Halaman

Jumaat, 9 Mac 2012

HADIR TAK DI UNDANG, KAU PERGI DIJULANG-JULANG

Salam Mahasiswa UPSI....


Pasti junior-junior baru ingin mengenali sape tu ADAM ADLI...kaitan kisahnya dengan UPSI...

Ni la Adam Adli...wink!wink!

Terkejut UPSIdaily bila dapat tahu Adam Adli nak bersama kita semula...welcome2. Hahahaha... Ni mesti semangat nak berpraktikal bersama sahabat mahasiswa yang lain. Nak bawa ideologi kepada pelajar-pelajar sekolah pulak? Atau nak bersama sahabat seperjuangan yang makin terkontang-kanting di UPSI dengan kebangkitan Penggerak Mahasiswa ASPIRASI UPSI? Ke nak bergraduasi sama selepas habis 3 semester?

TG MALIM, 8 Mac 2012 : "Keputusan rayuan...secara rasminya rayuan ditolak, Adam tidak hadir perbicaraan. Beliau yang diwakili oleh Siti Nurul Piteriah a.k.a Yuyu Luna. Keputusan gantung 3 sem kekal. Adam berada di sekitar Tg Malim?"

Klik info dan kisah : HARAPAN ESOK dan PEMIKIR

Sesudah dramatik Adam Adli demokan,  UPSI Y U SO LANGSI?, kini berani datang lagi.??

Apabila mereka berani memburukkan nama UPSI. Siapa dalangnya?

Inikah realiti atau mencari publisiti??

Mempersenda pihak pentadbiran universiti...Panel perbicaraan Adam 901.

Jangan kerana sibuk berpolitik dan berideologi (-), tergadai masa depan...xdapat pegang segulung ijazah digenggaman. Kepada adik-adik junior, ingat lagi tak SURAT DARI PM bila diterima masuk ke UPSI? Harapan ibu bapa untuk melihat kita berjaya, harapan keluarga.

Nak cerita pasal Adam Adli memang tak habis. Panjang lak entry kali ni t... Apepun, jadilah mahasiswa yang rasional, professional dan miliki segala nilai-nilai murni dan bagi orang melayu, amalkan adab-adab kemelayuan.


Kita tak nak tergolong dikalangan mereka yang tidak tahu menghargai masa MAHASISWAnya. Kekalkan keamanan kampus demi kebaikan seluruh mahasiswa.


Ideologi negatif yang tidak membawa sebarang manfaat. Hanya hasutan yang menjadi trademark. Bermacam-macam yang dilakukan demi memupuk kebencian dikalangan mahasiswa. Perpecahan yang semakin meruncing, semakin pudar kedamaian dan keharmonian.

Kisah Ikon Turun Bendera...Baring di jalan raya...travelling idealisme merata-rata....maka segala kontroversi bermula...Mahasiswa UPSI terpaksa terima hakikat...apabila terima tempias cemuhan masyarakat...

Foto hiasan berkaitan

Pertahankan maruah UPSI, nama UPSI dan kemuliaan UPSI..kemegahan yang dahulunya menjadi kebanggaan dan kekal selamanya... Kepada mahasiswa semester 6 yang akan berpraktikal bulan 6 nanti, UPSIdaily doa moga kalian dapat lakukan yang terbaik...Kita adalah GURU BITARA.

-------UPSIdaily--------

Kepada yang masih belajar di UPSI, teruskan perjuangan yang hakiki itu. Segala apa yang telah berlaku, jadikanlah sejarah dan pedoman, yang tidak baik jadikan sempadan. Kepada ADAM ADLI, nasihat UPSIdaily, berehatlah selama 3 semester yang telah UPSI berikan itu. Kerana tujuan anda mahu kembali hanya anda yang tahu. Mungkin sebahagian besar mahasiswa UPSI tidak mahu luka lama berdarah kembali. Masa depan terutamanya posting, terletak pada??? Kalau mahasiswa bijak untuk menilai, telitilah apa yang sepatutnya keputusan yang anda lakukan. Mahasiswa jangan mudah terpedaya dengan perjuangan yang sia-sia. Kan ke elok bersatu...damai seperti dulu...

Klik pada FOTO untuk besarkan.


TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KAMI MENUNTUT ILMU

WE LOVE UPSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...