Halaman

Selasa, 6 Mac 2012

DUA MAHASISWA UPSI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Salam ummah...



Berita kemalangan maut di Baling, Kedah telah melibatkan 5 Mahasiswa UPSI. 2 pelajar siswi Pengajian Pendidikan Islam semester 6 telah selamat kembali ke rahmatullah 9 pagi tadi dan 3 sahabat yang lain mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Almarhumah FATINI BT MUHAMMAD yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan manakala NURUL HIDAYAH BT ABDUL AZIZ berasal dari Bachok, Kelantan. Semoga roh mereka ditempatkan sebaris dengan roh para solehin dan syuhada. Bersama juga kita mengiringi doa kepada tiga orang lagi rakan mereka yang masih tidak sedarkan diri di Hospital Kedah.

Latest Update
Cedera :
1. HAMIDAH BT MAMAT - Pelajar Semester 4, Program Pend. Awal Kanak-kanak
2. AISYAH MARDHIAH BT KAMIL - Pelajar Semester 6, Program Pend. Islam
3. ABQARIYYAH BT GHAZALI - Pelajar Semester 6, Program Pend. Islam


Sumber : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI

Menurut sumber yang UPSIdaily perolehi, 5 sekawan ini telah berhajat untuk melawat ayah kepada salah seorang di antara mereka yang sedang sakit. Di perjalanan pulang, mereka telah mengalami kemalangan dipercayai untuk mengelak seekor babi yang sedang melintas jalan.

UPSI telah menghantar 1 rombongan bas melawat mangsa dan keluarga mangsa. Rakan-rakan sepengajian meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua orang sahabat ini dan menziarahi 3 sahabat yang lain, yang kini dirawat di hospital Kedah.

Sebarang bentuk bantuan dan sumbangan bolehlah disalurkan melalui badan-badan yang dilantik dan dipercayai. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar dan Pusat Islam perlu mengambil peranan untuk mengumpul sumbangan-sumbangan ikhlas dari sahabat Mahasiswa UPSI. Melalui saluran yang betul, semoga dengan sumbangan yang diperolehi dapat diserahkan terus kepada keluarga mereka.

Pemergian mereka berdua ibarat hilangnya sinaran mutiara berkedipan di UPSI tercinta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Sesungguhnya telah tertulis segala liku-liku hidup kita yang tak mampu kita lawan takdir dari yang Maha Esa. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T 

Bahawasanya seseorang dari kamu itu dikumpulkan kejadiannya dalam kandungan ibunya 40 hari, masih berujud air mani. Lalu jadilah segumpal darah selama 40 hari juga. Kemudian Allah taala mengutuskan malaikat lalu meniupkan roh di dalam tubuhnya dan diperintahkan dalam empat perkara iaitu menuliskan ketetapan tentang rezekinya, ajalnya, amalannya, dan menjadi orang yang celaka atau bahagia (Al-Mu’minun : 12-14)

Kehidupan kita ibarat satu pengembaraan yang dimulai dengan alam roh dan diakhiri dengan alam akhirat. Pertemuan kita hanya sementara di alam syahadah yang bersifat sementara malah alam akhirat merupakan alam yang hakiki yang kita kan temui kembali setelah terpisah antara roh dan jasad. Bagi mereka berdua, sudah tersurat bahawa usia mereka hanya sekadar di sini sahaja. Sebagai yang masih hidup, kita perlu meneruskan kehidupan dengan tidak melupakan yang telah pergi buat selama-lamanya sebagai tanda kasih dan sayang kita pada sahabat.

Salam Takziah dari UPSIdaily kepada keluarga sahabat kita yang terlibat dalam kemalangan....

AL-FATIHAH...

Jumaat, 2 Mac 2012

ASPIRASI KUDA UMNO?? OKBAI!!!

BEBASKAN MAHASISWA BERPARTISIPASI DALAM POLITIK!!!


SEIRING SENADA..SEHATI DAN SEJIWA..INILAH PERLU DISEMAIKAN...DALAM DIRIMU KAWAN... HAHAHA~

Apakah persamaan DUA VIDEO ni?

