Halaman

Khamis, 6 September 2012

UPDATE MSK: HARI TERAKHIR TUN MAHATHIR BERI NASIHAT

Setelah bertungkus-lumus selama dua minggu akhirnya RSK boleh menarik nafas lega, Minggu Suai Kenal sesi 2012/2013 sudah pun melabuhkan tirainya pada jam 11.00 malam tadi. Jika semalam wartawan UPSIdaily melaporkan RSK sudah mula letih namun pada hari ini mereka kembali ceria dengan senyuman. Esok mahasiswa/i sudah boleh mula berehat dan  menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i yang lain. 

Dihari terakhir ini seramai 200 orang mahasiswa/i baru dipilih untuk menonton dialog Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia pada jam 2.30 petang di bangunan E-Learning UPSI. Dialog yang berlangsung selama 1 jam itu membincangkan isu-isu hangat semasa yang berkaitan dengan mahasiswa, politik serta wawasan 2020.

siswa/i berpusu-pusu ke Bangunan E-learning




 Tun Dr Mahathir atau Tun M banyak memberi nasihat kepada siswa/i baru berkenaan keputusan menentukan masa depan, beliau menyebut :

" masa depan setiap mahasiswa ini ditentukan oleh mereka sendiri, kalau keputusan yang diambil kurang bijak maka mereka akan menjad mangsa keputusan yang tidak bijak itu tadi" 

Selain itu beliau juga mengingatkan kepada siswa/i "Kalau nak masa depan yang lebih baik juga akan ditentukan oleh kita sendiri, dengan cara bagaimana menetukan masa depan yang baik ialah dengan pengusaan ilmu"

Bila ditanya oleh mahasiswa daripada Universiti Malaya berkaitan keterlibatan mahasiswa dalam politik beliau menjawab :

" Dalam satu hari kita mempunyai masa yang singkat, hanya 24 jam sehari, bila dipecahkan 8 jam untuk tidur hanya tinggal 16 jam, tolak masa makan, masa lain-lain hanya tinggal lebih kurang 8 jam sahaja, jika 8 jam ini diperuntukkan untuk belajar menguasai ilmu maka mahasiswa akan menjadi seorang yang berilmu, tetapi jika mahasiswa menggunakan masa tersebut untuk aktif berpolitik maka ilmu yang sepatutnya dikuasai, tidak dapat dikuasai oleh mereka dan ini merugikan mahasiswa itu sendiri " ujarnya. "Jadi untuk aktif berpolitik kita mesti mempunyai ilmu yang mencukupi" tambahnya lagi.

Begitulah nasihat yang dapat UPSIdaily petik daripada rakaman suara Negarawan ulung Malaysia. UPSIdaily berharap pihak penganjur dapat menayangkan semula video tersebut bagi untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia.

Siswa/i baru yang tidak terlibat dengan dialog dipertontonkan dengan filem Hati Malaya bagi membangkitkan rasa kecintaan terhadap negara.


Pada sebelah malam pula siswa/i baru beramah mesra bersama Y. Bhg Prof. Dr Rujhan Mustafa ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.



Selesai sahaja majlis ramah mesra itu maka berakhirlah MSK 2012/2013. UPSIdaily sempat menghubungi Pengarah MSK 2012/2013 saudara Muhammad Zafri Zabidin dan bertanyakan pandangan selepas selesai majlis tadi dan beliau menyatakan :

" saya berasa amat bersyukur sekali, apabila MSK dapat habis sepenuhnya dengan tanpa ada sebarang gangguan, segala-galanya berjalan lancar sekali" ujarnya. Beliau juga berkata :

 " saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, terutamanya RSK dan pegawai-pegawai HEP dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak  terima kasih kepada semua yang terlibat dan mohon maaf sekiranya ada kesilapan kesalahan dalam mengendalikan MSK kali ini "

Begitulah luahan daripada Pengarah MSK moga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. UPSIdaily mengucapkan SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua RSK yang terlibat.

_sekian liputan UPDATE MSK selama dua minggu_


"SIA-SIA JADI MAHASISWA PRO PEMBANGKANG" Ex PRO M

UPSIdaily mendapat khabar berita dari sahabat-sahabat UM dan UTM mengenai tarikh pilihanraya kampus yang semakin hampir. Ada yang menjangkakan PRK akan berlangsung dalam bulan ini. Jika berlangsung dalam bulan ini sejauh mana sudah persiapan HEP dalam mengendalikanPRK 2012. Bagi calon-calon yang ingin bertanding pula sudah bersiap sediakan anda berjuang menegakkan manisfesto menanam kepercayaan pengundi-pengundi di kampus.

Sudah pasti pilihanraya kampus kali ini lebih hangat daripada sebelumnya berikutan PRK kali ini berada dalam mood pilihanraya umum dan seperti biasa Pro Mahasiswa diseluruh Malaysia akan memulakan perang saraf kepada semua pihak. 

