9:00:00 AM hingga 7:00:00 PM bagi tujuan
PREVENTIVE MAINTENANCE PE JEJAMBAT ASRAMA UPSI , PE ASRAMA
UPSI , PE ASRAMA UPSI 1, PE ASRAMA UPSI 2 & PE TAMAN SELESA.

Nama Pemegang Lesen Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866- W)
Alamat Pihak Pengurusan Tempatan Pejabat Pengurus Kawasan Kampar
Bahagian Pembahagian TNB
Pegawai untuk Dihubungi PUSAT PENGURUSAN BEKALAN TNB
TANJONG MALIM
No. Telefon 05-4595462/05-4597020
Tarikh 06/03/2012

MOHO HELMI ABDUL RAHMAN.
Pengurus Cawangan (Tanjong Malim)
Bahagian Pembahagian

TNB Tanjong Malim.


Sumber : 


Sabtu, 31 Mac 2012

EARTH HOUR IS COME BACK!!!

Salam keamanan...salam perpaduan... Seluruh warga UPSI.

Pesanan kepada semua warga Kolej Kediaman d UPSI.. 
KHAR, KAB, UKLK, KZ dan KUO

_SAYANG_BUMI_KITA_
31 MAC 2012
8.30 PM - 9.30 PM
Kepada semua warga bumi yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjayakan Earth Hour 2012. Sumbangan anda, walau kecil tetapi hakikatnya membawa makna yang amat bersar dan bernilai kepada bumi ini.


Apa itu Earth Hour?
Earth Hour merupakan satu kempen yang diadakan oleh WWF Australia bagi mengurangkan pemanasan iklim global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.

WWF apa pula tu?
Bukan yang gusti tu lah..itu WWE. WWF ni nama panjang dia, World Wide Fund for Nature. Kira satu agensi yang berkaitan dengan alam sekitar.

Apa yang anda perlu buat sewaktu Earth Hour?
Apa yang perlu anda buat adalah cukup mudah iaitu dengan menutup lampu ataupun mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu atau jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Walaupun hanya sejam (60 minit), namun kesannya sangat besar terhadap pemanasan iklim global.

sumber : SINI

Your are involved

Sekitar gambar terkenal Earth Hour 2009

[KLCC-09-EarthHour[6].jpg]
Kuala Lumpur City Centre (Petronas KLCC), Malaysia yang sedia bergelap

472earthhoureiffel
Menara Eiffel di Paris

burj-al-arab-earth-hour (1)
Burj Al Arabyang mengagumkan pun padamkan lampu

Sudahkah anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Padamkan lampu selama sejam dari jam 8.30 pm - 9.30 pm... 60 minit aje...

"Kita Tidak Mewarisi Bumi Tetapi Kita Hanya Meminjamnya Daripada Generasi Yang Akan Datang"...Earth Hour 31 March - Pesanan Penaja MAXIS


SOKONGAN SEMUA HARAPAN BERSAMA

Rabu, 28 Mac 2012

HUJUNG MINGGU DI KOLEJ ZA'BA

Salam Mahasiswa UPSI...

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga UPSI semester 2, 2011/2012 iaitu Program Open Day Kolej Kediaman UPSI. Kolej Za'ba akan menjayakan program tahunan besar-besaran dan gilang-gemilang yang pasti mencipta 1001 kenangan buat sekretariat Hari Terbuka Kolej Za'ba 2012 dan kepada semua para pengunjung yang bakal hadir. Semua dijemput beramai-ramai datang ke HTKZ'2012!!! Welcome!!!

KOLEJ ZA'BA 
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UPSI

"KALUNGKAN PERPADUAN, SULAMKAN KETELUSAN"

Banner Rasmi HTKZ'2012

Kerjasama PERAK fm dalam menjayakan HTKZ'2012

Bersama Ahmad Fedtri Yahya di Sri Pentas Bandar Utama. Nantikan kemunculan beliau pada malam Kemuncak Pencarian Murabbi II UPSI



Pengurus Bahagian Rekabentuk dan Aktiviti, MOHD FAUZI ISMAIL ditemubual melalui talian telefon untuk mempromosikan Hari Terbuka Kolej Za'ba 2012 dalam slot Selamat Pagi Malaysia di RTM1


Untuk info lanjut mengenai Hari Terbuka Kolej Za'ba 2012, sila lawat PAGE FACEBOOK HTKZ'2012. Pelbagai program, aktiviti dan pertandingan yang menarik telah disusun sepanjang 4 hari 4 malam. 



