Halaman

Selasa, 4 September 2012

KEBIADABAN MELAMPAU, UNDANG KEMARAHAN RAKYAT

Hari Kemerdekaan baru sahaja berlalu tetapi kehangatan isu kebiadaban penyokong-penyokong PR dalam himpunan Janji Demokrasi masih belum reda. Kebiadapan tindakan memijak gambar Perdana Menteri Malaysia dan isteri  itu disifatkan seperti hilang budaya kesantunan dalam diri-puak-puak tersebut. 

Lebih teruk dari itu ada yang sanggup menunjukkan punggung pada gambar tersebut. Kejadian ini sangat memalukan kita apabila ada rakyat Malaysia bersikap kurang sopan dan tidak boleh diterima dalam nilai-nilai rakyat.




Keadaan diburukkan lagi apabila ada penyokong PR yang mahu mendesak agar Bendera  Malaysia di tukar. 
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik  Mat yang menolak budaya tersebut menyatakan bahawa tindakan tersebut bukan budaya orang Islam dan orang melayu. Tindakan itu adalah melampau dan tidak bertanggungjawab.


Sebelum ini pernah berlaku demonstrasi pendidikan percuma di Kuala Lumpur melibatkan  sekumpulan mahasiswa berhimpun berarak membawa gambar perdana Menteri dengan dikalungi bungan malai bagi menuntut pendidikan percuma serta penghapusan PTPTN. Kebiadapan melampau ini akan berterusan sekiranya pihak PR menerajui negara.



Inilah puak-puak mahasiswa didikkan PR dalam menentukan masa depan negara. Sebagai manusia yang waras kita boleh menilai pelakuan-perlakuan yang melapaui batas dan sesungguhnya tindakan-tindakan mereka itu sudah mula menunjukkan siapakah wajah sebenar disebalik PR. 




Isnin, 3 September 2012

PENAFIAN UPSI JADIKAN KUO LAMA MARKAS "PR KECIK"

Bagi pembaca yang mengikuti penulisan kami, pagi tadi UPSIdaily mengeluarkan entry  bertajuk "UPSI JADIKAN KUO LAMA MARKAS PR KECIK". Pada jam 4.00 petang tadi UPSIdaily menerima satu email dari pegawai UPSI tentang penafian perkara tersebut.


Dalam email beliau menyatakan :
Salam blogger UPSIdaily.....Mohon pencerahan.

Berhubung post yang mana dimaklumkan,  UPSI jadi markas PR kecik adalah sama sekali tidak benar. Rujuk entry berikut. http://dailyupsi.blogspot.com/2012/09/upsi-jadikan-kuo-lama-markas-pr-kecik.html?m=1

Saya sebagai pegawai yang berkhidmat dalam pentadbiran UPSI sama sekali menyangkal dakwaan ini, tambahan lagi apabila dikaitkan bahawa gerakan ProMahasiswa ini adalah dipayungi pentadbiran UPSI. Kami tidak bertanggungjawab atas tindakan segelintir pelajar yang ada agenda tersembunyi dan sebagainya. Apa yang dapat saya katakan, kami pihak pentadbiran UPSI terbuka menerima sebarang aduan dan siasatan akan dijalankan.

Secara peribadi, apa yang saya dapat pastikan, pihak universiti telah sebaik mungkin untuk memastikan UPSI berada di dalam keadaan yang selesa dan aman kerana kita baru sahaja menerima pelajar-pelajar baru. ". 

UPSIdaily menerima penafian ini dan yakin bahawa pihak UPSI bersih dari pengaruh Pakatan Rakyat , jika ada pun hanyalah bersifat individu. 

Dengan penafian ini UPSIdaily membuat kesimpulan gerakkan MP dan LMP di bangunan KUO Ulu Bernam sudah lama bertapak, mungkin sejak 2 atau 3 tahun yang lalu. Berdasarkan pemerhatian wartawan kami sejarah ideologi dan konflik yang berlaku dalam pimpinan Presiden KUO tahun 2009 hingga 2011 adalah berpihak kepada pembangkang. 

Namun kini Kolej Ungku Omar telah berpindah ke Kampus baru di Proton City dan menyebabkan bangunan KUO lama kini kosong dan hanya dihuni oleh pegawai serta pelajar praktikum. Tetapi tidak mustahil sekiranya bangunan KUO lama dijadikan markas MP berikutan tempatnya yang strategik, jauh dari siswa/i yang lain dan mudah melaksanakan perancangan. UPSIdaily akan terus menyiasat hal ini. 