Emm..politik luar..Apakah kaitannya??


PRO-MAHASISWA

Tapi ini sangat berbeza..kenapakah? 

PRO-ASPIRASI UNIVERSITI

Lontaran yang sering ditomahkan kepada Penggerak Mahasiswa ASPIRASI seluruh IPTA adalah "ASPIRASI KUDA UMNO...TALI BARUT KERAJAAN". Apakah yang menyebabkan golongan Pro-Mahasiswa ini melabelkan Pro-ASPIRASI sampai cam tu sekali? Mungkin mereka tidak TERLIBAT LANGSUNG dengan parti politik luar...atau sebelum mereka diBAHAN semula..sebagai langkah berjaga-jaga, maka serang dulu Penggerak Mahasiswa ASPIRASI. Terbukti sudah siapa dalang-dalang disebalik gerakan Pro-Mahasiswa ini. 


Beza Pro-ASPIRASI dengan Pro-Mahasiswa
"Sape setuju angkat tangan macam saya~~"

----------------UPSIdaily------------------

Terima Kasih.....

UPSIdaily tahu kewujudan dua belah gerakan pelajar ini. Secara umumnya dikenali sebagai Pro-ASPIRASI yang mendukung varsiti universiti..selaras dengan visi dan misi universiti. Yang mana di dalam Universiti itu ada Mahasiswanya, pensyarahnya, staffnya, pekerja amnya. Pro-Mahasiswa pula? Dimanakah titik persamaan? Apa pun, kita masih ada nilai-nilai murni dan saling menghormati. Jalankan amanah yang diberikan..kebajikan dan sahsiah mahasiswa yang utama. Tidak semua dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas yang berat ini. Apabila sudah tergalas, berdepanlah dengan beban yang anda perlu pikul setelah itu yang anda inginkan. 

P/S : Belajar...Langkah masih panjang. UPSI adalah medan pertempuran kita untuk meneruskan perjuangan yang hakiki. Kebebasan untuk berpolitik, tapi janganlah gadaikan masa depan anda hanya kerana politik. Semua sahabat Mahasiswa adalah sama. Jangan wujudkan jurang yang terlalu besar. Jangan tanam sifat kebencian.

MAHASISWA SUDAH SEMAKIN BIJAK

Khamis, 1 Mac 2012

KAB KECOH, SEKUMPULAN LEMBAGA MASUK RUMAH PENGHUNI?

Salam Keamanan, Salam Kebajikan

Warga KAB terkejut apabila sekumpulan mahasiswa datang mengunjungi setiap rumah penghuni pada 22 dan 23 Februari 2012 jam bermula jam 9.00 malam bagi menjalankan kajian selidik tentang permasalahan yang dihadapi oleh penghuni di KAB dan KZ. Ada segelintir pihak yang terkejut dan tidak senang dengan kedatangan kumpulan ini kerana mencuri sedikit waktu malam mereka. Namun kumpulan yang digelar sebagai ASPIRASI KAB ini menerima segala tuduhan dan tohmahan dengan berlapang dada demi matlamat yang satu iaitu MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA.

Antara isu utama yang diutarakan oleh penghuni kepada Pimpinan ASPIRASI adalah berkaitan masalah Langsir, Television dan beberapa permasalahan berkaitan kemudahan asas yang lain. Oleh yang demikian, ASPIRASI KAB telah mengambil langkah pro aktif dengan membawa perkara ini kepada Pengetua kedua-dua kolej kediaman. Rentetan daripada itu ASPIRASI KAB telah bertemu dengan TNC HEPA pada 27 Februari 2012 jam 3.30 petang bagi mencari jalan penyeleaian kepada masalah ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, TNC HEPA merupakan seorang yang Pro Aktif. TNC HEPA telah memberi jaminan bahawa isu ini akan diselesaikan dengan segera yang mungkin demi kebajikan penguni kolej.



Permasalahan langsir yang dihadapi oleh penghuni KAB dan KZ








JENG...JENG..JENG...LANGSIR BARU? APAKAH??

