Halaman

Ahad, 15 April 2012

PESANAN UNTUK ADINDA YUYU LUNA

Salam Idealis Siswa...

Apabila kebebasan bersuara sudah diberikan, tiada yang bagus hendak dipamerkan, kesyukuran jauh sekali, apa lagi untuk berterima kasih. Sesungguhnya, engkau tidak mewakili mahasiswa2 lain yang jauh lebih bijak untuk berfikir dan sayangkan negara. Tidak kisahlah apa saja gelaran yang diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa yang taat setia sokong kepada kerajaan sedia ada kerana apa yang ada pada hari ini datangnya juga dari kerajaan yang telah berjaya mentadbir Malaysia dengan amannya. 

GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA

Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim

INIKAH ICON SRIKANDI ADAM ADLI YANG DIBANGGAKAN PERJUANGANNYA? INIKAH BAKAL GURU YANG AKAN MENURUNKAN ILMUNYA KEPADA GENERASI ASET NEGARA? 

UPSIdaily sudah agak, cuti mid-sem pasti akan ada cerita. Kalau dah bercakap, main ikut suka. Tak ilmiah langsung. Sebagai seorang mahasiswa yang berakademik, high level thingking, bukan ini caranya. Berkempen? menghasut? memburukkan? lalala.... Ternyata, apa yang disampaikan hanya berdasarkan maklumat dan fahaman, yang boleh diibaratkan sekadar permukaan air di kolam. Sedangkan banyak lagi yang Yuyu Luna Maya tidak tahu. Inilah doktrin yang disembunyikan oleh pihak parti politik pembangkang. Walau salah, langgar je. Seperti mentornya, kalau cakap bumi ada dua pun orang akan percaya. Hebat membina persepsi dan mempengaruhi. 

1. Baktisiswa : Selagi ia mendatangkan manfaat kepada mahasiswa, tak salah untuk kita ikut. Mahasiswa, perlu berbakti kepada masyarakat. Manfaat peluang yang ada. Bagaimana pula BAKTISISWA yang LMP adakan di SG BESAR? Agenda Politik! Tak lulus paper kalau tak ikut, mcm mana pula kem2 KO? wajib tu.Salah pensyarah juga. "sedih2 sebab kene pakso"

2. "ASPIRASI atau Penyokong Kerajaan Barisan National..." So yuyu nak cakap yang LMP tu Penyokong Pakatan Rakyat la yer? OK.

3. Memperjuangkan kebajikan rakyat, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,1 Malaysia. Bukannyer sokong yang memperjudikan masa depan rakyat macam PR. Perkara dan janji2 yang tidak pasti. Kalau tidak hebat Malaysia, tak kanlah PR nak menakluki Malaysia. Tahniah kerajaan Malaysia.

4. Fakta ke pelajar UPSI tidak dapat posting disebabkan kekalahan UPSI pada PRK lepas? Kalau iye, salah siapa? Bagaimana pula isu posting pada tahun 2005 berjaya diselesaikan? IGNORE je la...

5. "Dari bagi RM100 ke budak sekolah.., kalau bagi yuran free kan mudah." EH! bukan dah free ke yuran? main hembus jer. Budak sekolah pun tahu berterima kasih. Macam-macam manfaat diterima. Yuyu bukan budak sekolah pun nak amik tahu.

6. Yuyu beli buku haluan kiri, UPSIdaily beli buku haluan kanan kiri.,baru adil. Lagi 1, ada kerajaan nak kisah ko beli buku apa.? Tapi sangat menghargai TERIMA KASIH itu.Ok la. Salah kerajaan bagi baucerbuku. Tanggungjawab diri sendirilah untuk manfaatkan apa yang diberi. Yuyu ni, samalah macam salahkan mak bapak yang paksa anak dok asrama..kalau dah tak nak belajar, bukan salah anak. Xfaham la dengan Yuyu Luna Maya ni.

7. PTPTPN dihapuskan...pendidikan percuma. OK. Yuran asrama dan pengajian percuma. Wang sara hidup, gaji pensyarah dan etc Yuyu Luna Maya nak tanggung? UPSIdaily tak sampai hati nak susahkan keluarga. Ada PTPTN pun masih lagi tak cukup, tapi paling kurang dapat membantu dan meringankan.

8. 9. 10. 11. 12. ........ Dengar la sendiri. 