Esok pembongkaran kegiatan Mat Senyum Kambing di UPSI.


UPDATE MSK : Hari Pertama Berjalan Lancar

Hari ini merupakan hari pertama Mahasiswa/i baru menjalani Minggu Suai Kenal UPSI, dengan bantuan RSK seramai 106 orang, MSK hari ini nampak lancar. Bermula jam 7 pagi siswa/i baru sudah mula memenuhi dewan besar bagi mendengar taklimat-taklimat penting dari pihak Universiti. 

Taklimat dimulakan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  Pada sebelah petang pula taklimat diberi oleh Birto Tata Negara, kemudian diteruskan dengan slot Amanat dari TNC HEP dan slot terakhir bagi sesi petang ialah taklimat dari Pusat Ko-kurikulum.






Saudara Zafri yang mengiringi penceramah.


Malam ini siswa/i baru akan menjalani Latihan Dalam Kumpulan yang akan di kelolakan oleh gabungan pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej.





UPSI JADIKAN RUMAH KUO LAMA MARKAS "PR KECIK"

Amat mengejutkan apabila UPSIdaily mendapat berita yang agak pelik dari salah seorang sahabat JMK Kolej apabila beliau mengatakan bangunan lama Kolej Ungku Omar di Ulu Bernam dijadikan markas penempatan PR Kecik atau Pro Mahasiswa(Pro M). Untuk pengetahuan para pembaca, di UPSI Pro Mahasiswa yang aktif dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)dan Mahasiswa Pendidik(MP). 

Seolah-olah mendapat lesen besar dari pihak Universiti apabila mereka boleh membawa masuk dan keluar  rakan-rakan Pro M dari Universiti lain. UPSIdaily kini sedang menyiasat adakah LMP dan MP ini dipayungi oleh satu kuasa besar dalam pentadbiran UPSI, jika benar mereka ini dipayungi, siapakah orangnya? 

UPSI sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Adam Adli pelopor LMP melakukan tindakan biadap, menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC dan demontrasi di pintu pagar UPSI. 



Selain itu Adam Adli juga menjadi dalang demonstrasi di hadapan UPSI yang menyebabkan pintu sebuah klinik di hadapan UPSI pecah.


Dua peristiwa yang memalukan pihak UPSI ini jelas menunjukkan bahawa tindakkan dari pihak LMP dan MP tidak boleh dijadikan contoh kerana boleh menghilangkan kepercayaan luar terhadap kredibilit UPSI melahirkan bakal guru serta menjejaskan kebolehpasaran graduan UPSI. Mahasiswa/i UPSI yang terkena tempias daripada dua peristiwa itu sudah sebulat suara menolak gerakkan LMP di Kampus. 

Esok UPSIdaily akan mendedahkan KETUA GERAKKAN Pro M di UPSI menjelang Pilihan Raya Kampus akan datang. 

Ahad, 2 September 2012

SISWA UPSI LEMAS DALAM LAUTAN SISWI


Hari yang ditungu-tunggu oleh semua warga UPSI akhirnya tiba hari ini 2 September 2012, hari Pendafatarn Mahasiswa Baru UPSI yang berlangsung di dewan besar UPSI. Wartawan UPSIdaily yang memantau di sekitar Tanjong Malim mendapati ibu-bapa  telah tiba di sekitar Tanjong Malim sejak semalam lagi, ada yang menyewa di kolej kediaman UPSI dan ada juga yang menginap di hotel-hotel sekitar Tanjong Malim bagi menghantar anak kesayangan mereka ke menara gading. 


UPSIdaily siang tadi menghubungi Pengarah Minggu Suai Kenal iaitu Saudara Muhammad Zafri Zabidin  melalui talian telefon dan beliau menyatakan " saya berpuas hati dengan kelancaran proses pendaftaran hari ini, kelancaran pendaftaran hari ini menunjukkan pihak RSK telah membuat persiapan yang rapi sebelum ini "  ujarnya. Bila ditanya bilangan pelajar yang mendaftar Saudara Zafri sempat berseloroh " hari ini siswa lemas dalam lautan siswi, sebab majoriti yang mendaftar adalah siswi " ujarnya sambil tertawa. 

