Halaman

Jumaat, 15 Jun 2012

ISRAK MIKRAJ BUKAN SEKADAR PERISTIWA


Alhamdulillah 27 Rejab 1433 Hijrah hanya tinggal lagi dua hari sahaja lagi, dan jika kita kira-kira hanya tinggal 34 hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Subhanallah Maha suci Allah cepat sungguh masa berlalu dan saya percaya semua warga UPSI sedang menanti-nantikan bulan Ramadhan.

Berbalik kepada tajuk post kita hari ini, Israk Mikraj Bukan Sekadar Peristiwa, apabila kita bercerita tentang Israk Mikraj sudah tentu kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S. A. W bersama Malaikat Jibril dan Mikail. Kisah perjalanan dalam Israk Mikraj ini terbahagi kepada DUA fasa yang perlu kita tahu iaitu :

  1. Israk - Perjalanan Nabi Muhammad S. A. W menaiki Binatang Buraq dari Masjidil Haram Mekah Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin.
  2. Mikraj -ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha langit ke TUJUH

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar.

Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. 

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.


Dalam peristiwa Israk Mikraj inilah Nabi Muhammad S.A.W telah bertemu dengan Allah S.W.T untuk menerima anugerah ibadah solat. Pada mulanya Allah memerintahkan umat Nabi Muhammad untuk melakukan solat sebanyak tetapi selepas 9 kali merayu(setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan juga nilainya 50 waktu juga. 


Solat atau sembahyang yang difardhukan itu adalah anugerah kepada kita semua, sama-sama lah kita menjaga solat kita agar dapat menjadi Muslim sejati


Khamis, 14 Jun 2012

MAHU JADI SUKARELAWAN? KINI PELUANG TERBUKA

Mahu jadi Sukarelawan, kini peluang terbuka luas untuk anda menjadi seorang sukarelawan di bawah Yayasan Sukarelawan yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian tinggi. Majlis Sukarelawan Universiti atau lebih dikenali dengan MASKUM bertanggungjawab menganjurkan bengkel Kesihatan dan Perubatan dan berikut adalah butirannya :

Tarikh : 3 hingga 5 Julai 2012( Selasa Hingga Khamis)
Tempat : UPM
Peserta : 10 orang sahaja
Perasmian pelancaran : YB Menteri Pengajian Tinggi

Program terbuka kepada semua pelajar dan sijil khas akan diberikan. Peluang ini memblehkan anda dipilih untuk menyertai program khidmat masyarakat antarabangsa. Cara siswa/i untuk mendaftarkan diri adalah SMS atau emailkan butiran seperti <Nama> <PROGRAM SUARELAWAN> <NO MATRIK> <NO.K.P> <NO. TEL> <KOLEJ> dan hantar ke 0174669822/muzamil@upsi.edu.my. Tarikh tutup esok 16 Jun 2012 Jumaat

sumber fb: Muzamil Mahil
 

SISWA/I UPSI BANGGA DENGAN KAMPUS BARU

Semasa mula-mula anda menjejakkan kaki ke UPSI pasti anda selalu dengar ungkapan senior-senior UPSI yang berbunyi begini :

 "nanti korang dapat la rasa belajar kat kampus baru, dulu masa mula-mula kami masuk senior pun cakap macam ni, tapi nampaknya kami tak dapat juga nak rasa kampus baru


Kini Kampus baru Kampus Sultan Azlan Shah sudah menjadi kenyataan dan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 16 Jun 2012 Jam 9.30 pagi di Padang Istiadat Kamus Sultan Azlan Shah sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan ke-84.

Tampuk pimpinan Universiti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan pimpinan  Majlis Perwakilan Pelajar silih berganti memperjuangkan pembangunan kampus baru UPSI, akhirnya kini siswa/i UPSI boleh berbangga dengan kampus baru yang terletak berdekatan dengan Proton City

Mari sama-sama kita ucapkan ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah.





Selasa, 12 Jun 2012

PENDIDIKAN PERCUMA: SEKADAR JANJI ATAU REALITI?

Baru-Baru ini Unisel dan KUIS yang berada di bawah kerajaan negeri Selangor digemparkan dengan pembekuan PTPTN kepada pelajarnya. Hal ini mengundang banyak reaksi terutama Menteri Besar Selangor dan seluruh pimpinan kerajaan negeri Selangor. Walaupun pembekuat PTPTN tersebut telah ditarik balik ianya dapat membuatkan mereka yang lantang bersuara untuk menyediakan pendidikan percuma di Malaysia gelabah seketika. 

Sebenarnya Kerajaan negeri Selangor mempunyai peluang yang terbaik untuk membuktikan bahawa apa yang dilontarkan dan didebatkan sebelum ini menjadi kenyataan di negeri Selangor. Sebagai mahasiswa sudah pasti sedang menunggu adakah PENDIDIKAN PERCUMA INI SEKADAR JANJI ATAU REALITI. 

Sayangnya kini mahasiswa lebih melihat bahawa PENDIDIKAN PERCUMA adalah RETORIK dan omong kosong semata-mata. Dek kerana kerajaan negeri Selangor tidak dapat menyediakan dana untuk siswa/i Unisel dan KUIS pihak pentadbiran Unisel dan KUIS membuat rayuan kepada pihak PTPTN dan kini PTPTN membatalkan pembekuan PTPTN tersebut.

