Halaman

Selasa, 25 September 2012

2 Calon UMUM PRO-M Pernah Terlibat Demonstrasi BERSIH 3.0 & Penyokong Kuat 'PAS'?


TANJUNG MALIM, 25 September - Pihak UPSIDaily sebentar tadi telah menerima sekeping gambar  melalui email upsidaily@gmail.com mirip 2 orang Calon UMUM yang akan bertanding bagi kerusi UMUM Pilihan Raya Kampus 2012/2013 UPSI.  

Gambar tersebut menunjukkan sekumpulan mahasiswa dari UPSI mengibarkan bendera PAS telah menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. Kedua-dua calon yang gambarnya mirip Muhammad Maghfur Bin Ibrahim (Calon UMUM) dan Muhammad Shahrul Hazri B. Azizmi (Calon UMUM) menunjukkan bahawa calon-calon ini bukan sahaja membawa suara pelajar tetapi turut didakwa cubaan membawa suara politik luar ke dalam kampus.

Menurut sumber, salah seorang calon ini didakwa pernah terlibat dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang mana perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan huru-hara.

Dalam perkembangan yang sama, Maghfur dan Shahrul merupakan antara calon pilihan Pro-M UPSI untuk mendapat undi popular yang akan dijalankan pada hari esok. Ketika menyampaikan ucapan rapat umum sebentar tadi, kedua-dua calon ini dengan lantang akan memperjuangkan kebajikan pelajar UPSI dan membela nasib mahasiswa dengan menegakkan hak mereka.

Awal pagi ini, semua penuntut UPSI akan membuang undi bagi menyokong calon-calon untuk barisan kabinet MPP sesi 2012/2013. Dalam pada itu, TNC HEP, Datuk Paduka Junaidy melalui akaun twitternya @DrJunaidy mengumumkan bahawa pelajar UPSI yang mengundi pada ari esok akan diadakan cabutan bertuah. 3 ipad, 5 basikal mountain bike dan 20 hamper.-UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...