Halaman

Isnin, 3 September 2012

UPSI JADIKAN RUMAH KUO LAMA MARKAS "PR KECIK"

Amat mengejutkan apabila UPSIdaily mendapat berita yang agak pelik dari salah seorang sahabat JMK Kolej apabila beliau mengatakan bangunan lama Kolej Ungku Omar di Ulu Bernam dijadikan markas penempatan PR Kecik atau Pro Mahasiswa(Pro M). Untuk pengetahuan para pembaca, di UPSI Pro Mahasiswa yang aktif dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)dan Mahasiswa Pendidik(MP). 

Seolah-olah mendapat lesen besar dari pihak Universiti apabila mereka boleh membawa masuk dan keluar  rakan-rakan Pro M dari Universiti lain. UPSIdaily kini sedang menyiasat adakah LMP dan MP ini dipayungi oleh satu kuasa besar dalam pentadbiran UPSI, jika benar mereka ini dipayungi, siapakah orangnya? 

UPSI sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Adam Adli pelopor LMP melakukan tindakan biadap, menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC dan demontrasi di pintu pagar UPSI. 



Selain itu Adam Adli juga menjadi dalang demonstrasi di hadapan UPSI yang menyebabkan pintu sebuah klinik di hadapan UPSI pecah.


Dua peristiwa yang memalukan pihak UPSI ini jelas menunjukkan bahawa tindakkan dari pihak LMP dan MP tidak boleh dijadikan contoh kerana boleh menghilangkan kepercayaan luar terhadap kredibilit UPSI melahirkan bakal guru serta menjejaskan kebolehpasaran graduan UPSI. Mahasiswa/i UPSI yang terkena tempias daripada dua peristiwa itu sudah sebulat suara menolak gerakkan LMP di Kampus. 

Esok UPSIdaily akan mendedahkan KETUA GERAKKAN Pro M di UPSI menjelang Pilihan Raya Kampus akan datang. 

Ahad, 2 September 2012

SISWA UPSI LEMAS DALAM LAUTAN SISWI


Hari yang ditungu-tunggu oleh semua warga UPSI akhirnya tiba hari ini 2 September 2012, hari Pendafatarn Mahasiswa Baru UPSI yang berlangsung di dewan besar UPSI. Wartawan UPSIdaily yang memantau di sekitar Tanjong Malim mendapati ibu-bapa  telah tiba di sekitar Tanjong Malim sejak semalam lagi, ada yang menyewa di kolej kediaman UPSI dan ada juga yang menginap di hotel-hotel sekitar Tanjong Malim bagi menghantar anak kesayangan mereka ke menara gading. 


UPSIdaily siang tadi menghubungi Pengarah Minggu Suai Kenal iaitu Saudara Muhammad Zafri Zabidin  melalui talian telefon dan beliau menyatakan " saya berpuas hati dengan kelancaran proses pendaftaran hari ini, kelancaran pendaftaran hari ini menunjukkan pihak RSK telah membuat persiapan yang rapi sebelum ini "  ujarnya. Bila ditanya bilangan pelajar yang mendaftar Saudara Zafri sempat berseloroh " hari ini siswa lemas dalam lautan siswi, sebab majoriti yang mendaftar adalah siswi " ujarnya sambil tertawa. 

Berikut ialah data yang UPSIdaily telah perolehi daripada pihak RSK dan pihak UPSIdaily mengubah data tersebut dalam bentuk carta supaya lebih mudah untuk kita melihat.

Jika dilihat daripada carta diatas terbukti bahawa siswi lebih mendominasi UPSI dan perkara ini bukan hanya berlaku di UPSI tetapi berlaku juga di IPTA yang lain. Bagi Kolej Harun Aminurrashid(KHAR) seramai 159 orang siswa telah mendaftar manakala tiada siswi ditempatkan di KHAR. Di Kolej Ungku Omar seramai 185 orang siswa dan 569 orang siswi selamat mendaftar. seterusnya kolej Za'ba seramai 60 orang siswa dan 329 orang siswi telah mendaftar kemudian yang terakhir ialah Kolej Aminudin Baki seramai 49 orang siswa dan 49 rang siswi telah mendaftar. Jumlah mahasiswa/i baru setakat hari ini ialah seramai 1705 orang. 