Ternyata Rafizi Ramli yang berdebat dengan YB Khairy Jamaludin hanya berdebat kosong walaupun pada mulanya YB Khairy Jamaludin agak lari sedikit dari tajuk perdebatan tetapi cadangan menghapuskan 1% ujrah daripada YB KJ lebih relevan dan realistik untuk dilaksanakan, dan kini mungkin MB Selangor sedang mengurut dada  menarik nafas lega selepas pembekuan ini. 






Khamis, 31 Mei 2012

PESANAN SEBELUM KAKI MENJEJAK LANGKAH

Salam perpaduan kepada semua Mahasiswa UPSI...


Kita semua akan berjuang bersama bermula minggu hadapan. Semoga segala usaha sepanjang semester ini membuahkan hasil dan mendapat keputusan yang cemerlang. Pohonlah restu ibu dan ayah. Bersihkan hati, lapangkan fikiran. Mohon maaf pada rakan-rakan. Wahai pensyarah yang kami hormati,  halalkan segala ilmu yang diberi dan doakan kejayaan kami. Semoga ia bermanfaat untuk masa akan datang. Usaha Doa Tawakkal.


Perkongsian semoga ia bermanfaat kepada semua.



Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِالْمُقَرَّبِيْنَاَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًابِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” 

Doa selepas mengulangkaji



اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَحَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu."

Doa Pada Hari Peperiksaan: berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung...mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:



وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِيمِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan

:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِيوَيَسِّرْ لِي أَمْرِيوَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْلِسَانِييَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab



:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau



:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْشِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan



:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْمَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya. Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan akhir pada semester ini. Amin.

Petikan dari MAWAR


SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN... DAN TIDAK LUPA KEPADA PELAJAR SEMESTER 6, SELAMAT BERPRAKTIKUM


Ahad, 20 Mei 2012

[VIDEO]: MAHASISWA MELAYU MUDAH LUPA, TANPA SEJARAH SEMUA JADI SIA-SIA

Salam Perpaduan kepada semua...

#Mansuhkan PTPTN
#Mansuhkan AUKU


--------------UPSIdaily-------------

Tolak politik tapi hakikatnya semua berkait rapat. dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar agenda. 4 tahun hidup sebagai mahasiswa UPSI, sebagai silent majority, ditahap inilah pemikiran anda diuji.
Gadai harta benda untuk mencari ilmu, jangan gadai negara untuk kepentingan pihak tertentu. bersatulah semua dibawah payung Negaraku Malaysiaa. Pendidik, tanggungjawab anda mendidik anak bangasa amatlah murni tapi hakikatnya adalah berat. melahirkan generasi yang berguna, aset kepada negara. Berfikir jauh kehadapan secara syumul. Wahai guru dan bakal-bakal guru sekalian, jangan kerana salah kita seorang, rosak generasi akan datang. Salam perpaduan, salam keamanan diucapkan. 


"Untuk mencapai kemerdekaan itu tidak lah sukar jika dibandingkan untuk mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada. Kerana itu adalah yang paling sukar"

Sabtu, 19 Mei 2012

KITA BUKAN ORANG SENANG...SELAMAT MENGGALAS AMANAT

Salam Mahasiswa UPSI...

Tahniah Sahabat semua. Kenangan di UPSI, dilupa jangan. 

Demam menyiapkan segala tugasan dan tidak lama lagi kita semua bakal menduduki peperiksaan. Kepada semua mahasiswa UPSI, semoga dapat menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Kepahitan itu tidak lama kerana manis itu pasti akan tiba.

Mengimbau kembali saat-saat manis ketika kaki melangkah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah satu mimpi yang tidak dapat dinafi. Ada diantara kita masih berada di Tahun 1, Tahun 2 Tahun 3, dan akhirnya berada di tahun akhir pengajian iaitu Tahun 4. Matlamat semua sama iaitu belajar, membawa amanat keluarga dan akan mengubah nasib keluarga untuk menjadi lebih baik. UPSI baru sahaja melangsungkan Istiadat konvokesyen UPSI Kali ke-14, meraikan kejayaan graduasi-graduasi yang sudah tamat belajar. Ini merupakan satu impian buat semua, menjulang kejayaan demi masa hadapan.

Terima kasih UiTM

Mungkin ada diantara kita masih kurang jelas kenapa pentingnya ilmu itu. Dan mungkin ada dikalangan kita merasa sudah cukup selesa kerana title GURU akan menjadi milik kita. Walau bagaimanapun, jangan putus asa untuk terus menimba ilmu dan belajar terus belajar. 

MAHASISWA BERJASA ASPIRASI NEGARA.

Terima kasih UiTM

Tahniah diucapkan kepada Delegasi Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 UiTM atas usaha murni yang dijalankan demi menjamin masa depan dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada adik-adik yang sebenarnya masih berpeluang melanjutkan pelajaran.

Info lanjut #JDAB2012 klik HARAPAN ESOK


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...