Halaman

Jumaat, 15 Jun 2012

ISRAK MIKRAJ BUKAN SEKADAR PERISTIWA


Alhamdulillah 27 Rejab 1433 Hijrah hanya tinggal lagi dua hari sahaja lagi, dan jika kita kira-kira hanya tinggal 34 hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Subhanallah Maha suci Allah cepat sungguh masa berlalu dan saya percaya semua warga UPSI sedang menanti-nantikan bulan Ramadhan.

Berbalik kepada tajuk post kita hari ini, Israk Mikraj Bukan Sekadar Peristiwa, apabila kita bercerita tentang Israk Mikraj sudah tentu kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S. A. W bersama Malaikat Jibril dan Mikail. Kisah perjalanan dalam Israk Mikraj ini terbahagi kepada DUA fasa yang perlu kita tahu iaitu :

  1. Israk - Perjalanan Nabi Muhammad S. A. W menaiki Binatang Buraq dari Masjidil Haram Mekah Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin.
  2. Mikraj -ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha langit ke TUJUH

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar.

Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. 

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.


Dalam peristiwa Israk Mikraj inilah Nabi Muhammad S.A.W telah bertemu dengan Allah S.W.T untuk menerima anugerah ibadah solat. Pada mulanya Allah memerintahkan umat Nabi Muhammad untuk melakukan solat sebanyak tetapi selepas 9 kali merayu(setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan juga nilainya 50 waktu juga. 


Solat atau sembahyang yang difardhukan itu adalah anugerah kepada kita semua, sama-sama lah kita menjaga solat kita agar dapat menjadi Muslim sejati


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...