Halaman

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mahasiswa Keliru Disebarkan Khabar Angin Calon MT MPP 2012/2013


TANJUNG MALIM, 5 Oktober - Mahasiswa UPSI hari ini melahirkan rasa kesal apabila disebarkan dengan khabar angin bahawa calon YDP, NYDP dan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 telah dilantik sebelum MPP bersidang.

Berita khabar angin tentang calon YDP dikatakan dari We Love UPSI, Muhammad Fadlillah Mukhatar yang mendapat undi popular sebanyak 6077 manakala NYDP (Husnil Khatimah) dan Bendahari (M. Maghfur) dari Mahasiswa Pendidik (PRO M) membuatkan ramai tertanya-tanya adakah wujudnya tangan belakang untuk mencampuri urusan MPP sesi kali ini.

Pihak UPSI Daily sempat menghubungi salah seorang kakitangan JHEP, menurutnya "ini hanya spekulasi dan saya harap mahasiswa UPSI tidak mempercayai perkara ini. Kita akan umumkan secara rasmi dan jangan mudah percaya dengan berita khabar angin ini. Mahasiswa yang matang perlu mendapatkan info yang rasmi dan bukannya bersifat gosip dan spekulasi".


Dalam perkembangan yang sama, kenyataan dari wall Kami Sokong Mahasiswa Pendidik mendapat cemuhan dari mahasiswa UPSI, berikutan kenyataan yang disifatkan fitnah. KSMP mendakwa bahawa "3 sesi kepimpinan YDP MPPUPSI dilantik daripada calon mewakili suara fakulti". Melalui analisis yang dilakukan UPSI Daily mendapati kenyataan yang dikeluarkan KSMP mempunyai unsur fitnah kerana YDP sesi MPP yang lepas ialah saudara M. Afiq Fikri yang bertanding dibawah tiket UMUM.-UPSIDaily

Khamis, 4 Oktober 2012

"MPP SUKA GERAK SORANG-SORANG KEW?"

UPSIDaily pagi ini mengambil sedikit info daripada page A.S.P.I.R.A.S.I di laman sosial facebook dan berikut apa yang UPSIDaily temui adalah harapan seorang mahasiswa UPSI bernama Afiq Waliuddin kepada MPP UPSI dan UPSIDaily mahu kongsikan bersama-sama agar pihak MPP UPSI lebih MANTAP dalam tempoh setahun seterusnya dikenang sebagai MPP paling terbaik sepanjang zaman.

Punca Afiq menegur sikap MPP




Afiq merasakan MPP perlu ubah cara gerakkan



Biasalah bila menjadi MPP badan organisasi paling tinggi dalam kampus segala gerak-geri tingkah laku dan sahsiah setiap orang MPP juga sentiasa diperhatikan. Segala keputusan juga akan dinilai oleh setiap mahasiswa, tetapi sebagai manusia kita juga faham MPP juga manusia dan tidak boleh memuaskan hati semua orang cuma sebagai pengikut dibawah tampuk kepimpinan anda semua kami hanya mahu yang terbaik.

Jangkaan Kabinet MPP yang sepatutnya dibentuk semalam meleset sama sekali dan ini mungkin menjadi faktor utama ketidakseragaman MPP berikutan mereka belum mendapat portfolio masing-masing. UPSIDaily ada terbaca satu pernyataan yang berbunyi "Sekiranya kamu ingin memuaskan hati semua pihak maka kamu sedang membinsakan diri kamu". Sama-sama kita doakan agar MPP kita dapat melaksanakan tugas dengan baik.-UPSIDaily


Rabu, 3 Oktober 2012

GURU PRAKTIKUM #UPSI DITANGKAP BERCINTA DENGAN MURID

Sungguh memalukan apabila guru praktikum UPSI ditangkap bermain cinta dengan anak murid sendiri. Kes yang berlaku di utara semenanjung ini hangat diperbualkan dalam kalangan guru-guru disekolah tersebut. Wartawan UPSIDaily mendapat berita ini daripada seorang sahabat yang juga menjalani latihan mengajar di negeri yang sama.

Ceritanya bermula apabila didalam satu mesyuarat salah seorang guru kanan sekolah tersebut menerjah guru praktikum UPSI ini dengan perkataan " gatal punya budak....dengan pelajar sendiri pun nak bercinta". Kecoh satu sekolah bercerita tentang hal tersebut dan berita ini tersebar luas ke sekolah-sekolah sekitar namun begitu pihak sekolah masih belum membuat laporan bertulis kepada pihak Fakuti guru tersebut. UPSIDaily juga difahamkan bahawa guru praktikum tersebut sudah terkenal dengan perangai gatalnya di UPSI.  

Tindakkan bercinta dengan murid sendiri ini adalah satu tindakan yang melanggar etika perguruan dan tidak boleh dimaafkan. Sebagai mahasiswa kita seharusnya menjaga tingkah laku ketika berada di sekolah kerana kita sedang membawa nama Universiti, jika baik perlakuan kita maka baiklah nama UPSI jika buruk perlakuan kita maka buruklah nama UPSI. 

Aduhai beginilah jadinya jika selalu ikutkan nafsu sampaikan tidak boleh membezakan baik dan buruk. 
-UPSIDaily


#PRKampus : Kredibiliti Naib Canselor #UKM & Rektor #UIAM Dipertikai

Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin
Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.

Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.

Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna. 

Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.

Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.

Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.

Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.

Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM

Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan.

Tempat mereka wajar digantikan dengan Naib Canselor dan Rektor yang mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia.

Disebabkan kegagalan dan sikap tidak peduli inilah, penyambungan kontrak Naib Canselor UKM tidak disambut baik oleh mahasiswa serta pensyarah di kampus terbabit. PM DS Najib Tun Razak telah dinasihati secara salah dan satu tindakan segera diperlukan bagi memperbetulkan semula keadaan ini.

Mahasiswa serta pensyarah menolak sikap bodek pemimpin yang diamalkan oleh sesetengah Naib Canselor untuk memastikan mereka terus kekal berjawatan.

Malah disarankan DS Najib Tun Razak turun ke UKM dan UIAM untuk lebih memahami situasi yang berlaku di kampus tersebut dan bukan hanya mendengar laporan 'palsu' daripada pembodek yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga UKM dan UIAM serta kampus-kampus lain di dalam negara.

Sumber

Selasa, 2 Oktober 2012

KABINET MPP UPSI BAKAL DIBENTUK ESOK

Tanjong Malim, 2 Oktober - Pilihanraya kampus sudah berlangsung dengan jayanya di UPSI dan kini tibalah masanya untuk kita melihat siapa bakal menjadi Yang DiPertua UPSI. Tugas besar yang bakal digalas ini bukanlah satu tugas main-main tetapi membawa suara mahasiswa/i UPSI keperingkat atasan Universiti seterusnya ke peringkat Nasional. 

UPSIDaily tengahari tadi sempat membuat temubual secara rambang di kampus dan majoriti Sahabat-sahabat dikampus menjangkakan pemenang undi tertinggi sebanyak 6077 undi Mohd Fadlillah Mukhtahar bakal memegang jawatan YDP UPSI, namun begitu semuanya bergantung kepada mesyuarat diantara 29 MPP yang sudah menang bertanding untuk memilih YDP MT serta Exco. 

UPSIDaily ada mendapat berita daripada salah seorang pegawai HEP bahawa pembentukkan kabinet MPP akan dilakukan esok selepas pelantikan 2 orang MPP dari wakil Institut Pengajian Siswazah, seorang MPP dari FSKIK, dan seorang MPP dari entik India tetapi masa dan tempat pembentukan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

UPSIDaily menyeru kepada pihak HEP UPSI agar mempercepatkan pembentukan kabinet ini agar MPP UPSI dapat bertindak cepat menyelesaikan isu-isu kebajikan dan pembangunan mahasiswa mengikut portfolio mereka. -UPSIDaily

Isnin, 1 Oktober 2012

BR1M BUKAN UNTUK MAHASISWA

Pembentangan bajet baru-baru ini yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia dianggap yang terbaik dalam masa 5 tahun ini. Pecahan bajet kali ini bukan sahaja melibatkan golongan korporat dan perkhidmatan awam malah turut dirasai oleh semua genap lapisan masyarakat.

Mahasiswa antara yang tidak ketinggalan dalam merasai hasil bajet 2013 dan berikut ialah kelebihan yang diperolehi siswa/i di kampus ;


  1. Baucer buku RM 250- sebelum ini RM 200 dinaikkan RM 50 kerana Pro Aspirasi menang dalam PRK.
  2. Diskaun 20% PTPTN bagi mereka yang membayar sekaligus sehingga september 2013
  3. Diskaun 10% PTPTN bagi mereka yang membayar secara konsisten 
  4. BR1M untuk orang bujang dan yang bergaji RM2000 kebawah - Bukan untuk mahasiswa
Ramai sahabat-sahabat di kampus menyebarkan khabar bahawa BR1M untuk orang bujang RM 250 juga akan diberi kepada siswa/i yang berumur 21 tahun keatas. Namun begitu sebenarnya berdasarkan pembentangan Bajet jumaat lalu penerima BR1M orang bujang hanya untuk yang berumur 21 tahun keatas dan bergaji RM2000 kebawah. 

Kekeliruan yang timbul ini berpunca dari laporan akhbar yang mengatakan bahawa siswa dan penganggur juga layak menerima BR1M. Pejabat Menteri Kewangan hari ini mengeluarkan kenyataan pelajar IPT 21 tahun keatas tidak termasuk dalam kategori BR1M 2.0. (KLIK SINI) - UPSIDaily


"ADIK-ADIK, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"

"Adik-adik, selamat menduduki peperiksaan" begitulah ucapan daripada salah seorang wakil MPP We Love UPSI saudara Mohd Fadlillah Mukhatar kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil kursus diploma di UPSI. 

Beliau yang mengambil berat terhadap semua pelajar diploma menulis ucapan tersebut di dalam laman sosial Facebooknya antara lain menasihati adik-adik diploma agar menghadapi peperiksaan dengan tenang, setelah berusaha maka tawakkallah kepada illahi. 
 
Untuk pengetahuan pembaca esok merupakan hari pertama bermulanya peperiksaan akhir semester bagi semua pelajar diploma UPSI. 


Sonata Salju salah seorang pelajar diploma berjuang untuk semester terakhir 

UPSIDaily juga tidak ketinggalan ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar diploma esok, moga berjaya dengan cemerlang. Sebagai pelajar laksanakan tanggungjawab kita Duduk dan Belajar Sampai Grad BUKAN Duduk dan Bantah. 

"All the best adik-adik semua"

-UPSIdaily


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...