Semua dijemut hadir bagi memeriahkan lagi 
HARI TERBUKA KOLEJ ZA'BA 2012


Tahniah UPSIdaily ucapkan kepada
 Pengetua Kolej Za'ba, Pentadbiran Kolej Za'ba, Felo-felo Kediaman, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Zaba, dan seluruh warga kolej Zaba

Selasa, 27 Mac 2012

MAHASISWA PENDIDIK PATUT DICONTOHI. TAHNIAH!!!

Salam Mahasiswa UPSI...

Mahasiswa UPSI dibelenggu pelbagai isu...permasalahan berkaitan peruntukan program dari pihak HEP, isu pembasmian ISLAM di UPSI?? Melihat perkara ini, berbagai-bagai versi yang cerita jadi perbualan, andaian, sangkaan, penilaian oleh abg2 dan kakak2 di UPSI. Tersurat tidak seperti apa yang tersirat. Menimbulkan keraguan, salah-faham, penilaian yang singkat, meragukan akhirnya bimbang timbul fitnah. 

KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN!!!

Buktikan...jangan hanya berbicara. Bimbang nanti sendiri yang malu.. Fahami dulu kenapa dan mengapa perkara ini terjadi. 

Pembasmian Islam di UPSI???

Apabila Yang Arif Putera berkata...adakah tuduhan? Pandangan mahasiswa matang? Sepertinya tahu segala perkara apa yang berlaku. Tiada yang betul..salah belaka.. Cetek menilai!

No komen... teruskan bersama KSMP!

No komen... teruskan bersama KSMP!

Program apakah semua ini???

1?

2?

3?

4?

5?

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua warga UPSI yang menyertai dan menjayakan Pengajian Pondok Universiti."

6?
7?
8?
9?
.
.
.
.
.
.
Sampai bila program seperti ni nak dianjurkan lagi di UPSI???? 
Banyaknyer!!!!! KLIK SINI dan KLIK SANA

Melihat senario yang dimainkan oleh Mahasiswa Pendidik ini..masih tidak nampak kematangan yang sewajarnya dibawa. Aktiviti Kerohanian, ada bajet yang diperuntukkan dalam menjalankan aktiviti. Program kerohanian yang berterusan, maka peruntukan perlu dibahagi-bahagikan dan dimanfaatkan sebaiknya supaya sepenggal pengajian, segala aktiviti kerohanian dapat dijalankan dengan jayanya. Tiada istilah SEKATAN atau bajet DIPOTONG!! Pernah fikir mengenai bajet program-program lain juga? Jangan mempergunakan isu ini untuk memburukkan mana-mana pihak dan mengeruhkan keadaan, hanya pandai berselindung disebalik program islamik. Kita mahu semua mahasiswa UPSI mendapat manfaat dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan di UPSI. 

Untuk pengetahuan Mahasiswa UPSI sekalian, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan dibawah skop aktiviti kerohanian. Ada juga aktiviti islamik yang dibawa keluar dari UPSI untuk dilaksanakan, tetap mendapat sokongan dan kelulusan dari pengetua kolej kediaman. SEKATAN KAH INI?? Kenapa mereka ini tidak mahu menwar-warkan? Tiada ucapan terima kasih dan penghargaan yang diberikan, lebih teruk lagi apabila menunjukkan sikap tidak tahu bersyukur.


--------------------UPSIDaily--------------------

Pelbagai aktiviti kerohanian dijalankan di bawah pentadbiran Pusat Islam UPSI yang mana telah diberi autonomi untuk menjalankan program. Fahami prosedur dan keadaan. Ikhlas...Allah permudahkan urusan. Pihak UPSI sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti pelajar... TNC HEP amat menggalakan mahasiswanya menjalankan aktiviti dan program.

P/s : Jangan suka menabur fitnah... Perkara kecil jangan dibesarkan, yang sebenarnya tak ada apapun... Jangan rosakan keamanan yang ada... Bijak lah menjadi Mahasiswa.... Bertaubatlah...


MERAIH SOKONGAN...FITNAH DITABURKAN...
TERUSKAN BERSAMA KSMP!!!=)

"Sesuatu yang menguntungkan DISENYAPKAN, yang tidak menguntungkan DIGEMBAR-GEMBURKAN untuk menagih simpati..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...