Gambar ibu-bapa disekitar ruang legar kawasan pendaftaran


Tidak ketingggalan melawat sesi pendaftaran hari ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal ehwal pelajar UPSI Y. Bhg. Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar(Gambar Tengah bertopi) dengan diiringi oleh Pengarah MSK saudara Zafri (Berkaca Mata)


Suasana Sekitar UPSI hari ini



 Sekitar kafeteria UPSI

Keseluruhan UPSIdaily memberi 5 bintang diatas kelancaran pengurusan pendaftaran pada hari ini. Moga Zafri dan sahabat-sahabat RSK terus bertahan memberikan khidmat terbaik sehingga hari terakhir MSK.

Sabtu, 1 September 2012

UPDATE MSK : RSK Sudah Berpindah Kolej


Rakan Suai Kenal UPSI 4.30 petang tadi dilihat mula memunggah beg dan barang-barang keperluan MSK ke zon masing-masing dan mereka telah dibahagikan kepada kolej Ungku Omar, Kolej Zaaba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Harun Aminurrashid. Sudah pasti RSK yang terlibat berasa sedikit gementar untuk berdepan dengan ibu-bapa dan juga mahasiswa/i baru UPSI

Malam ini RSK bahagian pendaftaran akan membuat persiapan terakhir untuk menerima mahasiswa/i baru. UPSIdaily yang menghubungi Zafri untuk mendapatkan gambaran keadaan sebenar hari pendaftaran esok menyatakan "persiapan MSK sudah mencecah 98 peratus dan ibu bapa dan pelajar baru tidak perlu risau kerana semua RSK telah bersiap sedia untuk menyambut mereka esok" ujarnya. 

Ditanya lagi tentang isu  kadar pembayaran baju korporat yang tidak sama beliau menjawab " semua RSK tidak kira diperingkat Majlis Tertinggi atau Sekretariat membayar dengan kadar yang sama iaitu RM25.00 dan tiada double standard diberikan kepada pihak MT " ujarnya lagi.


*Apa-apa pun UPSIdaily mendoakan agar Minggu Suai kenal UPSI berjalan lancar.

Khalid Ismath Mahu Jadi Hero Pendidikan

Hari ini kegagalan Khalid Ismath(KI) memasuki UiTM untuk mengadakan kempen pendidikan percuma membuktikan agendanya tidak diterima oleh warga UiTM. Dia yang mewakili Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) merancang untuk berkempen pendidikan percuma di dalam UiTM dengan mengedarkan risalah kepada mahasiswa/i baru sempena pendaftaran mahasiswa/i baru. 

Cubaan itu menemui jalan buntu apabila dihalang daripada memasuki pintu UiTM kerana belum habis daripada tempoh penggantungannya. Akhirnya KI membuat keputusan mengedarkan risalah di luar pintu pagar UiTM. 



Dia yang bertindak ala-ala hero pendidikan, mengatakan perjuangannya adalah untuk masa depan Malaysia , tetapi masih tidak sedar bahawa masa depan dirinya menuju kehancuran sekiranya terus berkelakuan sedemikian. KI yang sedang dalam tempoh penggantungan ini telah merugikan masa pengajiannya di UiTM dengan hukuman penggantungan. Walaupun KI mengambil jurusan Undang-Undang tetapi dia tidak pandai menghormati undang-undang UiTM dan undang-undang negara. 




UPDATE MSK : Selamat Datang Pelajar Sabah Sarawak

Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/i baru yang tiba di UPSI kolej Harun Aminurrashid, mereka yang tiba di KHAR pada jam 2.30 dan 3.45 pagi itu kelihatan letih tetapi mh hadir malam masih ceria dan boleh mengukir senyuman. Mereka semua akan ditempatkan di kolej Harun Aminurrashid sebagai tempat persinggahan sementara waktu sebelum didaftarkan di kolej masing-masing. 