Isu PTPTN,..Malas nak ulas..semua nak percuma. Hantaran Yuyu Luna Maya pun percuma, hak untuk berkhawin. Nak percuma dapatkan 1st class degree la sayang. Harapan ibu bapa itu yang utama.

#######################
Memetik kata-kata Naib Yang Dipertua MPP UPSI.

Azli Md Ali

"... Apabila kita terlalu Pro kepada Mahasiswa, akibatnya kita rasa diri kita je yang betul. Urusan universiti semua salah...pegawai salah, staff salah, pak guard saman pun salah padahal dia yang salah. Sampai begitu sekali pendirian mereka. Sampaikan apa yang mereka buat, semua mereka kata mereka betul. Semua mahasiswa betul. hebat Pro-mahasiswa.. BETUL~! Kene rasional, Ada masanya pihak lain juga betul, apa yang tidak betul, sebagai mahasiswa kita betulkan. Itulah ASPIRASI. Kita tidak terlalu taksub kepada golongan kita semata-mata. Mahasiswa adalah golongan yang mendapat pendidikan tertinggi dalam negara, orang yang ada akal, orang yang menyampaikan, bijak. Kita sayangkan universiti, kita nakkan keamanan..."


--------------------UPSIdaily----------------------
Yuyu Luna Maya suka tengok senario...patut la. Takde apa manfaat pun ceramah yang disampaikan. Semua orang dah tahu banyak perkara dan fakta yang dapat membidas kata-kata Yuyu Luna Maya. Ni lah mahasiswa yang malas membaca dan menilai. Cakap tidak serupa bikin. Tahniah Yuyu Luna Maya...


Perjuangan Retorik Senjata Politik

Jumaat, 6 April 2012

SOKONG..! HIDUP! HIDUP! MAHASISWA!!!

Salam Perpaduan Mahasiswa UPSI.

Kepada mahasiswa UPSI, UPSIdaily nak bawa semua kuar kejap dari UPSI. Perkongsian dari sahabat mahasiswa kita di UUM.

KU AMIRUL KU SEMAN


UPSIdaily kongsikan artikel yang agak menarik untuk dibaca, bertajuk Mahasiswa Perlu Bangkit oleh saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman, TYDP MPPUUM yang telah diterbitkan di akhbar Berita Harian pada 5 April yang lalu. Selamat membaca.


Klik gambar untuk besarkan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa isu terbesar menyelubungi dada akhbar. Isu penyakit masyarakat yang kian menghakis niali-nilai kemanusiaan. Justeru selaku pemegang amanah dari dana yang disumbangkan oleh ahli masyarakat, maka pentingnya mahasiswa bertindak membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan beberapa barah masyarakat yang andai tidak dibendung bakal mengheret kepada kematian nilai timur dalam masyarakat.

Fakta lima dari sepuluh lelaki adalah homoseksual adalah sesuatu yang mengejutkan. Lebih menambahkan kerisauan adalah golongan lelaki ini adalah terdiri dari warga korporat, professional serta kolar putih. Isu homoseksual bukanlah sesuatu isu yang baru. Walhal is wujud sejak zaman Nabi Allah Luth. Ditambah pula pelbagai kecaman serta amaran yang diberikan oleh Allah didalam kitab Allah Al –Quran untuk menyedarkan manusia. Dengan menjadikan surah Al-Araf Ayat 80 dan 81 yang membawa maksud ‘ Dan Nabi Luth (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kami?’ ‘ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas’.

Namun begitu di manakah silapnya sehinggakan fenomena ini melanda dunia kini umumnya dan negara kita khususnya? Ia sesuatu isu yang besar kerana ia berkait rapat dengan agenda menyelamatkan umat manusia dari lari dari fitrah manusia diciptakan. Fenomena homoseksual ini dikatakan berpunca dari zaman persekolahan baik disekolah harian biasa hinggalah ke sekolah berasrama penuh. Timbulnya persoalan disini adakah dasar pelajaran negara tidak komprehensif? Adakah tidak cukup suntikkan, pendedahan, pemujukan nilai agama serta akhlak dari buku teks? Adakah keupayaan pelajar kini hanya dikira berdasarkan peperiksaan yang menghasilkan para penghafal, penghadam, pakar mengingati tetapi bukan penjiwai nilai ilmu.

