Halaman

Sabtu, 15 September 2012

PRO M BAYANGAN PEMBANGKANG?

Bukanlah satu perkara yang susah untuk sahabat-sahabat mengenali tindak-tanduk seorang pembangkang, ciri-ciri pembangkang itu biasanya dizahirkan dalam diri siswa/i yang aktif berpolitik di kampus tetapi bagaimana nak kenal? jom UPSIdaily akan tunjukkan cara-caranya. 

1. bila Pro M bersembang tidak pernah mahu mengalah.
2. bila Pro M berkawan hanya dengan yang sama ideologi sahaja yang tidak sama di pulaukan. 
3. bila Pro M memakai pakaian ala-ala ustaz dan ustazah semasa berkempen tetapi sebenarnya
4. bila Pro M bersembang kerajaan tidak pernah betul dan menuduh kerajaan makan duit.
5. bila Pro M diberi sedikit imbuhan dari kerajaan dikatakan pancing undi.
6. bila Pro M di bawa ke BTN kelihatan seperti tidak selesa dan agak sedikit memberontak

Sahabat-sahabat pasti ada rakan-rakan yang begini, biasalah dalam demokrasi itu ada kerajaan dan ada pembangkang. Tetapi pada masa kini anak muda dilihat sebagai medium yang paling sesuai digunakan oleh pembangkang untuk meraih undi dan modes mperandinya hanya ingin memenangkan parti pembangkang. Namun masih ramai yang tidak sedar dan tetap redha diperkudakan leh pembangkang. 

UPSIdaily akan membongkar kisah Pro M menawarkan wang tunai kepada seorang siswi  untuk menjadi calon PRK.


_We Love UPSI , Sama-Sama Tolak Keganasan Mahasiswa_

JOM BOIKOT KAFE YANG JUAL MAHAL

Semalam UPSIdaily mendedahkan harga nasi goreng kosong yang tidak masuk akal. Hari ini UPSIdaily mahu dedahkan harga minuman yang MAHAL pula, pengusaha perlu sedar ini kampus bukannya restoran. Di UPSI kita ada KELAB PENGGUNA tetapi sejak kelab ini dinaungi oleh Pro M(Pro Pembangkang) maka kelab tersebut ibarat hidup segan mati tak mahu, itulah kepimpinan Pro M.


Jika anda lihat harga yang dikenakan memang melampau, tolong buat laporan kepada HEP. 

....KALAU PENGUSAHA DEGIL JUGAK BOIKOT JE...


Jumaat, 14 September 2012

PECAT DARI JAWATAN SEBAB JUAL BAJU GANG PECAH PINTU

Kejadian jual baju Mahasiswa Pendidik pada malam terakhir minggu suai kenal akhirnya mengundang padah kepada semua JMK yang terlibat. Walaupun UPSIdaily ada membuat liputan tentang perkara tersebut(KLIK SINI) namun UPSIdaily tidak menyangka bahawa pihak pengetua kolej akan mengambil tindakan yang begitu drastik dengan memecat JMK Kolej yang terlibat. Tetapi berita ini masih lagi belum pasti kerana tiada hitam putih dikeluarkan oleh pihak pengetua kepada JMK tersebut

Sahabat-sahabat penggerak kempen We Love UPSI yang juga terkejut dengan khabar ini tidak bersetuju dan tidak menyokong tindakan pengetua memecat JMK tersebut daripada jawatan mereka, walaupun JMK menjual nama MP dan LMP(gang pecah pintu) pada malam tersebut, tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan ganas yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman kolej pada malam itu. 

Pengetua kolej perlulah mengamalkan sikap terbuka agar tiada pihak yang tertindas. Isunya tidaklah begitu besar sehingga perlu dipecat dari jawatan. Kita sayang UPSI kita sayang siswa/i UPSI kita juga sayang orang yang cuba merosakkan keharmonian dalam UPSI kerana We Love UPSI

NASIB 10200 GRADUAN PENDIDIKAN DIKETAHUI 28 SEPTEMBER INI


NILAI: Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini. 

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada hari itu. "Ada timbul isu pengangguran bagi ijazah Pendidikan, mereka tidak ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran. 



"Bagaimanapun, kita sudah dimaklumkan masalah ini dan jalan penyelesaian sudah diambil namun ia hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Politeknik Nilai di sini, hari ini. 

Ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk graduan berkenaan, Mohamed Khaled berkata beliau sendiri tidak mengetahuinya, namun berharap ia adalah khabar gembira kepada graduan terbabit. 

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementeriannya kini dalam usaha untuk memantapkan mutu program pengajian di politeknik iaitu dengan menawarkan lebih banyak program pengajian peringkat ijazah. 

Katanya, pada tahun ini, politeknik menawarkan lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan dan menerima 12,000 permohonan daripada pelajar. 
"Program pengajian ijazah ini dilaksanakan sama ada secara berkembar dengan institusi lain, secara anugerah bersama dengan institusi lain yang setara atau program pengajian yang dibangun dan dilaksana sendiri oleh politeknik. 