Rakan Suai Kenal yang bertanggungjawab di lapangan terbang LCCT ialah Saudara Shahril Ghazali yang bertungkus lumus mengumpulkan pelajar Sabah dan Sarawak di sana. Hari ini dijangka akan lebh ramai lagi pelajar Sabah dan Sarawak akan tiba di UPSI. Kepada RSK cabaran MSK kini semakin hangat dan hampir bermula.

UPSIdaily diberitahu bahawa RSK sudah pun dipecahkan kepada zon masing masing bagi memudahkan pengurusan disetiap zon. Semua RSK akan berpindah ke KHAR, KUO, KZ dan KAB pada jam 4.30 petang ini. 

Esok Bermula Pendaftaran Mahasiswa/i UPSI baru dan dijangka seramai 3000 orang akan hadir 

"All the best RSK"




3,611,323 Rekod Baru tweet #Merdeka 55 @NajibRazak

Menakjubkan, itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk UPSIdaily gambarkan di perhimpunan Janji Ditepati yang bertempat di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Himpunan yang berjaya mengumpulkan 100 000 penyokong kemamanan itu membuktikan bahawa Kerajaan mempunyai sokongan penuh dalam merealisasikan janji-janjinya.

Walaupun tema Hari merdeka tahun ini agak bersifat politik UPSIdaily kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menghimpunkan rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi himpunan malam ini berjaya mencipta Malaysia Book Of Record dengan mengumpul 3,611,323 #Merdeka55 @NajibRazak.



Sokongan yang ditunjukkan ini sekaligus meyangkal dakwaan bahawa pihak kerajaan sudah mula hilang sokongan. Justeru Tahniah dan Syabas UPSIdaily ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan himpunan malam tadi. 

Jumaat, 31 Ogos 2012

Sambutan Ambang Merdeka UPSI Penuh Dengan Rasa Kesyukuran

Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat selama 55 tahun bergema sekali lagi malam ini di Kolej Harun Aminurrashid UPSI, suara gamat anak muda UPSI memecahkan kesunyian di bumi Tanjong Malim.

Kemerdekaan 55 tahun yang disulami dengan pembangunan, keamanan, perpaduan, dan nilai-nilai murni dalam masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan satu-satunya negara di dunia mengurus kepelbagaian kaum dengan begitu baik. 

Tidak ketinggalan UPSI tercinta dalam mengharungi hari-hari persiapan menerima mahasiswa baru pihak UPSI sempat mengadakan sambutan Ambang Merdeka malam tadi. Seramai 150 orang Rakan Suai Kenal termasuk Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid dan mahasiswa/i UPSI turut serta dalam acara sambutan ambang merdeka.




Sambutan yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yaasin selepas solat maghrib dan seterusnya solat isyak berjemaah bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai selama ini, tidak lupa juga memanjatkan doa kepada Allah agar kemerdekaan yang dinikmati ini terus berkekalan dengan aman dan makmur. 

Majlis sambutan ambang merdeka malam ini juga turut dihadiri oleh Bendahari, Timbalan Naib canselor HEPA serta Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof. Dr Zakaria Kasa. Dalam kesibukan RSK menghadapi minggu suai kenal sambutan ambang merdeka ini juga disulami dengan persembahan RSK dan persembahan artis UPSI.


UPSIdaily yang turut serta dalam sambutan ambang merdeka ini sempat mendapatkan pandangan daripada Wakil Setiausaha RSK iaitu saudari Zuraini Suhaimi berkaitan persiapan MSK " Persiapan MSK Alhamdulillah sudah mencapai 70 % dan kita sedang berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan yang timbul dalam MSK sebelum ini untuk diatasi dengan baik" ujarnya. 
Bila ditanya tentang pertikaian RSK sebagai kuli beliau menjawab " biarlah apa orang nak kata asalkan mereka bahagia, apa yang kami usahakan sekarang adalah secara sukarela" ujarnya lagi. Beliau yang mewakili Setiausaha RSK juga mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua mahasiswa/i UPSI.



UPSIdaily Mengucapkan Selamat Menyambut Hari #Merdeka55 tahun
semoga keamanan yang kita perolehi kekal selamanya sama-sama kita
jauhi anasir-anasir yang menganggu-gugat keamanan negara kita
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...