Kesedaran mengenai penyakit ini adalah penting. Justeru kesedaran itu hadir hasil daripada penerapan roh ilmu dalam diri pelajar. Malah yang lebih mengejutkan fenomena homoseksual ini berlarutan ke peringkat universiti. Sekali lagi menunjukkan pengamal budaya songsang ini bukanlah seorang yang jahil tetapi seorang yang bijak pandai dan seorang yang boleh dikatakan intelektual. Barangkali masyarakat terlepas pandang, bahawa golongan lelaki yang homoseksual ini akhirnya menjadi penggerak kepada pembangunan masyarakat dan negara. barangkali juga masyarakat mesti akur institusi kekeluargaan masyarakat adalah goyah yang memangkin penularan barah ini. Penderaan seksual oleh seseorang yang dipercayai menyebabkan simangsa terus hidup dalam trauma yang membinasakan dirinya. Tiada mana-mana agama yang menghalalkan perkahwinan atau hubungan sejenis. Maka ia tiada bersangkut paut dengan slogan hak asasi yang dicanang oleh sesebuah pihak. Impaknya amat besar. Implikasinya serius sehingga mampu membunuh institusi kekeluargaan dan mengundang kepada keruntuhan moral dan tamadum memusnahkan kekuatan moral masyarakat. Tuntasnya, fenomena ini perlu dibendung dan ditentang. Ini bukan sahaja berkaitan dengan jenayah atau moral tetapi ia berkaitan dengan kemaslahatan umat.

Selain isu homoseksual, isu jati diri masyarakat orang muda menjadi satu perbincangan. Bagaimana ancaman media barat dalam meruntuhkan jati diri masyarakat muda khususnya. Bagaiman kelahiran slogan dunia tanpa sempadan mendekatkan usia kematian tamadun timur? Dengan menjadikan kenyataan Tan Sri Samsuri Arshad sebagai rujukan, masyarakat kini terdedah kepada konflik identiti. Konflik identiti ini diparahkan lagi kelemahan nilai agama dalam diri. Jati diri adalah benteng terakhir untuk melindungi seseorang dari melakukan sesuatu yang tidak rasional. Makakelemahan jati diri bukan sahaja berkait rapat dengan agama akhlak tetapi cara masyarakat berfikir. Oleh itu ia perlu dipasak dengan nilai agama yang tinggi. Atas alasan liberalism, membuka minda sebuka-bukanya akhirnya menjurus kepada runtuhnya jati diri. Sesuatu yang tidak menjadi resam masyarakat diangkat menjadi gaya hidup masyarakat yang baru. Liberalisme mungkin satu ancaman malah mungkin juga satu peluang. Namun sebagai sebuah masyarakat yang ditanamkan kepercayaan agama seharusnya berfikir sesuatu dari sudut agama. Kerana itu rukun rakyat Malaysia yang ditekankan adalah kepercayaan kepada Tuhan. Islam sendiri agama yang sesuai sepanjang zaman, sesuai didalam urusan pentadbiran, politik serta muamalat.

Justeru persoalan di sini bagaimana mahasiswa sedia untuk berhadapan dengan ancaman serta peluang liberalisme untuk terus hidup seperti ikan di laut masin yang isinya tetap tawar?  Mahasiswa perlu bangkit. Perlu bangkit dalam memperkukuhkan jati diri masyarakat. Persoalan jati diri bukanlah sesuatu yang sesuai untuk dijadikan bahan politik yang galak sejak akhir-akhir ini. Kiblat mahasiswa seharusnya diletakkan bagaimana memperkukuhkan jati diri sejak dari bangku sekolah hingga ke alam pekerjaan.Mahasiswa sememangnya alah dan alergi akan rasuah, isu salah guna kuasa tetapi isu integriti dalam diri mahasiswa perlu dititik beratkan.Pengamal rasuah berpunca daripada runtuhnya nilai jati diri dan harus diingatkan masalah serta isu integriti juga merupakan virus kerana kurang vaksin jati diri. Integriti minda serta mengamalkan kejujuran serta keikhlasan dalam berfikir merupakan cara terbaik untuk melatih diri supaya terus mempunyai jati diri.

Menanam benih jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa dua puluh empat jam tetapi ia perlu dilakukan sejak dari bertatih lagi. Andai di peringkat pengajian mengamalkan ketidak telusan baik dari segi penyelewengan kuasa serta manipulasi dokumentasi misalnya maka tidak hairanlah sesuatu hari nanti pemimpin yang dilantik akan meneruskan budaya penyelewengan. Akhirnya ia akan mengikis terus jati diri masyarakat.