"Apabila jumlah program peringkat ijazah sudah banyak, berkemungkinan kita akan mempertimbang mana-mana Politeknik untuk diangkat menjadi Kolej Universiti atau Universiti," katanya. 

- BERNAMA

di salin dari Berita Harian Online

KUO : NASI GORENG KOSONG MAHAL GILA

Apalah nasib penghuni-penghuni Kolej Ungku Omar UPSI, belum pun selesai lagi masalah ketiadaan capaian internet WIFI di kolej hari ini UPSIdaily mendapat aduan lagi. Kali ini  pengadu  memaklumkan pada wartawan UPSIdaily bahawa dia terkejut dengan harga nasi goreng yang agak mahal. 

Pengadu menyatakan harga nasi goreng kosong tanpa sup itu beharga RM 3.20 tidak termasuk lauk. UPSIdaily mendapatkan gambar nasi goreng tersebut daripada pengadu dan terbukti kuantitinya terlalu sedikit serta tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan. 


UPSIdaily ingin memohon pada sesiapa yang terkena nasib yang sama seperti pengadu agar  melaporkan perkara ini kepada pihak Pengetua dan HEP UPSI.

Sebagai mahasiswa/i yang bijak kita harus menggunakan kuasa sebagai seorang pengguna supaya pengusaha kafe tidak menaikkan harga makanan. Sepatutnya kenaikan harga makanan ini tidak berlaku keraja harga siling bagi setiap makanan telah ditetapkan oleh pihak HEP UPSI serta wajib ditampal oleh pengusaha. UPSIdaily akan cuba mendapatkan harga siling tersebut bagi mengelakkan siswa/i tertipu dengan pengusaha kafe. Mari sahabat-sahabat kita Gunakan Kuasa Pengguna, Boikot Kedai Yang Mahal.

Khamis, 13 September 2012

DEMONSTRASI BESAR-BESARAN DI HADAPAN UPSI..................GAGAL

Tanjong Malim yang tenang pada waktu pagi hari ini dikejutkan dengan demonstrasi jalanan oleh puak Pro Mahasiswa pada jam 2.00 ptg tadi. Semalam UPSIdaily mendapat berita bahawa 5000 orang mahasiswa akan hadir dalam demonstrasi ini, tetapi ternyata jangkaan UPSIdaily meleset apabila hanya 5 orang sahaja yang berkumpul. Kelihatan yang hadir dalam DEMO 5 KETUL itu ialah Adam Adli, Safwan Anang dan konco-konconya seramai tiga orang.

Lima orang ahli Pro Mahasiswa yang hadir di hadapan UPSI itu terjerit-jerit kononya memperjuangkan nasib mahasiswa tetapi langsung tidak dihiraukan oleh siswa/i di sekitar mereka. Mahasiswa/i UPSI yang bijak berfikir memilih mana yang baik dan mana yang buruk telah sebulat suara menolak perjuangan Pro M di UPSI.



Menunggu Sahabat-Sahabat Yang Tak Kunjung Tiba


Mane orang tak nak dengar aku cakap ni 


Meh sini biar Adam pulak cakap

UPSIdaily melihat cubaan untuk mengumpul siswa/i UPSI menyokong demonstrasi ini GAGAL. untuk pengetahuan pembaca di UPSI kini sedang hangat kempen menyemaikan semangat "We Love UPSI " demi menjaga nama baik institusi yang suci dan menolak sebarang provokasi serta demonstrasi yang memburukkan nama UPSI.



_We Love UPSI_




PENGHUNI KUO MARAH!!!! WIFI MENGECEWAKAN

Belum pun habis reda tentang isu kafe Kolej Ungku Omar yang sering kehabisan makanan dan tutup awal, kini siswa/i mula merungut pula tentang capaian internet tanpa wayar WIFI di KUO sangat mengecewakan. Kuliah yang sudah berlangsung sejak isnin lalu membuatkan siswa/i UPSI sekarang sudah mula dibebani dengan tugasan daripada para pensyarah. 

Hal ini membangkitkan rasa tidak puas hati siswa/i kerana pembayaran yuran untuk WIFI telah dijelaskan sebelum mereka pulang ke kolej lagi. UPSIdaily sempat menghubungi seorang siswa bernama Shahrul penghuni kolej KUO dan beliau menyatakan " kami sekarang susah nak buat research internet sebab wifi kat KUO ni mengecewakan " ujarnya.  " kami terpaksa duduk di kafe berjam-jam untuk mendapatkan line internet, tolong la pusat ICT UPSI selesaikan masalah ini secepat mungkin" ujarnya lagi.

UPSIdaily yang memantau capaian internet di kolej lain mendapati kolej selain KUO mempunyai capaian internet yang baik walaupun kadang-kadang sedikit perlahan tetapi masih boleh digunakan berbanding KUO.  

Untuk pengetahuan para pembaca, KUO memang kolej baru tetapi pihak UPSI harus bersiap sedia lebih awal sebelum menerima kehadiran penghuni kerana siswa/i telah pun menjelaskan bayaran yuran internet. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...