Berikut ialah data yang UPSIdaily telah perolehi daripada pihak RSK dan pihak UPSIdaily mengubah data tersebut dalam bentuk carta supaya lebih mudah untuk kita melihat.

Jika dilihat daripada carta diatas terbukti bahawa siswi lebih mendominasi UPSI dan perkara ini bukan hanya berlaku di UPSI tetapi berlaku juga di IPTA yang lain. Bagi Kolej Harun Aminurrashid(KHAR) seramai 159 orang siswa telah mendaftar manakala tiada siswi ditempatkan di KHAR. Di Kolej Ungku Omar seramai 185 orang siswa dan 569 orang siswi selamat mendaftar. seterusnya kolej Za'ba seramai 60 orang siswa dan 329 orang siswi telah mendaftar kemudian yang terakhir ialah Kolej Aminudin Baki seramai 49 orang siswa dan 49 rang siswi telah mendaftar. Jumlah mahasiswa/i baru setakat hari ini ialah seramai 1705 orang. 


Gambar ibu-bapa disekitar ruang legar kawasan pendaftaran


Tidak ketingggalan melawat sesi pendaftaran hari ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal ehwal pelajar UPSI Y. Bhg. Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar(Gambar Tengah bertopi) dengan diiringi oleh Pengarah MSK saudara Zafri (Berkaca Mata)


Suasana Sekitar UPSI hari ini



 Sekitar kafeteria UPSI

Keseluruhan UPSIdaily memberi 5 bintang diatas kelancaran pengurusan pendaftaran pada hari ini. Moga Zafri dan sahabat-sahabat RSK terus bertahan memberikan khidmat terbaik sehingga hari terakhir MSK.

Sabtu, 1 September 2012

UPDATE MSK : RSK Sudah Berpindah Kolej


Rakan Suai Kenal UPSI 4.30 petang tadi dilihat mula memunggah beg dan barang-barang keperluan MSK ke zon masing-masing dan mereka telah dibahagikan kepada kolej Ungku Omar, Kolej Zaaba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Harun Aminurrashid. Sudah pasti RSK yang terlibat berasa sedikit gementar untuk berdepan dengan ibu-bapa dan juga mahasiswa/i baru UPSI

Malam ini RSK bahagian pendaftaran akan membuat persiapan terakhir untuk menerima mahasiswa/i baru. UPSIdaily yang menghubungi Zafri untuk mendapatkan gambaran keadaan sebenar hari pendaftaran esok menyatakan "persiapan MSK sudah mencecah 98 peratus dan ibu bapa dan pelajar baru tidak perlu risau kerana semua RSK telah bersiap sedia untuk menyambut mereka esok" ujarnya. 

Ditanya lagi tentang isu  kadar pembayaran baju korporat yang tidak sama beliau menjawab " semua RSK tidak kira diperingkat Majlis Tertinggi atau Sekretariat membayar dengan kadar yang sama iaitu RM25.00 dan tiada double standard diberikan kepada pihak MT " ujarnya lagi.


*Apa-apa pun UPSIdaily mendoakan agar Minggu Suai kenal UPSI berjalan lancar.

Khalid Ismath Mahu Jadi Hero Pendidikan

Hari ini kegagalan Khalid Ismath(KI) memasuki UiTM untuk mengadakan kempen pendidikan percuma membuktikan agendanya tidak diterima oleh warga UiTM. Dia yang mewakili Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) merancang untuk berkempen pendidikan percuma di dalam UiTM dengan mengedarkan risalah kepada mahasiswa/i baru sempena pendaftaran mahasiswa/i baru. 

Cubaan itu menemui jalan buntu apabila dihalang daripada memasuki pintu UiTM kerana belum habis daripada tempoh penggantungannya. Akhirnya KI membuat keputusan mengedarkan risalah di luar pintu pagar UiTM. 



Dia yang bertindak ala-ala hero pendidikan, mengatakan perjuangannya adalah untuk masa depan Malaysia , tetapi masih tidak sedar bahawa masa depan dirinya menuju kehancuran sekiranya terus berkelakuan sedemikian. KI yang sedang dalam tempoh penggantungan ini telah merugikan masa pengajiannya di UiTM dengan hukuman penggantungan. Walaupun KI mengambil jurusan Undang-Undang tetapi dia tidak pandai menghormati undang-undang UiTM dan undang-undang negara. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...