Tuntasnya mahasiswa perlu bangkit dan sedar bahawa sesungguhnya merekalah pemimpin pada hari ini. Budaya cakap kosong bukan budaya mahasiswa Malaysia. Budaya meneliti isu dari soal emosi bukanlah budaya mahasiswa Malaysia. Sebaliknya budaya mengkaji, membaca, menganalisa dan bersuara menggunakan saluran yang betul serta berhikmah dan berhemah adalah pra syarat menunjukkan mahasiswa itu matang dan bersedia untuk mengetuai masyarakat. Andai mahasiswa beremosi, bermegah di dalam alam maya, berpencak tanpa ilmu pencak, berhujah tanpa ilmu, maka malanglah masyarakat melaburkan sejumlah wang keringat untuk melahirkan pemimpin mereka. Justeru, mahasiswa perlu bangkit!

Ku Amirul Faiz Ku Seman
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia


Sumber : CC MAHASISWA UTARA


      Gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara

P/S: Bacalah...

BIASISWA PTPTN, MIMPI JADI REALITI, HAKIKAT YANG DINAFI

Salam cuti semester bakal bermula...salam semua...

Ada sedikit assgment nak bagi ni. Nanti balik, harap mahasiswa UPSI dapat lakukan sedikit research. Tidak perlu jilid, bukan tesis pun. Cukup sekadar anda sendiri yang menilainya.


Tertarik dengan isu pendidikan percuma...pemansuhan PTPTN yang sedang hangat digembar-gemburkan dan dijanjikan oleh parti politik pembangkang kemudian disambut baik segelintir agen mahasiswa terutama di UPSI. Golongan mahasiswa sepatutnya lebih celik dan realistik. Berpijak di bumi yang nyata, jangan terus bermimpi dibuai janji-janji kosong. Demi kepentingan meraih undi, golongan mahasiswa terutamanya terus menjadi mangsa. Janji ini memang manis jangan nanti kita sendiri yang menangis. Kenapa pulak? fikir-fikirlah sendiri...  

??? Betul la tu...

Sejauh mana relevannya sekiranya PTPTN dimansuhkan, pendidikan percuma diberikan. Info sikit nak share kepada semua, klik ----> HAKIKAT YANG DINAFI 

Menjadi mahasiswa UPSI sepatutnya anda berbangga. Ada sebahagian menerima biasiswa tajaan KPM, itu rezeki mereka..bagi yang menggunakan pinjaman PTPTN masih ada peluang untuk menjadikannya ia biasiswa. Capai target 1st class Degree. Sudah memang tujuan kita untuk belajar, maka belajarlah. Bidang pendidkan, pasti itu tidak mustahil. Lihat, berapa ramai mahasiswa terutamanya di UPSI masih mampu memperoleh 1st class Degree. Apapun, semua terletak dibahu kita. Ini merupakan satu pelaburan.

patutlah hangat 

Adilkah apabila pendidikan diberikan percuma, tapi terdapat segelintir mahasiswa yang tidak minat belajar. Menghabiskan duit rakyat demi menanggung orang yang tidak bertanggungjawab ni? FAILED! Sudahla masuk bergantung kepada quota, diberi betis mahu peha. share info lagi, klik -----> MIMPI JADI REALITI


--------------------UPSIdaily------------------------

Bagi UPSIdaily, tidak patutlah hendak dimansuhkan sepenuhnya. Selain tawaran biasiswa bagi yang dapat 1st degree, mungkin pihak PTPTN boleh menggunakan konsep seperti MARA. Bayaran diskaun mengikut pencapaian akademik pelajar. Apa yang paling UPSIdaily tidak setuju, menggunakan Mahasiswa dan mengajak untuk melakukan perhimpunan demonstrasi. Suka UPSIdaily ulang-ulang pesanan untuk kita bersama., dapatkan 1st degree, belajar dan terus belajar.

p/s : BIASISWA PTPTN ----> layak kepada semua, anda menentukan segalanya. Tugas belajar, 1st class degree, termansuhlah PTPTN sebenarnya...khas kepada anda setelah perjuangan selama 4 tahun BELAJAR di UPSI.

serius klik-----> [SINI], [SANA]

KATA MAHASISWA TOLAK POLITIK LUAR 
BAGI GULA-GULA DAH SUKA

Khamis, 5 April 2012

[ADAM sayang VS MP UPSI]SAMA??