Warna-warni
 Macam-macam design

Kreatif

Darurat2 dah ni...habis langsir 


BERITA GEMBIRA BUAT SEMUA WARGA KAB & KZ!!!
Tepat jam 10.00 pagi, KJ Aspirasi KAB telah menerima panggilan telefon daripada pihak HEP bahawa peruntukan telah diluluskan untuk LANGSIR BARU. ASPIRASI akan terus memperjuangkan kebajikan pelajar. Tidak hanya menyalak di dinding2 FACEBOOK! Keje tak buat, cakap berapi...jangan memperjudikan kebajikan pelajar untuk kepentingan JUAK. Kalau tak buat keje..xde sapa pun tahu masalah. Kalau cakap je...bukti tak de..mahkamah pun kalah!!!

KLIK UNTUK INFO:
ASPIRASI UPSI dalam diam Mohon SEKATAN FB & YOUTUBE ditarik semula !!!


Pro-Aspirasi, UPSI
Shahrael Bin Abd Kassim
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar



Dan kini seluruh mahasiswa UPSI yang menggunakan perkhidmatan JARING UPSI dapat access FB & YOUTUBE pada waktu malam. Selamat menyiapkan assigment. Tahniahh!!!!


---------UPSIdaily----------

UPSIdaily terima segala ARTIKEL yang ingin disiarkan di sini demi perkongsian bersama. Apa yang penting, KEBAJIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR UPSI HARUS DIUTAMAKAN



Terima kasih diucapkan kepada mereka yang tahu apa tanggungjawab yang perlu dilakukan demi kepentingan Mahasiswa UPSI.



PELANTIKAN CANSELOR BARU UPSI SEMBAH TAHNIAH

Salam Aspirasi....UPSIdaily ASPIRASI??
WE LOVE UPSI

UPSIdaily menghargai banner yang telah dihasilkan oleh Penggerak Mahasiswa ASPIRASI UPSI.  Ini merupakan satu penghargaan yang telah diberikan atas pelantikan canselor baru Universiti Pendidikan Sultan Idris.




Pelantikan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Adalah dimaklumkan, bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-marhum Sultan Badlishah telah berkenan melantik Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuatkuasa 1 Januari 2012

Menggantikan Canselor UPSI

canselor

DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN TUANKU BAINUN
D.K (Selangor), D.K (Perak) D.M.N


Semoga dengan pelantikan ini, nama UPSI akan terus gah bernaung di bawah Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Zara Salim. Menjadi satu kebanggaan dan penghormatan kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris. UPSIdaily bangga menjadi Anak Kandung Suluh Budiman.

Jumaat, 24 Februari 2012

KHAR UPSI ANJUR KARNIVAL ANTI DADAH

Salam sahabat Mahasiswa/i UPSI
We Love UPSI


Sebagai pembuka tirai semester baru ini, Kolej Harun Aminurrashid UPSI telah menganjurkan Karnival Anti Dadah (KanDa '12). Program ini berlangsung selama 4 hari bermula semalam 23hb Februari 2012 sehingga 26hb Februari 2012 bertempat di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid. 

Pelbagai program menarik telah dirancang dan semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi KanDa '12. Para hadirin yang hadir boleh melawat gerai-gerai yang dibuka dan menyertai pelbagai pertandingan yang telah disusun.


Tentatif sepanjang program


 Antara program-program menarik sepanjang 
KanDa '12

FORUM : Kekasihku Di Lorong Gelap

Bengkel Pengurusan Jenazah (HIV & AIDS)

Secangkir Bicara Dalam Diari Kehidupan " Aku Di Persimpangan"

 Festival Nasyid Anti Dadah 2012

Pertandingan Forum Wacana Ilmu 2012

Malam Simfoni Hitam Putih Hidup

Street Soccer

 Marathon KanDa '12

Pesta Sukaneka Rakyat

Untuk maklumat lanjut, sila lawat PAGE FB and LIKE

-------------UPSIdaily-------------

Penganjuran program seperti yang dilakukan oleh KHAR, KanDa '12 merupakan acara gilang-gemilang yang dinanti-nantikan oleh warga UPSI dan penduduk sekitar Tanjong Malim. Untuk makluman semua, setiap kolej kediaman UPSI pasti akan mengajurkan satu program besar seperti "Open Day" dan ini merupakan satu aktiviti tahunan bagi kolej-kolej kediamna UPSI. 