Justeru UPSIdaily ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat di UPSI bagaimana sebenarnya wajah Pro Mahasiswa berdasarkan pengalaman seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM saudara Khairul Nizam Bin Md Husin yang kini menyertai Aspirasi.


Khairul Nizam kini menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UTM sesi 2010/2011 menyatakan juga menjadi mahasiswa pro pembangkang adalah sia-sia. 



Menurut sahabat daripada UM iaitu Ahmad Izwan Jailani "nak kenal pro pembangkang atau Pro M ni senang je, suka berdemonstrasi anti kerajaan" ujarnya.  Buktinya anda boleh klik di sini.

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan pro mahasiswa ini lebih minat untuk menghancurkan negara berbanding membawa isu-isu kebajikan mahasiswa dan meningkatkan kualiti mahasiswa. Apa yang perlu anda lakukan berfikir panjang sebelum bertindak sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.






Rabu, 5 September 2012

UPDATE MSK : HARI KETIGA MSK, RSK MULA LETIH

Keletihan semakin memuncak dirasai oleh semua Rakan Suai Kenal, hari ini MSK masuk hari ke tiga dan terpancar keletihan di wajah-wajah RSK. Namun begitu, RSK yang menyertai MSK kali ini masih lagi bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti program sehingga tamat MSK pada hari esok.

Pagi tadi MSK hari ketiga dimulakan dengan slot "PTPTN talian hayatku"  taklimat ini memberikan penerangan berkaitan permohonan PTPTN secara online. walaupun Pro M memperjuangkan penghapusan PTPTN UPSIdaily percaya 80-90 peratus mahasiswa/i baru akan membuat pinjaman PTPTN kerana masalah kewangan. 

Kemudian mahasiswa/i baru UPSI di pecah-pecahkan kepada beberapa lokasi dalam kampus untuk mendengar taklimat bersama Fakulti masing-masing. Setelah selesai bersama Fakulti mereka kemudian berkumpul semula di dewan besar dan mendengar taklimat oleh pihak Perputakaan Tunku Bainon. Slot siang tadi diakhiri dengan taklimat bersama pusat ICT bagi memudahkan mahasiswa/i baru tentang  penggunaan UPSI portal dan myguru.

Malam ini merupakan malam terakhir MSK sedang berlangsung program Malam Apresiasi Kemerdekaan, semua siswa/i baru terlibat dalam melaksanakan persembahan bertemakan Hari Kemerdekaan mnunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam persembahan yang dilaksanakan.




Esok MSK akan disambung lagi dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang. 

ISU PERTINDIHAN JADUAL, AKADEMIK UPSI BERI JAWAPAN

Pertindihan jadual semester baru sepatutnya tidak menjadi isu lagi, jika semester-semester sebelum ini berlaku masalah pertindihan jadual akibat kekurangan bilik kuliah, tetapi selepas berpindah ke Kampus Sultan Azlan Shah dengan pertambahan bilik kuliah, sepatutnya Bahagian Akademik UPSI sudah tidak mempunyai masalah lagi dalam penyusunan jadual. 

UPSIdaily sempat menghubungi salah seorang pegawai akademik bagi mendapatkan respon dan beliau menyatakan :

" kami akan selesaikan masalah ini dalam masa terdekat bagi memudahkan semua pelajar menyusun jadual semester baru ini" ujarnya. Ditanya apa langkah penyelesaian bagi menangani masalah ini, beliau menjawab " kami akan cuba untuk menukar group yang penuh kepada group lain bagi membolehkan pelajar dapat mengambil subjek tersebut, selain itu sekarang pihak akademik sedang mengurangkan kuliah pada hari rabu berikutan pihak pentadbiran melaksanakan mesyuarat sekali sebulan pada hari rabu" ujarnya lagi.

Walaupun Bahagian Akademik UPSI memberikan jawapan untuk memproses kesulitan ini dalam masa terdekat UPSIdaily masih tertanya-tanya adakah masalah ini akan berterusan dan persoalannya sampai bila?


Jika anda perhatikan, hampir setiap semester masalah yang sama berlaku, sebagai salah seorang anak kandung sululuh budiman UPSIdaily mengesyorkan kepada pihak Bahagian Akademik UPSI agar memikirkan langkah-langkah penyelesaian yang lebih efektif untuk menangani permasalahan ini.





PRO M TUTUP MUKA TAPI PUNGGUNG TERBUKA

UPSIdaily sudah dapat mengagak perlakuan seperti ini sudah pasti dilakukan oleh Pro Mahasiswa. Pelajar dari salah sebuah kolej swasta yang menanggalkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri Malaysia semasa himpunan Janji Demokrasi itu sudah pun dicekup Polis. Akibat terlalu fanatik mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menunjukkan rasa kebencian pada pihak kerajaan. 