Salam kenangan penuh kerinduan...haha

Tak habis lagi kisah Adam Adli ni...UPSIdaily ingatkan cuti semester madu yang diberikan, AA ni wat lah perkara yang berfaedah. Tapi mana bolehkan...dah nak PRU. Ramai nak gunakan perkhidmatan dia. Pasti semua dah tahu kan apa yang berlaku pada AA. Kesian sahabat kita ni.

cc pixa HE.b.c


Baca lanjut di [SINI]

Tapi sahabat semua jangan bimbang...kawan kita ni selamat dijaga POLIS. 
shared video sikit...tengok depan lappy je tau dah apa berlaku...

fokus pada minit 4:43 sampai.....sampai habislah.

Tu lah, bahana campur tangan. Kenapa sibuk-sibuk datang kat tempat orang. Ada orang suruh ker?? SIAPAKAH? Emm...kan dah kene ______. Tak pasal-pasal kene kutuk juga. Jagalah diri dan nama tu. Ingat pesanan brader tu..."kau..kau...g belajar lah..g belajar...sambung belajar....."cukup pesanan dari penaja.

Ni kisah Adam Adli UPSI. Orang marahkan bila kita ganggu tempat orang. Ingat lagi tak kisah MP UPSI meroyan? [SINI] Jangan sampai pisang berbuah dua kali... lain pokok, lain buahnya.

Iklankan soalan jap. JAWAB semua!!!

Setuju!! Kita dah hantar wakil untuk berbincang!

TAPI
NI
APA
???

Teruskan bersama KSMP 

Shuuu...diam2..(-Kami Semua Memang Penipu-)

sama serupa vs sama tapi tidak serupa

---------------------UPSIdaily------------------
Apabila hendak lakukan sesuatu, fikirlah kesan dan akibat. Jangan fikir orang suka apa yang kita lakukan. Kena pandang pelbagai sudut. Buat baik pun ada orang tidak suka. Apatah lagi kalau buat perangai macam ni.. Ni lah yang dinamakan SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Bukan budaya mahasiswa macam ni. Jangan buat kecoh, tak suka tak suka tak suka. Perwatakan dan imej yang baik (luaran)..kene baik jugalah perbuatan. 

p/s : Adam jaga diri ye...

"Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya"

Isnin, 2 April 2012

KAH!KAH!KAH! KISAH PRO-M BAHAN JENAKA UPENYER...JEMMM

Salam Perpaduan Sulamkan Ketelusan...

UPSIdaily nak kongsi sketsa sikit... Bukan nak perli okeyh..=p Orang melayu makan cili~ itu normal. Makan lebih...menangissss....

MAMU RAJA LAWAK di USM bersama AMAN KAMPUS

_JANGAN_JADI_MAHASISWA_TIDAK_MATANG_

----------------UPSIdaily---------------

Kepada junior-junior yang baru...belum tahu apa2.. nilailah sendiri apa yang sudah berlaku. Ingat tujuan berada di Universiti sebagai harapan keluarga. Apakah yang kita mahukan? Fikirlah masa depan mu. Jangan terikut dengan kerja yang sia-sia. Kerana "mereka" berlatar belakangkan pendidikan "failed". Itukah idola kita? Bebas berpolitik tapi jangan sampai memakan diri. Kerana manusia itu pandai bermuka-muka. Lain tersurat...lain juga lah yang tersirat.

SAYA BANGGA MENJADI MAHASISWA UPSI
ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

MP MEROYAN CARI PUBLISITI MURAHAN

Salam Perpaduan Sulamkan Ketelusan...

UPSIdaily semakin tidak faham dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh PRO-M UPSI.. Sempena malam penutup Hari Terbuka Kolej Za'ba... mereka menggelarkan DELEGASI Mahasiswa Pendidik. Provokasi kah ini? Huru HARAM jadinya...


_Laungan DEMO tanpa PERARAKAN_


Dimanakah JMK Sekretariat Keselamatan HTKZ'?? Betul ker individu ini juga adalah dikalangan mereka? Maka semua boleh ON? KRONIk!!!