Melalui program seperti ini, banyak manfaat yang diperolehi oleh jawatankuasa pelaksana seperti aspek pengurusan, protokol dan sebagainya. Menjadikan Mahasiswa/i UPSI serba boleh dan selain itu dapat mnecungkil bakat-bakat baru. Jalinan ukhuwah dapat dieratkan. Semoga objektif program KanDa '12 KHAR akan tercapai dengan jayanya.

Khamis, 23 Februari 2012

WARGA UPSI PRIHATIN SOKONG PEACE PALESTINE

Salam Keamanan... Siri 1


Hari pertama, UPSIdaily melihat kempen ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari warga UPSI. Kempen PEACE PALESTINE anjuran KARISMA UPSI telah bermula di Sudut Pidato, ruang legar Bitarasiswa dan kemuncak di Pintu Timur. Pelbagai reaksi dapat dilihat tanda sokongan dari warga UPSI. Mahasiswa/i dan seluruh warga UPSI mulai sedar terhadap penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 

Bersama meluangkan masa demi keamanan Palestin

Tabung derma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin

"Peace For Palestine"

TNC HEP UPSI turut menghulurkan sumbangan

TNC HEP UPSI turun padang menjayakan kempen Kemanan Palestin

.............UPSIdaily................

Banyak gambar yang UPSIdaily terima untuk dikongsikan bersama semua. Walau bagaimanapun, cerita kempen Peace for Palestine belum berakhir disini. Semoga semua warga UPSI akan terus bersama untuk memberikan sokongan dan menolak kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Perkongsian bersama KLIK SINI dan UTUSAN ONLINE


PEACE FOR PALESTINE
FREEDOM AND JUSTICE FOR PALESTINE

Selasa, 21 Februari 2012

KEMPEN KEAMANAN UNTUK BUMI PALESTIN

Salam Keamanan...

      

Seluruh warga dan Mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI diminta supaya menjayakan kempen PEACE FOR PALESTINE, Freedom and Justice for Palestine. Kempen ini bertujuan untuk menyampaikan mesej murni, meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terutamanya dikalangan warga dan Mahasiswa/i UPSI. Sebagai rakyat Malaysia, perlu amik tahu dan peduli mengapa negara Palestin jadi sebegitu rupa. Semoga dengan pelancaran kempen Keamanan Untuk Bumi Palestin ini, dapat mengingati saudara kita yang ditindas di bumi Palestin, memberi keinsafan dan sama-sama mengambil ikhtibar atas kejadian yang menimpa rakyat Palestin. Bersyukurlah negara kita Malaysia masih mampu untuk mengekalkan keamanannya.

Kempen bermula pada 22 Februari 2012 bertempat di Sudut Pidato Bitarasiswa dan kolej-kolej kediaman. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

  1. Pidato Peace for Palestine
  2. Mengutip tandatangan 
  3. Membuat banner
  4. Mengutip derma
  5. Solat Hajat di setiap kolej kediaman
*tertakluk kepada perubahan

UPSIdaily difahamkan bahawa seluruh IPTA bersama-sama akan melancarkan kempen Peace for Palestine pada minggu ini.


Tell Me Why???

Apakah yang telah terjadi di Palestin?


Realiti kini bumi Palestin


Tangisan harapan si anak kecil

------------------UPSIdaily------------------

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit"

Semoga dengan sumbangan ikhlas yang diterima dapat membantu meringankan beban dan derita yang ditanggung oleh rakyat di bumi Palestin. Tiada apa yang mampu UPSIdaily katakan, dengan menyingkap sejarah tragedi yang berlaku di bumi Palestin, ia mampu memberi seribu keinsafan. Harapan kepada seluruh warga UPSI, sama-samalah mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...