Dia yang ditahan di Taman Maluri itu menutup mukanya dengan baju, UPSIdaily hairan apa lagi yang nak dimalukan wahai Mat Punggung buka sahaja muka tu jangan sorok-sorok satu Malaysia dah kenal anda wahai Muhammad Ammar


Kematangan jenis apakah yang ingin dibawakan oleh pihak Pro Mahasiswa ini, dari dulu hingga kini ada sahaja provokasi yang ingin dilakukan bagi menaikkan kemarahan rakyat. Penghinaan yang dilakukan tidak sampai 1 jam tetapi akibatnya dia perlu menanggung secara sendiri.  UPSIdaily ingin melihat ada atau tidak pemimpin PR yang mahu membela nasib Muhammad Ammar.  

...Siapa Punya Angkara? Puak Pro Mahasiswa punya angkara...

MAT SENYUM KAMBING KJ PRO M UPSI

UPSIdaily hari ini akan membongkar siapa disebalik gerakkan Pro Mahasiswa UPSI menjelang PRK. Mat Senyum kambing dari kursus Pengajian Malaysia dengan Pendidikan yang berperwatakan ala-ala seorang ustaz ini pernah menjadi JMK salah sebuah kolej kediaman UPSI, tetapi dibuang daripada jawatan JMK kerana terlibat dalam penyebaran sebuah video. 

Mat Senyum Kambing juga pernah menjadi Presiden Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS) selama sepenggal. Namun begitu sepanjang menjadi presiden PPMAS ramai yang mempertikaikan kredibilitinya kerana tiada apa-apa perubahan yang dilakukan dalam persatuan. Ramai yang kecewa dengan Mat Senyum Kambing ni, bila bercakap memang riuh sekampung, tetapi ternyata retorik semuanya. Apa yang dibawa hanyalah mendoktrinasi mahasiswa/i dalam PPMAS untuk memihak kepada Pro Mahasiswa. 

Jika dilihat pada gaya bercakap memang ada tokoh seperti pemimpin tetapi bila menerajui sebuah persatuan dia gagal, jika dilihat rekod pelaksanaan program sepanjang menjadi presiden, UPSIdaily tidak menemui satu pun bukti mengatakan Mat Senyum Kambing ada menganjurkan program. 

Sahabat-sahabat dalam PPMAS sendiri menyatakan kalau nak cari presiden PPMAS carilah dia di himpunan Bersih maka tiap-tiap kali himpunan dia ada disana, kalau nak cari untuk buat program minta maaf memang anda tidak akan jumpa Mat ni. Kini mat Senyum Kambing diberi kepercayaan oleh senior-senior Mahasiswa Pendidik menerajui MP dalam PRK kali ni.

Kaki spin, kaki gertak, kaki pusing ayat, kaki sebar video itulah dia MAT SENYUM KAMBING atau kita panggil MATSEKAM. 


UPDATE MSK : RASMINYA ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

Hari kedua MSK UPSI berjalan seperti yang telah dirancang, pada tahun ini UPSI membuat sedikit kelainan apabila memasukkan slot kerohanian bersama JAKIM bagi memberikan penerangan tentang masalah sosial yang sering berlaku di Universiti. Isu yang dibawa adalah LGBT dan pengisian Islam dalam perlembagaan Malaysia. Slot yang diadakan pada sbelah pagi tadi menarik perhatian mahasiswa/i baru untuk mengenal dan mengetahui apa yang dikatakan sebagai LGBT serta cabarannya terhadap Islam. Penerangan isu ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamad Syafiq Ketua penolong Pengarah JAKIM.




Pada sebelah petang pula masa yang ditungu-tunggu oleh semua warga RSK dan MSK iaitu Majlis Ikrar yang menjadi tanda rasminya 1607 orang mahasiswa/i baru menjadi Anak Kandung Suluh Budiman bagi sesi 2012/2013. Bacaan ikrar tadi berjalan lancar tanpa ada sebarang cacat cela, tahniah RSK yang mengelolakan majlis ikrar  kerana di dalam MSK, Majlis Ikrar adalah majlis penanda sama ada MSK berjaya atau tidak. Jika rosak Majlis Ikrar maka rosaklah segala perancangan MSK.



Hari kedua MSK telah pun berakhir malam tadi, ditutup dengan bicara tokoh Tan Sri Nordin Kardi bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Beliau memberi amanat yang jelas dan penuh dengan pengertian kecintaan terhadap Ilmu. Selain itu beliau juga tidak putus-putus memberikan pesanan dan nasihat menjadi mahasiswa/i yang bertanggungjawab dalam menjaga nama baik kampus. 


*Nantikan UPDATE MSK hari ketiga esok*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...