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian...bilakah masa dorang ni wat kecoh?? Ketika ini di pentas utama sedang berlangsungnya gimik Perasmian Penutupan HTKZ'12 yang dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr Zakarian bin Kasa. Sangat tidak menghormati majlis yang dilangsungkan oleh Tuan Rumah. Memang perangai PRO-M ni suka wat kacau ke? Masuk rumah orang kemudian buat hal. Langsung tak hormat tetamu yang datang. Tak terfikir ker? Tidak ada rasa segan dengan pengunjung yang hadir selain daripada mahasiswa UPSI yang sememangnya dah jelek dengan perbuatan PRO-M ini.

Edaran risalah oleh PRO-M UPSI, bagi UPSIDaily ada tersirat yang ingin disampaikan. Artikel yang BAGUS

Jika dahulunya Adam Adli yang kononnya masuk "rumah UMNO.."kemudian turunkan bendera PM Malaysia..kini ditiru pula oleh golongan Pas Kecik PRO-M UPSI?? Memang modus operandi sama dan dirancang yer? hebat u olzz~ 

Menentang penganjuran malam penutup yang mana pengisiannya dihadiri oleh artis jemputan Najwa Latif dan AXL's. Sangat mudah merosakkan majlis dari merealisasikannya.. setelah susah payah barisan Sekretariat HTKZ 2012 bertungkus lumus, bersengkang mata...tetapi di malam penutupnya, ini yang terjadi. Ada wakil yang datang berbincang dengan pentadbiran KZ sebelumnya?


Hiburan malam penutup, gambaran negatif kepada bakal pendidik. Bagaimana pula perangai/tingkah laku yang ditunjukkan oleh segelintir PRO-M UPSI? Adakah ia tidak membunuh kepercayaan dan imej buruk oleh masyarakat luar terhadap bakal2 guru UPSI nanti? Berdemo!Menentang! Dikalangan PRO-M UPSI wat salah..just tutup mata tanda sokongan.......

Di depan Pintu Masuk Utama UPSI

-----------------UPSIDaily-----------------
Kepada PRO-M UPSI Mahasiswa Pendidik...wat la program sendiri, kemudian sampaikan objektif TU kepada semua Mahasiswa UPSI. Mana tahu t ada sambutan ker... Mungkin tidak salah, tapi cara tadi itu yang salah. Belajarlah untuk menghormati. Nilai dan fikir dahulu apa pandangan orang, bukan buat sesuka hati kemudian bangga dengan apa yang telah dilakukan. UPSIDaily...ada yang boleh bersetuju dengan MP tapi banyak yang xsetuju juga. Jangan mempergunakan...cukup mesej ni disini... Mahasiswa memerhati dan menilai. AWAS!!!

Penghargaan dari Pengetua Kolej KZ

TAHNIAH KZ!!! 

PERHATIAN PENGHUNI KAB KZ!!!

PERHATIAN!!! Gangguan bekalan elektrik sementara...


SALAM,
WARGA KAB dan KZ....Maklumat Penting...Esok tak da elektrik....

Kepada Pengguna Yang DiHormati,

NOTIS PEMBERHENTIAN 1 GANGGUAN SEMENTARA BEKALAN ELEKTRIK

Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik di
KAWASAN PE JEJAMBAT ASRAMA UPSI , PE ASRAMA UPSI , PE ASRAMA
UPSI 1 , PE ASRAMA UPSI 2 & PE TAMAN SELESA

Akan diberhentikan 1 diganggu sementara pada 02/04/2012 dari 9:00:00 AM hingga 7:00:00 PM bagi tujuan
PREVENTIVE MAINTENANCE PE JEJAMBAT ASRAMA UPSI , PE ASRAMA
UPSI , PE ASRAMA UPSI 1, PE ASRAMA UPSI 2 & PE TAMAN SELESA.

Nama Pemegang Lesen Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866- W)
Alamat Pihak Pengurusan Tempatan Pejabat Pengurus Kawasan Kampar
Bahagian Pembahagian TNB
Pegawai untuk Dihubungi PUSAT PENGURUSAN BEKALAN TNB
TANJONG MALIM
No. Telefon 05-4595462/05-4597020
Tarikh 06/03/2012

MOHO HELMI ABDUL RAHMAN.
Pengurus Cawangan (Tanjong Malim)
Bahagian Pembahagian

TNB Tanjong Malim.


Sumber : 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...