Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

Sambutan Ambang Merdeka UPSI Penuh Dengan Rasa Kesyukuran

Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat selama 55 tahun bergema sekali lagi malam ini di Kolej Harun Aminurrashid UPSI, suara gamat anak muda UPSI memecahkan kesunyian di bumi Tanjong Malim.

Kemerdekaan 55 tahun yang disulami dengan pembangunan, keamanan, perpaduan, dan nilai-nilai murni dalam masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan satu-satunya negara di dunia mengurus kepelbagaian kaum dengan begitu baik. 

Tidak ketinggalan UPSI tercinta dalam mengharungi hari-hari persiapan menerima mahasiswa baru pihak UPSI sempat mengadakan sambutan Ambang Merdeka malam tadi. Seramai 150 orang Rakan Suai Kenal termasuk Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid dan mahasiswa/i UPSI turut serta dalam acara sambutan ambang merdeka.




Sambutan yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yaasin selepas solat maghrib dan seterusnya solat isyak berjemaah bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai selama ini, tidak lupa juga memanjatkan doa kepada Allah agar kemerdekaan yang dinikmati ini terus berkekalan dengan aman dan makmur. 

Majlis sambutan ambang merdeka malam ini juga turut dihadiri oleh Bendahari, Timbalan Naib canselor HEPA serta Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof. Dr Zakaria Kasa. Dalam kesibukan RSK menghadapi minggu suai kenal sambutan ambang merdeka ini juga disulami dengan persembahan RSK dan persembahan artis UPSI.


UPSIdaily yang turut serta dalam sambutan ambang merdeka ini sempat mendapatkan pandangan daripada Wakil Setiausaha RSK iaitu saudari Zuraini Suhaimi berkaitan persiapan MSK " Persiapan MSK Alhamdulillah sudah mencapai 70 % dan kita sedang berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan yang timbul dalam MSK sebelum ini untuk diatasi dengan baik" ujarnya. 
Bila ditanya tentang pertikaian RSK sebagai kuli beliau menjawab " biarlah apa orang nak kata asalkan mereka bahagia, apa yang kami usahakan sekarang adalah secara sukarela" ujarnya lagi. Beliau yang mewakili Setiausaha RSK juga mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua mahasiswa/i UPSI.



UPSIdaily Mengucapkan Selamat Menyambut Hari #Merdeka55 tahun
semoga keamanan yang kita perolehi kekal selamanya sama-sama kita
jauhi anasir-anasir yang menganggu-gugat keamanan negara kita
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...